Nity

Nuff

16 November 2017

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUME MUDAH DIBAWA KEMANA SAHAJA

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUME MUDAH DIBAWA KEMANA SAHAJA


Seperti sebelum-sebelum ini yang pernah TB nyatakan bahawa TB sememangnya sukaaa sangat-sangat haruman dari range Enchanteur ni tauuu.. Tambahan pula setiap tahun ada je wangian dari Enchanteur yang ditambahbaikkan lagi. TB suka juga haruman dari ENCHANTEUR Paris Fragrances yang sudah semestinya ramai yang tahu ia terhasil oleh pelbagai aroma buah dan aroma bunga yang diilhamkan oleh Perancis yang sempurna untuk melengkapi keperibadian, masa dan suasana yang berbeza.. Cewah.. TB sebenarnya tak suka bau buah-buah ni.. Tapi Enchanteur punya bau TB tak boleh nak kata tak suka.. sebab baunya segar dan fresh.. wangi je bila kena di badan kita..


Ok lah.. sebenarnya TB nak cerita pasal minyak wangi yang mudah dibawa kemana-mana yang didatangkan dalam botol kecil yang comel dan ringan. So, lepas ni tiada masalah lagi nak bawa perfume besar-besar gedabak tu, bawa je Enchanteur Paris Petite Parfume ni dalam beg tangan korang atau sumbat aje dalam poket seluar ke poket baju ke.. mudah giler.. sebab ia sangat comel dan jimatkan ruang nak simpan barang.. Haaa.. penutup botol pun kuat, ketat, so tiada lagi kerisauan perfume korang tertumpah atau bocor sebab penutup terbuka... ha.. kan.. nampak tak disitu.. heee..
Lepas tu kan korang.. dia punya kotak dengan design kotak dia lawa giler.. lembuttt je.. soft gituuu.. Haa.. selepas ni pastinya Enchanteur Paris Petite Parfume akan menemaniku kemana sahaja.. Hah.. nak baca lebih lanjut.. silalah scroll dan baca sampai habis yea.. thank you semua.. =)

Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja

Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar.

Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari.

Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar.

Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.  

ENCHANTEUR sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.




ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa solat tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.
  
Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah.

Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.


 ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
– Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
– Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
– Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.  

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
– Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.   



Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari 

Website :

Facebook :

Instagram :



Related Posts

15 ulasan:

  1. cik timm mmg pakai yg adore, tapi dulu xde lagi packing kicik2 comei gini..pasni senang sikit nak letak dlm handbag!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. TB lak suka letak dalam poket je.. senang.. kecik2 macam ni nak selit dalam poket seluar ke baju ke.. gerenti senang sangat.. hehe

      Padam
  2. These perfume bottles are looking so girly and beautiful..

    BalasPadam
  3. Semua ni kan dh selamat anak dara SA guna..suka betul dia..memang tambah koleksi dia je la

    BalasPadam
  4. Perfume enchaunter memang wangi , lembut je harumannya . Ok jugak kalau enchaunter keluarkan packing yang comel macam ni . Mudah simpan dalam handbag

    BalasPadam
  5. kat mana nak cari? nampak mudah dan senang di bawa ke mana2..

    BalasPadam
  6. Ana dah lama suka bau enchanteur ni sebab bau dia wangi dan tahan lama. Dari zaman sekolah lagi ana dah pakai enchanteur ni. Skrg ni lagi best sebab dah ada bau yg baru yang lagi wangi dan dgn saiz kecik macam ni boleh selit dekat mana2 je. Boleh kekal harum sepanjang masa yg bagusnya.

    BalasPadam
  7. memang wangi sangat. yaya paling suka yang botl warna kuning tu. sedap sangat bau dia

    BalasPadam
  8. Cik ash pun pakai enchantaur daripada awal lagi.. Memang pengguna tegar taw.. Bila taw emchataur mengeluar benda yang teruja nak cuba.. Paling guna amour warna pink sebab sesuai dengan baunya..

    BalasPadam
  9. Kebetulan sangat ni hahaha, semalam akak ada beli deodorantnya. Tapi tak guna lagi. Rasanya bau sedap kot :)

    yanmieonline.com

    BalasPadam
  10. Tak pernah lagi bau bauan dari Enchanteur ni.. baca dari sini, macam bau yg sedap dan berbeza drp bauan lain

    BalasPadam
  11. Saya paling suke bau adore. Bau die sedap mild je. Bau yang lain tu agak kuat. Kadang kadamg sampai boleh pening kepala

    BalasPadam
  12. enchanteur petite ni memang wajih ada dalam handbag, penyelamat neeza lagi2 kalau neeza banyak attend 3-4 event dalam sehari ataupun kelas dari pagi sampai lewat petang. rasa diri wangi je.. neeza suka wangian pink dan purple..

    BalasPadam
  13. I love their new packaging. Easy to carry when travelling and can use anytime. Nice scent.

    BalasPadam
  14. Suka minyak wangi ini.. Main selit-selit je..

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2