RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH DAN SEDAP!



RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH DAN SEDAP!

Ehem-ehem.. TB rasa macam nak buat Coklat Kek Moist la pulak sebab dah TB baru je ada Periuk Kukus, hadiah hari jadi TB hari tu.. heee.. So, TB nak buat Kek yang Tak perlu bakar.. kukus-kukus je.. hehe.. Ternampak resepi ni dekat Page JOM BELAJAR BUAT KEK . Terus ambil dan tepek sini.. fuh.. banyak giler resepi kek kukus kat situ.. kek-kek lain yang mudah dibuat pun banyak tau! Jangan segan-segan terjah Page ni yea.. Nak buat kek untuk majlis-majlis ke, untuk makan-makan kalau tetamu datang rumah ke.. resepinya banyak kat sini..

Ok lah, macam biasa.. TB kalau nak masak sesuatu, TB suka simpan dulu resepi kat blog TB sebab nanti nak cari senang.. susah kalau tak simpan sini nanti nak masak terkial-kial cari tak jumpa resepi nya terus malas nak buat.. hahaha.. bets tak alasan.. kih3.. Ok lah.. jom tengok resepinya!

RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH DAN SEDAP!

BAHAN BAHAN KEK
- 240g Tepung gandum
-60g serbuk koko
-230g gula
-1 cawan minyak
-1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
-5g asen vanila
-5g sodium bikarbonat
-2 biji telur

CARA CARA
- Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati 
  (Sebelum tu panas pengukus dulu )
- Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
- Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
- Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau    dah ok boleh tutup api )

BAHAN BAHAN TOPPING
-30g serbuk koko
-2 sudu minyak masak
- 1 cawan susu pekat manis
-Coklat rice

CARA CARA
- Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.

CARA HIDANG
- Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
- Taburkan coklat rice.
- Siap!
- Cair dalam mulut bak hanggg

TIPS:
1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.
4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )
Selamat mencuba! 😊


Kredit resepi: Nor Fahimah Abdul Halim
Kredit video: IG @noy_yullan

Tq so much puan Fahimah, murah rezeki puan




0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama