Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Julai 2015

RESEPI NUGGET AYAM BER CHEESE MUDAH DAN SEDAP!!

RESEPI NUGGET AYAM BER CHEESE MUDAH DAN SEDAP!! |
Hai.. ingat nak update pasal lain, last-last terupdate pasal lain lak.. hahaha.. gara-gara tadi lah.. saja buka FB dan jenguk-jenguk apa yang dah terlepas pandang ke apa kan.. sekali ternampak sesuatu yang menyelerakan.. masyaAllah.. Nyum-Nyum.. kebetulan tengah lapar ni.. memang perut rasa macam berkeroncong aje tauuu.. hahaha.. mana tak berkeroncong.. cuba korang tengok gambar atas ni haaa.. tak ke lapo kita dibuatnya???

Haa.. ok lah.. Resepi ni bukan resepi teman tau.. teman share dari FB, pastu takut terlupa, teman tepek kat sini... pastu teman singgah blog Owner resepi ni, MaiMaiMai namanya.. banyak resepi lain yang ada dalam blog MaiMaiMai  , sape2 nak singgah dan tengok resepi lain, meh la singgah blog   ni.. lagi satu, teman perasan di blog MaiMaiMai  ada mempromosi kan Homestay tapi teman tak pasti samada MaiMaiMai punya homestay sendiri atau just promote kan ke.. kot le korang tercari2 homestay berdekatan destinasi jengjalan korang, gi la survey kat blog MaiMaiMai  mana tau kot murah-murah dan berkenan dihati.. hehehehe..Opss.. bagi nak follow kat Fb sila klik -->SINI

Ok lah.. resepi yang teman nak try buat kali ni ialah NUGGET AYAM BER CHEESE MUDAH DAN SEDAP!! jom tengok Bahan-Bahan, dan gabar dibawah.. teman tepek kat sini semua sebijik dalam blog MaiMaiMai sebab nak try buat nanti.. takut terlupa kalau tak simpan sini.., haha.. tQ MaiMaiMai sebab sudi share kat FB dengan kami semua masakan simple dan sedap macam ni.. idea makan petang ni.. heee.. kalau nak tengok resepi lain.. leh jenguk dan follow blog MaiMaiMai yea..
 Bahan2nya:
Dada ayam
telur
garam
lada putih
origano
cheese
serbuk roti
tepung ubi
Sebenarnya bahan2 buat nugget ni tak semestinya kena ikut seperti di atas....boleh ditambah kentang atau tepung gandum atau lain2 ikut bahan apa yang ada di dapur. Perlu diingat jangan letak cecair selain telur sahaja. Telur berfungsi sebagai agen pelekat. Ops....paham ke?? kikikik...bahasa saya memang tuggang terbalik....orang teknikal memang fail kalau bab penulisan kan....kikikik.. satu lagi buat nugget ni tak perlu sukatan....bubuh apa aje yang anda rasa ingin bubuh.

okie...mula2 kisar dada ayam menggunakan food prosessor. Kalau tak ada FP ni pun tak apa....beli daging cincang di kedai.
lepas tu masukkan ayam cincang tadi ke dalam mangkuk. masukkan juga tepung ubi, serbuk roti, telur. lada sulah, garam dan origano. saya bubuh origano sebab saya suka aromanya.
 selepas ayam digaul sebati...potong dadu kecil2 cheese tadi.
 ambil sedikit doh ayam ....bulatkan tengah2 untuk isi cheese..untuk memudahkan proses mengentel ini..bubuh sedikit minyak di tangan agar doh tadi tidak melekat
 masukkan cheese
tutup balik
buat sampai habis
 untuk salut nugget....masukkan bebola tadi ke dalam telur
 kemudian masukkan pula ke dalam tepung ubi
 masukkan kembali ke dalam telur
 akhir sekali masukkan ke dalan serbuk roti
 yey!!! 1 siap! 
sila buat sampai habis
tadaaaaa siap! okie....perlu diingat nugget yang berbentuk bulat sebegini tidak sesuai buat dalam saiz yang agak besar kerana kemungkinan semasa menggoreng nanti isi nugget tidak masak...jadi kena buat comel2 ya
 masukkan dalam bekas. Ini stock nugget untuk seminggu atau 2 minggu
Salah satu sebab teman tertarik resepi ni, sebab boleh simpan dalam fridge, nak makan nanti goreng la, mudah sangat.. macam goring nugget biasa tu, tapi yang ni homemade punya.. best!
Yummy!!!!! napak tak cheese dia...ngeeeeee....serius memang sedap!!
selamat mencuba! 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ini ditujukan buat semua yang membaca, semua yang setia singgah di blog tengkubutang ini, tak kira hari biasa ke, bulan puasa ke, time orang sibuk bakar lemang ke, time orang sibuk pasang langsir raya ke, time orang sibuk nak memasak untuk raya ke, time orang sibuk nak beraya ke... still ada jugak pengunjung yang sudi singgah di blog ini.. walaupun tak ber update dengan latest entri, tapi viewer masih ada.. Alhamdulillah.. terima kasih buat semua..
 
Ok lah, teman nak berceloteh panjang-panjang pun masa tak mengizinkan (ayat dah biasa dengar kan, hahaha) So, teman up dulu gambo ni yea.. ni gambo Raya ke-5, sibulus 3 ekor ni manja semacam selepas ditinggalkan selama 6 hari.. kesiann.. hemm.. kelam kabut balik KL 20hbJulai sampai KL jam 2.15 pagi) sebab taknak biar depa tunggu lama sangat.. 6 hari dah cukup lama buat depa.. sampai je umah.. Alhamdulillah.. umah tak bersepah sangat macam dulu.. depa tiga ekor pun sihat2 aje.. cuma bau-bauan kucen (biasalah kan..) kena gak kemas, menyapu dan mengemop.. akhirnya tidur kul 5 pagi.. penat sangat..
 
hemm.. itu je nak citer.. nantilah teman up entri lain.. banyak sangat entri nak up ni.. entri pasal Giveaway atau contest, entri pasal powrbank Lazada yang dah tiba semalam.. entri pasal Rexona Kit yang teman dapat semalam.. entri pasal Kad Raya dari Blogger.. pergh.. banyaknya sedang beratur untuk di publish.. apa-apa pun teman kena settle kerja2 yang lain dulu ya.. K bye semua..
 
Note : Gambar atas tu gambar depa bersalaman dengan hubby miaw .. hahahaha.. siap adik cium tangan lagi.. yang lagi dua ekor.. hemmm.. bersalaman sambil baring.. pemalasss.. hahahaha..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 




JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

 

13 Julai 2015

RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN SEDAP!

 RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN SEDAP!
Hari Jumaat hari tu teman ada buatkan Nasi Minyak untuk kami berbuka puasa.. dan hari ni hubby request lagi nak makan nasik minyak lagi.. so.. teman pun repeat buat nasi minyak ni.. kalau dah hari tu guna resepi Blogger Ita, maka kali ni pun kenalah guna resepi yang sama.. kang hubby miaw yang terror masak tu kondem lak awat rasa lain kan.. haha.. ok lah.. kali ni teman guna resepi Blogger Ita lak sebab saja nak kelainan, sebelum ni teman guna Resepi sahabat teman Nurul, pun hubby suka.. hehehehe.. cuma kali ni nak kasi kelainan sikit.. teman cuba resepi Blogger Ita.. jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara memasaknya.. 

BAHAN-BAHAN 
3 cawan beras basmathi
(teman guna beras Jasmine Super Import)
3 cawan air
1 cawan susu sejat (teman pakai marigold)
1/2  cawan kismis
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
(teman potong 4 je daun pandan tu)
1 batang serai di titik
1 inci halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung (teman tak letak)
1/2 sudu teh garam
1 kiub ikan bilis
Biji Gajus (goreng dulu pastu letak time nasi dah masak)
Pewarna kuning telur
(teman guna serbuk kunyit je..letak dalam periuk masa masukkan susu dan air tadi)

REMPAH TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga
Blogger Ita menggunakan beras Pusa Gold dari Jasmin, beras basmathi ekstra panjang. beliau suka beras jasmin kerana rasanya sedap dan lembut. teman pun suka beras jasmine ni.. sekarang pun pakai beras jasmine tapi bukan basmathi la kan.. beras wangi pun bukan.. heeee.. beras jasmine yang Super Import tu je.. oh.. lupa pulak, Blogger Ita juga mencadangkan boleh juga guna beras basmathi keluaran Faeza

Resepi yang teman masak ni memang teman guna ikut resepi Blogger ita.. so, teman tepek aje resepi dari Blog Blogger Ita ni yea.. mintak Izin yea kak Ita.. Kalau korang nak tengok versi blogger ita, boleh klik link ini ----> Blog Azlita Masam Manis

Ok.. Mula-mula Cuci Beras dan rendam dahulu selama 20 minit. Kemudian beras di tapis dan di toskan .
(Tapi teman pakai beras Jasmine biasa, so takde la rendam dulu..)



Bahan-bahan untuk memasak nasi 

Hiris dahulu bawang putih dan bawang merah .

Hiriskan juga halia kasar-kasar. Hiris halia kasar supaya mudah masa nak asingkan bila nasi dah masak nanti. 

Titik dahulu serai dan simpulkan daun pandan (cara teman: suka potong pendek2)

Teman pun macam Blogger Ita gak, masak menggunakan periuk nasi, kalau masak dengan jumlah tak banyak dalam periuk nasi ni dah ok! lagi pun ianya mudah dan ringkas. Jom kita mula memasak!



Gambar dan Resepi --> Blog Azlita Masam Manis
Haa.. dah siap pun Nasi Minyak versi Tengkubutang.. huhu.. sorry la tak sama pemandangannya dengan dalam gambar Blogger Ita, sebab teman dah terbiasa ikut cara teman.. macam daun pandan.. teman suka potong pendek2.. pastu pewarna merah tu teman tak sempat beli lak.. so, biarlah kaler polos tu.. hahaha.. dah cari pewarna kuning tak jumpa pulak.. aishh.. tapi hubby kata boleh je kaler biasa.. janji ada rasa katanya.. huhuhu.. ada rasa la tu kot sampai request lagi buat Nasi Minyak ni.. huhuhu.. 
Oklah.. jom kita siapkan pula bahan untuk lauk yang akan di gandingkan bersama.Lauk yang sesuai digandingkan dengan Nasi Minyak ini ialah lauk Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah (pilihan teman)...

dan tak lupa Acar Nenas Campur Timun..Ok lah.. ini saja untuk hari ni.. tQ buat Blogger Ita kerana selalu menghasilkan resepi yang teman rasa mudah teman nak masak.. heeee.. 

Nak Resepi Ayam Masak merah Yang Sedap terangkatt?? meh klik LINK kat bawah ni yea... 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Cara Pakai Tudung Paling Cantik di Hari Raya

Haaa.. yang ni teman sukaa.. sukaa.. suka sangat-sangat.. Cara Pakai Tudung Paling Cantik di hari Raya nanti.. heee.. sebab fesyen dia lain dari yang lain.. kan.. heee.. suka la nengoknya.. terutama sekali cara pakai tudung yang dalam gambar paling bawah tuuu.. cer scrolll... heee.. jemput nengok ye.. pastu stail kan sendiri.. pasti tampak anggun bergaya di hari Lebaran.. cewah.. K byee..





Jom Layari dan melawat Website Zolace! pasti korang rambang mata nanti tau!!


Zolace Malaysia Sdn Bhd
850 Batu 4 1/2, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur, Malaysia
 03-6259 6222 
 print the map
W O R K I N G H O U R S
Monday / Friday - 09:00 - 18:00
Saturday - 09:00 - 13:00
Sunday - Closed

