Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

08 Oktober 2017

APA ITU MYCYBERSALE?

APA ITU MYCYBERSALE? 

Wahh.. MYCYBERSALE kembali lagi!!! Jualan dalam talian terbesar dan ditunggu-ditunggu di Malaysia kini datang kembali untuk tahun 2017! Kalau korang adalah seorang kaki shopping dan telah TERBIASA menjadi pembeli dalam talian selama ini, ini adalah satu jualan yang korang tidak mahu ketinggalan! betul tak??

Lagi beberapa jam saja lagi #MYCyberSALE akan bermula iaitu dari 9 Oktober sehingga 13 Oktober 2017. Beribu-ribu syarikat yang menjual barang secara online samada menggunakan marketplace seperti Lazada, 11Street, Lelong dan banyak lagi atau syarikat yang mempunyai laman web e-commerce sendiri menyertainya tahun ini.

Pelbagai tawaran diskaun menarik bakal ditawarkan sepanjang #MYCyberSALE kali ini bagi menarik lebih ramai pembeli untuk membeli produk atau servis yang ditawarkan.

Apa itu #MYCyberSALE ?

#MYCyberSALE merupakan langkah dan inisiatif MDEC yang bertujuan untuk meningkatkan industri e-commerce di Malaysia. Bermula pada tahun 2014, #MYCyberSALE yang kali pertama diadakan mencatatkan transaksi online sehingga RM67 juta dalam masa 3 hari sahaja.

Diisytiharkan sebagai jualan terbesar di Malaysia, #MYCYBERSALE kembali sekali lagi untuk kali keempat dan akan bermula dari 9 hingga 13 Oktober 2017!

2017 akan menjadi tahun peralihan dengan #MYCYBERSALE didorong oleh industri dengan Perkongsian Strategik dengan PIKOM.

PIKOM adalah persatuan yang mewakili industri ICT di Malaysia, mempunyai lebih daripada 1,200 syarikat korporat, dan profesional individu merentasi Peruncit, Pemborong, Multinasional dan komuniti pengguna. Bab E-Commerce PIKOM telah diluluskan pada 21 Julai 2016 oleh Majlis PIKOM untuk mengembangkan penglibatan PIKOM dalam industri e-Perdagangan.

#MYCYBERSALE 2017 menawarkan pelbagai jenis produk yang terpilih untuk mendapatkan tawaran eksklusif yang korang boleh dapatkan semasa jualan ini sahaja! 

Pada tahun ini, MDEC bekerjasama dengan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) untuk menyusun #MYCYBERSALE 2017 yang bertujuan untuk mencapai jualan RM300 Juta dengan kempen pemasaran berat untuk meningkatkan pendapatan para usahawan dalam talian .

Haaa.. untuk mereka yang baru dengar tentang #MYCYBERSALE ni.. meh teman share sikit tentang MYCYBERSALE ni..

#MYCYBERSALE bertujuan untuk meningkatkan industri e-Perdagangan di Malaysia melalui objektif berikut:
  • Untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan perniagaan dan pembelian atas talian (shopping online) supaya dapat memupuk budaya membeli belah secara online dan juga menyokong industri jualan dalam talian di internet di Malaysia ini.
  • Untuk menggalakkan PKS untuk mengguna pakai eCommerce dalam perniagaan mereka; dan
  • Untuk meningkatkan domestik pendapatan eCommerce

Sempat lagi ke Nak join #MYCyberSALE Tahun Ini?

Dah terlewat pun untuk kita nak join secara rasmi dan mendapat banner khas di website rasmi mycybersale.my untuk tahun ini. tapi jangan risau korang masih boleh gunakan trend dan brand #MYCyberSALE untuk tawarkan produk atau servis korang pada harga promosi. Tiada apa-apa sekatan dari pihak penganjur terhadap syarikat yang tidak berdaftar untuk turut sama memeriahkan event #MYCyberSALE 2017 yang bakal tiba bermula hari esok (9-12 oktober 2017).

Sekiranya korang nak join secara rasmi tahun depan, korang boleh join secara percuma dan maklumat lanjut akan dikongsikan oleh penganjur nanti.

Keistimewaan Menyertai #MYCyberSALE Secara Rasmi?

Haaa.. keistimewaan yang orang lain takkan dapat kalau join MYCYBERSALE secara rasmi ialah korang akan dapat banner khas di website rasmi Mycybersale.my.

Banner ini dapat boleh menarik minat ramai pelawat berkualiti ke website kita dan sudah semestinya mereka bersedia untuk membeli. Nak pulak banner yang cun dan menyakinkan.. 

Apabila banner syarikat atau brand korang tersenarai secara rasmi, ia secara tidak langsung juga dapat meningkatkan imej syarikat atau brand korang di mata pelanggan.

Kalau join event #MYCyberSALE ini pastinya dapat memberikan peningkatan jualan ketara dari biasa.. So, jangan lupa ye daftar secara rasmi tahun depan.. dan sangat dialu-alu kan kepada mereka yang ada website online yang mempunyai payment gateway yang lengkap,

Oh ya.. lupa pulak nak share Tagline untuk mycybersale 2017 ni.,. sila lihat dibawah yea..

Tagline Untuk tahun ini ialah  'Click, Slide & Tap to Great Deals'



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



29 September 2017

SPECIAL GIVEAWAY BY EMBUN BEAUTY HOUSE!

SPECIAL GIVEAWAY BY EMBUN BEAUTY HOUSE! 

Yeayy..Giveaway Time!! Haii.. TB nak buat Giveaway ni!! Kali ni tak perlu buat entri giveaway.. just melalui facebook aje.. hehe.. First time buat Giveaway dekat Page Tengkubutang.com.. Haa.. TB nak cari 5 pemenang, Ada 5 hadiah menarik menanti anda semua! Cara nak join? Mudah je.. Sila follow syarat di bawah ni je..

27 September 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion- Irresistible Soft Touch All Day Long!

ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion
- Irresistible Soft Touch All Day Long!

Cakk.. Tetiba pulak tajuk berbahasa Inggeris yea.. walhal isinya bahasa melayu.. haha.. saja TB nak stay dengan Tajuk tu sebab suka dengan susunan ayat tu..

"Irresistible Soft Touch All Day Long"

Haa.. hari ni TB nak cerita tentang ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang sangatlah wangi ni ha.. sangat melembapkan kulit dan sangat best dipakai sebab teksturnya yang tak melekit tu.. hehe.. Bestnya kan, bila dapat stay dengan haruman dan wangian dari Enchanteur ni.. Sememangnya kegemaran TB sejak dari zaman anak dara lagi tau.. Bauan dari Enchanteur ni menggamit kenangan TB semasa zaman remaja, zaman bekerja dan zaman di kolej.. alahai.. rasa seperti teringat kembali kenangan lama-lama dulu.. 
  
Apatah lagi dengan wangian dan bauan dari range Romantic dan Charming ni haaa.. memang legend lah TB katakan.. hehehe.. TB sukakan semuanya start dari mandian, losyen, deodoran, sabun.. haaaa... kalau ada syampu.. syampu pun TB suka jugak tauu! eh ada lah syampu enchanteur.. sape kata takde.. huhu.. cuma TB je tak pernha guna lagi syampunya.. nanti nak try beli.. harus wangi dari hujung rambut ke hujung kaki.. cewahhh..

26 September 2017

DREAM IN MOM BABY PRODUK BAYI DARI FROMNATURE MALAYSIA

DREAM IN MOM BABY
 PRODUK BAYI DARI FROMNATURE MALAYSIA 

TB suka benar dengan produk dari Fromnature ni.. Produk yang TB dah gunakan baru-baru ni ialah Dream In Mom Baby iaitu produk penjagaan kulit bayi / baby skincare yang di syorkan oleh ramai ibu-ibu di Korea.. Haaa.. sebab apa TB sebut Korea? sebab produk ni datangnya dari Korea tau.. Made in Korea.. Siri produk ini adalah sejajar dengan tahap kerja alam sekitar Amerika Syarikat (Ewg) Level 0 ~ 2 .. maksudnya? ia sangat natural dan mesra alam..

25 September 2017

JOM KEKAL LANGSING DENGAN IMAAN SLIMMING FRUITEA DAILY DETOX

JOM KEKAL LANGSING DENGAN IMAAN SLIMMING FRUITEA DAILY DETOX 

Wah.. sedap betul rasa teh yang berperisa buah-buah ni.. ada rasa Durian Belanda, ada rasa Mulberry (errr.. macam amna rasa Mulberry ek.. huhu) ada rasa teh.. ada rasa buah Markisa.. haaa.. memang sedap dan tak terfikit pun teh detox ni ada rasa buah camni.. selalunya teh detox yang lain rasanya tawar dan pahit je.. sampai nak minum pun kena tutup hidup.. wakakaka..



Tapi Imaan Slimming Fruitea Daily Detox ni tidak pahit .. sedap je rasa dia.. TB boleh minum tanpa tutup hidung.. haha.. Haa.. kalau korang nak tahu.. TB berani minum Imaan Slimming Fruitea Daily Detox sebab ia juga sesuai untuk ibu yang menyusu.. so, TB pun memang nak detox badan TB pun sebab sejak akhir-akhir ni asyik la sengal-sengal aje.. harap lepas minum detox ni TB kembali cergas.. yeay!!

Jom tengok info detail pasal Imaan Slimming Fruitea Daily Detox .. dan kalau berminat nak beli, boleh contact info/link yang TB seratkan di bawah sekali ni yea.. 


Imaan Slimming Fruitea Daily Detox

pencernaan : ambil 1-2 uncang setiap hari
👌🏽Individu yang nak kurangkan berat badan
TEH_BUAH_IMAAN dah ada yang dalam botol. Cantik, memang boleh melting tengok. Dlm 1 botol ada 10 uncang sja.

Lebih senang nak beli..
Lebih senang nak jual..
Lepas ni hari2 boleh teh buah, kat mana2 pun teh buah.
Lebih SIHAT..
Lebih SLIM lah kita semua 😊

KANDUNGAN
Passion fruit (markisa), Sour sop (durian belanda), Mulberry, Candle Bush (cassia alata), Tea Leaves (daun teh).

KEBAIKAN
👍🏽Membantu pencernaan
👍🏽Membantu detox (buang toksin dlm badan)
👍🏽Tingkatkan sistem imunisasi
👍🏽Anti Kanser
👍🏽Kawal gula dlm darah

CIRI_PENTING
❤Tiada bahan kimia
❤Proses secara natural
❤Rasa sedap

CARA_GUNA
👌🏽Rendam 1 uncang dalam cawan / mug berisi air panas
👌🏽Setiap uncang boleh diguna 2 kali
👌🏽Individu yang ada masalah  : boleh rendam 2 uncang dalam satu cawan / mug
👌🏽Indvidu yang nak kekalkan berat badan sedia ada – 3x seminggu

SIAPA_BOLEH_MINUM?
💃🏼Semua berumur 7 tahun ke atas
💃🏼Wanita menyusu pun boleh minum
💃🏼Boleh diminum pesakit diabetic, gastrik 💃🏼Wanita mengandung tidak digalak minum

HARGA 



Haaa.. Bagi sesiapa yang nak jaga berat badan, WAJIB berdetox ya kawan2. Tak tau macam mana dapatkan botol imaan. Harga satu botol rm25 ja, Lagi banyak lagi jimat tau. .
Untuk mengetahuan korang semua, detox Imaan ini ibu menyusu pun boleh minum ya 😍 lagipun, kandungannya buah-buahan . Wasap 019-3922261 (ira)


JOM TENGOK VIDEO CARA NAK SEDIAKAN IMAAN SLIMMING FRUITEA DETOX NI




BERMINAT NAK ORDER? BOLEH CONTACT & VISIT :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



23 September 2017

KUEY TEOW KUNGFU



RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

Tengok gambar macam sedap.. hehehe.. yang ni TB dah pernah buat banyak kali dah sebelum ni tapi guna resepi lain.. nanti leh search kat blog ni ye.. resepi yang TB pernah try dulu pun sedap.. hubby suka.. memang makan bertambah-tambah.. Nanti kita try resepi yang ni pulak ..

Bahan A:
500 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]
sedikit tepung jagung
minyak utk goreng kuey teow

Bahan B:
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
3 sudu besar minyak utk menumis
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam- saya guna 1 kiub ayam dan bancuh bersama 1 cwn air
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam dan sedikit gula

Cara-Cara:
Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
** Saya pkl telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng kuey teow sehingga agak garing, terbalikkan dan angkat...ketepikan.
Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.













Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers