Nity

Nuff

27 Ogos 2014

Lirik Lagu Malaikat - Hazama


Lirik Lagu Malaikat - Hazama |
Haissssh.. taktau lah nape teman leh tersuka lak lagu ni.. ini semua sebab tertengok movie lakonan Hazama kot.. apa ntah tajuknya.. teman pun dah lupa.. tapi dalam tu semua main lagu2 Hazama yang best2 belaka.. memang suara Hazama ni Power giler.. jatuh cinta kot dengar lagu2 dia.. 

Haa... Lagu Malaikat ni, memang rancak tau, tapi kalau korang hayati lirik-lirik lagu ni, pasti korang akan terasa yang sebenarnya apa yang disampaikan dalam nyanyian ni jugak boleh membuatkan insan yang bercinta menangis sekiranya berada dalam situasi ditinggalkan kekasih (bertemu ilahi)..

Aishhh.. apa-apa pun, korang dengo sendiri lah yea.. tapi teman nak share lagu yang ni dulu sebab memang teman dah tersuka dengan rentak dan suara Hazama dalam lagu nih.. heeeee.. selamat berhibur yea! dalam bosan2 buat koje, hilang gak tension dengo lagu Hazama nih! he2! Lagu-Lagu lain? Klik sini --> Penglipur Lara

Lirik Lagu Malaikat - Hazama

Chorus:
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

*Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Ulang Chorus

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Ulang Chorus

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Ulang Chorus

Lirik Lagu Penglipur Lara - Hazama

Lirik Lagu Penglipur Lara - Hazama | 
haaa.. yang ni lagi satu lagu Hazama yang teman suka dengo.. lagu ni rancak.. dan yang bestnya ialah ada pantun kucing kat dalam lagu ni, pastu ada Ikan kekek Mak Iloy Iloy tu pun teman suka.. kih3.. adalah sebab2 nya, mana leh citer.. heee.. apa yang teman nak gitau, memang teman suka sangat lagu-lagu hazama kali nih.. Jom kita dengo jomm.. heee.. Tapi lagu ni takleh Challenge lagu Malaikat tu.. sebab lagu tu sedap bebeno teman dengo.. feeling ajo.. walaupun yang sebenarnya lirik tu SEDIH tauuu.. heee.. nak dengo lagu Malaikat? klik sini--->Malaikat


| Lirik Lagu Penglipur Lara - Hazama |
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Apa nak hairan?
Zaman macam sekarang

Buah Cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak hairan?
Sama di sisi tuhan

Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita ***
Usahlah terasa 
Jangan mudah melatah 

Ku penglipur lara **
Saja nak bercerita **
Usahlah terasa **
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual

Ikan Kekek Mak ilui ilui
Ikan Gelama Mak ilai ilai
Gaya ranggi tiada, Adui!
Apa nak hairan?
Janji cantik perangai

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak hairan?
Baik lu diam saja

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri
Lihat ke dalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri
Lupa semalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri
Lihat ke dalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri
Lupa semalam
Semalam yang hilang

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual!


Hazama

Album - Penglipur Lara

Lagu - Penglipur Lara

Hadiah dari Pixy Malaysia

Heee.. hari tu teman ada citer kan rezeki menang hadiah saguhati dari Pixy Malaysia (Saguhati pun nak kecoh!) aisshh.. sukati teman le nak kecoh pun kannn.. he3.. takdelah.. saja je buat entri ni, sebab kat entri pasal Pixy hari tu teman ada citer nak share gambo hadiah yang teman terima kan.. 

haa.. ni le gambonya.. Sepatutnya teman terima barang ni pada 31/8/2014 (tarikh pada slip poslaju tu) tapi disebabkan pada masa tu teman masih di Ipoh.. kena warded lak tu kat Hospital Ipoh, So.. terpaksa le barang tu beristirehat di Poslaju Taman Melawati.. 

Mujur belum cukup 14 hari hari lagi, kalau tak barang tu patah balik ke tuan pengirimnya lah kalau tak dituntut dalam waktu yang diberikan tu.. So, sampai je kat KL hari tu terus teman call Hotline Poslaju, mintak buat serahan kedua.. Alhamdulillah.. boleh lagi.. heee.. sib baik..

Haa.. Akhirnya barang pun sampai 2 hari selepasnya.. Syukur Alhamdulillah.. heee.. terus buka hadiah.. dapat Krim dan PIXY GENTLE & MOISE CLEANSING LOTION, he2.. 

Sebelum tu memang teman dah ada dah cleansing lotion Pixy tu, memang segar bugar je rasa pakai menda tu tau... tak caya?? meh baca sini-->PIXY Gentle Moist Cleansing Lotion Terbaekkk!!
itu je nak review.. heh heh heh.. Opsss.. abaikan muka teman yang pelik kat atas ni.. masa tu baru beberapa hari keluar wad tu.. muka pun macam something.. i dont know, tapi orang2 kat situ yang cakap camtu.. "muka nampak lain" .. tang mana lainnya taktau lea.. 

Wordless WedNesday #Simple

Haishh.. tak tau bila nak up entri pasal Exhibition dekat PWTC hari tu.. semua sebab gambo2 banyak dalam henfon.. nak transfer ke pc, pc lak takleh baca.. rasa malas sangat nak bluetooth ke Note... banyak koje.. tunggulah dah basi citer pasal ni baru nak up entri kot.. aishhh.. takpelah.. teman tunjuk gambo ajelah dulu yea.. heeee.. sorry.. teman ni simple orangnya.. tak macam gadis2 diluar sana yang bergaya dan cantik.. hu3.. janji selesa.. ye dokkk??? Yang ni gambo masa pameran printing, label, dan machinery hari tu.. ada banyak gambo lagi.. tapi dalam henfon.. maleh!

26 Ogos 2014

Apa Itu ALS Ice Bucket Challenge & Apa Risiko Melakukannya


Hai semuaa.. teman ni saja nak share pasal ALS Ice Bucket Challenge yang udah berlalu seminggu lepas, ni baru nak up entri... itupun selepas asyik ternampak video orang curah air berisi ais atas kepala diorang.. dah terlampau ramai sangat yang up video macam tu kat FB, membuatkan teman tertanya-tanya, apakah motif diorang berbuat demikian?? Pada mulanya teman ingat diorang saja suka-suka.. yelah, sekarang ni kan ramai sangat suka buat benda pelik-pelik, lepas tu boleh plak jadi viral dan jadi ikutan orang lain.. yang merepek-repek pun nak ikut gak buat.. aishhh..

Hari tu masa tengok Wrestling (WWE) pun ada jugak ahli gusti yang buat benda yang sama, ini membuatkan teman lagi rasa ingin tahu.. tak seperti video viral yang lain, teman tak amik pot pun..

Tapi, yang ni memang buat teman terpanggil nak tahu sangat apa kebendanya mandi sebaldi ais ni, hu2.. rupa-rupanya mandi ais atau ALS Ice Bucket Challenge ni merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau Lou Gehrig's disease di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. 
http://2.bp.blogspot.com/-Zqs6sfcNy4M/U_ojjTgRLKI/AAAAAAAAFtk/rB_3GvZsmCI/s1600/kj.jpg
Khairy Jamaluddin (KJ)
Di Malaysia semakin menular apabila KJ iaitu Menteri Belia Dan Sukan menyimbah sebaldi ais sebagai tanda sokongan kepada kempen ALS Ice Bucket Challenge ini. 
Datuk Nazri
Dan kemudian cabaran ALS Ice Bucket Challenge ini dilakukan oleh Datuk Nazri iaitu Menteri Pelancongan setelah dicabar oleh KJ...hehehehe. 
Terkini Lee Guan Eng telah menerima cabaran Datuk Nazri yang mencabar beliau membuat ALS Ice Bucket Challenge ini.
Selain pemimpin-pemimpin kerajaan yang menyahut cabaran ini, artis2 Malaysia juga tidak terkecuali melakukannya.. antaranya ialah Lisa Surihani.. Jom tengok Video bawah ni..=)

Wahh.. agak mengejutkan jugak apabila Pengasas Facebook Mark Zuckerberg pun turun terjun menyahut cabaran dalam Ice Bucket Challenge ni, dan beliau kemudian mencabar Bill Gates untuk melakukan perkara yang sama bagi meningkatkan kesedaran penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).

Petikan kata2 oleh Mark Zuckerberg yang di post di FB beliau :
"Yesterday, Governor Chris Christie challenged me to do the ALS Ice Bucket Challenge.
I accepted his challenge, and now I'm challenging Bill GatesSheryl Sandberg and Reed Hastings next. You guys have 24 hours to complete the challenge or you have to donate to the ALS foundation "

Dan seperti dijangka Bill Gates turut menyahut cabaran Mark Zuckerberg itu, dan melakukannya dengan cara yang agak special, lain dari yang lain.. kalau nak tengok Video, sila klik Utube ni > http://www.youtube.com/watch?v=XS6ysDFTbLU#t=71
Top WWE superstars yang menyahut 
Cabaran ALS Ice Bucket Challenge
CM Punk pun sahut cabaran gak! lama tak tengok CM Punk dekat WWE.. 
 Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock, sahut cabaran gak!
Vince Mc Mahon pun take part.. =)
 
Chris Jericho
Dolph Ziegler
Dan tak ketinggalan juga, iaitu..... Hulk Hogan!! heeeee... 

Sedikit sebanyak info berkenaan ALS Ice Bucket Challenge :

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
The Ice Bucket Challenge is an event started by the ALS Association in order to raise awareness of ALS, also known as Lou Gehrig's disease, and to raise donations. If you're nominated, you must dump a bucket of ice water on you or donate money to the organization, which will go to funding the research to find treatments and a cure for ALS.

"Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) is a progressive neurodegenerative disease that affects nerve cells in the brain and the spinal cord. Motor neurons reach from the brain to the spinal cord and from the spinal cord to the muscles throughout the body. The progressive degeneration of the motor neurons in ALS eventually leads to their death. When the motor neurons die, the ability of the brain to initiate and control muscle movement is lost. With voluntary muscle action progressively affected, patients in the later stages of the disease may become totally paralyzed." - ALS Association
Risiko ‘Ice Bucket Challenge’ Terhadap Kesihatan
Tiada risiko bersifat major yang akan berlaku kepada mereka yang menyertai ‘Ice Bucket Challenge’ (Cabaran Baldi Ais) yang ketika ini sedang viral di media sosial, kata doktor pakar.


Menurut Ahli Jawatankuasa Persatuan Integrasi Perubatan Profesional Malaysia (MIMPA) Dr Rahmat Harun, cabaran tersebut hanya berisiko tinggi terhadap mereka yang berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis.
“Ia tidak mendatangkan risiko yang besar kerana rasa kesejukan seketika di kepala. Ia berbeza dengan ‘brain freeze’ yang didapati jika mengambil makanan sejuk seperti ais krim. Brain freeze berlaku apabila rasa sejuk memberi kesan kepada suhu teras badan. Air dan ais yang digunakan dalam cabaran ini dituang dari jauh, jadi ianya tidak memberi kesan yang banyak ke atas suhu badan.
“Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis, tubuh mereka tidak mampu menerima kesejukan secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kejutan kepada badan dan mungkin boleh menyebabkan pengsan,” kata Dr Rahmat yang juga seorang pakar bedah.
Selain dari risiko yang minima, Dr Rahmat tidak menggalakkan orang ramai menyertai cabaran ini tanpa memahami tujuan ia dilakukan.
“Mungkin ramai yang melakukan ‘Ice Bucket Challenge’ sekadar suka-suka dan sekadar mahukan ianya menjadi trending. Mereka mungkin tidak tahu apa itu ALS.
Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari merupakan salah seorang penderita penyakit ALS. Sekiranya ianya (Ice Bucket Challenge) dilakukan untuk mendatangkan kesedaran ke atas penyakit berkenaan, tidak mengapa, jelas Dr Rahmat lagi.
ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan* tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Jika mereka yang dicalonkan tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Ini bertujuan bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut.
Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang dirasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS.
ALS atau disebut juga sebagai Lou Gehrig, adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang.
Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
Cabaran mandi ais ini menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan mengidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut.
Cabaran itu kemudiannya menjadi viral di media sosial dengan penyertaan ramai selebriti Hollywood seperti Justin Bieber, Lady Gaga, Dave Grohl dan ramai lagi.
Di Malaysia, bukan sahaja dari kalangan selebriti malah tokoh politik seperti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut menyertai cabaran ini.
Note : Ha2.. Orang biasa pun dha buat, Orang terkenal pun dah buat, Artis pun dah buat, ahli Politik pun dah buat.. Blogger ada ke yang sahut caabaran ni yea? saje nak tahu je.. heee.. kalau ada gitau le.. nak gak baca story n pengalaman korang..

Kalau ada yang sedang dalam proses nak sahut Cabaran Mandi Ais ni, jangan lupa up Video yea.. nak tengok.. he2.. Opsssss.. tapi jangan Tag teman udahlah yea.. mokcik taknokk..

Kentut Busuk-Penyebab & Cara Menguranginya


Ha2.. Awat tetiba Tengkubutang ni asyik up entri pasal kentut aje ni ye? hu2.. Ekceli teman memang sedang menghadapi masalah susah nak buang angin (bahasa kasarnya kentut), tu yang google cari artikel2 kenapa & apa yang menyebabkan susah nak buang angin? serta apakah solution untuk mereka yang menghadapi masalah yang sama macam teman ni.. bagi korang maybe agak annoying untuk share pasal kentut secara public ni kan, tapi yang sebenarnya kita perlu tahu bahawa kentut pun adalah salah satu petunjuk yang membantu kita untuk mengetahui sakit-sakit kita (ramai doktor pun kan suka mengkaji). 

Masa teman kena tahan di wad dekat Hospital hari tu (baca SINI ) , teman tak tahu kenapa tak boleh nak buang angin, sembelit pun yea.. rasa macam perut kembung sangat.. perut pun menyucuk2, masa kat wad, sehinggalah hari teman keluar wad, doktor masih tak dapat detect punca teman sakit perut, 

Tapi bila teman dah berada di rumah, dan cuba consume ubat gastrik yang abah berikan, teman dapat rasakan yang teman ni rupanya ada gastrik yang melampau.. (teringat ada jugak sorang doktor yang kata teman mungkin hadapi gastric  pain/ gastrik yang tak terkawal..) tetapi masa tu, pendapat doktor tu tak disetujui oleh doktor2 lain.. So, doktor2 tak fokus sangat tentang ubat-ubat untuk gastrik untuk teman.. 

Cuma apa yang teman boleh katakan, kentut dan sembelit pun ada kaitan juga sebagai petunjuk seseorang itu mengalami gastrik/kembung perut.. perut kembung sebab angin tak keluar.. tak kiralah angin dari bawah ke, atau angin dari mulut (sendawa).. Bila dah kentut, baru perut akan berasa sedikit lega... dan kalau dah boleh buang air besar, lagilah lega.. hu3.. (kurang sopan betui entri ni kan!) Apa-apa pun, jom kita baca perihal kentut ni yea.. tak payah nak cover sangat ehh... macamlah korang tak kentutt.. tengok muka sikitttttt.. huhuhuhuhu...

Kentut merupakan reaksi kimia alami dari tubuh. Memang tidak ada kentut yang tidak berbau. Namun, apa akan jadi jika kita terlalu sering mengeluarkan kentut (Baca: Penyebab Kentut) dan disertai aroma yang sangat menusuk hidung. Apalagi jika dilepaskan disekitar kerumunan orang ramai. 

Bukan hanya mengganggu tahap penghiduan orang lain, tetapi juga sangat mendatangkan malu bagi yang melepaskan angin itu. Jadi, sebelum melepaskan angin kentut, korang perhatilah terlebih dahulu keadaan di sekeliling korang yea..
Dah kentut senyum2 pulok... nak je ku lempangg..
Kentut memang berbau. Namun, perlu kita ketahui juga, bahawa ada juga beberapa faktor mengapa kentut yang kita keluarkan berbau sangat menusuk hidung. Biasanya, asupan makanan yang kita makan sehari-hari sering jadi penyebab mengapa kentut sangat berbau. 

Namun, jangan khuatir, kerana menurut berberapa penelitian, kentut yang bau juga boleh diatasi, sehingga aromanya tidak akan begitu menusuk hidung.

Lalu, apakah yang menyebabkan Kentut Berbau Busuk dan Bagaimana Mengurangi Bau Busuk Pada Kentut? Jom tengok ulasan berikut ini, semoga bermanfaat.

** Penyebab Kentut Berbau Busuk

Kekenyangan dan Ingin Buang Air Besar
Ketika seseorang makan dan kekenyangan, maka tubuh (perut) akan dengan cepat meneutralisi kelebihan asupan makan dalam tubuh. Salah satu cara yang dilakukan yakni dengan cara mengeluarkannya dalam bentuk kotoran (maaf: tahi). akibatnya, orang yang kekenyangan lebih sering ingin dan buang air besar. Dan juga disertai dengan keluarnya gas (kentut) dengan aroma yang sangat tidak sedap.

Brokoli
Brokoli biasanya sulit dicerna oleh tubuh. Akibatnya makanan akan lama di usus dan akan menciptakan kelebihan gas. Kandungan seratnya yang tinggi biasanya menciptakan kentut dengan bau yang busuk.

Daging
Memakan daging seperti daging sapi biasanya menciptakan kentut dengan aroma yang tidak sedap. Perjalanan daging dalam perut biasanya lambat sehingga proses pencernaannya pun menjadi lambat yang mengakibatkan terjadinya penumpukan gas.

Telur
Telur yang kaya protein juga menjadi salah satu pemicu terjadinya kentut yang lebih sering dengan aroma yang menusuk hidung.

Kekacang
Kacang-kacangan juga menjadi penyebab terjadinya kentut lebih kerap. Namun, jika  daging dan telur menyumbang bau pada kentut, maka kacang-kacangan lebih bertindak pada volume kentut yang dikeluarkan.

Makanan Pedas
Selain beberapa faktor di atas, makan makanan pedas seperti rempah-rempah dan cabai juga berperanan pada terciptanya kentut dengan bau yang busuk. Juga terjadi pada pesakit yang terkena kanser dan juga jika mengalami infeksi pada lambung atau saluran pencernaan.

** Cara Mengurangi Bau Kentut

Minum Teh Herbal
Banyak manfaat yang boleh kita ambil dari amalan minum teh. Kebiasaan minum teh dipercaya dapat mengatasi atau mengurangi risiko terkena berberapa penyakit. Selain itu, minum teh herbal setelah makan juga dapat mencegah terbentuknya gas di usus, gas yang dapat menyebabkan seseorang sering mengeluarkan kentut.

Teh Chamomile atau peppermint dapat membantu tubuh mencerna makanan dengan benar, sehingga mencegah kentut berbau busuk.

Batasi Makanan yang Memicu Gas di Perut
Makanan dengan serat tinggi seperti kacang-kacangan dan umbi-umbian dapat memicu timbul dan menumpuknya gas dalam perut. Ketika gas dalam tubuh sudah mencapai ambang batasnya, maka gas tersebut akan mencari jalan keluar, dan biasanya keluar dalam bentuk angin. Gas yang keluar akibat makan-makanan dengan serat tinggi seperti ini biasanya beraroma sangat tajam.

Batasi juga memakan sayuran seperti Brokoli, Kubis, Taugeh, dan Kubis Bunga bila sedang mengalami perut kembung. Kerana boleh jadi penyebab menumpuknya gas dalam perut.

Minuman beralkohol dan bersoda juga dapat jadi pemicu seseorang lebih sering kentut dan berbau.

Perhatikan Kandungan dalam Susu
Minum susu memang sangat digalakkan. Kerana banyak manfaat yang didapat tubuh jika minum susu. Namun, perlu diperhatikan gas dalam perut meningkat dan tubuh sering mengeluarkan kentut setelah minum susu? Karena mengonsumsi produk susu seperti susu, yogurt, keju, tahu susu bisa menyebabkan sistem pencernaan menjadi tidak toleran terhadap laktosa, yang bisa menyebabkan sering kentut dengan bau yang busuk.

Olahraga secara Teratur dan Rutin
Selain menyehatkan tubuh dan menjadikan tubuh terlihat indah, olahraga yang dilakukan secara teratur dan rutin juga dapat meringankan kentut yang berlebihan dan berbau busuk.

Namun, perlu diperhatikan olahraga yang dilakukan tidak boleh terlalu berlebihan dan menguras tenaga. Jangan sampai menyebabkan udara dengan mudah masuk ke dalam tubuh yang menimbulkan penumpukkan gas dalam tubuh.

Pilih olahraga yang ringan seperti jalan-jalan (jogging), yoga dan lain sebagainya yang tidak terlalu menguras tenaga, yang dapat membantu kerja sistem pencernaan yang sihat sehingga tidak menghasilkan gas yang berlebihan.

Ubah Tabiat Makan
Ubah tabiat buruk korang jika sedang makan. Makan terburu-buru, sambil berdiri, ataupun berjalan boleh jadi penyebab perut kembung dan penumpukkan gas dalam perut. Begitupun jika minum air ketika sedang makan (kecuali dalam keadaan darurat) cuba usahakan untuk menghabiskan makan terlebih dahulu baru minum air.

Cara Pemakanan yang baik benar2 akan membantu tubuh mencerna makanan dengan elok dan mengurangi udara masuk ke dalam tubuh ketika makan. Kunyah makan secara perlahan, mulut tertutup, tidak dengan gigitan besar, dan hindari berbicara jika sedang makan.

Jangan gunakan straw ketika minum (Minum pakai straw juga dapat menyebabkan kerutan pada wajah yang menyebabkan wajah terlihat cepat tua)

Dan hindari Chewing Gum/Gula2 Getah untuk menghindari lebih banyak udara masuk ke dalam perut. 

BICARA SOAL KENTUT

Apa itu Kentut? | Kenapa Kentut Busuk? |

Jangan cuma tahu baunya saja, but harus tahu juga proses ilmiahnya.

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut. 

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbondioksida. Bakteria juga menghasilkan metana & hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. 

Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karena tubuhnya tidak sempat mengabsorbsi oksigen. 
3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua senyawa ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut, & makin busuklah kentut anda. Telur & daging punya peran besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacangan berperan dalam memproduksi volume kentut, bukan dalam kebusukannya. 

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas. 

5. Kenapa kentut yang busuk itu hangat & tidak bersuara? 
Salah satu sumber kentut adalah bakteri. Fermentasi bakteri & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingnya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & jenuh dengan produk metabolisme bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly) 

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut. 
7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur? 
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorongisinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, karena bentuk usus yang rumit & berbelit-belit. 

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? 
Tergantung kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak terdeteksi dalam beberapa detik, berarti mengalami pengenceran di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, mobil, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan tinggal dalam waktu lama sampai akhirnya diserap dinding. 

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih bisa kentut. 

10. Betulkah laki-laki kentut lebih sering daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, berarti perempuan menahan kentutnya, & saat kentut banyak sekali jumlah yang dikeluarkan. 

11. Saat apa biasanya orang kentut? 
Pagi hari di toilet yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, bisa kedengaran di seluruh penjuru rumah. 

12. Mengapa makan kacang-kanagan menyebabkan banyak kentut?
Kacang-kacangan mengandung zat gula yang tidak bisa dicerna tubuh. Gula tsb (raffinose, stachiose, verbascose) jika mencapai usus, bakteri di usus langsung berpesta pora & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!). 

13. Selain makanan, apa saja penyebab kentut? 
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (karena tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut). 

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang? 
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteri lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan? 
Bukan diabsorbsi darah, bukan hilang karena bocor.. Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap,tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar? 
Bisa saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yang combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru karena kandungan unsur hidrogen. 

17. Bisakah menyalakan korek api (mancis) dengan kentut? 
Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulai pembakaran. 

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Karena anjing & kucing adalah karnivora (pemakan daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivora seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau. 

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak. 

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya orange seperti gas nitrogen oksida, akan ketahuan siapa yang kentut. 

21. Apakah kentut itu asid, bes atau neutral? 
Asid, karena mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandung sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sanapun tidak ada pengaruhnya

Artikel mengejutkan pasal Kentut!!!


4 maut kerana kentut di Amerika 

WASHINGTON: Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya kentut. 

"Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung. 

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan ramai lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS. 

Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan orang lain. Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar, 30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga, 

Disebabkan masalah pemakanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari. ? [- Agensi-]

Buah Mata Kucing Kegemaranku!!

Masa ni teman baru keluar wad 2 hari dah.. dan bercadang nak balik KL esoknya... Tetiba ternampak atas meja dapur ada buah mata kucennnnn!!! Arghh... kegemarankuu.. dalam hati cakap.. Abah niii... tak boleh la dengo anak tu teringin nak makan apa2, bila tau je teman citer buah kegemaran teman si mata kucing tu mahal-mahal kat KL, terus dia pi beli sekilo untuk teman makan.. aduii.. terharunya teman dengan abah ni.. 

Teringat lak kat kakak dulu, teringin makan nasi lemak kampung tak silap teman, tak pun ketupat daun palas rasanya.. Abah dan emak usaha carikan semata-mata nak penuhi permintaan kakak sulung teman, 

Sama jugaklah dengan adik bongsu popuan teman, teringin nak makan sambal tumis jering.. huu.. jenuh jugak mencari kat Pasar Besar Ipoh, baru la jumpa.. maklumlah kalau bukan musim dia, memang susah nak jumpa jering ni kan.. 

Bila teringat balik rasa sayu je teman.. Rasa macam walaupun teman dah bukan tanggungjawab diorang (sebab dah jadi tanggungjawab suami) tapi diorang masih melayan teman macam teman ni anak nakal diorang dulu.. (airmata bertakung saat taip ayat ni.. perghhh! apakehenya nih??!)

yeaa.. teman memang anak paling nakal diorang.. hu3.. maybe juga paling rapat kot.. dan jugakkk.. paling banyak merisaukan diorang.. Opsss.. jangan fikir Negatif yea.. maksud teman paling merisaukan diorang ialah bila teman asyik bekerja tanpa nak fikir pasal kahwin selepas kecewa bercinta berkali2 dulu.. diorang ingat teman taknak kawen.. dan konon masih teringat cinta lama.. 

Walhal.. teman still mencuba mengenali hati budi orang untuk dijadikan teman hidup, teman bukakan juga pintu hati untuk terima orang yang sudi berkawan dengan teman, walaupun penghujungnya tak berakhir dengan apa yang dihajatkan, tapi teman redha.. sebab.. teman yakin.. Allah dah sediakan jodoh untuk teman.. 

Teman yakin Allah takkan biar teman hidup berseorangan.. Teman pegang kata-kata setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. pengalaman mengenali mereka2 yang lain hanya untuk Menguji kita, Allah nak uji kita samada boleh terima atau tak dugaan dalam mencari pasangan untuk ke Syurga..

Aishh.. udah melalut pulok yea.. tadi kunun nak citer pasal hepi sebab dapat makan buah mata kucen yang beno nya .. tangan tak bedung memang le rupa tu, bukan bole sentuh keyboard.. kalau dah menaip tak berhentii.. aiyooo.. tengok.. takmau berhenti nih.. STOPPPP!!!

25 Ogos 2014

TIPS UNTUK UPSELL TANPA MEMAKSA PEMBELI

TIPS UNTUK UPSELL TANPA MEMAKSA PEMBELI |
Heee.. Kalau teman la kann.. Upsell tu terkenal dikalangan mat bikers sebagai "RACUUNN" .. maksudnya, peniaga akan memperkenalkan pelbagai promosi, mengiklankan barangan mereka dengan begitu kaw-kaw punya promosi sehingga mempengaruhi mereka untuk membeli, serta bijak menarik mereka membuat belian demi belian... 
Helmet Simpson Diamondback 

Contohnya di kedai teman, ada menjual Helmet Simpson yang menjadi idaman ramai, kami hanya menjual satu design helmet untuk satu harga, dan pembeli akan membeli helmet tersebut, namun kami akan syor kan helmet yang paling "mahal" di kedai kami, 
bukan kerana nak mengaut keuntungan cepat.. tetapi melihat juga pada kesesuaian motor si pembeli, melihat juga kepada kesesuaian muka pembeli dengan helmet tersebut, boleh jadi design yang pembeli pilih tidak sesuai dengan wajah mereka, maka kami perlu jujur berikan pendapat.. samada nak terima atau tak, terpulang kepadaa pembeli itu sendiri.. 
dan tujuan kami mengesyorkan yang paling mahal adalah kerana yang paling mahal sangat menguntungkan buat pembeli dimana terdapat lebih Free Gift berbanding membeli design yang murah sikit.. ibarat alah membeli, menang memakai.. yang mahal pastinya menjadi rebutan kerana design popular yang diminati ramai disamping kualitinya yang telah terbukti selamat dipakai.. 
kami tunjukkan testimoni customer lain yang membeli dan bukti helmet itu selamat dipakai, kami juga tunjukkan komen dari customer-customer lain yang berpuashati dengan produk kami, 
dan selepas pembeli berpuashati dengan semua yang kami cadangkan/rekomen kan.. pembelian pun dibuat.. he2.. daripada nak beli yang biasa, akhirnya pembeli memilih untuk membeli yang paling mahal tetapi berbaloi-baloi.. haaaaa.. itu hanya sekadar citer/teknik dari teman untuk dikongsikan, tapi yang benonya teman nak share dengan korang cara rakan Cina kita buat Upsell lak.. jom baca!!
Kepakaran rakan Cina kita yang berniaga adalah “UpSell” 
Apa itu ‘Upsell’? Anda pergi kedai mahu tukar tayar yang biasa sahaja, maksud “biasa” bagi ramai adalah yang paling murah. Dia pun recommend apa yang anda mahukan, kemudian dia akan cadangkan anda untuk guna “kualiti baik sikit” dan “tambah duit sikit”….. Anda pun setuju. Anda end-up pilih yang tinggi sikit harganya.
Ketika tayar dipasang, dia panggil anda untuk tengok masalah absorber atau spring tayar dan nasihatkan anda tukar baru sebab ia tidak boleh pakai lama. Memang dia tidak salah, dia hanya menunjukkan masalah yang memang ada yang anda tidak perasan, anda pun setuju.
Tiba-tiba dia tunjukkan juga brek yang tiris dan betapa bahayanya brek anda. Anda dah penat, anda tanya tak boleh pakai lama lagi? Dia jawab, bolehlah tapi bahaya ma…. Anda pun tanya berapa harga, dia beri harga dan beri diskaun dan anda pun setuju. Itu namanya UpSell.
Dan tengah anda duduk tunggu foreman siapkan semua, anda terdengar dia jerit, ini sports rim kualiti dari Jepun ada offer 50%. Anda pergi tengok rim tersebut dan tiba-tiba anda balik dengan tayar baru serta rim baru.
Itu namanya UpSell. Adakah anda seorang yang berniaga? Anda patut belajar UpSell. Anda tidak paksa orang membeli, anda just beritahu atau tunjukkan apa lagi yang boleh dibeli. Anda cuba nak add more value atau bantu lebih banyak pelanggan anda untuk dapatkan nilai yang lebih baik.
Note : Sebagai Penjual kita cadangkan yang mana terbaik untuk customer, tapi keputusan terserah kepada customer itu sendiri, samada nak terima cadangan kita atau stay dengan pilihan yang diorang dah buat..
Tapiiii!! jangan pulak kita paksa-paksa diorang.. dah diorang taknak jangan bebankan fikiran diorang lak.. maybe had kewangan diorang hanya takat tu aje.. 
So, sebagai penjual, kita kena hormat pilihan customer.. dan kalau customer tu sendiri yang bersetuju dengan cadangan kita, maka itu satu bonus buat kita.. apa2pun.. handle lah semuanya dengan berhemah yea.. hee..
Note : bila baca entri2 macam ni.. teringat teman pada arwah pemilik blog syuhadabaharudin.com yang selalu up entri2 berkenaan tips2  bisnes, motivasi dan kata-kata semangat dalam cara untuk improve diri dan improve cara menguruskan perniagaan yang kita mahu jayakan.. Siapa lagi kalau bukan Blogger Syuhada (teman panggil Syue aje).. 
Dulu, teman pasti akan singgah blog Syue untuk baca bermacam2 tips dan motivasi dari arwah Syue yang juga anak didik Pakar Motivasi Dr Azizan Osman.. Namun kini, blog itu sepi tiada berpenghuni.. Al-Fatihah buat Syue disana.. bersemadilah dengan tenang di sana yea.. Aamiinnn... 

Berminat nak order/beli helmet Simpson?
sila PM FB teman di -->
https://www.facebook.com/tengku.butang
Untuk Tempoh ini kami masih lagi membuat 
Jualan Promosi Raya sehingga 31 Ogos 2014 ini, 
So.. Kalau nak belian yang mantop (ada bermacam2 FREE GIFT), 
boleh PM teman laju2 untuk order di FB teman diatas ni yea.. 

ikhlas dari,

TAK BERSEDIA JADI BABYSITTER

Cari Duit Lebih Sebagai Pengasuh Budak/Baby |
He2.. tetiba lak mood nak menaip keluar.. bukan apa, teringatkan sembang2 lama dengan my kakak dulu, masa tu teman tak koje lagi.. kakak teman cadangkan teman bekerja, leh pegang duit sendiri, kalau tak kerja pun buat part time ke... masa tu teman menolak, sekarang pun lagi le menolak.. sebab dah kena uruskan kedai plak.. takkan nak tinggal macam tu je kan.. 

Dulu masa tak kerja, kakak ada jugak cadangkan teman jadi pengasuh budak a.k.a Babysitter.. tapi teman terus terang cakap.. teman tak berminat nak jaga anak orang sebab teman taknak ambil risiko jaga anak orang.. 

Macam-macam hal boleh terjadi kalau kita leka ke apa, dan kalau dah terjadi satu-satu hal.. kita pulak yang disalahkan.. even anak orang tu yang nakal, kita yang menjaga ni pulak terpaksa mengaku salah.. 
Heee.. teman suka budak, tapi nak jadi babysitter tu agak keberatan.. 
Kalau tak melibatkan kemalangan atau kecederaan takpe jugak.. ini risau kalau-kalau terjatuh patah tangan ke, terluka beso ke, kemalangan ngeri ke (masa kita bawak keluar sekali, takkan nak tinggal dia kat umah sorang2 kan?) 

So, laju je teman jawab dengan kakak teman, teman taknak.. tak berani nak ambil risiko.. Memang nampak mudah jaga budak, tapi dalam keadaan teman yang kadang2 ada komitmen nak keluar post barang customer, rasa macam agak keberatan untuk jadi babysitter.. 
Heee... Kalau teman jadi babysitter, tentu hubby teman pun bz jugak la kot.. ki3
Hubby teman pun tak berapa setuju jugak, sebab dia pun taknak ambil risiko jaga anak orang.. Lagipun teman bukan duduk rumah sentiasa, selalu keluar post barang, parking lak jauh dari pejabat post.. nak kena jalan kaki, nak seberang jalan pulak tu.. takkan nak hangkut budak lak kan? 

So, lebih baik teman bertegas sendiri.. hanya diri kita sendiri tahu mampu ke tidak kita menjaga anak orang.. kalau rasa tak yakin dan taknak amik risiko, maka terus terang ajelah..

Teman cakap cenggini pun pasal apa tau? pasal teman ada tengok surirumah yang konon nak pegang duit sendiri bulan2 dengan cara jadi pengasuh budak, 
Tiada pengalaman jaga budak tetapi mengaku biasa handle budak-budak..
Tapi yang sebenarnya dia lansung tak bersedia nak jaga budak tu.. dan benda-benda macam ni lah yang menyebabkan terjadinya kes dera, kes kecederaan (kerana tiada kawalan dari pengasuh), kes budak diculik, dan bermacam2 lagi lah.. Maka, Tepuk Dada Tanya Selera.. adakah kita mampu mengasuh anak orang sedangkan kita pun belum cukup berpengalaman...?

Note : Jangan hanya kerana semata-mata nak pendapatan sendiri, sanggup mengaku dan beri jaminan boleh jadi penjaga/pengasuh anak orang.. Kalau nak jadi babysitter/pengasuh anak orang gak, haaa.. pastikan cukupkan ilmu tu dulu yea.. jangan main2.. anak orang weh.. bukan anak ayam.. anak ayam pun ada emaknya.. inikan pulak anak orang.. ye tak? heee.. apa2 pun bagi yang dah berjaya jadi Babysitter tu.. Tahniah.. korang memangggg.. (baca kat bawah ni.. heee)

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2