SET HADIAH ENCHANTEUR YANG BEGITU MEMIKAT HATI WANITA-WANITA


SET HADIAH ENCHANTEUR
MEMIKAT HATI WANITA-WANITA

Hai.. TB baru ada masa nak up entri tentang Enchanteur iaitu jenama haruman badan yang telah dikenali ramai ini. Sebelum ni TB ada cerita tentang minyak wangi Enchanteur Paris Petite Parfume yang didatangkan dalam botol roll on yang cute tu kan? Haa.. kali ni TB nak share tentang perfume Enchanteur yang didatangkan dalam botol bersaiz comel pulak.. Sesuai sangat dibuat Guft kepada insan tersayang. Gerenti Senyum meleret-leret orang perempuan kalau dapat Perfume Gift Set yang comel dan punya design kotak yang awesome gitu.. 

Set Hadiah Enchanteur yang TB nak tunjuk didalam entri ini ialah Set Hadiah Wangian Belle Amour dan Romantic .. di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.


Tengoklah betapa cute botol dia kan.. box dia pun alahai.. cantik sangat dengan deco rose tu.. 


Enchanteur Romantic .. Botol yang cute.. dan bau 
Romantic ini adalah bau kesukaan TB tau..heeeee..


Yang ni Encanteur Paris Belle Amour, 
bau Belle Amour pun bau kesukaan TB.. wangiiii.. 

Jom terjah lagi info tentang Set Hadiah Enchanteur ni.. Bukan set ni je ada tau.. rupa-rupanya set lain pun ada.. Semua range bau ada kalau korang nak.. korang tak perlu risau dah.. yang mana range bau yang ada dalam senarai Enchanteur menang tiap satu ada dalam gift set yang comel ni.. Apa lagi.. jom baca dibawah ni yea..

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan

Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. 



SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS 
(BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu.

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.

Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS 
(MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis.

Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 



SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS 
( MON AMIE )

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara. 



SET HADIAH MINI ENCHANTEUR 
( MON AMIE AND CHARMING )

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR 
( BELLE AMOUR & ROMANTIC )

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA. 

Haaa.. rambang mata tak tengok 5 set diatas.. apa l;agi.. pi la beli semua buat koleksi.. hahaha..

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.


32 Ulasan

  1. Nama pun best mon amie dan charming.. Minat tgk kotak dia warna2 kuning. Berkenan pulak tgk botol 😍

    BalasPadam
  2. Bagus sangat bila Enchanteur keluarkan dalam bentuk mini macam ni dan siap dengan kotak.. mudah di bawa ke mana -mana. Dan boleh je bagi hadiah untuk seseorang kan.. minyak wangi Enchanteur semua wangi-wangi...

    BalasPadam
  3. bila sebut nama2 nya rasa macam tajuk drama latin pulak..hahaha.. Cantik la botol dia..suka tengok..Mesti bau sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. botol dia memang cantik.. bau nya.. jangan tanyaaa. haha.. wangii

      Padam
  4. Ekin peminat tegar enchanteur bestnya ada satu ni mudah boleh di bawa kemana-mana saja.

    BalasPadam
  5. Wahhh kita dapat yg sams la TB..sally suka Adore, forever Adore!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah.. baru jumpa rakan yang dapat sama macam tb.. sebab yang lainnya ramai dapat paris tu.. tb pun suka sangat adore

      Padam
    2. kan! Adore tetap menjadi poojaaannn hatikuuu...Sally tak suka bau yg romantik sgt, tak suka yg terlalu sweet...Adore mmg just nice laa

      Padam
  6. Memang sangat sesuai dijadikan hadiah sebab kotaknya eksklusif sangat

    BalasPadam
  7. Wah, menariknya packaging Enchanteur kali ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa tertarik tak.. jom belikan untuk orang tersayang

      Padam
  8. Ala comelnya set2 dia.. sesuai sgt bg hadiah kat kaum perempuan.. syg tu nak buang..

    BalasPadam
  9. Sampai sekarang iday pakai lagi minyak wangi enchanteur ni, suka bau dia. bau lembut dan manis je. kadang-kadang islam pon pinjam buat pergi kerja. hehehe

    rasa nak beli nak hadiahkan dekat mak. hehe

    BalasPadam
  10. tgk ramai rakan2 blogger dpt ni. jeles betul. emi x dpt pun huhu

    BalasPadam
  11. comel kot set hadiah enchanteur ni. I suka lotion dia sbb wangi sgt.

    BalasPadam
  12. Packagingnya cantik dan eksklusif sgt. Memgvsesuai dijadikan hadiah

    BalasPadam
  13. Comel je botol dia. Kecil molek. Senang nak bawak masuk beg kita kan. Bau perfurm enchanteur ni rasanya semua orang tau wangi. Tak rugi pun kalau beli

    BalasPadam
  14. bestnya dpt hadiah set enchanteur mcm ni. best kot bau dia. zaman sekolah dulu emi pakai enchanteur.

    BalasPadam
  15. Wahhh suka tgok packaging dia. Sesuai utk dijadikan hadiah. Bau dia pon wangi sbb selalu sangat family beli wangian enchnteurs nie

    BalasPadam
  16. best..wangi2 kan...kalau dapat yang bau lembut tu lagi best..SA suka yang kaler pink tu

    BalasPadam
  17. Cantiknya packaging dia.😍😍 murah je rupanya. I thought harga dia will be over RM50. Boleh la bodek encik suami. HehE

    BalasPadam
  18. Rawlins suka tengok packaging Enchanteur sekarang - dah makin elegant dan ekslusif

    BalasPadam
  19. Cantik set ni... wangi sungguh...dan berbaloi

    BalasPadam
  20. A great set to purchase and give to your loved ones plus it's really affordable too!

    BalasPadam
  21. Tak payah pening nak cr hadiah apa utk bg pada kwn2. Semua ada siap wrap saja. Mmg tahu bau enchanteur wangi

    BalasPadam
  22. Suka dengan wangian enchanteur. Dah lama gunakan produk enchanteur ni.

    BalasPadam
  23. comelnya botol dan kotak perfume ni. memang sesuai sangat dijadikan hadiah

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  24. mcm2 dh skrg jenis wangian yg ada.... harga pun berpatutan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama