Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 April 2017

KENAPA KENTUT ITU PERLU? JOM BACA 8 MANFAAT KENTUT BAGI KESIHATAN TUBUH MANUSIA


KENAPA KENTUT ITU PERLU?
JOM BACA 8 MANFAAT KENTUT BAGI KESIHATAN TUBUH MANUSIA


Haaa.. ni nak sambung citer pasal kentut, semua gara-gara ternampak post tentang BAU KENTUT PEREMPUAN MAMPU MEMBUNUH TIKUS DEWASA yang TB nampak di wall fb hari tu.. huhuhu..  Ni nak citer tentang kebaikan kentut yang ramai tak suka tu.. hahaha

Sebut pasal Kentut je semua rasa macam nak lari je dari sebut pasal kentut ni kan.. sebab? sebab Kentut adalah sesuatu yang seringkali dianggap mengganggu dan sangat dihindari oleh kebanyakan orang, termasuklah kita-kita ni kan.. 


kerana kentut ni, baunya sangat busuk dan mengganggu lebih-lebih lagi kalau dilepaskan di kawasan yang tidak sepatutnya contohnya didalam lif mahupun didalam kereta atau didalam pejabat yang bertutup.. fuh.. tak boleh bayangkan bau pekong tu.. hahahaha.. eh.. pernah buat ke? hahahaha..

Tapi sebenarnya kentut itu perlu. Dan sangat-sangat tidak digalakkan kalau kita menahan diri dari kentut terlalu kerap, alamatnya kembunglah perut tu sebab angin yang nak keluar dari badan ditahan-tahan pulak. Ok lah, meh TB share kan sikit tentang manfaat kentut ni.. Kenapa kentut itu perlu?

Kentut merupakan salah satu proses alami yang tejadi pada tubuh kita, dengan cara keluarnya gas dari tubuh kita.

= Kentut Manusia yang Normal =

Pada dasarnya kentut terjadi secara alami pada tubuh kita. Tubuh manusia yang normal rata – rata dapat kentut sebanyak kurang lebih 14 kali dalam sehari. Kentut sendiri memiliki gas, yang tidak boleh dilihat secara mata kasar, namun dapat dirasakan dari bunyi dan baunya yang sangat menusuk ke hidung.

Gas yang keluar ketika buang angin atau kentut mengandungi gas hydrogen sulfide. Hydrogen sulfide merupakan salah satu gas yang diketahui keluar bersama ketika anda buang angin / kentut. Gas hydrogen sulfide ini diketahui merupakan gas yang menimbulkan bau seperti telur busuk ketika anda buang angin. Selain itu, gas hydrogen sulfide ini ternyata juga memiliki banyak manfaat bagi siapapun yang menghidunya (uwekk)., meskipun memiliki bau yang sangat tidak enak.

Ada orang kalau tak kentut, perut sakit boleh nangis wooo..

Meskipun banyak dihindari dan dibenci orang, namun ternyata kentut memiliki banyak manfaat. Apa dia manfaatnya? 

Berikut ini adalah beberapa manfaat yang dapat diperolehi dari kentut.

1. Mengatur tekanan darah
Satu penelitian yang dilakukan beberapa tahun lalu mengenai hydrogen sulfide yang keluar bersama dengan proses buang angin atau kentut memiliki efek yang dapat mengatur tekanan darah siapapun yang menghidunya. Jadi, secara eksplisit, kentut dapat mengatur tekanan darah siapapun yang menghidunya baunya.

Dengan tekanan darah yang teratur, maka anda akan terhindar dari kondisi hipertensi (tekanan darah tinggi) ataupun hipotensi (tekanan darah rendah) yang memiliki efek buruk bagi kesehatan anda. kedua kondisi tersebut dapat menimbulkan berbagai macam penyakit, seperti :
  • Anemia
  • Stroke
  • Serangan jantung
  • Pusing-pusing
  • Sakit kepala

2. Anti inflamasi
Manfaat lainnya dari gas hydrogen sulfat yang keluar ketika anda buang angin dan menghidunya ialah mampu menjadi penolong anti inflamasi pada tubuh anda. Ini bererti dengan menghidu gas kentut yang keluar, anda dapat terhindar dari kondisi inflamasi di dalam tubuh. Beberapa kondisi inflamasi di dalam tubuh antara lain :
  • Refluks asam lambung
  • Ulser
  • Radang tekak
  • Radang pada lambung dan usus
  • Peradangan pada organ-organ lainnya
Dengan sifatnya yang anti inflamasi, maka manfaat kentut bagi kesihatan yang terhidu ini dapat membantu anda dalam mencegah hal-hal tersebut.

3. Anti pembengkakan
Selain menjadi senyawa anti inflamasi, hydrogen sulfide juga memiliki manfaat penting sebagai senyawa yang dapat menjadi anti pembengkakan. Dengan menghidu hydrogen sulfide yang keluar bersama dengan kentut, maka anda akan terhindar dari pembengkakan yang kemungkinan akan terjadi pada diri anda.

4. Melancarkan peredaran darah di dalam tubuh
Gas hydrogen sulfide juga memiliki manfaat yang penting untuk melancarkan peredaran darah di dalam tubuh. Hal ini disebabkan oleh sifat dari hydrogen sulfide yang membantu melonggarkan jaringan pembuluh darah dan juga meningkatkan kelenturan dari pembuluh darah vena dan arteri. Hal ini akan meningkatkan kelancaran peredaran darah di dalam tubuh. Dengan lancarnya peredaran darah di dalam tubuh kerana manfaat tubuh bagi tubuh ini, maka efeknya adalah :
  • Dapat terhindar dari berbagai jenis penyakit
  • penyaluran darah dan oksigen ke organ tubuh tidak tersumbat
  • Mengoptimasikan fungsi organ tubuh
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Mencegah terjadinya kondisi penyumbatan pembuluh darah.
5. Mengurangi risiko diserang penyakit kronik
Dengan menghirup hydrogen sulfide yang terkandung dalam kentut, maka anda akan mendapatkan manfaat yang sudah disebutkan sebelumnya, plus dapat terhindar dari risiko diserang berbagai macam jenis penyakit kronik yang berbahaya. Memang untuk mencegahnya tidak hanya berasal dari hydrogen sulfide saja, namun paling tidak dengan terhidunya hydrogen sulfide, risiko anda terkena beberapa penyakit berikut ini akan menjadi lebih kecil :
  • Kanser
  • Diabetes
  • Dementia
  • Stroke
  • Serangan jantung
  • Tumor
---------------------------------------------------------------------------------------
= Lain-Lain Manfaat dari kentut =
Selain berasal dari kandungan hydrogen sulfide yang terkandung di dalamnya, kentut sendiri juga memiliki manfaat lainnya yang juga penting. Apa dia manfaatnya? Berikut ini adalah beberapa manfaat lainnya dari kentut / buang angin :

1. Mendetoksi gastrointestinal
Apa itu gastrointestinal? Secara garis besar, gastrointestinal ini merupakan salah satu kondisi dimana tubuh anda mengalami kelainan dan masalah pada organ pencernaan anda. beberapa masalah yang mungkin terjadi pada organ pencernaan anda antara lain :
  • Radang usus
  • Radang lambung
  • Gangguan pada Pundi Kencing
  • Batu Karang
  • Dan penyakit serta gangguan pencernaan lainnya
Manfaat kentut bagi manusia untuk dapat mendeteksi gangguan gastrointestinal dapat dilihat dengan mudah, yaitu dengan kentut yang terjadi dalam sehari. Apabila anda kentut jauh dibawah 14 kali dalam sehari atau jauh dari 14 kali dalam sehari, maka anda wajib berjumpa doktor. Kerana ini mungkin ada berkaitan gejala gangguan pada pencernaan anda.

2. Mengatasi masuk angin
Kita memang sudah biasa dengan istilah masuk angin ni. Ini merupakan kondisi dimana angin masuk ke dalam tubuh dan menyebabkan perut terasa tegang dan kembung karena terisi oleh angin. Biasanya masuk angin dapat menyebabkan hal-hal yang sangat mengganggu, seperti :
  • Kembung
  • Mual
  • Pening/Sakit Kepala
  • Demam
Dengan kentut, maka angin yang berada di dalam tubuh, yang menyebabkan masuk angin akan keluar, dan tubuh akan merasa lega dan selesa rasanya. Selain dengan kentut, biasanya masuk angin juga akan diatasi dengan sendawa.

3. Cara organ pencernaan bekerja / operasi
Ketika anda melakukan checkup di hospital/klinik, anda disarankan untuk tidak makan sebelum kentut. Hal ini disebabkan oleh kemungkinan organ pencernaan anda yang belum bersedia untuk menerima makanan. 

Manfaat kentut setelah makan menunjukkan bahawa organ pencernaan anda sudah bekerja dengan baik. Sudah mulai mencerna makanan yang masuk ke dalam tubuh anda.

Itulah beberapa manfaat dari kentut bagi kesihatan tubuh kita. Siapa sangka, ternyata kentut yang banyak tidak disukai kerana baunya ini memberikan manfaat yang sangat banyak kan.. Termasuklah hal-hal kesihatan yang sangat penting. 

Semoga entri perkongsian ini bermanfaat buat semua. InsyaAllah.. 
source from :

BAU KENTUT PEREMPUAN MAMPU MEMBUNUH SEEKOR TIKUS DEWASA???


BAU KENTUT PEREMPUAN
MAMPU MEMBUNUH SEEKOR TIKUS DEWASA???

eh.. eh.. BAU KENTUT PEREMPUAN MAMPU MEMBUNUH SEEKOR TIKUS DEWASA??? Amboih.. gambar diatas ni mesti orang LELAKI yang edit kan ni.. Ada ke patut dikatanya macam tu? Amboi Amboi Amboi... Macam lah bau kentut lelaki ni wangi dan harum semerbak yea.. walhal bau sama je dengan orang lain kottt.. err.. bergantung apa yang kita makan la jugak kan.. hahahaha..

Bila baca ni rasa macam tak adil je perempuan je kena.. Lelaki pun kentut busuk apa.. Hahahaha.. sabar je lah.. boleh pulak orang edit gambar macam diatas ni ye?? Macam Alien je.. kui3..

Haaa.. jangan pulak ada perempuan yang baca entri ni tak nak kentut dah lepas ni ye.. Sebab kentut ni elok tau.. jangan disimpan.. Dikhuatiri mendatangkan penyakit.. Penyakit angin tak lepas.. dan macam-macam lagi lah..

Jangan tak percaya.. Ada orang MATI sebab tak kentut tauuu! jangan main-main.. heee.. so, kentutlah dengan senang hati.. Tapi pandai-pandailah cari tempat yang sesuai.. jangan dalam lif pulak korang melepaskan hajat.. memang time tu TB pun hayun korang dengan kaki payung kang.. hahahaha.. mana taknya.. terpekung kott.. dalam lif.. sekali bau telur rebus basi.. wekkk.. hahahaha.. macam ada pengalaman je... kih3..

Haa.. nak tahu kenapa kentut tu perlu??? Kentut pun ada gak manfaat nya utnuk tubuh badan manusia tau.. jangan tau busuk-busuk dia takde manfaat.. heee.. jom baca  8 Manfaat Kentut Untuk Kesihatan Tubuh Badan Manusia .

Jom baca entri pasal kentut lagi : Klik aje link kat bawah ni yea! Selamat membaca!




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

BILA PAPA SHOPPING BAJU BABY | REZEKI BABY

BILA PAPA SHOPPING BAJU BABY | REZEKI BABY

Assalammualaikum.. Salam Jumaat buat semua.. Semoga hari ini hidup kita lebih tenang, redha dan bahagia dari sebelum-sebelum nya.. Aamiinn.. entri kali ni TB nak up pasal rezeki baby lagi.. 

Alhamdulillah, Baby TB dapat baju baru. Sebelum ni baju-baju baru dia dah banyak dipakaikan kat rumah sebab baby tak keluar mana-mana pun. Kalau tak guna nanti tak muat pulak sebab baby ni kan cepat membesar.

So, hari tu bila balik kampung baby tak ada baju baru atau baju untuk pergi berjalan, pakai baju yang ada je.. huhu.. Bukan takde baju tapi dah order cuma barangnya je tak sampai-sampai lagi.. biasalah.. order online.. macam tu la kan..Maka nya pakailah baju yang sedia ada. 

Tak kisah la kan.. janji baby selesa dengan baju yang dipakaikan tu.. jangan pulak ada baju baru/ baju jalan tapi semata-mata nak gayakan anak supaya nampak ada style, anak pulak tak selesa. Yang tu tak nak la kan.. kita kena pentingkan keselesaan anak tu dulu.. 

Papa beli baju ni pada 12/4/2017 (Rabu) .. Patut la balik lewat.. pastu senyap lak tu.. TB dah risau macam-macam sebab fikir hari baru lepas hujan. Bila call tak dapat. Tu bila dia sampai rumah, kita pun membebel risau. Sekali dia buat surprise beli baju baby siap ada Dinosaur Comel yang kitorang nak beli hari tu tapi masa tu ada kaler pink je.. duit pun tak cukup ritu.. tu yang tak beli.. pink kotttt.. tak mauuu... 

Apa-apa pun.. TB boleh katakan.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. rezeki baby murah sangat kali ni.. Papa kata, mama dan papa pun beli baju bundle Gombak, anak dapat baju baru.. heee.. takpe.. rezeki anak.. kita ni nak melawa pun nak pi mana kan.. TB kalau balik kampung pun pakai baju yang sama gak.. sebab memang tak nak membazir.. Tapi untuk anak ni.. biarlah dia merasa semua tu.. Cuma jangan la sampai harga satu-satu barang tu tak masuk akal pulak kan.. Pandai-pandailah ye!

K BYE


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


13 April 2017

SHOP ONLINE, EARN CASHBACK WITH SHOPBACK! JOMMM!!

SHOP ONLINE, EARN CASHBACK
WITH SHOPBACK! JOMMM!!

Haa.. pernah dengar tak tentang Shopback ni? Kalau tak pernah dengar mari TB terangkan apa itu Shopback ni. Bercakap tentang pulangan semula wang pembelian atau CASHBACK, Shopback adalah satu aplikasi yang berkonsepkan Affiliated Platform yang menghimpunkan lebih kurang 500 merchant / barisan e-commerce players kegemaran ramai. Nama-nama besar dan terkenal seperti ZALORA, LAZADA, ALTHEA,  merupakan antara affiliated partners kita akan temui di laman web rasmi Shopback Malaysia. 

Apa yang bestnya, Shopback bagi kita pulangan semula wang atau CASHBACK bagi setiap pembelian kita tau.. Contohnya la kan, kalau kita buat pembelian di mana-mana affiliated partners (dengan syarat harus melalui laman web rasmi Shopback Malaysia), cashback tu akan terus dikreditkan ke dalam akaun Shopback kita berdasarkan peratusan cashback yang ditawarkan. Ingat yea.. sebelum shopping tu mesti terus buka website Shopback dulu ok.. Jangan jadi macam TB asyik terlupa je, terus shopping dekat Lazada/Althea.. So, taka dapatlah Cashback balik.. sayang sangat-sangat.. huhuhu.. 

Haaa.. cuba tengok gambar dibawah ni. Yang ni TB punya tau.. dari 'zero' amaun dah jadi RM15.65, Lepas tu TB shopping lagi melalui laman web Shopback ni, TB dapat lagi.. sekarang dah berubah amaun RM17.97 jadinya.. Haaa.. Dah boleh cashout dah tu tau.. sebab dah lebih dari RM10 tapi TB nak kumpul banyak-banyak dulu baru cashout.. hehehehe..
So, Korang taknak ke join dan shopping dengan happy macam TB ni? meh DAFTAR PERCUMA / FREE REGISTER KAT SINI . Lepas tu dah boleh shopping dengan Happy dan dapat Cashback balik.. yeayyyy..

Haaa.. apa lagi.. dah boleh mula menyimpan wang untuk membeli-belah dalam talian melalui ShopBack, dan dapatkan sehingga 30% rebat tunai! Pendaftaran Percuma!! Ada Lebih 500 Kedai Online tersenarai didalam website Shopback ni. Dan tak lupa juga nak bagi tahu.. kalau nak Cashback, kita boleh dapat Cashback Dalam masa 24 Jam je tau! ..

Tak Faham jugak? meh tengok gambar-gambar dibawah ni.. dan fahamkan sendiri.. Tak faham gak? sila lihat Video dibawah ye! Selamat bershopping dengan happy!

Sebelum 


Selepas




Bagaimanakah Cashback berfungsi?
Peniaga kami memberi ganjaran kepada kami dengan komisen untuk merujuk anda untuk membeli-belah di laman mereka. Bukannya menjaga ganjaran untuk diri kita sendiri, kita berkongsi dengan anda!

Penjimatan tidak terhad di kedai-kedai kegemaran anda

Cara Kira - Tengok Betapa Untungnya kita!







Penjimatan tidak terhad di kedai-kedai kegemaran anda

JOM  DAFTAR SINI !!! PERCUMA SAHAJA!! 



#shopback #cashback #shopandearncashback
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

SHOP ONLINE, 
EARN CASHBACK WITH SHOPBACK 

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


12 April 2017

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' - RM300 Untuk Tekaan Tepat!

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' -
RM300 Untuk Tekaan Tepat!

TB terasa nak join plak Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan" ni.. heee.. Sifu pun dapat baby baru ye! tahniah tau.. Baby boy ni mesti bijak macam anak-anak Sifu HH yang lain kan! hemm.. tetiba TB rasa tertarik nak join tau pasaipa? Sebab TB ternampak satu komen kat Google plus hari tu..  

TB dah blur nak jawab apa.. bila godeh2 google semua macam nak jawab Hasif Najmi tapi tengok semua jawap Hasif Najmi, dan TB rasa macam tertarik dengan jawapan Blogger Shark iaitu Hasif Jauza.. dan rasa sedap bebeno nama tu.. huhuhu.. mungkinkah itu jawapannya? huhu.. Tapi TB taknak la nak niru orang kan.. 

TB join jugaklah dan bagi jawpan yang TB rasa lari sangat sebab Sifu HH ada bagi klu nama perempuan dan lelaki, So.. TB bagi jugak lah.. kang bagi serupa dnegan orang lain kata niru, lagipun sifu HH ada kalau ramai jawap betul dan serupa, sifu HH pilih yang paling awal jawab.. So. TB nak jawab

HASIF FALAK

HASIF | FALAK
KEMAS   |  BINTANG


Rujukan pelayar dilautan, kalau ikut TB kalau guna alatan terkini, kompas lah.. tapi kalau tiada kompas maka pelayar akan guna kan ilmu falak iaitu menjadikan kedudukan bintang sebagai petunjuk arah..  so, bintang jawpaannya.. 



Buat sifu HH, Tahniah sebab dapat baby boy.. semoga baby sifu HH membesar menjadi anak yang soleh, yang beriman, bijak dan sangat taat kepada perintah Allah, Ibu bapa dan guru-gurunya.. Aaminnn.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


10 Cara / Usaha / Alternatif Merawat Psoriasis di Rumah

10 Cara / Usaha / Alternatif Merawat Psoriasis di Rumah

Hai.. Assalammualaikum semua. Pagi ni TB nak bercerita tentang Psoriasis iaitu masalah kulit yang TB sedang hadapi ketika ini. TB pun tak tahu kenapa semakin teruk pulak kulit TB sekarang ni, gatal-gatal makin menjadi-jadi.. nak pulak masa balik taiping baru-baru ni pi makan ayam KFC pulak.. haa.. ambil kau.. tergaru-garu macam dalam gambar atas ni.. huhuhu.. salah sendiri..

Oh ya.. TB alami Psoriasis ni dah lama tapi masa tu TB tak tahu yang ia adalah Psoriasis. TB hanya ingat ia hanyalah alahan pemakanan. Sebab TB suka makan seafood dan macam-macam lagi makanan laut, So TB rasa mungkin TB alergik pada seafood.


Rupa-rupanya TB ada Psoriasis iaitu sejenis alahan atau masalah kulit yang tidak diketahui punca dan tiada ubat untuk memberhentikan masalah ini. 

Tentu ramai diantara kita yang macam TB, tak sedar kegatalan atau masalah kulit yang merengsakan yang korang hadapi itu rupa-rupanya bukan masalah kulti biasa.. Mungkin ia ekzema atau mungkin ia Psoriasis atau mungkin masalah kulit yang lain seperti kurap atau kudis

Walau apapun masalahnya, korang jangan biarkan yea.. kerana masalah kulit juga bahaya tau.. kalau dibiarkan ia akan merebak. Kalau dibadan boleh disorok sebab kita berpakaian, kalau di wajah? macam mana nak sorok? betul tak? 

Tapi TB bersyukur sangat TB tidak seserius penghidap Psoriasis yang lain. TB masih di kategori yang rendah, iaitu pada level yang boleh dikatakan tahap 1. Tapi TB tetap nak cari juga penawar untuk masalah ni. Sebab bila dah ada baby ni, TB banyak mengendalikan baby dan TB taknak ia boleh berpindah ke baby pulak (Nauzubillahminzalik). 


So, TB harus cari jalan penyelesaian dan baru-baru ni TB terjumpa satu produk tu, produk suplemen semulajadi yang ramai dah cuba dan berkesan katanya, So TB mencubanya dan sedang menunggu kesan posotif dari produk tersebut. Nanti TB akan share apa nama produk tu di entri akan datang.

Dari pembacaan juga TB tahu Psoriasis ni sebenarnya adalah gangguan autoimun yang tidak stabil dan sentiasa akan berulang membuatkan kulit menjadi seperti kerak kering, dan menjadi merah apabila digaru atau berada dalam keadaan cuaca panas, 

dan TB terbaca lagi tentang Psoriasis ini ialah walaupun ia memberi kesan kepada kulit, psoriasis sebenarnya bermula jauh di dalam, dalam sistem imun seseorang penghidap itu.

Ia datang daripada sel-sel T manusia, sejenis sel darah putih. sel-sel T yang direka untuk melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit. Apabila sel-sel menjadi aktif tersilap dan menolak tindak balas imun yang lain, ia boleh membawa kepada gejala psoriasis.

Impian TB nak sembuh sepenuhnya dari masalah Psoriasis ini. 


Oh ya.. kenapa TB sebut 'masalah' Psoriasis? kenapa bukan 'Penyakit' Psoriasis? Kerana Psoriasis ini bukan sejenis penyakit tetapi ia hanyalah gangguan autoimun dalam sistem tubuh badan seseorang yang lemah. Apa yang TB tahu bagi mereka yang menghidapinya perlu jaga pemakanan, kebersihan diri dan tubuh badan, 


Sentiasa sapu pelembap di kawasan terlibat (TB sapu dengan gel Aloe Vera je.. ) , jangan terlalu terdedah dengan cuaca panas kerana ia akan menyebabkan kegatalan pada kulit dan seterusnya menyebabkan kemerahan dan merengsakan kulit. dan paling penting.. harus berpantang makan semua makanan yang menyebabkan masalah semakin teruk. TB nasihatkan, tinggal semua makanan seafood, ayam, daging (boleh makan sikit2), dan yang paling penting untuk Penghidap psoriasis.. 

JANGAN MAKAN 5 BENDA INI :
1.) Ayam 
(semua penyakit kulit tak boleh makan Ayam)
2.) Kacang Bendi
3.) Terung 
4.) Ikan Masin / Ikan Bilis 
( akan buat gatal lebih teruk)
5.) Soya

Say No pada ubat-ubatan Hospital/Klinik tak kira ubat sapu atau pun ubat makan. Sebab semuanya ada kesan untuk jangkamasa panjang. Ubat-Ubatan dan ubat sapu tersebut mempunyai kandungan Steroid yang tidak elok untuk sistem tubuh badan kita di masa hadapan kelak.

Kalau boleh gunakan cara tradisional sahaja atau pilih sesuatu suplemen yang secara semulajadi membaiki sel dalam tubuh badan secara alami... Ubatan seperti pil-pil di Klinik atau Hospital memang akan meredakan kegatalan atau mengurangkan kerengsaan pada kulit penghidap Psoriasis tetapi keadaan itu hanya sementara dan penghidap Psoriasis terpaksa menghadapi ubatan tersebut utnuk suatu tempoh masa yang lama dan tidak tahu bila agaknya akan berakhir kerana mengikut kajian, masalah Psoriasis ini tiada ubatnya.. hanya boleh meredakan dan mengurangkan sahaja.. So, pandai-pandailah pilih ubat-ubatan atau sapuan untuk kes ini.. 


Walaupun tidak ada ubat, banyak rawatan wujud untuk meringankan gejala psoriasis

Berikut adalah 10 cara untuk menguruskan gejala ringan dari keselesaan rumah untuk penghidap Psoriasis.

1. Makanan tambahan
Makanan tambahan boleh membantu mengurangkan gejala psoriasis dari dalam. Minyak ikan, vitamin D, milk thistle, aloe vera, anggur Oregon, dan minyak evening primrose telah dilaporkan untuk membantu meringankan gejala ringan psoriasis, menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan. Adalah penting untuk hanya mengambil makanan tambahan yang tidak mengganggu dengan keadaan sedia ada lain yang anda mungkin ada.

2. Mencegah kulit kering
Gunakan humidifier/pembersih udara untuk menjaga udara di dalam rumah atau pejabat. Ia boleh mencegah kulit dari kering sebelum ia bermula. Gunkan juga pelembap kulit sensitif untuk menjaga kulit agar lembut dan bebas daripada membentuk plak.

3. Wangian Elakkan
Sabun dan minyak wangi mempunyai pewarna dan bahan kimia lain didalamnya dan boleh merengsakan kulit. Pasti, ia boleh membuat kita berbau yang hebat tetapi ia juga boleh membakar psoriasis. kalau boleh seeloknya elakkan produk itu , atau memilih produk yang khas untuk "kulit sensitif".

4. Makan sihat
Diet boleh memainkan peranan dalam menguruskan psoriasis. Menghapuskan daging dan lemak merah makanan ringan boleh membantu mengurangkan flare-up yang boleh dicetuskan oleh makanan tersebut. ikan air sejuk, benih, kacang, dan omega-3 asid lemak yang terkenal dengan keupayaan mereka untuk mengurangkan keradangan. Ini boleh membantu untuk menguruskan gejala psoriasis. 

Minyak zaitun juga mungkin mempunyai manfaat menenangkan apabila disapu pada kulit. Cuba mengurut beberapa sudu pada kulit kepala anda untuk membantu melonggarkan plak menyusahkan semasa mandi anda yang seterusnya.

5. Mandi hangat untuk melegakan gatal
Air panas boleh menjadi perengsa untuk kulit anda. Walau bagaimanapun, mandian suam dengan Epsom garam, minyak mineral, susu, atau minyak zaitun boleh melegakan gatal-gatal dan menyusup masuk ke skala dan plak. Melembapkan serta-merta selepas mandi anda untuk manfaat berganda.

6. Terapi cahaya
Semasa terapi cahaya, doktor akan bersinar cahaya ultraungu pada kulit. Ini jenis terapi sering memerlukan sesi konsisten dan kerap. Perlu diingatkan bahawa katil penyamakan tidak satu cara untuk mencapai terapi cahaya. Terlalu banyak cahaya matahari sebenarnya boleh memburukkan psoriasis. Prosedur ini sentiasa perlu dilakukan di bawah pengawasan doktor.


7. Mengurangkan tekanan
Apa-apa masalah atau penyakit kronik mahupun yang biasa seperti psoriasis boleh menjadi punca tekanan/Stress. Ini selalunya boleh menjadi satu kitaran ganas apabila tekanan itu sendiri boleh memburukkan lagi gejala psoriasis. Selain mengurangkan tekanan apabila mungkin, pertimbangkan menggabungkan amalan mengurangkan tekanan seperti yoga dan meditasi.

8. Elakkan alkohol
Alkohol adalah pencetus untuk ramai orang yang mempunyai psoriasis. Satu kajian dari Brigham dan Hospital Wanita dan Sekolah Perubatan Harvard mendapati peningkatan risiko psoriasis di kalangan wanita yang minum bir nonlight. Mereka yang minum sekurang-kurangnya lima bir nonlight seminggu hampir dua kali lebih berkemungkinan untuk membangunkan psoriasis, jika dibandingkan dengan wanita yang tidak minum.

9. Cuba kunyit
Herba yang biasa digunakan untuk merawat pelbagai keadaan. Kunyit telah didapati membantu mengurangkan psoriasis. Ia boleh diambil dalam pil atau makanan tambahan bentuk atau ditaburkan pada makanan anda. Berbincang dengan doktor dahulu mengenai manfaat yang berpotensi untuk penghidap Psoriasis. Dos yang diluluskan oleh FDA kunyit adalah 1,5-3,0 gram sehari.

10. Berhenti merokok
Elakkan tembakau. Merokok boleh meningkatkan risiko anda mendapat psoriasis. Jika anda sudah mempunyai psoriasis, ia juga boleh membuat gejala-gejala anda lebih teruk.

Akhir sekali, kepada penghidapa Psoriasis atau Ekzema tu, jangan stress-stress ya.. jangan sedih-sedih.. kawal emosi korang kerana ia juga salah satu cara untuk menangani masalah Psoriasis ini daripada merebak lebih teruk.. TB harap entri ini dapat memberi manfaat buat semua.. Nanti kita sambung lagi ye bab ni.. K bye.. 

Baca juga semua dibawah berkaitan :










------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers