Nity

Nuff

15 Januari 2018

SENARAI PEMENANG TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY HAPPY BIRTHDAY HUBBY & HARRAZ



SENARAI PEMENANG
TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY HAPPY BIRTHDAY HUBBY & HARRAZ

Hai.. TB ucapkan tahniah buat para pemenang dibawah ni yea.. buat yang tak menang.. cuba lagi di giveaway akan datang.. insyaAllah mana tahu turn korang pula.. apa-apa pun terima kasih keran sudi luang masa untuk join dan support Giveaway anjuran TB ni..

Terima kasih juga buat para sponsor.. kerana tidak jemu-jemu join penaja Giveaway TB ni.. apa-apa pun., thank you so much buat semua.. jom tengok siapakah yang bertuah..

Buat pemenang sila tuntut hadiah pada link yang TB dah sertakan dibawah yea..




WANG TUNAI RM50 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 
https://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2018/01/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> Nor Marshaliza Shaidan

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM30 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 

http://ridoaritoka.blogspot.my/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> Qiya Saad

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM20 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 

http://zarasyamimi.blogspot.my/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> Qiya Saad

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM 20 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 

http://www.ronaldmohoni.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> Lisa Nurulain 

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM10 X 3 PEMENANG
PEMENANG : 

http://www.linliena.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html


http://www.wanisukarno.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html

http://www.bajuwarnacoklat.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html

TUNTUT HADIAH PADA --> Eintan Nurfuzie 

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM 10 X 2 PEMENANG
PEMENANG : 
http://www.hakimramli.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html

http://www.yatizul.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html

 TUNTUT HADIAH PADA --> Sumariati Iskandar 

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM10 X 2 PEMENANG
PEMENANG : 

http://queensyanis.blogspot.my/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html

http://aimanziyad.blogspot.my/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html

TUNTUT HADIAH PADA --> Helmi Julia

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM15 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 

http://thebakeswing.blogspot.my/2018/01/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> Raden Galoh

---------------------------------------------


WANG TUNAI RM10 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 

https://norminieza.blogspot.my/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> Nor Afdilah Lias 

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM10 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 

http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> HYPERGRAFIX

---------------------------------------------


WANG TUNAI RM10 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 
http://www.jiakreatifelt.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> Zaza iman 

---------------------------------------------

WANG TUNAI RM 10 X 1 PEMENANG
PEMENANG : 
http://seindahcerita.blogspot.my/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html
TUNTUT HADIAH PADA --> Lea Azleeya

Resepi Tepung Pelita Moden Paling Mudah


Resepi Tepung Pelita Moden Paling Mudah


Haaa.. TB penggemar kuih Tepung Pelita ni sangat-sangat weh.. memang nak belajar sampai pandai buat .. boleh makan banyak-banyak.. huhuhu.. Ha.. yang sebelum-sebelum ni TB share resepi Tepung Pelita Ala tradisional.. jom tengok resepi moden lak camne.. tapi yang moden ni lagi panjang la pulak resepi nya .. hehehehe.. takpe.. jom tengok.. 

Resepi Tepung Pelita Moden Paling Mudah

Resepi ni untuk 50-60 biji mengikut saiz acuan

Bahan-bahan:
Bahagian bawah,
Tepung beras 1 cawan
Gula 1 cawan
Air pandan setengah cawan
Air putih 5 cawan
Pewarna hijau

Cara-caranya:
Satukan semua bahan dan kacau sebati..
Lepastu masak atas api.
Kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit.
Bila adunan mula pekat,kecikkan api.
Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup2..
Tuang dalam acuan semasa masih panas ye..

Bahan untuk lapisan atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
3 cawan air
1 sudu gula
Seikat daun pandan
Secubit garam.

Caranya sama mcm buat bahagian bawah.
Campurkan semua bahan sampai sebati.
Lepastu masakkan atas api.



Kredit :
Dunia Farisya

Psstt.. yang gambar atas ni Resepinya mudah jugak.. sangat mudah sebab ada step by step bergambar... jom tengok.. TB rasa macam nak follow yang ni jugak.. senang faham.. hahaha.. apa ni.. semua nak ikut lama-lama tak terbuat kuihnya.. hahahaha..

jom tengok sini ---> raihannavanilla


10 Januari 2018

THE WEDDING HERITAGE | THE BEST & TRUSTED WEDDING PLANNER


THE WEDDING HERITAGE |  THE BEST & TRUSTED WEDDING PLANNER


Pernah dengar tak tentang Banglo Kahwin No.1 di Malaysia? Haa.. entri kali ni TB nak kongsikan tentang sesuatu yang SYOK didengar untuk bakal pengantin dan seluruh keluarga menjelang detik-detik bahagia mereka . 

Cuba cerita, pasangan Pengantin mana yang tidak mahu majlis perkahwinan mereka serba lengkap dan berjalan lancar dari mula hingga akhir kan? Pastinya semua pengantin mendambakan majlis yang begitu sempurna untuk meraikan hari bahagia mereka bersama keluarga, sanak saudara, juga tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Namun begitu, pemilihan Wedding Planner yang tepat dan dipercayai perlu dititikberatkan agar tidak mudah tertipu dengan mereka yang cuba mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Apa yang TB maksudkan ialah pernah terjadi Pasangan Pengantin yang ditipu oleh Wedding Planner yang menjanjikan servis terbaik untuk majlis mereka namun apabila tiba hari dijanjikan berlaku pelbagai masalah yang tidak dijangkakan dimana katering tidak hadir dan pelamin yang ditempah pengantin tidak seperti yang diharapkan.

Akibatnya keluarga pengantin menanggung kerugian besar dari segi perbelanjaan dan juga terpaksa menanggung malu diatas kejadian yang berlaku .

Kebetulan baru-baru ini, TB ada menonton siaran TV Al-Hijrah yang membincangkan Topik tentang Wedding Planner juga.. dan Tajuk diskusi pada hari itu ialah WEDDING PLANNER PENIPU! SALAH SIAPA?


Dibawah ni TB kongsikan video yang TB maksudkan itu.. 



Kali ini TV Al-Hijrah telah menjemput wakil dari Top Wedding Planner yang semakin terkenal ketika ini iaitu "The Wedding Heritage" bagi membincangkan tentang isu Bakal Pengantin Ditipu Wedding Planner.

Bakal pengantin dinasihatkan supaya berfikir secara realistik sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan perbelanjaan untuk sesuatu majlis, jangan serahkan bulat-bulat kepada wedding planner sekiranya jumlah kos yang pihak wedding planner tersebut berikan agak tidak masuk akal..

Pengantin perlu bijak dalam membuat kira-kira sebelum sebarang persetujuan dibuat untuk mengelakkan dari ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..

Dalam pada itu, TB tertarik mendengar interview bersama The Wedding Heritage tentang Banglo Kahwin atau Bungalow Wedding yang turut dibincangkan dalam siaran TV tersebut.

Kerana sukakan konsep yang diutarakan, TB pun terus Google dan jumpa laman sosial Instagram dan Facebook  The Wedding Heritage .. 






Saja TB jenguk-jenguk Instagram dan Facebook Page The Wedding Heritage ni, terpana sebentar melihat pakej yang disediakan oleh pihak The Wedding Heritage yang sangat berbaloi-baloi ni..

Pastinya bakal pengantin amat tertarik dengan Pakej Perkahwinan dari The Wedding Heritage ini yang berkonsepkan Pakej Perkahwinan yang Lengkap di Banglo Mewah atau dengan kata lain,

Konsep Kahwin Cuci Tangan dimana semua dah tersedia untuk bakal pengantin dari A to Z baik dari segi Penginapan Homestay, Catering, Canopy, Busana Pengantin, Pelamin, Dekorasi, Photography dan lain-lain lagi, semua serba lengkap .

Untuk Pakej lengkap kahwin bagi 2018/2019 ni bakal pengantin boleh memilih untuk mengadakan majlis di rumah sendiri ataupun dewan .



TAPI .. kalau nak lagi BEST........ 


Pengantin boleh juga memilih untuk mengadakan majlis bahagia mereka di Banglo Kahwin - The Wedding Heritage sendiri dimana kini terdapat 3 cawangan Banglo Kahwin iaitu di Ampang, Kota Damansara dan Putrajaya..

Pastinya bakal pengantin akan memilih Banglo Kahwin sebagai tempat untuk mereka meraikan hari bahagia mereka kerana di dalam satu banglo telah lengkap segalanya yang diperlukan. Tak perlu lagi memeningkan kepala memikirkan keperluan dan kelengkapan lain untuk majlis tersebut.. Semuanya akan diaturkan oleh The Wedding heritage dengan jayanya!

Kan senang, wedding venue di banglo, luas, selesa dan ditambah pula pakej lengkap terbaik di KL dan Selangor ni..

TB pun dah rasa terjatuh cinta pulak tengok hasil-hasil gambar photografer official yang sangat cantik ni.. Nak tengok? sila lihat bawah ni yea..
Suka sangat gambar ni.. 
jelas tergambar wajah happy 
pasangan pengantin kan!

Set Pelamin yang nampak moden, 
simple tetapi awesome ..


Juga Disediakan 
The Wedding Welcome Sign

Wahhh.. cantik sangat gambar ni.. 
suka tema biru juga.. 


Dalam Gambar ni boleh lihat betapa tersusun dan teratur segalanya!

Ok! TB paling suka sangat-sangat! 
TB pilih tema pelamin yang ni.. 
eh! tetiba.. haha..

Sweetnya pengantin ni, ditambah pula 
dengan kepakaran photographer mengedit gambar..


Kan.. sangat cantik semua gambar-gambar yang dihasilkan, boleh dikatakan setanding photographer insternational gitu.. setuju tak? Hemm.. indahnya hari bahagia bila memori tersimpan atas gambar yang jelas dan cantik seperti diatas ni .. kan?

Oh ya.. kalau korang nak tahu Pakej yang korang ambil juga termasuklah dapat FREE Album dan Unlimited Photo Pendrive sekali.. wah.. menarik sangat kan! Banyak juga item FREE yang ditawarkan buat pasangan yang menempah di The Wedding Herritage .

Kalau Masih tak percaya dan masih tak cukup jelas lagi, jom tengok Pakej Lengkap Kahwin terbaru yang ditawarkan di bawah ni .. 

Pakej yang ditawarkan oleh The Wedding Heritage kepada pelanggan mereka mengikut kesesuaian majlis :

TWH BUNGALOW KOTA DAMANSARA


 TWH VILLA AMPANG

TWH BANGLO PUTRAJAYA


Haaa.. Nampak tak? berderet je semua keperluan dan kelengkapan yang perlu ada untuk sesuatu majlis tu, semua dah ada dalam satu banglo! Harga pun dah tertera disitu.. Haa.. harga tersebut kalau korang jemput 1000 orang la yea..kalau kurang dari tu.. jangan risau korang boleh request custom quatation mengikut budget yang korang ada.. 

Kredibiliti Wedding Planner Yang Sangat Tinggi
Team The Wedding Heritage sememangnya terkenal dengan kepakaran menyediakan majlis perkahwinan yang sempurna dan lengkap dari mula hinggalah ke akhir majlis. Pastinya kredibiliti mereka telah diakui oleh pelanggan-pelanggan mereka.. 

Kebanyakan bakal pengantin yang bekerja pastinya sangat sibuk dan tidak cukup masa untuk menguruskan hal-hal berkaitan majlis perkahwinan mereka, ada juga yang mempunyai masalah untuk menyelenggarakan hal berkaitan majlis kerana tidak mempunyai ahli keluarga dan sanak saudara yang ramai, ia akan menyulitkan bakal pengantin yang semestinya tidak begitu arif tentang hal yang mereka tiada pengalaman tentangnya.

Haaa.. dari sinilah team The Wedding Heritage menggunakan kredibilitinya membantu pasangan pengantin dengan pakej lengkap yang menawarkan perjalanan majlis yang sempurna seperti yang diimpikan semua bakal pengantin . Semestinya ia akan menjadi hari bahagia yang tidak dapat dilupakan, The Best Moment In My Life gitu.. eh.. haha.. 


Best Moment Pasangan Pengantin Yang Berpuashati 
Dengan Servis dari The Wedding Heritage


Memandangkan Banglo Kahwin telah menjadi Viral dan menjadi Top Wedding Planner, semakin ramai pelanggan menggunakan servis team The Wedding Heritage ni, dan semakin ramai memberi feedback positif setelah berpuashati dengan khidmat yang diberikan dari sekecil-kecil item sehinggalah sebesar-besar item untuk kelancaran majlis impian mereka .


Feedback Pelanggan The Wedding Heritage 

Lihat sahaja komen-komen pelanggan-pelanggan The Wedding Heritage dibawah, komen yang menggambarkan kegembiraan pasangan dan ahli keluarga yang cukup berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh The Wedding Heritage. 












Haa.. Kepada bakal pengantin yang sedang mencari Wedding Venue atau Pakej Lengkap Kahwin 2018/2019 boleh lah book dekat The Wedding Heritage "No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia" ni yea.. 

dan TB doakan semoga The Wedding Heritage akan senantiasa memberikan khidmat dan kualiti terbaik kepada setiap pelanggan yang menggunakan khidmat mereka. 



Untuk maklumat lanjut :

Facebook: 

Instagram: 


No Tel : 
016-562 9394


#theweddingheritage #pakejperkahwinan #pakejperkahwinanlengkap #pakejkahwin #pakejnikah #pakejsanding #pelaminnikah #pelaminsanding #pelaminkl #banglokahwinkl #banglokahwin 
#weddingplannerkl #banglosewa

08 Januari 2018

TERUJA DENGAN PRODUK PENJAGAAN DIRI DARI ASIANIC | PRODUK HALAL


TERUJA DENGAN PRODUK PENJAGAAN DIRI DARI ASIANIC | PRODUK HALAL

Hai korang.. di petang-petang macam ni TB nak share dengan korang tentang satu produk yang bagi TB sangat TB suka kerana baunya, kerana packaging nya.. dan semestinya kerana kandungan yang terdapat dalam produk ini yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan dijamin HALAL.

dan TB suka produk Asianic ni sebab ia dirumus khas daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk semua jenis kulit malah tak kisah lah lelaki ke perempuan boleh pakai produk ni..



Produk yang TB maksudkan ialah dari jenama Asianic. Pernah dengar nama Asianic ni? Haa.. bagi yang baru pertama kali dengar nama ni, meh TB share sikit info tentang Asianic ni..

Asianic ni adalah jenama produk bagi penjagaan diri untuk seisi keluarga. Kalau korang nak tahu produk Asianic ini terdiri daripada rangkaian produk seperti krim mandian, skrub badan dan losyen yang diinspirasikan daripada bauan susu beras (rice milk) dan bunga sakura ( Japanese Cherry Blossom).



Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Yang TB sedang guna sekarang ialah mandian dari rangkaian bauan dari Bunga Sakura yang sangat lembut dan wangi.. iaitu Japanese Cherry Blossom



Ini dia set penjagaan diri dari bauan Bunga Sakura - Japanese Cherry Blossom , dalam set ini ada 3 produk, didatangkan dengan beg yang sangat cantik dan mudah dibawa.. 


Produk yang ada didalamnya ialah :

1.) Hand & Body Lotion


TB sukakan baunya yang lembut dan tekstur nya yang mudah meresap ke dalam kulit.. terasa kulit soft je.. dan yang paling penting ia tak melekit. kesan dari penggunaan lotion ini ialah ia dapat mengekalkan keremajaan kulit kita dengan memberi kesan pencerahan dan kelembutan seterusnya mengurangkan kedutan pada kulit dan tangan.. 

2.) Body Scrub




Scrub yang berbau bunga sakura ini didatangkan dengan butiran halus seperti biji biji kecil yang bertindak sebagai membantu menghaluskan kulit dan membuang sel-sel kulit mati agar kulit kita sentiasa muda berseri dan cerah sentiasa..


3.) Shower Cream



Haaa.. Last sekali paling TB suka.. Shower Cream atau mandian yang berbau harum ni.. ia bertindak menjadikan kulit bersih, cerah dan lembap.. TB terasa badan dibelai lembut aje bila guna shower cream ni.. bilik air pun wangi je.. haha.. 




Haa.. yang ni pulak dari rangkaian Susu Beras.. atau Rice Milk.. TB tak pernah try lagi ni.. 
tapi ramai yang kata bau dia sedap juga.. wah.. rasa nak cuba yang ni je nanti.. 



Geram pulak TB tengok gambar atas ni.. huhu.. Nak try yang ni pulak lah..


RASAI PENGALAMAN SPA LIMA BINTANG PRODUK ASIANIC DI RUMAH SENDIRI 

Haaa.. buat wanita yang selalu mengimpikan untuk mendapat pengalaman spa lima bintang dirumah sendiri, Asianic adalah pilihan terbaik. Sangat sesuai digunakan mengikut kesesuaian masa.

Kalau korang nak tahu produk Asianic ni boleh digunakan seisi keluarga yea.. dan semestinya kualitinya juga setanding dengan produk antarabangsa.

Kini sesiapa sahaja boleh menentukan masa sendiri untuk merasai pengalaman spa lima bintang di rumah sendiri. Bauan yang harum dan mempersona pasti akan lebih menyegarkan dan membantu mengekalkan keyakinan kita sepanjang hari.

Selain pengalaman yang mempersonakan ini, ia juga boleh menjimatkan masa, wang dan tenaga kita daripada menunggu di spa untuk mencantikkan diri. Kini di rumah sendiri adalah pilihan yang terbaik selain lebih praktikal dan ekonomikal. Rasai sendiri pasti korang akan terpesona dengan rangkaian produk Asianic.

Rangkaian produk mandian dan penjagaan diri Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM12.90 hingga RM18.90 setiap satu. 

Yang lebih penting lagi, produk Asianic ini telah diiktiraf  HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mendapat kelulusan KKM. So, korang tak perlu ragu-ragu lagi bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini terjamin dan produk Asianic telah menjadi rangkaian produk Halal yang pertama seumpamanya di Malaysia. 

So.. Untuk korang yang inginkan kulit lembut dan berseri boleh dapatkan produk Asianic ni di hampir semua pasaraya besar di Malaysia seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Giant, Guardian, Tesco , farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia.

Kalau tak dapat nak keluar membeli, jangan risau yea.. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui online di website yang tersenarai ni.. antaranya AladdinStreet.com, Lazada, Zoomall, 11 Street , Shopee, coopmall.my, Facebook Asianic Halal dan juga melalui sesawang : www.wonderlandprimary.com

Haa.. apa lagi.. jom wangi sama-sama .. yang penting kulit halus mulus cerah berseri dengan rangkaian produk dari Asianic yang ternyata HALAL..

Untuk keterangan lanjut, 
sila hubungi: 

Facebook : Asianic Halal

Instagram : Asianic Halal

Contact : 
Nurul Fadhila 
+6012 2598815

Leny Adam
+6019 265 6687


Untuk Urusan Bisnes :

WONDERLANDPRIMARY 
SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308 
 Fax : +603 7783 6308

07 Januari 2018

LYRIC LAGU TOKYO BON NYANYIAN NAMEWEE



LYRIC LAGU TOKYO BON NYANYIAN NAMEWEE

Haha.. Tolonglah.. TB tak tahu kenapa dah ter suka pulak lagu Tokyo Bon ni.. mungkin sebab rentak dia best atau sebab bahasa jepanglish yang digunakan kot.. tak pun sebab ter tengok video nya yang best plak .. adeh.. rentak dia tu ala-ala cheeky cheeky cumi cumi gitu.. hahaha.. Harraz tengok pun menari.. huhu.. boleh lah sedap telinga mendengar, part gadis jepun nyanyi tu paling win.. huhu.. hahaha.. dicadangkan kornag tengok videonya sekali baru ada feel.. hahaha.. 

Namewee - Tokyo Bon


Tokyo Bon
Ohayo Tokyo Konichiwa
Sumimasen I'm foreigner
I don't speak Japanese
But I love Aoi Sora
When you say Wakarimashita
I say Hitachi Toyota
Kawasaki Nintendo
Canon Sony Honda

I'm losing my way
Obasan where should I go?
Shinjuku so big
I need a Doraemon
You speak Japanglish
And show me body language
What can I do?
Where should I go?

No nonono

Makudonarudo (McDonald's)
Guguru (Google) Toiletto (Toilet)
Kitto Katto (Kit Kat)
Dizunilando (Disneyland)
Takushi go Hoteru (Taxi go Hotel)
Sebun Elebun (Seven Eleven) Miruku (Milk)
Basu (Bus) Biru (Beer)
Sutabakkusu (Starbucks)

Ohayo Tokyo Konichiwa
Sumimasen I'm foreigner
I don't speak Japanese
But I love Ramen Tempura
When you say Arigato Konbanwa
I say Suzuki Yamaha
Uniqlo Toshiba
Casio Godzilla

I'm losing my way
Obasan where should I go?
Shinjuku so big
I need a Doraemon
You speak Japanglish
And show me body language
What can I do?
Where should I go?
Please take me home

No nonono

Makudonarudo (McDonald's)
Guguru (Google) Toiletto (Toilet)
Kitto Katto (Kit Kat)
Dizunilando (Disneyland)
Takushi go Hoteru (Taxi go Hotel)
Sebun Elebun (Seven Eleven) Miruku (Milk)
Basu (Bus) Biru (Beer)
Sutabakkusu (Starbucks)

Sarada(Salad) Hanbaga (Hamburger)
Sandoitchi (Sandwich) Soseji (Sausage)
Kohi (Coffee) Keki (Cake)
Aisukurimu (Ice-cream) Konbini (Convenience Store)
Furaidopoteto (Fried potato)
Esukareta (Escalator) Arukoru (Alcohol)
Bareboru (Volleyball) Besuboru (Baseball)
Basukettoboru (Basketball) Gorufu (Golf)

Makudonarudo (McDonald's)
Guguru (Google) Toiletto (Toilet)
Kitto Katto (Kit Kat)
Dizunilando (Disneyland)
Takushi go Hoteru (Taxi go Hotel)
Sebun Elebun (Seven Eleven) Miruku (Milk)
Basu (Bus) Biru (Beer)
Sutabakkusu (Starbucks)


RESEPI AIS KRIM MILO HOMEMADE SEDAP!


RESEPI AIS KRIM MILO HOMEMADE SEDAP!

TB banyak dah tepek resepi Ais Krim kat blog ni untuk di cuba untuk anak-anak sedara tapi rupanya TB tertinggal satu lagi entri ais krim homemade ni yang tak publish lagi.. haha.. mujur ada member dalam group tanya resepi ni.. so.. 

TB cari kat blog TB tak jumpa.. rupanya ada ada draft.. haaa.. buat Ainur.. ni ha resepi Homemade ais krim .. jom lah mencuba yea.. pastu tinggal sikit kat TB nak rasa.. kih3. itu yang beno nyaaaa.. kih3

Jom tengok bahan2 dan cara2 nya dibawah.. 


RESEPI AIS KRIM MILO HOMEMADE SEDAP!

BAHAN-BAHAN
1 biji putih telur
5 sudu besar gula 
1 sudu besar ovalette 
2 cawan susu cair (prefer IDEAL) 
1 sudu kecil essen vanilla (wajib) 
5 sudu besar milo 
1 sudu kecil emulco coklat

CARA MEMBUATNYA :- 
1. Putar putih telur dan gula dengan kelajuan tinggi hingga kembang (3 minit). 

2. Masukkan essen vanilla dan ovalette dan pukul lagi hingga sekata. 

3. Masukkan susu cair dan putar lagi hingga rata. 

4. Dan Masukkan milo + emulco coklat. 

5. Bekukan dalam 6 jam keatas.

SIAP!







04 Januari 2018

IKAN GORENG BEREMPAH


IKAN GORENG BEREMPAH

Selalu kita buat Ayam Goreng berempah je kan.. kali ni macam sedap je buat ikan goreng berempah.. TB dah kena makan ikan je sekarang ni.. so kena la kumpul resepi untuk masakan ikan pulak sekarang ni.. hahaha.. ayam dan daging perlu jugak tapi tak boleh selalu.. masak untuk hubby boleh laaaa.. 


Bahan-bahan :
👉Ikan bawal/sardin jepun/ikan tongkol
👉Garam
👉Lada putih
👉Serbuk cili
👉Rempah kari ikan
👉Serbuk Kunyit
👉Bawang putih,bawang merah dan halia(blender dan jadikan pes)

Cara membuat :
Gaulakn ikan dgn semua bahan kemudia perap sekejap.Goreng













03 Januari 2018

TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!


TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY!
HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!

TAMAT! TAMAT! TAMAT!

BismillahirRahmaniRahim..
Giveaway ini diadakan sempena Hari Lahir my hubby (hujung bulan ni) dan my baby Harraz, hope korang sudi-sudilah join yea.. hope dapat sambutan dari rakan blogger semua.. Buat my hubby dan my baby Harraz.. Happy Birthday.. Selamat Hari Lahir.. semoga kalian berdua dipanjangkan umur, sukses dalam hidup, dimurahkan rezeki dalam setiap apa yang diceburi dan diberi kesihatan yang berpanjangan.. Aamiinn..  Mama sayang kalian berdua .. Kisss sikittt...  Mmmmuah.. muah.. muah..


HADIAH WANG TUNAI YANG DITAJA ADALAH BERJUMLAH RM200 LEBIH UNTUK DIMENANGI.. SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI PEMENANG!! JOM JOIN!
(Tq buat yang sudi sponsor, moga korang dimurahkan rezeki selalu, Aamiin)

GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia. GIVEAWAY bermula pada hari ini, 20/12/2017 sehingga 31/12/2017 (jam11.59 malam) .

Kalau Peserta tak memenuhi target yang diingini, TB akan lanjutkan Giveaway ini yea.. sebab nak seimbangkan dengan hadiah sponsor tu.. 

Semua Blogger di Malaysia dijemput menyertainya. Para SPONSOR pun leh join jugak yea.. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lengkapkan 5 Syarat dibawah :

1.) Buat entri bertajuk "TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!" . 

2.) Upload Banner atas ni ke entri korang, jangan lupa letak backlink ke entri GA teman ni yea.. dan Publish entri. 

Jangan lupa Tinggalkan URL entri korang ke dalam ruangan komen DIBAWAH NI .



3.) Follow Blog (akan di check!) 
❤ Tengkubutang ( 2576)
 Qiya Saad



4.) Follow Instagram (akan di check!) 
❤ Cik Sepet @Mawar_Biru89
❤ marshalizadotcom IG
❤ eintan_nurfuzie IG
❤ Shaklee_Segamat IG
❤ syahoneykittyshoppe IG
 afdilah17 IG
 Zaza Iman IG
❤ lea_azleeya IG



5.) Like FB Page (akan di check!) 
❤ Kasih Juju FB Page
❤ Hypergrafix FB Page


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

- SENARAI HADIAH DAN PARA SPONSOR -
SENARAI PESERTA -

 Pemenang akan ditentukan secara 
❤ Random.org

NOTA :
Thank You buat semua peserta yang sudi join

Jom support GA TENGKUBUTANG ni!! =)

Note : Sila cukupkan Syarat yea.. Kalau didapati Syarat tak cukup selepas pengumuman Hadiah sekalipun, Pemenang akan dibatalkan, dan dengan serta merta pemenang lain yang cukup syarat akan dipilih.. baru adil kan.. dan Hadiah diterima dikira Halalan Toyyiban.. hehe..



GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2