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


PENGALAMAN PERTAMA HAPPY SHOPPING DI NILE.COM.MY


Klik pada gambar kalau nak order backpack ni jugak.. 
Pengalaman order barang dengan Nile.com , pantas dan cepat.. teman order hari ni, esoknya dah sampai.. siap kurier tu call tanya ada kat umah ke, teman masa tu post barang customer kat post office.. terkejut bila org tu kata dia nak datang post office hantar barang tu.. baiknyaaa.. pastu masa jumpa nak cod barang tu, tengok dia bawak moto, sikit punya penuh barang kat motor dia.. nampak la ada box macam pizza punya delivery tu bertulis 24 hours.. huh.. memang terbaekla.. kurier person yang boleh mood ok lagi walaupun motor dah macam anai jual kacang aje teman tengok.. dan paling puas hati.. 24hours kot barang sampai.. memang terkejut sangat.. sebab teman bajet dua hari la paling awal.. tapi dah dapat seawal macam ni.. memang terbaek la kan.. Ok lah.. barang yang teman order hari tu ialah backpack ni haaa.. heeee.. kaler oren sudah semestinya kann.. 

Klik SINI untuk lihat promosi (bergantung pada stock)

Jom singgah 
Nile.Com.My


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


5 TIPS MEMAKAI TUDUNG IKUT BENTUK MUKA


5 TIPS MEMAKAI TUDUNG IKUT BENTUK MUKA
hemm.. korang pernah tak tengok awek lain pakai tudung/shawl comey ajee.. tapi bila kita nak bergaya macam diorang.. udah macam arnab pakai tudung aje.. nape ekkk.. hahaha.. teman kadang geram betui sebab tak dapat nak bergaya tudung berfesyen macam gadis2 lain.. asik-asik tudung bawal.. asik2 tudung bawal.. serupaaa ajo.. tak up to date la i ni.. ekekekekek.. oh pleaseeee.. jangan ada yang geli ok.. teman memang lok lak sikit di bulan puasa ni.. ditambah pula STRESS dengan barang LAZADA yang dah seminggu tak sampai-sampai lagi nih! Hanginnn!!! 

Opssss.. Astagfirullah hal Aazimm.. Sabo.. Sabo.. huhu.. ok sambung balik.. Rupa-rupanya.. kalau nak pakai tudung, pastikan korang tau bentuk muka korang jenis apa, sesuai dengan gaya tudung macam mana.. jangan main bedal je yea.. sebab memang tak semua gaya tudung sesuai dengan bentuk muka kita hokeh.. huhuhu.. so, tak perlu nak berdegil sangat nak jugak pakai tudung macam orang lain pakai tu.. kang jadi mangsa fesyen lak ko weh.. huhuhu.. ok lah.. apa kata.. kita tengok Tips dari ZOLACE ni.. 

Sebenarnya, setiap manusia di dunia ini dilahirkan dengan bentuk muka yang berbeza. Ada yang berbentuk bujur, bulat, bersegi, panjang dan banyak lagi. Oleh sebab wujudnya perbezaan bentuk muka ini, maka tidak semua tudung yang dibeli dan dipakai adalah bersesuaian. Boleh jadi tudung tersebut menyerlahkan kecantikan anda ataupun menyebabkan anda kelihatan kurang menarik. Disebabkan hal ini, adalah penting untuk anda mengenali bentuk muka anda dahulu sebelum mencuba mana-mana fesyen tudung yang terkini. Hal ini penting agar tudung yang dipakai itu menyerlahkan lagi penampilan diri anda, bukannya merosakkan.
Artikel ini akan membawa anda mengenali bentuk muka dan tips-tips yang perlu dalam menggayakan tudung anda. Mari mengenali bentuk-bentuk muka yang berbeza dan tudung- tudung yang bersesuaian dengannya.
1. Bentuk Muka Bujur
Bagi wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini, anda sememangnya bertuah kerana mampu menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak kiralah selendang, tudung bawal, tudung syria ataupun tudung awning, semuanya akan kelihatan cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini! Seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini!



2. Bentuk Muka Bulat
Wanita yang mempunyai bentuk muka ini dicirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang ‘tertimbun’ di bahagian pipi. Ataupun dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam ataupun berisi di pipi. Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah seperti ini, terdapat beberapa tips untuk memakai tudung yang sesuai iaitu:
  • Jika anda lebih gemar memakai tudung awning, pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda yang tembam. Ingat tu!
  • Apabila anda memilih untuk memakai selendang, gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran kepala.
  • Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.
  • Agar wajah kelihatan bujur, pakai selendang dengan sedikit longgar dan lipat di bahagian bawah tudung berdekatan dengan tulang pipi. Bentukkan juga sedikit bahagian atas selendang agar ia tidak melekap pada dahi anda.

Cara Pakai Tudung / Pashmina Berwajah Bulat




3. Bentuk Muka Panjang



Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak dalam menggayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur. Tips utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.
  • Gunakan tudung atau jenis anak tudung yang melekap di dahi agar bahagian tersebut tidak kelihatan terlalu luas. Ia juga merupakan pilihan tepat untuk menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.
  • Usah tutup bahagian pipi anda kerana bahagian ini adalah sangat penting untuk membuat ilusi wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang. Pastikan anda menarik sedikit tudung ke belakang, rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi agar bentuk wajah sebenar anda tersembunyi.
  • Jika anda ingin memilih fesyen tudung yang sesuai, selendang adalah lebih ideal berbanding tudung awning. Anda juga bebas memakai jenis selendang yang anda inginkan mengikut gaya idaman anda.

4. Bentuk Muka Segi Tiga / Bentuk Hati


Ciri utama wanita dengan bentuk wajah seperti ini adalah dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan pangkal rahang. Sekiranya anda mempunyai bentuk muka seperti ini, ikuti tips berikut agar tudung yang dikenakan kelihatan lebih menarik dan sekaligus menjadikan diri anda kelihatan lebih menawan.
Antara tips-tips yang perlu diketahui adalah:

  • Pilih tudung yang boleh ditarik sebanyak mungkin ke belakang dan bertemu di bahagian leher agar untuk menyerlahkan lagi bahagian rahang anda.
  • Sebelum memakai anak tudung, gunakan cekak rambut untuk membolehkan kening anda terangkat.
  • Gunakan anak tudung seperti net supaya bahagian kosong di sebelah kiri dan kanan anda kelihatan lebih terisi.
  • Anda boleh memakai selendang namun pastikan pemakaian selendang tersebut dapat menutupi kekurangan bentuk wajah anda. Hanya ikuti tips-tips ini dan anda sudah bersedia untuk tampil menawan!
  • Gaya selendang yang sangat bersesuaian dengan wanita berbentuk wajah seperti ini adalah gaya pintalan dan gaya sanggul kerana ia dapat membuat rahang kelihatan lebih terbuka.

 

5. Bentuk Muka Petak

Bentuk Muka Petak
Mereka dengan bentuk wajah petak boleh dilihat pada pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk wajah seperti ini, fokus utama apabila memakai tudung adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol itu.
Mari lihat tips-tips memakai tudung untuk bentuk muka ini:
  • Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk wajah yang nampak panjang.
  • Jika ingin memakai selendang, pastikan anda bijak menggayakannya. Gunakan selendang bersama inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bahagian bawah dagu.
  • Pilih gaya selendang dengan fokus utama kepada lilitan dan yang dapat menutupi bahagian rahang.
  • Elakkan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang tengkuk kerana ini akan lebih mempamerkan bahagian rahang yang lebar.
  • Elakkan juga gaya selendang yang mempamerkan bahagian dahi yang luas seperti gaya Turban.
  • Tudung awning juga bersesuaian dengan bentuk muka ini.
Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik. Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.
Diharap tips-tips pada artikel ini dapat membantu anda tampil bergaya dan menawan dengan setiap fesyen tudung idaman anda. Kenali bentuk wajah dan gayakan fesyen hijab dambaan anda.

PERHATIAN: DAPATKAN TUTORIAL 30 FESYEN TUDUNG BERGAYA YANG MUDAH DAN MENAWAN KEGILAAN WANITA DI MALAYSIA 



Jom Layari dan melawat Website Zolace! pasti korang rambang mata nanti tau!!


Zolace Malaysia Sdn Bhd
850 Batu 4 1/2, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur, Malaysia
 03-6259 6222 
 print the map
W O R K I N G H O U R S
Monday / Friday - 09:00 - 18:00
Saturday - 09:00 - 13:00
Sunday - Closed


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 

Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers