RESEPI MEE HAILAM SEDAP


Bahan-bahan :
-2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
-500gm isi ayam atau daging
-Udang
-6 sudu besar kicap pekat manis
-3 sudu besar sos tiram
-1 sudu kecil lada hitam
-2 sudu besar lada putih serbuk
-Sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
-Air rebusan daging
-1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
-Garam secukup rasa
-Minyak untuk tumis

Bahan kisar:
-2 inci halia
-1 ulas bawang besar
-8 ulas bawang putih

Cara:
-Panaskan minyak.Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging.Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.

-Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.

-Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. Kemudrian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.

-Hidangkan bersama mee yang dicelur.

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New