Nuff

11 April 2019

Rangkaian Produk Penjagaan Bayi JOIELLE BABY | Selamat Untuk Bayi Anda


RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN BAYI
JOIELLE BABY | Selamat Untuk Bayi Anda


Hai.. Hari ni TB nak share tentang satu produk yang popular jugak dikalangan mommy-mommy yang sukakan produk-produk yang sudah terbukti menggunakan bahan-bahan yang selamat dalam penghasilannya.. Produk tu ialah dari jenama Joielle Baby iaitu Rangkaian Produk Penjagaan Bayi yang selamat digunakan untuk bayi.

Mommy-Mommy yang baru kenal atau baru dengar tentang Joielle Baby ni, meh baca sedikit info tentang Joielle Baby ni.. Joielle Baby  ni telah berada di pasaran selama 4 tahun  dan menghasilkan produk baby yang berkualiti dan mempunyai piawaian tersendiri. Haa.. untuk info selanjutnya korang boleh la search lebih detaildi link2 website yang TB nyatakan dibawah sekali ni yea.. klik je.. hehehe..

Haaa sebab apa kita perlu memilih Joielle Baby? Sebab utama mengapa kita harus memilih ialah kerana ia telah mendapat kelulusan KKM dan telah Diperakui oleh HALAL JAKIM. serta telah diuji secara Dermatologist oleh Badan persijilan Eropah, Harlan Lab Ltd dan juga diuji dari SWISS LAB mengatakan bahawa semua ramuan yang digunakan adalah selamat dan sesuai untuk bayi. Ia juga Hypoallergenic (merujuk kepada semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk Joielle Baby jarang dikaitkan dengan reaksi alahan, ini berdasarkan ujian yang dilakukan oleh Joielle Baby dimana hasilnya menunjukkan 92% bayi sesuai dengan Joielle Baby).

Yang pasti.. Mommy-Mommy akan jatuh cinta pada pembungkusan produk Joielle Baby sebab packaging dia memang comelll sangat-sangat tau.. dengan design yang soft dan kotak yang cantik.. Buat TB sendiri rasa geram je tau.. hehehe


Haaa.. inilah rupa kotak dilihat dari luar.. comel kan.. packaging TB bagi A+ laa.. heheh.. 

Dekat TB ni ada 6 item/produk dari Joielle Baby, iaitu Baby Bath, Baby Oil, Baby Shampoo, Baby Cream, Baby Lotion dan Joielle Chest & Tummy Rub dan bukan ada 6 saja produk Joielle Baby  ni tau.. ada banyak lagi yang lain.. korang boleh tengok kat website kat bawah ni yea..

Untuk pengetahuan korang sepeerti yang TB nyatakan tadi.. Kebanyakan produk Joielle Baby berasaskan dari bahan-bahan semulajadi... Joielle Baby turut diuji secara klinikal.. Jadi, Joielle Baby selamat digunakan untuk babies dan mommies yea.. 




1) Joielle Baby Bath 

Joielle Baby Bath sangat-sangat sesuai untuk kegunaan harian, Produk ini dapat membantu memperbaiki struktur kulit.. haaa.. bau dia juga sedap (bukan sedap nak makan ye) sedap hidung menghidunya.. bau lembut.. hehehe..

Antara kebaikan Joielle Baby Bath ialah ia membantu mengembalikan kelembapan kulit bayi, so ia dapat mengurangkan masalah kulit kering ..


Joielle Baby Bath juga mengandungi relaxing scents bagi memberi ketenangan kepada bayi sebelum tidur. ha.. tak perlu risau, ia kan telah diuji secara klinikal, so bolehlah digunakan setiap hari.

✅Memberi dan melindungi kelembapan pada kulit bayi ✅Merawat masalah keradangan dan kemerahan. ✅Mempunyai kandungan relaxing scent yg mampu menenangkan bayi, dan memudahkan bayi untuk tidur lebih lena.

Haaa.. dalam Joielle Baby Bath  ni kan, ada Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera tau..  Vitamin E & Aloe Vera ni boleh melembapkan kulit bayi dan merawat kemerahan serta keradangan kulit.  


Antara kelebihan Vitamin E ni ialah ia mengandungi antioksidan yang berguna untuk mencegah masuknya radikal bebas ke dalam kulit dan berfungsi untuk membuat kolagen terbentuk kembali dengan cepat sehingga kulit menjadi lebih cerah dan tidak kusam


Manakala Aloe vera pula bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak. 

Cara nak guna? senang aje.. tak yah gitau pun korang tau dah kan... 


Mesti mommies suka baby wangi sentiasa kan.. Joielle Baby Bath yang mengandungi wangian dapat memberikan ketenangan kepada babies ..


2) Joielle Baby Cream 

Joielle Baby Cream ni membekalkan kelembapan kepada kulit bayi setiap hari. Haa.. Sangat sesuai untuk bayi yang mudah terkena ruam pada kulit dan juga bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Oh ya.. Mommy-mommy Jangan risau, Joielle Baby Cream ni serta semua produk Joielle Baby ni.. No Paraben, No SLS, dan No Steroid yea.. ! Joielle Baby adalah Produk Asli. So, dont worry nak sapu ke baby korang..



Joielle Baby Cream Sesuai bagi bayi yang mempunyai kulit normal dan juga kulit sensitif. Selain boleh melembapkan kulit dan beri pelindungang pada kulit baby ia juga boleh digunakan untuk melegakan ruam lampin. Dismaping itu penggunaan yang betul boleh menghilangkan atau mengurangkan keradangan seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit bayi.

Kandungan Joielle Baby Cream ni juga selamat kerana ia diformulasi dari extract Aloe Vera & Vitamin E juga.. haa.. baguskan semua produk ada Vitamin E dan Aloe vera..

Fungsi dan kegunaannya pula ialah Joielle Baby Cream  ini berfungsi untuk menangani masalah demam panas, ruam susu, ruam lampin, dan kulit kemerah-merahan . . . 



3.) Joielle Baby Shampoo

Joielle Baby Shampoo ni kalau korang nak tahu ia adalah salah satu produk kegemaran mommy-mommy tau sebab Bau dia, Tekstur dia, perfect! nyaman je.. hihi.. TB baru test tadi.. kih3.. Sorry Harraz.. mama try sikit.. hehe.. 


Joielle Baby Shampoo ni boleh menyelesaikan masalah cradle cap yang menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. So.. kulit kepala baby korang akan bersih dan tiada kuping-kuping atau kulit mati yang sukar dibersihkan .

Seperti produk-produk Joielle Baby  yang lain.. Joielle Baby Shampoo  ini juga mengandungi Vitamin E dan Aloe Vera ekstrak, Baby mommy-mommy akan berasa segar dan bersih je lepas dimandikan dan di syampu dengan Joielle Baby Shampoo ni.. Ia adalah Symapu bayi yang Intensif dimana ia berkesan melembabkan dan melindungi kulit kepala baby kita secara mendalam .

Selepas guna mommy-mommy akan perasan rambut baby korang nampak lembut dan bersinar.. cewah.. betul.. tak caya cubalah.. hehehe.. Macam TB kata tadi.. ia diuji secara Dermatologi.. so, seuai untuk kegunaan harian.. selamat.. InsyaAllah..


Ni cara guna.. baca sendiri ye.. hehe



5.) JOIELLE CHEST & TUMMY RUB  

Haa.. ni lagi satu produk Joielle Baby yang TB dah test tadi.. ehhh.. hahahaha.. mommy yang test dulu yea.. eh. eh.. mesti lah tau.. kita kena test dulu sebelum beri pada baby..

Haaa.. produk yang ni namanya Joielle Baby Chest & Tummy Rub yang diperkaya dengan eucalyptus , rosemary , dan peppermint yang berkesan dalam melegakan masalah pencernaan, ia juga dapat melegakan selesema dan batuk si kecil, seterusnya dapat mengatasi masalah perut kembung. Sesuai untuk kegunaan harian juga.. Paling best sebab ia sesuai untuk kulit normal, kulit sensitif, dan kulit kering.. So, semua baby boleh pakai.. mama baby pun boleh pakai.. yeayy.. opss..

Joielle Baby Chest & Tummy Rub 

Haaa.. kalau si kecil ada masalah perut kembung atau kerap merengek sebab perut tidak selesa tu, boleh la try sapu Joielle Baby Chest & Tummy Rub ni sebab ia dapat memberikan keselesaan kepada Bayi korang untuk atasi perut kembung tu.. Mommies hanya urutkan baby korang dengan Joielle Baby lotion dan mommies kemudian sapukan Joielle Baby Chest & Tummy Rub pada bahagian dada, perut dan bahagian belakang badan bayi korang. 


