Nity

Nuff

11 April 2019

Rangkaian Produk Penjagaan Bayi JOIELLE BABY | Selamat Untuk Bayi Anda


RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN BAYI
JOIELLE BABY | Selamat Untuk Bayi Anda


Hai.. Hari ni TB nak share tentang satu produk yang popular jugak dikalangan mommy-mommy yang sukakan produk-produk yang sudah terbukti menggunakan bahan-bahan yang selamat dalam penghasilannya.. Produk tu ialah dari jenama Joielle Baby iaitu Rangkaian Produk Penjagaan Bayi yang selamat digunakan untuk bayi.

Mommy-Mommy yang baru kenal atau baru dengar tentang Joielle Baby ni, meh baca sedikit info tentang Joielle Baby ni.. Joielle Baby  ni telah berada di pasaran selama 4 tahun  dan menghasilkan produk baby yang berkualiti dan mempunyai piawaian tersendiri. Haa.. untuk info selanjutnya korang boleh la search lebih detaildi link2 website yang TB nyatakan dibawah sekali ni yea.. klik je.. hehehe..

Haaa sebab apa kita perlu memilih Joielle Baby? Sebab utama mengapa kita harus memilih ialah kerana ia telah mendapat kelulusan KKM dan telah Diperakui oleh HALAL JAKIM. serta telah diuji secara Dermatologist oleh Badan persijilan Eropah, Harlan Lab Ltd dan juga diuji dari SWISS LAB mengatakan bahawa semua ramuan yang digunakan adalah selamat dan sesuai untuk bayi. Ia juga Hypoallergenic (merujuk kepada semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk Joielle Baby jarang dikaitkan dengan reaksi alahan, ini berdasarkan ujian yang dilakukan oleh Joielle Baby dimana hasilnya menunjukkan 92% bayi sesuai dengan Joielle Baby).

Yang pasti.. Mommy-Mommy akan jatuh cinta pada pembungkusan produk Joielle Baby sebab packaging dia memang comelll sangat-sangat tau.. dengan design yang soft dan kotak yang cantik.. Buat TB sendiri rasa geram je tau.. hehehe


Haaa.. inilah rupa kotak dilihat dari luar.. comel kan.. packaging TB bagi A+ laa.. heheh.. 

Dekat TB ni ada 6 item/produk dari Joielle Baby, iaitu Baby Bath, Baby Oil, Baby Shampoo, Baby Cream, Baby Lotion dan Joielle Chest & Tummy Rub dan bukan ada 6 saja produk Joielle Baby  ni tau.. ada banyak lagi yang lain.. korang boleh tengok kat website kat bawah ni yea..

Untuk pengetahuan korang sepeerti yang TB nyatakan tadi.. Kebanyakan produk Joielle Baby berasaskan dari bahan-bahan semulajadi... Joielle Baby turut diuji secara klinikal.. Jadi, Joielle Baby selamat digunakan untuk babies dan mommies yea.. 




1) Joielle Baby Bath 

Joielle Baby Bath sangat-sangat sesuai untuk kegunaan harian, Produk ini dapat membantu memperbaiki struktur kulit.. haaa.. bau dia juga sedap (bukan sedap nak makan ye) sedap hidung menghidunya.. bau lembut.. hehehe..

Antara kebaikan Joielle Baby Bath ialah ia membantu mengembalikan kelembapan kulit bayi, so ia dapat mengurangkan masalah kulit kering ..


Joielle Baby Bath juga mengandungi relaxing scents bagi memberi ketenangan kepada bayi sebelum tidur. ha.. tak perlu risau, ia kan telah diuji secara klinikal, so bolehlah digunakan setiap hari.

✅Memberi dan melindungi kelembapan pada kulit bayi ✅Merawat masalah keradangan dan kemerahan. ✅Mempunyai kandungan relaxing scent yg mampu menenangkan bayi, dan memudahkan bayi untuk tidur lebih lena.

Haaa.. dalam Joielle Baby Bath  ni kan, ada Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera tau..  Vitamin E & Aloe Vera ni boleh melembapkan kulit bayi dan merawat kemerahan serta keradangan kulit.  


Antara kelebihan Vitamin E ni ialah ia mengandungi antioksidan yang berguna untuk mencegah masuknya radikal bebas ke dalam kulit dan berfungsi untuk membuat kolagen terbentuk kembali dengan cepat sehingga kulit menjadi lebih cerah dan tidak kusam


Manakala Aloe vera pula bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak. 

Cara nak guna? senang aje.. tak yah gitau pun korang tau dah kan... 


Mesti mommies suka baby wangi sentiasa kan.. Joielle Baby Bath yang mengandungi wangian dapat memberikan ketenangan kepada babies ..


2) Joielle Baby Cream 

Joielle Baby Cream ni membekalkan kelembapan kepada kulit bayi setiap hari. Haa.. Sangat sesuai untuk bayi yang mudah terkena ruam pada kulit dan juga bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Oh ya.. Mommy-mommy Jangan risau, Joielle Baby Cream ni serta semua produk Joielle Baby ni.. No Paraben, No SLS, dan No Steroid yea.. ! Joielle Baby adalah Produk Asli. So, dont worry nak sapu ke baby korang..



Joielle Baby Cream Sesuai bagi bayi yang mempunyai kulit normal dan juga kulit sensitif. Selain boleh melembapkan kulit dan beri pelindungang pada kulit baby ia juga boleh digunakan untuk melegakan ruam lampin. Dismaping itu penggunaan yang betul boleh menghilangkan atau mengurangkan keradangan seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit bayi.

Kandungan Joielle Baby Cream ni juga selamat kerana ia diformulasi dari extract Aloe Vera & Vitamin E juga.. haa.. baguskan semua produk ada Vitamin E dan Aloe vera..

Fungsi dan kegunaannya pula ialah Joielle Baby Cream  ini berfungsi untuk menangani masalah demam panas, ruam susu, ruam lampin, dan kulit kemerah-merahan . . . 



3.) Joielle Baby Shampoo

Joielle Baby Shampoo ni kalau korang nak tahu ia adalah salah satu produk kegemaran mommy-mommy tau sebab Bau dia, Tekstur dia, perfect! nyaman je.. hihi.. TB baru test tadi.. kih3.. Sorry Harraz.. mama try sikit.. hehe.. 


Joielle Baby Shampoo ni boleh menyelesaikan masalah cradle cap yang menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. So.. kulit kepala baby korang akan bersih dan tiada kuping-kuping atau kulit mati yang sukar dibersihkan .

Seperti produk-produk Joielle Baby  yang lain.. Joielle Baby Shampoo  ini juga mengandungi Vitamin E dan Aloe Vera ekstrak, Baby mommy-mommy akan berasa segar dan bersih je lepas dimandikan dan di syampu dengan Joielle Baby Shampoo ni.. Ia adalah Symapu bayi yang Intensif dimana ia berkesan melembabkan dan melindungi kulit kepala baby kita secara mendalam .

Selepas guna mommy-mommy akan perasan rambut baby korang nampak lembut dan bersinar.. cewah.. betul.. tak caya cubalah.. hehehe.. Macam TB kata tadi.. ia diuji secara Dermatologi.. so, seuai untuk kegunaan harian.. selamat.. InsyaAllah..


Ni cara guna.. baca sendiri ye.. hehe



5.) JOIELLE CHEST & TUMMY RUB  

Haa.. ni lagi satu produk Joielle Baby yang TB dah test tadi.. ehhh.. hahahaha.. mommy yang test dulu yea.. eh. eh.. mesti lah tau.. kita kena test dulu sebelum beri pada baby..

Haaa.. produk yang ni namanya Joielle Baby Chest & Tummy Rub yang diperkaya dengan eucalyptus , rosemary , dan peppermint yang berkesan dalam melegakan masalah pencernaan, ia juga dapat melegakan selesema dan batuk si kecil, seterusnya dapat mengatasi masalah perut kembung. Sesuai untuk kegunaan harian juga.. Paling best sebab ia sesuai untuk kulit normal, kulit sensitif, dan kulit kering.. So, semua baby boleh pakai.. mama baby pun boleh pakai.. yeayy.. opss..

Joielle Baby Chest & Tummy Rub 

Haaa.. kalau si kecil ada masalah perut kembung atau kerap merengek sebab perut tidak selesa tu, boleh la try sapu Joielle Baby Chest & Tummy Rub ni sebab ia dapat memberikan keselesaan kepada Bayi korang untuk atasi perut kembung tu.. Mommies hanya urutkan baby korang dengan Joielle Baby lotion dan mommies kemudian sapukan Joielle Baby Chest & Tummy Rub pada bahagian dada, perut dan bahagian belakang badan bayi korang. 


Joielle Baby Chest & Tummy Rub ni comel sangat.. so, amat mudah untuk dibawa kemana-mana dan ia disediakan dalam bentuk krim yang memudahkan mommies untuk menggunakannya dalam kuantiti yang diperlukan. Teksturnya dalam bentuk krim dan bukan oil/minyak ni dapat mengurangkan risiko tertumpah jika tidak disimpan dalam keadaan baik.

Yang paling penting.. ia juga tidak mengandungi PARABEN, Tidak mengandungi SLS, dan Tanpa bahan kimia berbahaya.. dan diulangi.. ia juga diikitiraf oleh HALAL JAKIM , KKM dermatologist tested dan hyposllergenic. Jadi ! Mommies tidak perlu risau untuk memakainya..


6.) Baby Oil 

Ok .. Last.. TB nak citer pasal Joielle Baby Oil ni pulak. Banyak kebaikan juga Baby Oil ni tau, ditambah pula kelebihan yang ada dalam kandungan produk Joielle Baby ni.. Kalau korang nak tahu Joielle Baby Oil ni  diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E juga.. Kalau kita sapu pada kulit baby kita, ia dapat melindungi kulit si kecil dari sinar UV , melembapkan kulit dan melembutkan kulit si kecil.. 

Joielle Baby Oil ni sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit seperti kulit sensitif , kulit kering , dan kulit normal sebab ia bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya dan berasaskan dari bahan-bahan semulajadi.. So, insyaAllah baby yang ada lahan kulit tu pun boleh guna dengan selamat.. 

Kebaikan  Joielle Baby Oil ni antaranya ialah ia boleh membantu menghindarkan dan membersihkan kuping kepala baby, hanya sapu pada kulit kepala baby tu dan biarkan ia meresap sendiri, tekstur dia yang mudah menyerap ke dalam kulit tu akan membuatkan kulit kepala baby jadi lembap dan sekata seterusnya menjadikan kulit kepala baby sihat..

Boleh juga digunakan semasa membuat urutan pada badan si kecil untuk kulit yang lebih lembut dan lembap. Haa.. Bukan sahaja boleh melembutkan , malah ia sesuai sebagai minyak rambut untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat , lebat , dan bersinar ..

Boleh tengok bawah ni benefit menggunakan Joielle Baby Oil  ni yea..  
  

Haa.. untuk kesan lebih baik.. Mommies bolehlah gunakan Joielle Baby oil ni selepas mandikan baby dan urut guna Joielle Baby Oil  dalam 5 minit.. Untuk bahagian kepala pula, lepas sapu dalam 5 minit tu.. kemudian , sikat kepala baby untuk menghilangkan kerak kepala tersebut .. hati-hati.. jangan kasar-kasar .. kang luka pulak kulit kepala baby tu.. 


7.) Joielle Baby Lotion 

Okeh.. Last produk yang TB nak syor kan ialah .. Joielle Baby Lotion . Haa.. yang ni pun antara produk hot piluhan mommy-mommy tau.. TB saja je intai-intai Instagram Joielle Baby  dan ternampak ada yang komen best guna Joielle Baby Lotion  sebab ia dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada bayi diorang, Antaranya ialah ia memberikan kesan kelembapan kepada kulit bayi sepanjang hari, dan semestinya bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya, paraben dan SLS kannn..
Joielle Baby Lotion dapat membekalkan kelembapan kepada bayi sepanjang hari tau mommies.. Digalakkan untuk menggunakan selepas mandi ye mommies.. Dapat juga memberikan kesegaran kepada si kecil .



Haaaa.. Bahan-Bahan yang terkandung dalam Joielle Baby Lotion  ni juga turut diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E.. Vitamin E mengandungi antioksidan yang berguna untuk mencegah masuknya radikal bebas ke dalam kulit. Juga berfungsi untuk membuat kolagen terbentuk kembali dengan cepat sehingga kulit menjadi lebih cerah dan tidak kusam. Aloe vera pula bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak.

Hai.. lembut lagilah kulit baby kita yea lepas guna Joielle Baby Lotion ni yea.. hehehe.. Ops.. jom tengok cara guna lak.. baca sendiri ye.. 



Joielle Baby boleh didapati di kedai-kedai seperti kedai penjagaan Ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Mrissa Shoppe .

Haa.. kalau nak beli di website joielle.. boleh masukkan code TBHERE08 ni semasa  checkout untuk dapatkan potongan 10%

Jangan lupa lawati website Joielle Baby juga di link-link dibawah ni untuk info lebih detail tentang produk-produk terbaik dari Joielle Baby untuk si kecil korang :







03 April 2019

Jadilah Orang Pertama Dapatkan Syiling Peringatan Tun Mahathir !

Jadilah Orang Pertama Dapatkan
Syiling Peringatan Tun Mahathir !


Pada 10 Mei 2018, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Pada hari sebelumnya, Tun Dr. Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Harapan telah mengetuai gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang mengakibatkan berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional sejak kemerdekaan. 

Pilihan raya ini bersejarah kerana Tun Dr. Mahathir yang berusia 93 tahun menjadi Perdana Menteri tertua di dunia. Pengumpulan duit syiling emas peringatan ini dirancang untuk memperingati peristiwa penting ini, yang juga meraikan pelantikan kedua Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, 15 tahun selepas persaraan beliau sebagai Perdana Menteri ke-4 Malaysia (1981-2003)

Sebagai sebahagian daripada dasar Tun Mahathir untuk memacu Malaysia ke arah Pemodenan, beliau telah berjaya membina projek-projek seperti projek Menara Berkembar Petronas yang menjadi tumpuan utama di bandar Kuala Lumpur, Penang Bridge, Proton dan banyak lagi..



Haaa.. itu dia mukadimah entri TB kali ni.. hehe.. formal gitu kan.. Haaa.. kali ni TB nak share cerita tentang Syiling Peringatan Tun Mahathir ni.. Pastinya bagi mereka yang suka kumpul Syiling/koin yang punya sentimental value gini akan tertarik nak memilikinya juga kan.. 

Eh, sebelum tu nak bagi tahu lah ye, entri ni bukanlah berbau politik ok.. So, TB harap jangan la ada yang berlainan parti tu nak kecam kecam ke ye.. hehe.. 

Entri ni just nak war-war kan tentang Syiling Peringatan Tun Mahathir yang telah dilancarkan dan boleh dimiliki dengan melayari website yang TB nyatakan dibawah sekali ni.. Haa.. duit syiling emas ini direka untuk memperingati peristiwa penting ini, yang juga meraikan pelantikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.. 

Haa.. korang mesti masih ingat kan.. pada tahun lepas ( 2018 ) Rakyat Malaysia semua telah mengundi untuk pilihan raya umum ke-14 Malaysia. Pilihanraya diadakan pada hari Rabu, 9 Mei 2018 untuk ahli Parlimen ke-14 Malaysia. Jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah 222 kerusi di Dewan Rakyat dan 505 kerusi dalam 12 daripada 13 Dewan Undangan Negeri di Malaysia.

Pilihanraya kali ini merupakan sesuatu yang mengejutkan di mana kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan menumbangkan gabungan parti Barisan Nasional (BN), yang telah menikmati pemerintahan tanpa gangguan di negara sejak kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, dan dari situ juga ternyata Rakyat inginkan perubahan . Pemilihan itu menggambarkan perubahan rejim pertama dalam sejarah Malaysia,



 "Duit Syiling Peringatan Tun Dr Mahathir"

Puncak Julung Enterprise telah mengeluarkan koleksi Syiling Emas bersama Tun M sempena meraikan dan memperingati momen bersejarah di GE14,




Syiling Peringatan Tun Dr Mahathir kini telah dilancarkan secara rasmi, jom dapatkan segera! Didatangkan dalam bentuk seakan-akan buku beserta sarung berwarna merah dengan gambar Karikatur Tun M di hadapannya bersama logo-logo parti gabungan Pakatan Harapan.



Ok.. kalau buka, kita boleh nampak didalamnya sebelah kiri ada keterangan mengenai Tun M dalam bahasa Melayu namun ada juga disediakan keterangan dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil,


Haa.. disebelah kanan pula ada Koleksi Syiling Emas tu, korang mesti teruja tengok tau.. sebab dekat syiling tu ada tertera ukiran wajah Tun M yang sedang senyum.. hehehe.. Korang boleh keluarkan dan tengok sendiri depan belakang Syiling tu.. 


Apa yang paling menarik ialah, dekat syiling tu ada juga tandatangan dari Tun M tau! woww.. hebat untuk siapa yang memilikinya! Jom kumpul untuk simpanan dan koleksi peribadi.. 

Oh ya.. dekat bahagian tu juga ada lirik lagu negaraku . Jom nyanyi sama-sama.. hehe..

Akhir sekali semoga Tun M akan diberi kesihatan yang sempurna untuk terus membangunkan Negara Malaysia menjadi negara yang stabil dan menjadi negara yang rakyatnya hidup aman sentosa.. Moga Tun M dipanjangkan umur dan semoga pemerintahan beliau akan sentiasa Allah aturkan lancar dan terbaik untuk rakyat jelata... Aaamiinn.. 


Kalau korang pun nak juga koleksi Syiling ni.. 
korang boleh buat Pre-Order secara online di laman web: tunmcc.com.my
Syiling tersebut dijual dengan harga RM160 (ketulenan emas 999; seberat 0.1 gram)


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial :

Laman web: 

Facebook: 

Instagram: 

#tunmcc #koleksikoinemas




29 Mac 2019

Cebion Vitamin C 1000mg Effervescent Yang Mudah disediakan .


Cebion Vitamin C 1000mg Effervescent
Yang Mudah disediakan 


Cebion effervescent vitamin C + Calcium adalah formulasi 2-dalam-1 yang membantu menguatkan sistem imun dan tulang, gigi, gusi serta keseluruhan kesihatan umum. Selain itu, dengan kombinasi vitamin C, ia meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan.

Vitamin C adalah salah satu antioksidan yang paling popular dan suplemen vitamin yang diketahui manusia, dan untuk alasan yang baik.

Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan anda dan merupakan bahan penting dalam pembentukan kolagen, protein penting yang membantu dalam pengeluaran kulit, tisu, tendon, ligamen dan saluran darah. Kami memerlukan Vitamin C untuk penyembuhan luka, dan untuk pembaikan dan penyelenggaraan tulang rawan, tulang, dan gigi.

Badan kita tidak mengeluarkan Vitamin C sendiri. Ia juga tidak menyimpan Vitamin C. Oleh itu, penting untuk memasukkan makanan dengan banyak Vitamin C dalam diet harian anda.

Komposisi:
Setiap tablet mengandungi Vitamin C (asid askorbik) 1000mg.

Cara - Cara : 
Larutkan satu tablet dalam segelas air. Tablet-tablet effervescent yang mudah di sediakan .



APA ITU GERANIUM / GERANIUM ESSENTIAL OIL DAN APA MANFAAT SERTA KEGUNAANNYA

APA ITU GERANIUM / GERANIUM ESSENTIAL OIL
DAN APA MANFAAT SERTA KEGUNAANNYA 


Geranium oil (minyak geranium) umumnya kebanyakan digunakan sebagai elemen dalam aromaterapi bagi tujuan manfaat kesehatan.

Minyak ini digunakan sebagai pengubatan holistik untuk meningkatkan kesehatan fisik, mental dan emosional.

Telah digunakan oleh orang Mesir untuk mempromosikan kecantikan kulit, minyak geranium kini digunakan untuk mengubati jerawat, mengurangi peradangan, mengurangi kecemasan dan keseimbangan hormon.

Minyak beraroma harum ini juga dapat menenangkan hati, mengurangi kelelahan dan meningkatkan kesihatan emosional.

Geranium oil (minyak geranium) tidak beracun, tidak mengiritasi dan memiliki sifat terapeutik termasuk sebagai antidepresan, antiseptik dan penyembuh luka.

Minyak geranium mungkin merupakan salah satu minyak terbaik untuk masalah dermatologi seperti kulit berminyak, eksim, dan dermatitis.

Minyak geranium diekstrak melalui destilasi wap dari batang dan daun tanaman geranium.

Komponen utama minyak ini termasuk alpha pinene, myrcene, limonene, menthone, linalool, geranyl acetate, citronellol, geraniol dan geranyl butyrate.


Manfaat Geranium Oil

Beberapa manfaat geranium essential oil (minyak esensial geranium) paling umum adalah:
  1. Menyeimbangkan hormon
  2. Meredakan stres
  3. Mengurangi depresi
  4. Mengurangi peradangan
  5. Meningkatkan sirkulasi darah
  6. Meredakan efek menopause
  7. Meningkatkan kesehatan gigi
  8. Mengurangi tekanan darah
  9. Manfaat pada kesehatan kulit
  10. Meningkatkan kesehatan gigi
  11. Penggunaan Geranium Oil

1. Mengurangi Kedutan

Karena memiliki sifat sebagai astringent, minyak geranium dapat menginduksi kontraksi di beberapa bahagian tubuh.

Minyak ini mampu meminimalkan kedutan dengan mengencangkan kulit wajah dan memperlambat efek penuaan.

Tambahkan dua titis minyak geranium pada lotion wajah dan gunakan dua kali sehari.

Setelah satu atau dua minggu, Anda akan melihat kesan kedutan mulai pudar.

2. Mengencangkan Otot

Geranium oil (minyak geranium) membantu mengencangkan otot kerana sifat astringent yang dimilikinya.

Minyak ini dapat mencegah otot dan kulit kendur, serta mengencangkan bahagian perut.

Buat minyak pijat dengan mencampur lima titis minyak geranium dengan satu sudu minyak jojoba dan pijatkan ke kulit, dengan memfokuskan pada otot-otot.

3. Melawan Infeksi

Sifat antibakteri yang ditemukan dalam minyak geranium membantu melindungi tubuh dari infeksi.

Minyak geranium dapat menghentikan bakteria tumbuh di kulit, seperti pada luka.

Untuk melakukan hal ini, gosokkan dua titis minyak geranium ke daerah yang terkena dan tutup dengan dengan kain kasa.

Ulangi prosedur ini dua kali sehari sampai luka menjadi sembuh.

Saat menggunakan minyak geranium untuk melawan infeksi eksternal, sistem kekebalan tubuh dapat fokus pada fungsi internal dan membuat Anda lebih sihat.

Kutu air, misalnya, adalah infeksi bakteria yang dapat disembuhkan dengan minyak geranium.

Untuk melakukan hal ini, tambahkan beberapa titis minyak geranium pada besen air hangat dan garam hangat untuk merendam kaki.

Lakukan dua kali sehari untuk hasil terbaik.

4. Membantu Penyembuhan Luka

Geranium oil (minyak geranium) membantu mempercepat proses penyembuhan luka dan kesan pembedahan.

Minyak ini juga membantu memudarkan bekas luka dan bintik-bintik lain pada kulit dengan cepat.

Kerana memiliki sifat penyembuhan kuat, minyak geranium meningkatkan sirkulasi darah di bawah permukaan kulit sehingga membantu penyembuhan bintik-bintik yang disebabkan oleh jerawat, luka, luka bedah atau iritasi kulit.

5. Memicu Pembekuan Darah

Minyak geranium (geranium oil) memicu kontraksi pembuluh darah, sehingga membantu menghentikan aliran darah serta mempercepat pembentukan bekuan darah.

Minyak ini membantu penyembuhan luka atau kesan pembedahan dan mencegah racun memasuki tubuh.

Minyak geranium bahkan membantu mencegah buasir.


6. Membantu Pertumbuhan Sel

Minyak geranium mempromosikan pertumbuhan sel membantu kitar semula sel-sel mati dan membantu penjanaan semula sel-sel baru.

Minyak ini memungkinkan metabolisme tubuh bekerja lebih efektif.

Dengan menggunakan minyak geranium dalam diffuser atau vaporizer, Anda dapat mengambil keuntungan dari manfaat luar biasa ini.

7. Meningkatkan Pembuangan Air Kecil

Peningkatan pembuangan air kecil bererti elok untuk menyahkan racun dalam tubuh.

Geranium oil (minyak geranium) bersifat diuretik, sehingga meningkatkan frekuensi membuang air kecil.

Semasa membuang air kecil, tubuh melepaskan bahan kimia beracun, logam berat, gula, natrium dan polutan.

Membuang air kecil juga menghilangkan lebihan cairan hempedu dan asam dari lambung.


8. Deodoran Semulajadi

Minyak geranium membantu melancarkan peredaran darah.

Substansi geranium dapat keluar dari tubuh melalui keringat, sehingga membuat keringat akan berbau seperti bunga!

Karena memiliki sifat antibakteri, minyak geranium membantu menghilangkan bau tubuh dan dapat digunakan sebagai natural deodoran 

Bau seperti mawar dari minyak geranium adalah cara sempurna untuk membuat Anda berbau segar setiap hari.

Tambahkan lima titis minyak geranium pada botol spray dan campurkan dengan lima sudu besar air.

Ini adalah perfume semulajadi yang dapat Anda gunakan setiap hari.

9. Mencegah Dementia dan Penyakit Alzheimer

Geranium oil (minyak geranium) terbukti memicu sel mikroglia, yang melepaskan agen pro-inflamasi, yang melawan peradangan di jalur saraf sehingga mencegah pembentukan penyakit neuro-degeneratif.

Minyak geranium bekerja dengan kimia alami otak untuk mencegah kondisi menakutkan yang menyebabkan hilangnya memori.



10. Mempercantik Kulit

Minyak geranium membantu dalam pengubatan jerawat, dermatitis dan penyakit kulit.

Campurkan satu sudu teh minyak kelapa dengan lima titis minyak geranium, kemudian gosokkan ke daerah yang terinfeksi dua kali sehari sampai Anda melihat hasilnya.

Anda juga dapat menambahkan dua tetes minyak geranium pada sabun atau pencuci wajah harian.

11. Mencegah Infeksi Saluran Pernafasan

Geranium oil (minyak geranium) dapat mencegah infeksi hidung dan tekak kerana mengandungi beberapa bahan kimia yang memiliki efek antibiotik.

Ketika disapu pada hidung atau tekak secara topikal, minyak ini memiliki efek menenangkan dan akan mengurangi rasa sakit.

Untuk mengambil keuntungan dari manfaat ini, Anda bisa menggunakan diffuser, menghidu bau minyak geranium dua kali sehari, atau menggosok minyak pada tekak dan di bawah lubang hidung.

12. Mengurangi Nyeri

Geranium oil (minyak geranium) memiliki kekuatan untuk melawan rasa sakit saraf ketika dioleskan pada kulit.

Kajian menunjukkan menyapu minyak geranium pada kulit secara signifikan dapat mengurangi rasa sakit yang mengiringi herpes zoster, suatu kondisi yang disebabkan oleh virus herpes.

Penelitian menunjukkan kekuatan (konsentrasi) produk yang digunakan memiliki pengaruh.

Ertinya, minyak geranium pada konsentrasi 100% sekitar dua kali lebih efektif dibanding minyak pada konsentrasi 50%

Untuk melawan nyeri saraf dengan minyak geranium, buat minyak urutan dengan tiga titiss minyak geranium dicampur dengan satu sudu besar minyak kelapa.

Pijatkan campuran pada kulit, dengan fokus pada daerah di mana Anda merasa sakit atau tegang.


13. Meningkatkan Fungsi Mental

Geranium oil (minyak geranium) memiliki kekuatan meningkatkan fungsi mental dan menaikkan semangat.

Minyak ini juga dikatakan dapat membantu orang yang menderita depresi, kecemasan dan kemarahan.

Bau manis dan bunga pada minyak geranium mampu menenangkan tubuh dan pikiran.

14. Agen Anti-inflamasi

Keradangan telah dikaitkan dengan hampir semua keadaan kesihatan, sehingga ia menjadi fokus oleh banyak kajian.

Penelitian menunjukkan minyak esensial geranium memiliki potensi signifikan sebagai ubat anti-inflamasi yang lebih aman.


Minyak geranium menghalang tindak balas keradangan pada kulit dan membantu tubuh melawan banyak masalah kesihatan.

Arthritis, misalnya, adalah peradangan pada sendi, manakala penyakit jantung adalah peradangan pada arteri.

Alih-alih mengambil obat untuk mengurangi nyeri sendi atau kolesterol, mengurangi peradangan bisa menjadi solusi atas masalah ini.

Pengambilan ubat bagi mengurangkan sakit sendi atau kolesterol, mengurangkan keradangan boleh menjadi penyelesaian kepada masalah ini.

Kajian pada tahun 2013 menemukan minyak geranium adalah bahan yang lebih aman dan lebih efektif untuk obat anti-inflamasi.

Kajian juga mengatakan minyak geranium mengurangi peradangan dalam tubuh, dan terdapat lebih sedikit efek samping dibanding pengubatan konvensional.

