BUKAN BERHIJRAH, TAPI SEBAGAI JENAZAH..

Allahuakbar.. sayu dan hiba baca ayat yang terpampang dekat gambar atas ni.. bukan sayu dan hiba kerana orang yang dimaksudkan dalam gambar tu.. Tetapi terkenang kalau diri sendiri jadi seperti itu.. Yea.. memang kita semua akan mati.. tetapi.. cara mati kita tu kita takkan tahu bagaimana.. Bila.. dan dimana.. 

Kalau teman mati, biarlah dalam keadaan telah selesai tunai solat.. kerana takut dengan seksaan yang bakal tiba akan datang ketika di alam barzakh..

Kalau kita selalu lengahkan solat, terlupa solat, apatah lagi tak pernah solat.. mahukah Allah makbulkan segala hajat dan permintaan kita? Mahukah Allah berikan rezeki yang murah untuk kita? Mahukah Allah memelihara keselamatan kita? Hanya Allah yang dapat menjawap semua..

Kadang kita lupa mengucapkan terima kasih kepadaNYA kerana kita fikir setiap kejayaan yang kita kecapi, semua atas usaha kita sendiri.. tetapi.. kita lupa.. Allah yang mengaturkan segalanya.. susah senang, untung rugi, kaya miskin, bahagia atau sedih.. semuanya Allah yang aturkan.. 

Semoga kita sentiasa mengingati Allah setiap masa.. kerana Allah akan sentiasa memerhatikan kita.. InsyaAllah.. jika kita mengingati Allah.. HAJAT dan DOA kita pasti akan termakbul.. 


dan kalau kita LUPA pada Allah.. mana mungkin Allah akan makbulkan permintaan kita? 

Muhasabah diri sendiri .. 




Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 



2 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama