Nuff

05 April 2018

ANEKA RESEPI MASAKAN AYAM DI BULAN RAMADHAN




Ayam Kicap Pedas

Bahan-Bahan :
7@8 keyul ayam-potong kecik n gaul garam kunyit dan goreng
2 biji kentang-hiris n goreng
*10 tangkaicili kering
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1 inci halia
Sedikit kicap
1 sudu mkn sos tiram
1 sudu mkn cili sos
Garam,perasa n sedikit gula
1 biji bwng besar-hiris bulat
2 biji cili hijau-belah 2
Cili padi merah + hijau
Tomato ceri

Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing
Masukkan sos tiram dan cili sos
Masukkan garam,perasa n gula
Masukkan ayam dan kentang, tuangkn sedikit kicap(ikut nak hitam mn warnanya)
Akhir skali..masukkan bawang hiris,cili belah 2, cili padi n tomato ceri


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ayam Sambal Limau


Bahan-Bahan :
7@8 ketul ayam-potong n gaul garam kunyit n goreng
*2 biji cili masak
*15@20 tangkai cilipadi
*1 biji bwng besar
* 3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
5@6 biji limau kasturi-belah 2 n buang biji
1 biji bwng besar-hiris bulat
Garam,perasa n gula


Cara-Cara:
Mesin kasar bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing
Masukkan garam,perasa n sedikit gula
Masukkan ayam..gaul rata
Perahkan limau kasturi dan masukkan kulitnya sekali
Akhir skali masukkan bwng hiris

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ayam Masak Tempoyak + Kentang + Jering Tua


Bahan-Bahan :
Ayam-bersihkn n d goreng garam kunyit
3 biji kentang- belah n d rebus empuk
Jering tua/petai-belah 2 n buang kulit
2 btng serai-ketuk
2 helai daun kunyit-hiris
1 kpng asam keping
1 kotak kecik santan
*20 tangkai cilipadi
*1 biji bwng besar
*1/2 sudu kecil serbuk kunyit
*sedikit belacan
4@5 sudu mkn tempoyak
Garam,perasa n sedikit gula


Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda * hingga hancurdan kemudian masukkan tempoyak..mesin sebati
Masukkan bhn mesin dlm periukbersana kentang,ayam,serai dan santan
Masukkan asam keping,garam,perasa n gula
Biar mendidih dan akhir skali masukkan daun kunyit

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ayam Masak Sambal Asam Pedas

Bahan-Bahan :
7@8 ketul Ayam-poyong kecik..bersihkan dan goreng garam kunyit
*4 biji lada besar @ cili masak
*10-15 biji cili padi
*1biji bwng besar
*3ulas bwng putih
*sedikit belacan
1 pkt perencah asam pedas adabi
2 btng serai
5@6 keping daun limau purut
1 biji tomato-hiris nipis
Garam n perasa
Sedikit gula
1 biji terung-potong dan goreng 
1 biji bwng besar-hiris bulat


Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing..
Masukkan daun limau purut dan serai
Masukkan tomato hiris
Masukkan pes asam pedas
Masukkan garam,perasa n gula
Masukkan ayam yg siap d goreng td
Kacau rata n masukkan bwng hiris dan terung goreng tadi
Siap!!!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rendang Cilipadi Tomyam


Bahan-Bahan :
Ayam
*15@20 tangkai cilipadi(nk pedas lbhkn lg)
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*2 hiris lengkuas
*1 biji tomato
4 btng serai-ketuk
5@6 helai daun limau purut
1 sudu mkn kerisik
1 kotak kecik santan
2 pkt pes tomyam adabi
1 kpng asam keping
2 sudu mkn kicap
Garam,gula n perasa


Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda *
Didihkn ayam n bhn mesin dlm kuali
Masukkan serai dan daun limau purut
Masukkan kerisik dan pes tomyam
Masukkan santan,garam,gula n perasa
Masukkan asam keping
Bila dah agak kering..masukkan kicap


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Paprik ayam

Bahan-Bahan :
5 ketul ayam(bersihkan dan potong kecik)
*10 tangkai cili kering- potong n rendam air panas
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1 inci halia
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn cili sos
Sedikit kicap(utk cantikkn warnanya)
4@5 helai daun limau purut
7@8 biji cili padi-ketuk
1 biji bwng besar-hiris
1 sudu mkn perahan limau nipis
Garam n perasa 
Sedikit gula


Sayur Untuk Di Potong :
Karot/kacang pnjng/bunga kubis/putik jagung/tomato


Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga agak garing
Masukkan daun limau purut dan ayam
Masukkan 1 cawan air
Masukkan sos tiram n cili sos
Masukkan garam,perasa n gula
Renjiskn sedikit kicap
Masukkan semua sayur yg siap d potong..
Masukkan air perahan limau nipis..
Akhir skali masukkan cili padi dan bawang hiris..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Ayam Goreng Cili Kering Daun Kari

Bahan-Bahan :
7@8 ketul ayam-bersihkn n potong kecik
1/2 sudu kecik serbuk kunyit
Garam n perasa
1 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn cili sos
10 tangkai cili kering-gunting pendek
2 biji bwng besar-belah 2 & hiris
4 ulas bwng putih-hiris
5@6 tangkai daun kari

Cara-Cara:
Gaul ayam dgn garam,perasa,serbuk kunyit,sos tiram n cili sos dan kemudian goreng ayam tersebut..
Bila siap semua ayam d goreng...tinggalkn sedikit minyak dlm kuali yg sama..tumis semua bhn hiris..cili kering n daun kari hingga naik bau..
Masukkan ayam goreng td dan gaul rata..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ayam Goreng Halia

Bahan-Bahan :
5@6 ketul ayam-potong kecik gaul garam kunyit n goreng
1 biji bwng besar-hiris
4ulas bwng putih-hiris
5@6 keping potongan halia-hiris nipis(klu nk lbhkn lg pun blh)
4@5 tangkai cili kering-potong pendek
2@3 btng kcng pnjng-patahkn
Sedikit perasa
1sudu besar sos tiram

Cara-Cara:
Tumis semua bhn hiris dlm lebihan minyak goreng ayam..masukkan ayam yg siap goreng
Masukkan sos tiram n perasa..(klu kurang masin..blh tmbahkn sedikit garam)gaul rata..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ayam Sambal Cili Garing..

Bahan-Bahan :
Ayam-bersihkan dan goreng garam kunyit
*4 biji lada besar @ cili masak
*10-15 biji cili padi
*1biji bwng besar
*3ulas bwng putih
*sedikit belacan
1 kpng asam keping
2 sudu kicap manis
Garam n perasa
Sedikit gula
1 biji bwng besar-hiris bulat

Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing
Masukkan asam keping
Masukkan garam,perasa n gula
Masukkan kicap manis
Masukkan ayam yg siap d goreng td
Kacau rata n masukkan bwng hiris ..
Siap!!!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ayam Cilipadi Tomyam

Bahan-Bahan :
Ayam 8 ketul(bersihkan n akk potong kecik'n goreng garam kunyit)
*30 tangkai cilipadi hijau + merah
*1 biji bwng besar
* 3 ulas bwng putih
1 sudu mkn pes tomyam
1 btng serai
5@6helai daun limau purut
Setengah biji tomato-hiris nipis
Garam n perasa
1 biji bwng besar-hiris bulat

Cara-Cara:
Mesin kasar bhn bertanda *
Tumis bhn hingga naik bau..
Masukkan serai dan daun limau purut
Masukkan pes tomyam
Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dlm sambal)
Masukkan garam n perasa
Akhir skali masukkan ayam dan bawang hiris..
Siap!!!
*jgn lupa msk nasi byk ya..hihi..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Sambal Ayam Kerisik

Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam(bersihkan n goreng garam kunyit)
*30@35 tangkai cili kering(rendam air panas@ rebus)
*1 biji bwng besar
*4 ulas bwng putih
* sedikit belacan
1 setengah sudu mkn kerisik
6 sudu mkn gula(blh kurangkn ikut citarasa)
Garam n perasa
2 kpng asam keping
2 biji bwng besar-hiris2

Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing
Masukkan gula,garam n perasa
Masukkan asam keping
Bila dah garing n agak kering...masukkan kerisik
Masukkan ayamn gaul rata..
Akhir skali masukkan bawang hiris..
Siap!!!





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Ayam Masak Kicap Pedas + Suhun

Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam-potong kecik n gaul garam kunyit dan goreng
Suhun(ikut nk byk mn n rendam)
*10 tangkaicili kering
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1 inci halia
Sedikit kicap
1 sudu mkn sos tiram
1 sudu mkn cili sos
Garam,perasa n sedikit gula
1 biji bwng besar-hiris bulat
2 biji hijau-belah 2
Cili padi merah + hijau
Tomato ceri

Cara-Cara:
Mesin bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing
Masukkan sos tiram dan cili sos
Masukkan garam,perasa n gula
Masukkan sedikit air
Masukkan ayam dan tuangkn sedikit kicap(ikut nak hitam mn warnanya)
Masukkn suhun(klu suhun tu byk...tambahkn air lbh sikit sb suhun akn memekatkn kuah nnti...takut msakan akn jd terlampau kering)
Akhir skali..masukkan bawang hiris,cili belah 2, cili padi n tomato ceri








--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Ayam Sambal Tempoyak

Bahan-Bahan :
8 ketul ayam(akk potong kecik n goreng garam kunyit)
Petai( bubuh lg best..tp akk x letak sb ank x mkn)
*2 biji cili masak
*10-15 tangkai cili padi
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
2 @3 sudu mkn tempoyak
Garam n perasa
1 biji bwng besar-belah 2 dan hiris
2 biji cili hijau@cili muda-hiris
Sedikit gula(jika guna tempoyak yg agak masam..klu tempoyak baru..x perlu masuk gula)

Cara-Cara:
Blend bahan bertanda *
Tumis bahan blend hingga agak garing(jgn terlampau garing..nnti x sebati plk bila,masukkan tempoyak)
masukkan garam n perasa..
Masukkan tempoyak
Kacau rata tempoyak dan sambal..
Masukkan ayam dan petai..
Masukkan bawang n cili hijau hiris
Siap!!! Slmt mencuba..

*tips:akk x blend skali tempoyak dgn cili sb nnti cili susah nk d garingkan..





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Ayam Goreng Kicap Lada Hitam 

Bahan-Bahan :
Ayam(-akk buat dlm 6 ketul potong kecik)
2sudu mkn sos tiram
1 sudu mkn cili sos
1 sudu mkn lada hitam(hancur)
1 sudu mkn kicap
Garam n perasa
(Perap semua bhn dan goreng)

3 biji bwng besar-hiris
3 ulas bwng putih-hiris
2 biji cili masak-hiris
4/5 tangkai cili kering-gunting pendek
2 biji Cili hijau/cili masak-hiris

Cara-Cara:
ketepikan dulu ayam yg siap d goreng td..
Dlm minyak yg sama(klu byk..kluarkn 
Separuh.
Tumis semua bhn yg d hiris td..masukkn
Ayam..gaul rata..akhir sekali masukkn 
Kicap dlm 4 sudu lagi..kacau sebati n 
Siap!!!!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ayam Goreng Halia Cilipadi

Bahan-Bahan :
7 / 8 ketul ayam(potong kecik,gaul garam kunyit dan goreng)
15 tangkai cilipadi(tumbuk kasar)
2 biji bwng besar-belah 2 dan hiris
4 ulas bwng putih-hiris
halia size setengah tapak tangan-hiris(akk suka bubuh byk)
10 tangkai cili kering-potong pendek
7 / 8 btng kacang buncis-potong
1 sudu mkn sos tiram
Sedikit perasa

Cara-Cara:
Tumis semua bhn hiris beserta kacang buncis dan cili kering 
Bila dh naik bau...masukkan cilipadi tumbuk dan goreng hingga cili garing
Masukkan ayam goreng,sos tiram dan perasa 
Kacau rata dan siap!!











--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









Resepi Istimewa dan Sedap Ni 
Adalah dari Kak Mazliza Ahmad
Thank You sebab bagi idea nak masak nanti..
Moga Allah murahkan rezeki Kak Sekeluarga.. Aamiin






Related Posts

0 comments:

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2