Nuff

05 November 2016

PERGINYA ASRI TAKKAN KEMBALI LAGI.. | 3.11.2016

PERGINYA ASRI TAKKAN KEMBALI LAGI.. | 3.11.2016

Assalammualaikum.. Hari ni semoga kesedihan adikku kan beransur pulih.. Semoga adikku tabah menghadapi dugaan yang menimpanya baru-baru ini.. Kuatkan semangat ye adikku.. Aku tahu kamu kuat untuk tempuh semua ini.. 

Pada 3.11.2016 (Khamis) jam 11.50 malam,  adik ipar TB, arwah Asri namanya.. Telah kembali ke rahmatullah.. Asri pergi kerana masalah Asma yang menyerang.. 

Perasaan terkejut atas kehilangan adik ipar yang peramah dah mesra itu masih tidak dapat dilupakan.. Arwah seorang yang suka bergurau, selumber, seorang yang happy go lucky, dan disenangi ramai itu sudah semestinya kehilangan asri amat dirasai.. 

Namun..  Sesedih mana pun kami, orang yang paling terasa kehilangannya sudah tentulah orang terdekat iaitu adik TB dan anak-anaknya.. 

Asri telah pergi menghadap ilahi, meninggalkan isteri tersayang iaitu adik TB dan 4 orang anak yang masih kecil.

Allahuakbar.. Seperti tidak percaya apa yang berlaku.. Di usia semuda 37 tahun, Asri telah kembali ke rahmatullah.. Ia mengingatkan kita bahawa kematian itu tetap akan tiba untuk setiap yang hidup Di muka bumi ini... Tidak kira usia, tua atau muda, sakit atau sihat, kaya atau miskin.. Semua makhluk dibumi ini akan merasainya juga.  Cuma ketentuan masa itu hanya Allah yang mengetahui segalanya.. 

Melihatkan apa yang terjadi kepada adik TB, TB sendiri tak pasti adakah TB tabah atau sekuat adik TB untuk tempuh dugaan yang sama seperti yang adik TB lalui? 

Pastinya kita semua sudah semestinya tidak mahu berpisah dengan orang tersayang.. Sedangkan berpisah jarak pun hati kita rasa sayu.. Inikan pula berpisah nyawa.. Allahuakbar.. 

Selain doa untuk Abah dan Emak serta adik beradik lain.. tiap hari TB tak lupa untuk berdoa untuk suami tersayang, agar dilindungi dan dipelihara keselamatannya dan diberi kesihatan yang sempurna, dijauhkan dari sakit2 yang memudaratkan, diberi kemudahan dalam urusan mencari rezeki untuk keluarga kami.. 

TB tak sanggup kehilangan orang tersayang seperti apa yang berlaku kepada adik TB. Semoga Allah kuatkan semangat adik dan berikan dia kemudahan dalam menguruskan kehidupan seterusnya..

Takziah BUAT adikku..  Linda

Note : Selepas mendapat berita pemergian arwah Asri, pada jam 3 pagi semua yang berada di Ipoh termasuk abah dan emak bergegas ke Klang dengan dua buah kereta, dan sampai di rumah adik pada jam 6.45 am.. Dalam pukul 8, bergerak ke rumah mak arwah Asri.. Untuk urusan pengkebumian.. Setelah jenazah selesai dimandikan, dikafankan, dan di solatkan.. Urusan pengkebumian pun dilakukan dan selesai pada jam 11 pagi...  

Semoga Rohnya tenang disana.. Berkat kembali ke rahmatullah di malam Jumaat.. Aamiinn.. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


ALFATIHAH BUAT ADIK IPAR KU MOHAMAD ASRI BIN OLAN | 3.11.2016


Assalamualaikum, Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik ipar TB, Mohamad Asri Bin Olan @ Asry Danish yang telah kembali kepada penciptaNya pada hari Khamis 3/11 jam 11.50pm. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..

Innalillahiwainnailaihirojiun...

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

Al-Fatihah... Buat adik ipar.. Takziah buat adikku.. Tabahkan hatimu.. Sesungguhnya dugaan ini amat berat bagimu.. Kuatkan semangat.. Teguhkan dirimu untuk menempuh kehidupan akan datang kelak.. 

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ

آمِّيْن...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

02 November 2016

BABYNEST BY CEKEBUM BERKONSEPKAN KANGAROO MOTHER

BABYNEST BY CEKEBUM BERKONSEPKAN KANGAROO MOTHER

Alahai comelnya baby tu tidur dalam bekas tu ye! Bekas apa ye orang panggil? haaaa.. Inilah Babynest namanya.. Kenapa namanya babynest? ianya bermaksud 'sarang untuk bayi' dimana ianya melindungi bukan sahaja di belakang bayi, malah disekeliling bayi. haaa.. kalau korang nak tau lagi, Babynest yang comel macam dalam gambar diatas ni adalah keluaran dari CEKEBUM

Babynest ini berkonsepkan "Kanggaro Mother" dimana apabila diletakkan didalam Babynest ini, bayi akan terasa seperti dipeluk ibunya dan berasa selesa hingga lena tidurnya walaupun dalam cuaca yang tak berapa sejuk sekarang ni kan.. ini adalah kerana kekabu yang dipilih adalah 100%  asli sebagai bahan utama .

Haaa.. Nak tahu DETAILNYA? HARGANYA? termasuk PROMO untuk bulan ini???.  jom baca info detail tentang CEKEBUM dulu di bawah ni.. Kita Kenal-kenal dulu dengan CEKEBUM sementara tu leh cuci-cuci mata ye tak? heheheh.. 


Pengenalan
Cekebum™ adalah brand untuk produk bayi dimana kami fokus kepada tilam untuk bayi 4 in 1 babynest by cekebum™ .

Apa itu 4 in 1?

2 permukann untnk tilam biasa (tali direnggangkan)
2 permukaan untuk babynest selepas dilaraskan tali.

HQ kami di suite S2-11-01 Vista Alam Sek 14,Shah Alam dan telah beroperasi sejak Jan2016.

Produk ini berkonsepkan "Kanggaroo Mother" yang memastikan anaknya didalam jagaannya dengan mempunyai kantung di perutnya.

Kita tidak mampu mendodoi mahupun mendukung anak tetapi dengan adanya produk ini bayi akan terasa seperti dipeluk ibu atau bapanya.

Info Cekebum
1. Produk eksklusif ini diperbuat daripada 100% kekabu asli import tanpa campuran mahupun kekabu terpakai.

2. Tilam fully kekabu dan juga ada tilam setebal 1inci fiber bebas habuk di sertakan 1 lapisan whitecloth untuk tindakan anti statik.

3. Dan yang terutama, untuk kain yang bercorak, hanya kami di MALAYSIA mahupun dunia mengunakan

(High Quality 'Thick Cloth' di mana 100% Cotton Double Warp and Double Weft fabric.)
(High Quality colourfull coating untuk memberikan pengudaraan sempurna untuk anti ruam)

Haaa... kalau orang tanya kain apa.. inilah material kain yang mereka gunakan tau.. kain yang lembut, sejuk dan tidak berbulu.. iaitu 

100% Cotton Double Warp and Double Weft

Di datangkan dengan 15 corak berbeza dimana ready stock but limited.

Penghantaran poslaju berkotak mengambil masa sehari atau beberapa hari untuk semenanjung dn sabah Sarawak serta Brunei.
Berat 800g
45cm x 85 cm
Tebal 13cm
Tilam 1inch fiber

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kegunaan dan kelebihan 
4 in 1 Babynest by Cekebum™

Kegunaan 4 in 1 Babynest by cekebum

1-Saiz boleh laras dan boleh digunakan 2 bahagian atas atau bawah.
Haaa.. ini namanya stopper ya.. kegunaannya ialah untuk 
laraskan saiz Babynest by Cekebum

2-Boleh dijadikan babynest atau tilam biasa semudah abc.

3-Sangat sesuai untuk majlis kenduri cukur jambul, orang datang melawat.

4- Mengelakkan bayi dari jatuh dari katil mahupun sofa.

5-Tidak perlu mencari bantal peluk yang hilang, bantal peluk tidak lagi perlu,

6- Selepaskan dilaraskan saiznya bayi akan terasa seperti dipeluk ibu atau bapanya.

7- Boleh diletakkan dalam stroller, babycourt, atas sofa dan katil.

8-Hanya kami mengunakan 100% Cotton Double Warp and Double Weft?? , ianya sangat lembut dan dapat mengelakkan bayi berpeluh dan ruam.

Haaaa.. Amacam!! dah baca info dan detail tentang cekebum? Sekarang jom cuci mata lak tengok design-design yang ada .. Jangan meleleh air liur ye ibu-ibu.. geram pulak TB nengoknya.. Kalau la dapat satu.. bestnyaaaa.. teruja rasanya.. hehehe.. dah lah 100% kekabu asli, empuk gebu dan nyaman pulak tu, InsyaAllah tiada masalah ruam-ruam pada kulit baby disebabkan panas, sebab ia bukan fiber ya, takkan kempis-kempis tau! 

Sehingga kini sebanyak 15 corak telah dikeluarkan dengan tag line "Ready Stock But Limited" tapi TB letakkan beberapa gambar je kat sini.. kalau korang nak tengok selebihnya boleh terjah :
BLOG : 

PAGE : 

PAGE : 


BNC 113 Adorable owl (ocean blue)
BNC 110 Mr Robot (ocean blue)
BNC 112 Little jungle (creamy brown)
BNC 114 Adorable owl (apple green)
BNC 111 Babybird (lemon yellow)
Ehem.. ada design baru lak tu.. comey gilerrrr!! TB berkenan yang ni!! 
 Corak yang ni pun lawa kan!
Tengok.. muka-muka happy baby yang suka benar tidur dalam Babynest By Cekebum ni.. 

So, Kalau ada yang sedang menunggu kelahiran cahayamata tu, pastinya Babynest By Cekebum ini antara yang barang perlu ada untuk ibu-ibu semua kan.. 

Bagi teman Babynest By Cekebum ini sangat praktikal dan mudah kerana dah tak perlu nak angkut Bantal peluk kiri kanan banyak-banyak dah.. sebab Babynest By Cekebum ni dah lengkap semua.. 4 in 1 la katakan.. korang hanya perlu angkut tilam Babynest By Cekebum ni je.. Pastinya masalah bantal peluk tertinggal tiada lagi lepas ni.. heheheh.. 

Oklah.. bagi sesiapa yang berminat.. boleh lah terjah Facebook Page dibawah ni yea.. TB sertakan sekali URL Blog Babynest By Cekebum

BLOG : 

PAGE : 

PAGE : 


UNTUK DIRECT ORDER 
BOLEH CONTACT/WHATSAPP :
016-931 3648 (MIRA)
 016-931 6813 (ADAH)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


30 Oktober 2016

EYEBAG BERKURANGAN, KULIT WAJAH MAKIN ANJAL DENGAN 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS



EYEBAG BERKURANGAN, KULIT WAJAH MAKIN ANJAL DENGAN  3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

Didalam kesibukan menguruskan aktiviti harian, pastinya banyak perkara yang membuatkan kita begitu obses untuk menyelesaikan setiap tugas dengan seberapa cepat.. Namun, dalam pada itu, penjagaan wajah tetap  perlu dititikberatkan.

Didalam entri kali ni TB nak share tentang kesan penggunaan 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS. 

Baru-baru ni TB telah tersenarai sebagai diantara 40 Pemenang Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs. Contest yang dianjurkan oleh tuanpunya blog Mialiana.com memerlukan TB dan 40 pemenang yang lain membuat entri review dengan kreatif dan menarik berdasarkan pengalaman dan testimoni sendiri setelah menggunakan 1 unit 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream secara konsisten setiap hari selama 3 minggu.

Bagai bulan jatuh ke riba lah apabila TB dapat produk ni, memang teruja nak guna masa tu.. Yelah, memandangkan TB pun belum berjumpa lagi dengan Produk yang betul-betul sesuai dengan wajah, tak salah rasanya TB mencuba 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni kan? 

Kalau korang nak tahu, Serum ini adalah amat terbaik untuk kita memperbaiki masalah kulit wajah kita.. pasti korang pun tercari-cari petua atau produk untuk mencantikkan kulit kan? InsyaAllah 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs dapat menyelesaikan 15 perkara dibawah ini :-

  1. Cara hilangkan parut hitam
  2. Cara nak hilangkan jeragat
  3. Kecutkan jerawat
  4. Nak kulit flawless
  5. Dapatkan kulit tona sekata
  6. Kecilkan liang pori
  7. Petua kulit flawless
  8. Cara melembapkan kulit muka
  9. Anjalkan kulit muka
  10. Kawal minyak muka
  11. Cerahkan kulit wajah
  12. Tegangkan kulit muka yang menggeleber
  13. Hilangkan gelap bawah mata
  14. Melindungi kulit dari sinaran UV
  15. Cara hilangkan garis halus dan kedutan muka
Haaa.. antara perkara dalam list diatas tu.. ada tak yang menarik perhatian korang? kot la korang juga kebetulan ada masalah kulit wajah kan? Macam TB pulak, target TB nak lindungi kulit wajah dari sinaran UV dan menghilangkan garis halus serta kedutan di wajah TB ni.. Almaklumlah.. umur pun dah semakin meningkat kan.. hehehehe.. Nak juga anjalkan kulit dengan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni..

Eh, Tapi apa yang kita faham tentang serum sebenarnya ye? Meh ulangkaji sikit pasal Serum.. hehehe..

APA ITU SERUM?
Serum merupakan sejenis cecair yang mudah meresap ke dalam kulit ini kerana serum mempunyai saiz molekul yang jauh lebih kecil berbanding moisturizer/pelembab. Serum bertindak jauh lebih pantas dan lebih mendalam dimana ianya mampu melambatkan proses penuaan, bertindak sebagai anti kedutan,anti garis halus, menganjalkan kulit, memudarkan parut jerawat dan menggalakkan penghasilan sel kulit baru.

KENAPA KITA PERLU MEMAKAI SERUM?
Membantu menjaga kelembapan kulit,kulit menjadi lebih anjal, garis-garis halus dapat dikurangkan, sel-sel kulit mati diperbaharui dan menghaluskan kulit wajah yang kering dan kasar serta mengembalikan seri wajah yang hilang.

Haaa..  Sebelum TB ceritakan pengalaman TB sendiri selepas menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs  ini, suka TB nak share juga dengan korang APA ITU "3D GOLD STEMCELL SERUM ? dan Apa fungsi dan kelebihan Serum ini ..

APA ITU "3D GOLD STEMCELL SERUM ?
Serum anti penuaan yang mempunyai tekstur ringan yang dihasilkan melalui kejayaan teknologi menganjalkan dan mengetatkan kulit secara segera untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang lebih anjal dan lembap. Serum ini juga membantu dalam menghaluskan kulit dan mengetatkan liang pori serta merangsang kepada peredaran mikro yang membantu dalam menghasilkan keserian wajah.

So, TB pun cuba start guna 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni.. Teruja dan rasa selamat je nak guna sebab dengar cerita produk ini diformulasikan dari Perancis (France... namun 100% dijamin halal dan dijamin selamat..

3D Gold Stemcell Serum ni digunakan pada waktu siang selepas penggunaan toner, sebelum make up. So.. sebelum pi kerja TB dah memang ready siap-siap sapu Serum ni..  sejuk je serum ni tau!

Teman fokus guna Serum ini untuk bahagian mata yang keletihan dan masalah eyebag yang makin membesar dan kulit wajah yang kurang anjal..

3D Gold Stemcell Serum ini cepat meresap ke dalam kulit tau.. TB sukakan teksturnya yang tidak melekit, lepas sapu je serum ni TB rasa ada effect kulit wajah macam anjal sikit.. dan makin ayu.. eh eh..

Dibawah ni gambar teman sebelum dan selepas menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs selama 3 minggu..


Sebelum
Abaikan kening dan dahi teman yang merah-merah tu yea.. Kulit teman ada masalah sikit sebab teman ada elergik seafood.. Heee... Tapi sila fokus pada bahagian bawah mata teman.. Masa ni ada eyebag bawah mata.. 

 
Selepas
Selepas 3 minggu menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs eyebag dibawah mata semakin berkurangan..  Dan yang paling penting teman terasa kulit makin anjal.. 
   
Oh ya, lupa nak cerita, TB dapat Serum ni bersama-sama dengan Treatment Cream, Treatment Cream ni digunakan pada waktu malam sebelum tidur. Hanya Sapu nipis di kulit wajah dan ratakan..

Tapi kan..  dinasihatkan jangan dicampurkan dengan produk lain yea.. dikhuatiri bahan-bahan yang ada dalam produk-produk lain tak bersesuaian dengan Treatment Cream ni.. 


Berikut merupakan rutin harian bagaimana kita harus menjaga kulit wajah.
✓ Selepas menggunakan produk seawal 1 minggu => Wajah lebih anjal
✓ Selepas menggunakan produk selama 2 minggu => Kulit semakin anjal dan parut mula pudar
✓ Selepas menggunakan produk selama 1 bulan => Kulit wajah semakin anjal,wajah kelihatan lebih muda dan pori-pori wajah menjadi lebih kecil.
✓ Menggunakan produk dalam jangka masa panjang => Kulit lebih sihat dan berseri serta bebas dari sebarang masalah kulit wajah.

Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum
Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum adalah seperti di bawah :
1. Selepas mencuci muka, serum ini disapu atas kulit dengan sedikit urutan ringan, dan juga dengan stim jika diperlukan. Caranya Tekan 1 atau 2 kali serum pada tapak tangan dan ratakan ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
2. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Seeloknya jangan dicampurkan dengan produk lain.
3. Untuk kesan maksimum, minum minima 8 gelas air kosong.

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS MAMPU MENGEMBALIKAN KESERIAN WAJAH!!



Bagaimana nak dapatkannya?
Sila lihat dibawah ye..

Harga : RM150.00 (20ml)
Hubungi :
Hotline HQ : +6011 28090446 / +012 2239447
Website : www.mybeautyherbs.com.my
Instagram : @mybeautyherbs

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

#3dgoldstemcellserum #mybeautyherbs #mbh #feeyaiskandar #feeyaiskandarlovers 
#pemborong #pengedar #serum

Calit-calit merecik...
inilah rahsia saya kekal muda anggun!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


27 Oktober 2016

RAHSIA KULIT CANTIK DAN PESONA DIRI MEMUKAU DENGAN ENCHANTEUR PARIS

RAHSIA KULIT CANTIK DAN PESONA DIRI MEMUKAU DENGAN ENCHANTEUR PARIS

Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS. TB pernah cerita tak dulu TB ada join Contest di page Enchanteur ni? hehe.. mungkin ada cerita di instagram je kot hari tu.. Masa tu TB menang minyak wangi dari Enchanteur macam dalam gambar dibawah ni .. wangi giler bau dia tau... sememangnya TB memang suka bau Enchanteur ni sejak zaman-zaman kerja dulu.. Semua gara-gara tercium anak Officemate yang mandi guna mandian Enchanteur yang berbau wangi giler tu.. Apa lagi TB pun try beli dah terus suka.. dua wangian yang TB suka ialah Charming dan Romantic.. TB siap beli satu set.. ada Roll On dengan Lotion lagi.. semua dari bau yang sama.. wangi kauuu.. Tapi Masa tu tak pasti dah ada ke belum Enchanteur Paris ni.. 
Minyak wangi yang TB menang hari tu
Eh.. ini bukan nak citer pasal hadiah minyak wangi yang TB menang ritu.. tapi nak bercerita tentang jenama terkenal Enchanteur Paris ni yang menjadi pilihan pengguna kerana wangiannya yang begitu mendebarkan hati lelaki apabila terbau wangian dari seleksi Enchanteur Paris ini.. haha.. seperti iklan di TV tu lah kan.. dah sembur perfume Enchanteur baru lelaki tu perasan kewujudan awek tu.. ecececeh...

A photo posted by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

A photo posted by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Ok lah.. jom kita lihat apa yang menarik tentang produk dari Enchanteur Paris kali ni.. Opss.. first sekali nak komen dia punya botol dan stiker cantik giler... sweet-sweet gitu..  dan baunya.. wangi sangat-sangat tauuu... Masa TB buka kotak yang TB terima hari tu.. baunya semerbak sangat.. aduh! memang rasa tak sabar nak sapu lotion tu ke badan...

Yang ni perfume Lotion dalam bentuk botol.. 
Yang ni pulak dalam bentuk tiub.. alahai sukanya tengok design gambar dia kan.. 

Jom Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri 
yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS. 

Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.


Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

 PARFUM DEO MIST
Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapati di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:

 ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.

Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.

Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour. 


ENCHANTEUR PARIS Adore 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau.

Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml).

Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.

Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR 
sila layari www.ENCHANTEUR.com.my 

atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY dan 

Instagram https://www.instagram.com/enchanteurmy/

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. 

Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita. 


Bagi TB pula wangian dari Enchanteur ni sangat membantu tidur yang lena .. Nyenyak tidurrr...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New