Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Februari 2015

Ayat Ruqyah Penawar Sihir dan Gangguan Jin

Ayat Ruqyah Penawar Sihir dan Gangguan Jin |

VIDEO BACAAN AYAT_AYAT-AYAT RUQYAH

Ayat Ruqyah ni teman cari dah lama.. baru tadi terjumpa video nya.. mencari tapi bukan tak jumpa.. tetapi selalu terlupa nak tengok balik.. save entah mana-mana pastu cari balik tak jumpa.. nak google pun malas.. so.. terbenam macam tu aje.. pastu terdengar adik bercerita yang dia akan pasang cd ni kat rumah.. ada sorang kakak tu pun suka pasang Aya-Ayat Ruqyah ni.. untuk apa? haaa.. ada sebab-sebabnya.. teman pun baru dapat baca sepenuhnya.. jom kita baca sama-sama yea.. moga bermanfaat.

Korang biasa dengar tak cerita-cerita tentang Jin dan sihir. Dalam masyarakat melayu, jin ni lebih dikenali sebagai makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat. 

Perkataan Jin berasal daripada perkataan arab iaitu Jiniy dan Genie dlm bahasa inggeris yang membawa maksud yang tersembunyi / yang tertutup, 

dlm Islam memaksudkan jin ini makhluk yang berakal, berkehendak, sedar, mempunyai kewajipan, berjasad halus dan hidup dibumi.

Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud: "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.

" Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran, 

Wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupon sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya.OK maksud ringkasnya ialah, 

"Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. "

Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. 

Ayat Rukyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. 

Maksud ruqyah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas disebabkan sengatan binatang, dan mcm2 lagi”.


Keistimewaan Ayat Ini

Simptom yang akan didapati selepas mendengar:

  1. Denyutan jantung makin kencang.
  2. Badan bergegar.
  3. Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
  4. Mengantuk / menguap.
  5. Batuk.
  6. Gelisah.
  7. Panas di leher.
Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk. 

Dengan mendegar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit – penyakit misteri antaranya:
  1. Fikiran runsing / jiwa gelisah.
  2. Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka.
  3. Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan.
  4. Ketengangan dalam rumahtangga.
  5. Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam.
  6. Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa.
  7. Anak-anak mudah mendengar kata orang tua.
  8. Menguatkan hafalan dan pembelajaran.
  9. Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran.
  10. Membersihkan aura diri dan menyahkan energy-energy negatif dari badan.

Cara Menggunakan Mp3 Ini:

RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat / sihir serta memagar diri kita. 

Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tidak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah Taha ayat 1). Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu:
  1. Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah / premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
  2. Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
  3. Bagi anak-anak yang menangis pada waktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat, In Shaa Allah jin / syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
  4. Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd / mp3 ruqyah ini 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
  5. Bagi memulihkan rumah / premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
  6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd / mp3 ruqyah ini 3x sehari, In Shaa Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


Credit to :
http://apa2ajenucleus.blogspot.com/



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 






Asmaul Husna - Sharifah Khasif | Video dan Lirik

Sharifah Khasif - Asmaul Husna
Sharifah Khasif - Asmaul Husna |
Lirik Lagu/ Lyrics: Sharifah Khasif - Asmaul Husna 

Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahiim Yaa Maalik

Yaa Qudduus Yaa Salaam Yaa Mukmin Yaa Muhaimin

Yaa 'Aziiz Yaa Jabbar Yaa Mutakabbir Yaa Khoolik

Yaa Baarik Yaa Musowwir Yaa Ghoffaar Yaa Qohhaar

Yaa Wahhaab Yaa Rozzaak Yaa Fattaah Yaa 'Aliim

Yaa Qoobidth Yaa Baasiit Yaa Koofith yaa Roofi'

Yaa Mu'iz Yaa Muzil Yaa Samii' Yaa Basiir

Yaa Hakam Yaa 'Adl Yaa Latiif Ya Khobiir

Yaa Haliim Yaa 'Aziim Yaa Ghofuur Yaa Shakuur

Yaa 'Aliyyu Yaa Kabiir Yaa Hafith Yaa Muqiit

Yaa Hasiib Yaa Jaliil Yaa Kariim Yaa Roqiib

Yaa Mujiib Yaa Waasi' Yaa Hakiim Yaa Waduud

Yaa Majiid Yaa Baa'ith Yaa Syahiid Yaa Haqq

Yaa Wakiil Yaa Qowwi Yaa Matiin Yaa Waliiy

Yaa Hamiid Yaa Muhsii Yaa Mubdiik Yaa Mu'iid

Yaa Muhyii Yaa Mumiit Yaa Hayy Yaa Qoyyuum

Yaa Waajid Yaa Maajid Yaa Waahid Yaa Somad


Yaa Qoodir Yaa Muqtadir Yaa Muqoddim Yaa Muakkhir

Ya Awwal Yaa Aakhir Yaa Zoohir Yaa Baatin

Yaa Waliiy Yaa Muta'aali Yaa Barr Yaa Tawwaab

Yaa Muntaqim Yaa 'Afuu Yaa Rouuf

Yaa Maalikal Mulki

Zul Jalaali wal Ikraam

Yaa Muqsit Yaa Jaami' Yaa Ghoniyy Yaa Mughniy

Yaa Maani' Yaa Dthoor Yaa Naafi' Yaa Nuur

Yaa Haadi Yaa Badii' Yaa Baaqii Yaa Waarith

Yaa Rosyiid Yaa Sobuur Yaa Allah Ya Allah



Tajuk Lagu/ Song Title: Asmaul Husna
Artis/ Artist: Sharifah Khasif 
Album/ Info: Asmaul Husna 2013 / Syarifah Khasif adalah Qariah (Quran Reciter)Malaysia

Video Muzik/ Music Video: Sharifah Khasif - Asmaul Husna 

Youtube (Official MV)



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Heliza Helmi | Jom Zikir Lyric dan Video


Jom Zikir Lyric |

Wahai sahabat semua 
Kita adalah hamba-Nya 
Jadi mari kita 
Berzikir kepada-Nya 

La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
Muhamadur Rasulullah 

Wahai sahabat semua 
Kita adalah hamba-Nya 
Jadi mari kita 
Berzikir kepada-Nya 

La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
Muhamadur Rasulullah  

La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
La ilaha illallah  
Muhamadur Rasulullah 

Bila bangun pagi amal zikir ini 
Mudah-mudahan bertambah rezeki 
Subahanallahi wa bihamdihi 
Subahannallahi 'adzim 

5 kali 1 hari 
Jangan tinggal walau sekali 
Solat dan Al-Quran pelindung diri
Allah sayang kita tenang hati 

Wahai sahabat semua 
Kita adalah hamba-Nya 
Jadi mari kita 
Berzikir kepada-Nya 

La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
Muhamadur Rasulullah 

Dengan mengingati Allah hati kita akan tenang
Mari kita semua basahi lidah 
Denga berzikir kepada Allah yang Maha Esa 

Wahai sahabat semua 
Kita adalah hamba-Nya 
Jadi mari kita 
Berzikir kepada-Nya 

La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
La ilaha illallah  
Muhamadur Rasulullah  

La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
La ilaha illallah  
Muhamadur Rasulullah 

Subahanallah 
Ahamdulillah 
Allahuakbar 
La ilaha illallah 

La ilaha illallah 
La ilaha illallah 
La ilaha illallah  
Muhamadur Rasulullah
Muhamadur Rasulullah
Allahuakbar



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




04 Februari 2015

BUKAN BERHIJRAH, TAPI SEBAGAI JENAZAH..

Allahuakbar.. sayu dan hiba baca ayat yang terpampang dekat gambar atas ni.. bukan sayu dan hiba kerana orang yang dimaksudkan dalam gambar tu.. Tetapi terkenang kalau diri sendiri jadi seperti itu.. Yea.. memang kita semua akan mati.. tetapi.. cara mati kita tu kita takkan tahu bagaimana.. Bila.. dan dimana.. 

Kalau teman mati, biarlah dalam keadaan telah selesai tunai solat.. kerana takut dengan seksaan yang bakal tiba akan datang ketika di alam barzakh..

Kalau kita selalu lengahkan solat, terlupa solat, apatah lagi tak pernah solat.. mahukah Allah makbulkan segala hajat dan permintaan kita? Mahukah Allah berikan rezeki yang murah untuk kita? Mahukah Allah memelihara keselamatan kita? Hanya Allah yang dapat menjawap semua..

Kadang kita lupa mengucapkan terima kasih kepadaNYA kerana kita fikir setiap kejayaan yang kita kecapi, semua atas usaha kita sendiri.. tetapi.. kita lupa.. Allah yang mengaturkan segalanya.. susah senang, untung rugi, kaya miskin, bahagia atau sedih.. semuanya Allah yang aturkan.. 

Semoga kita sentiasa mengingati Allah setiap masa.. kerana Allah akan sentiasa memerhatikan kita.. InsyaAllah.. jika kita mengingati Allah.. HAJAT dan DOA kita pasti akan termakbul.. 


dan kalau kita LUPA pada Allah.. mana mungkin Allah akan makbulkan permintaan kita? 

Muhasabah diri sendiri .. 




Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 



DAH TERTULIS ITU REZEKI AWAK




SHARING IS CARING | Kebergantungan 100% dengan Allah.. 
Kita akan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka..
*****************************


" DAH TERTULIS ITU REZEKI AWAK"

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya. 

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol. 

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk. 

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia. 

Saya cakap ..

"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu.. 

Saya tanya dia, "eh apesal?" 

Dia jawab dalam menahan sebak.

"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free," 

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.

"Dah tertulis rezeki awak," 

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan. 

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2. 

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

**Copy paste dari Fanpage Sambal Ketuk





Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 





30 Januari 2015

Kisah 3 Orang Sahabat Terperangkap Dalam Gua

Diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab beliau pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda :
"Ada 3 orang sahabat yang sedang berjalan jalan di hutan, karena terlalu lama berjalan masuk kedalam  hutan, akhirnya mereka tersesat, malam nya karena terlalu gelap dan akan turun hujan maka mereka berteduh ke dalam gua.Didalam gua ada batu besar yang jatuh dan menutup mulut gua tersebut, Ketiga orang itu panik dan mendorong batu sekuat mungkin tapi tak berhasil. Mereka berkata satu sama lain"Tidak ada yang dapat menyelamatkan kita kecuali Allah Swt. dengan menyebutkan kebaikan kebaikan yang pernah dilakukan".

Orang pertama mengatakan:
"Ya Allah orang tuaku sudah tua renta dan setiap pagi aku mengantarkan susu untuk mereka sebulum keluargaku(anak dan istriku)sendiri. suatu hari aku pulang terlalu malam dan secepatnya aku memerah susu biri biri(domba), tetapi saat melihat mereka, mereka sedang tidur dengan nyenyaknya. Aku tidak ingin memberi minum susu keluargaku sebelum mereka, maka aku tunggu mereka dari malam hingga fajar, saat mereka bangun mereka langsung meminum susu yang aku pegang. Wahai Allah jika dalam pandangan Mu aku melakukan itu semata mata karena Mu maka keluarkan kami dari tempat ini".Maka bergeserlah batu tersebut sedikit.

Orang kedua mengatakan:
"Ya Allah aku adalah orang yang sangat kaya . Aku memiliki seorang sepupu yang cantik nan seksi, aku selalu mengajak Nya untuk berzina namun ia menolak. Pada suatu hari saat sedang krisis makanan ia meminjam uang kepadaku, aku memberikan Nya 120 dinar dengan syarat ia harus  menuruti kemauanku , wanita tersebut tidak mempunyai pilihan lain, namun ia mengatakan"Haram bagimu merengut kesucianku kecuali bila kita sudah menikah".Setelah mendengar hal itu aku mengurunkan niatku tuk berzina dan memberikan uang itu dengan ikhlas.Wahai Allah jika dalam pandangan Mu aku melakukan itu semata mata karena Mu maka keluarkanlah kami dari tempat ini".Lalu bergeser sedikit lagilah batu tersebut.

Orang ketiga mengatakan:
"Ya Allah aku memiliki sejumlah pekerja dan mereka kubayar dengan upah yang penuh kecuali seorang lelaki yang sama sekali tidak mengambil upahnya dan langsung pergi, upahnya yang tak dia ambil dia investasikan hingga aku mempunyai kekayaan yang banyak. Pada kemudian hari dia meminta upahnya yang belum ia ambil "Wahai Hamba Allah bayarlah upah yang belum kuambil selama ini". Kemudian aku mengatakan "Semua haiwan ternak dan pekerja yang sedang kau lihat adalah milikmu". Ia mengatakan"Wahai Hamba Allah janganlah kau mengejekku". Aku mengatakan"Aku tidak mengejekmu, ini semua adalah milikmu ambilah". Maka ia ambil semua miliknya tanpa bersisa.Ya Allah jika dalam pandagan Mu aku melakukan hal tersebut semata mata karena Mu keluarkanlah kami dari tempat ini".Akhirnya batu tersebut bergeser sedikit lagi dan membuat jalur yang sangat lebar, mereka semua dapat keluar dari gua tersebut.

Subhanallah!!!Maha suci Allah dengan segala kesempurnaan.

Wassalamualaikum Wr. Wb.




Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 



Ayatul Qursi dan Maksudnya


Dalam lisan....

ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM.

Terjemahan....
Allah tiada tuhan selain dia yang maha kekal lagi terus menerus mengurus makhluknya.tiada mengantuk dan tidak tidur kepunyaannya apa yang di langit dan di bumi.siapakah yang dapat memberi syafa'at disisi Allah tanpa izinnya? Allah menetahui apa-apa yang ada di belakang mereka dan didepan mereka,dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendakinya.kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,dan Allah lagi maha tinggi dan maha besar.(QS : Al-Baqarah : 255)

Khasiat....
Barang siapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali setelah solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang dapat memudaratkan dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T

Sedikit keterangan dari kitab, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan hatinya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah..Aminyarobbalallamin

Rasullullah s.a.w. bersabda : "Barang siapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda rasulullah : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwudhu dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad.  

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Kursi saat berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
  
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap solat Fardhu, Allah menganugerahkan dia terpelihara keselamatan..

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya,Dari Abdullah bin 'Amr r.a. 



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers