Nity

Nuff

20 Jun 2014

NOTA DARI ARWAH SYUHADA BAHARUDIN | BERHARGANYA SEORANG ISTERI

Klik untuk tumbesaran |

Pernah terbaca satu Nota perkongsian dari arwah Syuhada Baharudin di facebooknya sebelum ini.. Ditujukan buat isteri2 dan suami2 untuk dibaca bersama agar dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.. 

Rasa sayu je baca.. tapi masa tu tak sempat nak share sebab internet pun tak mengizinkan.. 

tiba2 tadi teman jumpa balik Kata-kata berharga ini yang di share pula oleh Blogger Mamaniza.com di Facebooknya.. 

dan kali ni teman jadikan satu perkongsian di blog teman ni, sebagai kenang-kenangan dari Syue (Blogger yang tak sombong dan very  d hardworking girl) selamanya teman jadikan dia idola teman.. Blog Motivasi Syue kini hanya tinggal kenangan.. 

Note : Arwah syue ada mention suruh share dengan suami masing2, So.. teman pun nak share gak lea dengan hubby teman.. sebagi wife teman udah baca, sekarang turn hubby lak.. Hope hubby teman baca la entri ni yea.. 

BACA SINI JUGAK (KLIK)

ZIKIR HARIAN DAN KELEBIHAN ZIKIR

Jom kita berzikir | 10 kelebihan zikir. Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. 

Zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. 

Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah SubhanAllahi wabihamdi. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah "Sukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).
Antara 10 Kelebihan Zikir Adalah:

1. Mereka yang suka berzikir akan berada dibawah naungan Allah dihari kiamat.
2. Zikir adalah ubat yang dapat melembutkan hati
3. Zikir mendekatkan seseorang kepada ahirat dan menjauhkan mereka dari amalan dunia yang sia-sia
4.  Zikir dapat menghilangkan rasa takut dan menimbulkan ketenangan jiwa.
5. Orang yang suka berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
6. Orang yang suka berzikir akan dimurahkan ruang rezekinya
7. Zikir dapat mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Zikir dapat menghapuskan sifat munafiq
9. Zikir akan melindungi diri dari bisikan dan ganguan syaitan
10. Zikir dapat membentuk peribadi yang mulia 
Jom sama-sama kita menjadikan zikir sebagai amalan harian kita. Insya-Allah dengan berzikir, hati dan jiwa kita akan tenang dan segala urusan akan dipermudahkan.

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Sharing is Caring.. Teman just nak share sini DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN, moga menjadi perkongsian yang terbaik buat ibu2 dan bakal ibu.. (^____^) Rasulullah S.A.W berkata : Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa ..

SOLAT DAN KESANNYA


1. Org yg tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..." - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat 
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya" - Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. -Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah - TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. -Ustaz Pahrol.

BACA NI..JGN LUPA KONGSI..

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk kevtika menunaikan solat

jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada. (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala. 

Entri yang mengingatkan diri sendiri.. =(
Perkongsian dari blog -->http://lalamhd.blogspot.com/

19 Jun 2014

PROMOSI PENGHABISAN STOCK | BAWAL CHANEL

- IKLAN BERBAYAR -

--->Haiii.. Bermula pada hari ini, Embun Beauty House telah membuat promosi penghabisan stock bagi Tudung Bawal Branded "Chanel" ni.. Tudung Bawal ini boleh didapati dengan harga RM9.00 sehelai.. 

So, bagi sape2 yang sukakan Tudung Bawal yang nampak Vogue ini, silalah PM Embun Beauty House  dengan segera kerana stock jalan laju bila dah keluar promosi ni.. kalau terlambat, warna pilihan tinggal sikit je lagi.. apa2 pun selamat membeli belah..

Pssst : Yang coklat dan hitam tu teman terberkenan le pulak.. jom singgah Butik Online Embun Beauty House

Syuhada Baharudin | Martias Mohd Ali --- Bersemadilah Dengan Tenang Disana

Buat semua rakan2 yang mengenali arwah, Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat Blogger kita Syuhada Baharudin yang telah kembali ke Rahmatullah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.. 
arwah Martias Mohd Ali - 30 Mei 2014
Dan tak lupa juga mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Martias Mohd Ali iaitu suami kepada Blogger Mak Dara (a.k.a kak adza Irdawati Adenan) juga.. moga arwah tenang di sisi Penciptanya... semoga keluarga kedua2 yang menghadapi dugaan ini tabah menerima ketentuan ilahi.. 

buat Mak Dara, i know.. kasih sayang dan kenangan bersama yang tersayang takkan luput sampai bila2.. Semoga Mak Dara Cekal dan tabah menempuh hari2 yang mendatang.. (sampai sekarang masih terasa sebak dengan apa yang Mak Dara terpaksa lalui..tak sanggup rasanya teman berada di tempat Mak Dara.. namun sangat kagum dengan ketabahan Mak Dara.. kuatkan semangat ye.. Allah knows better than us..)
Arwah Syuhada Baharudin - 18/6/2014
Dulu, sebelum blog arwah bertukar ke Wordpress domain sendiri (.com) (Syuhadabarahudin.com) teman selalu singgah blog arwah, walaupun ketika itu blog arwah terlalu baru lagi.. tetapi teman suka singgah dan baca entri2 yang ditulis oleh arwah.. 

Kerana banyak sangat ilmu dan tips2 motivasi yang teman dapat disana.. dan sememangnya teman kagum dengan kejayaan arwah dalam dunia perniagaan,betapa bertuahnya arwah menjadi insan berjaya sewaktu muda lg,

Yang teman respect.. Walaupun arwah seorang yang berjaya namun dia tak pernah nak memandang rendah pada yang lain.. dia seorang yang humble sangat..

Teman yang tak rapat dengan arwah.. tetapi rasa mula menyukai arwah dengan sikap humble arwah.. tetapi apa daya kita.. tak sempat nak mengenali lebih dekat.. Allah lebih menyayangi Syue.. Selamat bersemadi dengan tenang disana Syue.. 

Entri yang teman pernah buat untuk arwah Syue.. masa Syue mula2 ber blogging.. 

-->Blog Baru Tapi Banyak Info % Motivasi
--> Syuhada Baharudin, Cepatlah Bangun

dan entri yang lagi satu ialah entri yang teman buat khas untuk ditujukan buat Syue ketika Syue sedang koma.., dengan harapan bila Syue sedar, dapatlah dia baca entri ni yang ditujukan khas buat Syue.. Namun.. kita hanya merancang.. tetapi Allah juga yang menentukan setiap yang berlaku.. 

Ternyata hidup ini amat singkat dan DIA panggil kembali sesiapa sahaja yang DIA mahu. 

18 Jun 2014

UJI MATA DAN MINDA --> YANG MANA SATU?


Mokcik teman hilang kunci, pastu dia bongkar kotak kunci dia yang dipenuhi dengan kunci2 macam2 size dan design.. tapi dia jadi blur sebab kunci yang dia cari tu amat unik dan tercampur dengan kunci2 yang juga unik2 bentuknya.. mata pun tak berapa nampak.. korang rasa korang boleh carikan kunci tersebut tak untuk mokcik teman tu? heeee... 

Soalan : Tengok gambo atas nih, cuba teka Nombor yang mana sama dengan kunci dibawah tu?? sape tauu? cer komen kalau tau yang mana satu.. eheheheheh....

4 Sebutan AMIN Yg Berbeza Makna

1. ”AMIN” (Alif dan mim sama-sama pendek),
artinya AMAN, TENTRAM

2. “AAMIN” (alif panjang & mim pendek),
artinya MEMINTA PERLINDUNGAN KEAMANAN

3.”AMIIN” (alif pendek & mim panjang),
artinya JUJUR TERPERCAYA

4.“AAMIIN” (alif & mim sama-sama panjang),
artinya YA TUHAN, KABULKANLAN DOA KAMI

Namun, disebabkan huruf rumi tiada tanda harakat panjang pendek, tidaklah menjadi masalah dalam ejaan, yg penting cara pembacanya melafazkan kalimah itu dengan tajwid harakat yg betul...

Sumber : Facebook
-rahimi jorani-
Like/Support page dakwah ini ---> Info Islam

17 Jun 2014

Terpengaruh Dengan Iklan?

Haii.. tiba2 lak rasa nak menaip entri.. heee.. bukan nak citer apa pun, tapi just nak bercerita tentang teman yang sekarang dah giler shopping online.. 

Terpengaruh dengan iklan? ho2.. no no no.. yang beno nya kalau dah nefsu nak membeli tu membuak2.. iklan ke tak iklan ke gerenti nak try gak kan.. 

hu3.. mentang2 lea dapat duik blog lebih sikit bulan lepas.. mula le tangan asyik nak menekan ENTER/BUY je shopping itu ini... hu3..

Tak lupa jugak asingkan siap2 duit untuk sibulus teman 3 ekor tu.. kadang kena gak beli Wet Food untuk deme tu.. kesiaaann .. asik makan biskut kering aje kan.. (frieskies) hik3.. 

Bila terpandang macam2 iklan kat Facebook tu, teman mula lea meroyan nak beli itu ini.. memang tak bole pegang duik betul lah kan.. tapi nasib baik yang dibeli tu semuanya keperluan.. heee.. keperluanlah sangat kann..
Baru2 ni beli Tepung Magic dari Blogger Ieta Mat Sa'ad, memang puas hati giler bebbb.. kalau dah abes memang teman repeat beli le nampaknya.. nyesal tak beli dua paket hari tu.. heee.. 


Pastu teman Shopping Collagen Crystal Eye Mask dekat butik online Embun Beauty House , hee.. yang ni memang best dan rasa sejukkkk je mata bila pakai menda ni.. betull.. tak tifuuuu.. hu3.. 


Terbaru teman shopping Sambal Ikan Bilis dari Blogger Syamimi Saad.. heee.. teman memang suka je wanita2 yang suka berbisnes ni.. suka support diorang untuk terus maju walaupun bukan bekerjaya, dok umah pun boleh buat duik gak kann.. mana tau.. kecik2 lama2 jadi beso besoran kan! (errr.. ada ke ayat besor besoran yea/ meh3).. 

So, teman pun order lah dari mimi.. sebab terliur kot nengok gambo sambal yang mimi share kat wall FB dia.. rasa meleleh2 air liur ni kot.. ha2.. tambah2 tengah puasa kannn.. 

hik3.. hari ni sampai le kot sambal tu.. nyum2.. tak sabo rasanya.. nanti teman up gambo kalau dah sampai barangnya yea.. sape2 nak order leh lea pm Facebook Syamimi Saad (klik) okeh!

heee.. pasni nak beli inai lak.. hu2.. tengah fikir lagi ni.. beli inai pun online kome oihhhh.. heeee.. dunia di hujung jari kata kauuu.. ha3

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2