Joielle Baby Chest & Tummy Rub ni comel sangat.. so, amat mudah untuk dibawa kemana-mana dan ia disediakan dalam bentuk krim yang memudahkan mommies untuk menggunakannya dalam kuantiti yang diperlukan. Teksturnya dalam bentuk krim dan bukan oil/minyak ni dapat mengurangkan risiko tertumpah jika tidak disimpan dalam keadaan baik.

Yang paling penting.. ia juga tidak mengandungi PARABEN, Tidak mengandungi SLS, dan Tanpa bahan kimia berbahaya.. dan diulangi.. ia juga diikitiraf oleh HALAL JAKIM , KKM dermatologist tested dan hyposllergenic. Jadi ! Mommies tidak perlu risau untuk memakainya..


6.) Baby Oil 

Ok .. Last.. TB nak citer pasal Joielle Baby Oil ni pulak. Banyak kebaikan juga Baby Oil ni tau, ditambah pula kelebihan yang ada dalam kandungan produk Joielle Baby ni.. Kalau korang nak tahu Joielle Baby Oil ni  diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E juga.. Kalau kita sapu pada kulit baby kita, ia dapat melindungi kulit si kecil dari sinar UV , melembapkan kulit dan melembutkan kulit si kecil.. 

Joielle Baby Oil ni sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit seperti kulit sensitif , kulit kering , dan kulit normal sebab ia bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya dan berasaskan dari bahan-bahan semulajadi.. So, insyaAllah baby yang ada lahan kulit tu pun boleh guna dengan selamat.. 

Kebaikan  Joielle Baby Oil ni antaranya ialah ia boleh membantu menghindarkan dan membersihkan kuping kepala baby, hanya sapu pada kulit kepala baby tu dan biarkan ia meresap sendiri, tekstur dia yang mudah menyerap ke dalam kulit tu akan membuatkan kulit kepala baby jadi lembap dan sekata seterusnya menjadikan kulit kepala baby sihat..

Boleh juga digunakan semasa membuat urutan pada badan si kecil untuk kulit yang lebih lembut dan lembap. Haa.. Bukan sahaja boleh melembutkan , malah ia sesuai sebagai minyak rambut untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat , lebat , dan bersinar ..

Boleh tengok bawah ni benefit menggunakan Joielle Baby Oil  ni yea..  
  

Haa.. untuk kesan lebih baik.. Mommies bolehlah gunakan Joielle Baby oil ni selepas mandikan baby dan urut guna Joielle Baby Oil  dalam 5 minit.. Untuk bahagian kepala pula, lepas sapu dalam 5 minit tu.. kemudian , sikat kepala baby untuk menghilangkan kerak kepala tersebut .. hati-hati.. jangan kasar-kasar .. kang luka pulak kulit kepala baby tu.. 


7.) Joielle Baby Lotion 

Okeh.. Last produk yang TB nak syor kan ialah .. Joielle Baby Lotion . Haa.. yang ni pun antara produk hot piluhan mommy-mommy tau.. TB saja je intai-intai Instagram Joielle Baby  dan ternampak ada yang komen best guna Joielle Baby Lotion  sebab ia dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada bayi diorang, Antaranya ialah ia memberikan kesan kelembapan kepada kulit bayi sepanjang hari, dan semestinya bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya, paraben dan SLS kannn..
Joielle Baby Lotion dapat membekalkan kelembapan kepada bayi sepanjang hari tau mommies.. Digalakkan untuk menggunakan selepas mandi ye mommies.. Dapat juga memberikan kesegaran kepada si kecil .



Haaaa.. Bahan-Bahan yang terkandung dalam Joielle Baby Lotion  ni juga turut diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E.. Vitamin E mengandungi antioksidan yang berguna untuk mencegah masuknya radikal bebas ke dalam kulit. Juga berfungsi untuk membuat kolagen terbentuk kembali dengan cepat sehingga kulit menjadi lebih cerah dan tidak kusam. Aloe vera pula bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak.

Hai.. lembut lagilah kulit baby kita yea lepas guna Joielle Baby Lotion ni yea.. hehehe.. Ops.. jom tengok cara guna lak.. baca sendiri ye.. 



Joielle Baby boleh didapati di kedai-kedai seperti kedai penjagaan Ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Mrissa Shoppe .