15. Pengusir Serangga

Geranium oil (minyak geranium) boleh digunakan sebagai pengusir serangga secara semulajadi. Untuk membuatnya, campurkan minyak geranium dengan air dan spray pada tempat-tempat tertentu. Anda juga dapat menambahkan baking soda ke dalam campuran ini untuk meningkatkan efeknya.

16. Mengusir Nyamuk



Selain itu bunga ini sangat elok sekali jika diletak di dalam rumah kerana bunga ini dapat mengusir nyamuk di dalam rumah. Hal ini terjadi Karena aroma dari bunga geranium dapat mengusir nyamuk di dalam rumah.

Efek Samping Geranium Oil


  1. Geranium oil (minyak geranium) biasanya disapu pada kulit. Terdapat juga pengguna yang mengalami sensasi ruam atau terbakar. Hal terbaik adalah menguji minyak pada area kecil kulit sebelum mengoleskannya pada area yang lebih luas.
  2. Minyak geranium juga dapat menyebabkan iritasi mata jika dioleskan ke wajah.
  3. Jika mengambil minyak geranium secara oral, konsumsilah dalam jumlah kecil karena keamanan minyak ini ketika diambil dalam jumlah yang lebih besar belum diketahui.
  4. Menilik sifatnya sebagai obat penahan darah (styptic), minyak geranium berpotensi menyebabkan pembuluh darah berkontraksi dan memperlambat atau menghentikan aliran darah.
  5. Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan yang berisiko mengalami penyakit kardiovaskular seperti stroke, aterosklerosis dan serangan jantung perlulah berhati-hati menggunakan geranium.
  6. Minyak geranium mempengaruhi sekresi hormon, sehingga tidak disarankan digunakan oleh wanita hamil atau wanita yang sedang menyusui.
  7. Belum diketahui apakah perubahan sekresi hormon ini ditransfer ke ASI.
  8. Minyak geranium tidak boleh digunakan pada bayi dan kanak-kanak karena kulit yang masih lembut dan kemungkinan toksisitas.
  9. Praktik terbaik adalah mencampur minyak geranium dengan minyak carrier ketika menyapu ke kulit.
  10. Campurkan minyak geranium dengan minyak kelapa, jojoba atau minyak zaitun dengan nisbah sukatan yang sama.


Sumber :





Master Pasto - Hanya Panaskan 3 Minit! Now Ready To Eat !

Master Pasto - Hanya Panaskan 3 Minit! 
Now Ready To Eat !


Wah.. sana sini orang dok bercerita tentang Master Pasto ni.. Mana taknya.. mudah sangat nak makan.. hanya 3 minit je dah siap Spagetti kegemaran korang! cuma perlu panaskan sahaja dua pek yang tersedia di dalam setiap kotak spaghetti pilihan korang sama ada Bolognese, Aglio Olio atau pun Carbonara.

Master Pasto adalah hidangan gred restoran yang lazat yang dibuat dari bahan-bahan segar, tidak mengandungi bahan pengawet dan tiada MSG dan disediakan oleh the most talented chefs in Malaysia Utara yang sangat memudahkan dan mengikut citarasa korang.


Dalam setiap kotak Master Pasto , ada dua pek kedap udara yang dibungkus secara teknologi terkini yang selamat dan berkualiti di kilang Lioco Food Industries Sdn Bhd. Ia mengandungi sebungkus spaghetti dan satu lagi adalah kuah atau sos pilihan korang. Dan jangan tak percaya dalam pek sos tu terdapat isi ayam dan juga cendawan yang telah siap di masak. Spaghetti juga telah siap di rebus , jadi mudah sangat korang cuma panaskan sahaja mengikut dua kaedah iaitu letak dalam air panas mendidih selama 3 minit atau panaskan je dalam microwave ..


Master Pasto adalah ready-to-eat dan selamat yang mengandungi semua bahan semulajadi yang digunakan dalam hidangan pasta yang lazat, yang tidak mengandungi MSG, tiada pengawet dan tiada pembekuan yang diperlukan, dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk dipanaskan semula. Paling penting, ia adalah produk HALAL.




Sesuai untuk mereka yang suka travel tu, haa.. inilah masanya nak makan sedap-sedap dan tak perlu risau status halal dia sebab memang dah confirm halal kan, tak lah susah nak mencari tempat makan halal kat luar negara tu sebab dah ada something like this yang sangat memudahkan kita.. betul tak?

Dibawah ni TB dah snap gambar 3 range spagetti Master Pasto yang TB dah try hari tu tu.. hehe.. dalam banyak-banyak ni.. semua sedap dan Ok rasa dia.. Tapi TB macam suka yang Mushroom tu.. hehehe.. Haa.. gambar kat bawah ni Mushroom la tau.. sedap..  pek dia kaler purple.. nak letak gambar tapi adoi.. kotaknya dah dikoyakkan oleh harraz.. adoii.. huhu.. so, TB tunjuk gambar spagetti ajelah yea..


Yang bawah ni pulak Spagetti Bolognese.. Pek dia kaler Merah.. 
Biasa makan yang ni kalau buat kat rumah.. Sedap!





 Haaa.. yang akhir sekali TB try .. Spagetti Aglio Olio macam kat dalam gambar bawah ni .. 
Pek dia kaler hijau tu tau.. 



Haa.. kalau yang suka berkhemah dan travel tu, senang bawak benda ni.. Kalau takde microwave, boleh je panaskan dengan cara rendamkan dua-dua pek ke dalam air panas mendidih. Lepas 3 minit .. buka dan letak dalam pinggan.. hidangkan!


TB suka ketiga-tiga sekali yang TB dah try ni.. Ia adalah hidangan paling cepat, paling mudah dan paling selamat untuk seisi keluarga. Untuk yang tiada masa nak masak-masak tu.. boleh la try dan untuk yang suka travel tu.. sesuai sangat bawak ni sebagai makanan spare kalau malam-malam lapar or malas nak keluar cari makan kan.. kadang tempat nak cari makan pun susah sebab yang halal punya susah nak jumpa kalau kita kat luar negara.. betul tak.. so, ini sangat ideal untuk korang.. #MasterPasto



Dapatkan Master Pasto sekarang!! 

Jom dapatkan Master Potato korang sendiri !


Website: 

Instagram: 

Facebook: 


Kilang pengeluar Lioco Food Industries SDN BHD beralamat di : 

11, Lengkok IKS Simpang Empat 1, 
Taman IKS Simpang Empat, 14100 Simpang Ampat,
Pulau Pinang, Malaysia.

Hubungi talian : 
+604-502 3230


#3MinuteWonder #InstantSpaghetti #MasterPasto #JustHeatandEat #3MinuteMeal #LiocoFood #MalaysiaSpaghetti #MPAglioOlio #MPMushroomCream #MPBolognese


27 Mac 2019

THROW PILLOW DARI PRINTCIOUS.COM AMAT MEMUASKAN HATI!




THROW PILLOW DARI PRINTCIOUS.COM
AMAT MEMUASKAN HATI!


Haiii.. Semua.. TB nak share kat sini tentang Throw Pillow yang TB order dekat Printcious.com hari tu.. hehehe.. eh.. tak tahu apa itu printcious? haa.. boleh baca kat entri TB yang lepas kat SINI yea.. Ini kali ke berapa entah TB order dekat printcious.. dan banyak barang TB order di website ni.. Throw Pillow pun dah ada berapa TB order termasuk throw pillow sempena Birthday Harraz dan Birthday Hubby.. Bantal bentuk LOVE untuk Birthday emak TB pun TB order dekat Printcious.. kira TB ni customer setia Printcious la kan.. huhu.. cecececece..

TB suka sangat dengan hasilnya sebab warnanya yang terang, tiada comot-comot.. bantal nya lembut.. dan kemas je buatannya.. design-design pun menepati citarasa apa yang kita nak.. dan paling penting.. masa korang edit design nak letak gambar apa tu kan.. diorang ada bagi tahu tahap kualiti gambar kita tu.. kalau terlampau kabur nanti bila print tak cantik bukan salah diorang tau.. so.. pilihlah gambar yang terang dan cantik..

Macam TB buat ni.. abah dan emak kata gambar terang dan cantik.. diorang happy sangat-sangat.. TB pun happy.. Lega hati TB dapat jugak buatkan throw pillow untuk abah dan emak.. sebab diorang dah minta lama dah.. hehehe.. Lega hati TB.. Boleh jugak bagi sebagai hadiah dan kenangan buat diorang kan.. 

Haaa.. buat korang yang rasa takde bajet nak buat jamuan besar-besar atau jamuan biasa untuk sambutan birthday korang, atau yang tiada masa terluang sebab sibuk sangat.. Ni TB cadangkan korang buat gini je.. at least ada benda kenangan di hari-hari istimewa korang kan.. TB teruja sangat bila tengok Throw Pillow hasil design TB sendiri.. siap masukkan text dan ayat-ayat dan gambar sendiri.. Siapa tak suka kan.. hahaha..


Selain tu TB ada juga tempah Mouse Pad.. Tapi TB tak guna pun sebab ada gambar harraz dan kami sefamili disitu.. hahaha.. comel je ada gambar kami dekat Mouse Pad tu.. kalau mama buat kerja boleh la tenung-tenung.. =)



Oh ya.. bagi sesiapa yang nak tempah macam apa yang TB buat ni.. boleh lah layari link-link dibawah ni.. atau terus ke website printcious.com untuk tempahan.. 

Bab penghantaran? TB berpuas hati sebab TB memang dah tahu tempoh penghantaran nya bila.. penghantaran menggunakan courier servis yang bagus.. Walau apa-apa pun bagi TB, overall puas hati.. Rasa nak order lagi je.. 

Psstt : gambar agak kabur sikit sebab barang tu sampai di kampung.. so, abah dan emak yang terima.. huhu.. maka gambar pun TB mintak diorang yang snap kan.. takpelah kan.. janji nampak gak gambar throw pillow nya kan.. hehehe.. 

Lawati Printcious di :



Website - Printcious/blog

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2