TART NENAS


BAHAN-BAHAN :
√125 gram butter, premium Anchor butter
√1 sudu besar gula kastor
√1 biji kuning telur
√1 sudu besar minyak sapi
√1 3/4 cawan tepung gandum*
√1/4 cawan tepung jagung*
√1 sudu besar tepung kastard*
√1/2 sudu kecil garam halus

BAHAN SAPUAN :

√1 biji kuning telur
√1 sudu makan air
√1 titik pewarna kuning

CARA BUAT :

1.Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.

2.Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.

3.Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *).

4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut.Rehatkan seketika.

5.Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.

6.Susun di atas loyang yan dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.

7.Sapukan atas tart gulung dengan bahan sapuan.

8.Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.


Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New