Haa.. kalau nak beli di website joielle.. boleh masukkan code TBHERE08 ni semasa  checkout untuk dapatkan potongan 10%

Jangan lupa lawati website Joielle Baby juga di link-link dibawah ni untuk info lebih detail tentang produk-produk terbaik dari Joielle Baby untuk si kecil korang :








Related Posts

18 ulasan:

  1. memang cantik la packaging dia..ciktom pun berkenan..boleh bt gift tmbh reben sikit siap utk newborn baby gift..produknya pun bagus ckup set..

    BalasPadam
  2. bahagianya jadi baby TB, dimanja dan dijaga dengan rangkaian produk terbaik nih, rasa nak belikan jugaklah untuk anak buah punya anak...packaging dia pun menarik memang sesuai sangat nak buat gift

    BalasPadam
  3. tak sabarnya nak ada baby. in shaa Allah lagi 5 tahun .. hehe.. btw nampak cantik produk ni. in shaa Allah akan share dgn kakak yg akan bersalin tak lama lagi. terima kasih sharing :)

    BalasPadam
  4. Untung betul bby zaman sekarang, mcm2 produk penjagaan yg bagus utk diorg. Sis dulu mak tepek bedak sejuk je..hehehe, tapi ok gak lah

    BalasPadam
  5. Comel je packaging nya. Dalam satu kotak dapat macam-macam jenis produk ye. Untung ibu bapa macam ni, tak payah susah-susah nak cari keperluan bayi. Yang ni pun cukup dah

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  6. menarik ni kalu buat hadiah untuk baby baru lahir atau birthday anak buah. asyik bagi baju je tiap tahun..apa kata bagi sesuai lain dari yang lain. boleh mak ayah guna untuk anak si comel dorang kan. packaging pun comel & menarik gituh

    BalasPadam
  7. Wah suka dengan rangkaian diri untum baby ni. Semuanya menarik. Pckaging dia pun dah cantik
    Dan nampak comel. Kalau dijadikan hadiah menarik jugak ni

    BalasPadam
  8. Comelnya packing dia.. Pastu complete set pulak tu kan.. Mudah dah. Berapa harga untuk satu set tu ye. Kalau ada bby ni syok ni..

    BalasPadam
  9. Bila ada anak mecil kita memang kena ambil tahu kandungan dan bahan yang digunakan dalam sesuatu produk penjagaan bayi kan . Sebab kulit bayi bukan macam kita .kena pastikan bahan yang digunakan selamat dan natural

    BalasPadam
  10. Ni kalau ada kawan kawan baru dapat anak kan, senang bagi je set macam ni kan. Tak payah fikir fikir nak bagi apa. Kotak dia pun dah cantik. Botol packaging pun menarik

    BalasPadam
  11. Alahaiii Packaging dia je dah comel sangat. Suka tgk kaler2 dia soft je. Produk pun pakai essential oils plak tu. Mmg love sangat lah!

    BalasPadam
  12. Comel bungkusan dia. Suka pula tengok botol warna warni camtu. Bagus sekarang ada kepelbagaian produk. Moga bermanfaat untuk ibu muda dan kulit bayi terjaga.

    BalasPadam
  13. Sekarang ni makin banyak orang buat produk penjagaan bayi. Ingat dulu2 tak banyak pilihan sangat tau. Now dah macam2 kita boleh pilih.

    BalasPadam
  14. Macam menarik pulal barang dia ni kan. .Firatime dengr tapi sebab packaging dia cun mcm nak beli je. .Hehehe. Pantang dengan barang baby ni. .Yela, ada dua budak dalam rumah ni. .Hehehe.. Bgus sebab bebad paraben semua tu

    BalasPadam
  15. First baca fikir Jolliebee hehehe fav fast food tu! Rupanya product baby ya Joielle Baby. Hampir sama nama. Comel2 lah product baby ni. Kita tak ada baby je, cuma mampu tgoks satu satu gambar bear. Comeyyyyyyyyy

    BalasPadam
  16. Bagus produk ni..murni pon dah cuba ada kawan hadiahkan..yang bestnya satu set ni ada macam2..kiranya x payah beli yang lain dah..dan paling best produk ni bebas paraben..juga sesuai untuk anak2 yang ada ekzema..

    BalasPadam
  17. Oh dah 4th n dah ke produk ni ada kat pasaran? Seriously x pernah jumpa lagi. Nampak packaging dia menarik

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New