Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

16 Februari 2026

RESEPI CHAR KUEY TEOW!

 RESEPI CHAR KUEY TEOW!

RESEPI CHAR KUEY TEOW!

Kalau ada cili jeruk lagi sedap musim kerang sekarang isi dia penuh2..resepi dibawah..paling ringkas & mudah cara saya masak..hidangan dibawah saya masak setiap pinggan berasingan..

Bahan-bahan
1. Kuey teow (cuci toskan)
2. Cili kering & bawang besar (diblend)
(Bahan² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram)
3. Bawang putih ketok²..
4. Taugeh & kucai
5. Telor..
6. Udang direbus (asingkan air)
7. Kerang (direbus)

Cara penyediaan
Panaskn kuali, masukkan minyak..(minyak lebih sikit ye,supaya masukkn telor nt kuey teow x batat) kuey teow & minyak diorang ni friend forever... tumis bawang putih,masukkan udang,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau2..masukkan air rebusan udang pecahkan telor kacau2 sebatikan, masukkan kerang,kuey teow,taugeh&kucai siap..pastikan guna api yang besar ye..selamat mencuba



Kredit muhammad Abdullah



PELBAGAI RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

 

SPAGHETTI CARBONARA

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA


Resepi Spaghetti Carbonara cara saya (utk 2-3 orang makan)


Bahan-bahan;
- Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego)
- Olive oil secukupnya
- Bawang putih (potong dadu)
- Bawang holland (potong dadu)
- Udang (buang kulit)
- Cendawan butang dlm tin (buang air dlm tin tu) / cendawan shiitake (tak kisah memana, potong hiris)
- 1 kotak kecik whipping cream (xkisah apa jenama, saya pakai anchor)
- 1/2 kotak kecik susu full cream (xkisah apa jenama, saya pakai dutchlady)
- Mozarella cheese parut (ikut suka nak ltk bape banyak)
- Blackpepper Aji-Shio


Bahan-bahan hiasan;
- Chilli Flakes McCormick
- Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai)
Cara-caranya;
1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Ltk tepi dulu.
2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih & holland sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan cendawan yg dah dihiris.
4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
5. Perasakan garam & secukup rasa.
6. Letak blackpepper.
7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
8. Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dgn chilli flakes & parsley leaves
Sumber : Eka




Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan;
- Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego)
- Olive oil secukupnya
- Bawang putih (potong dadu)
- Bawang holland (potong dadu)
- Udang (buang kulit)
- Cendawan butang dlm tin (buang air dlm tin tu) / cendawan shiitake (tak kisah memana, potong hiris)
- 1 kotak kecik whipping cream (xkisah apa jenama, saya pakai anchor)
- 1/2 kotak kecik susu full cream (xkisah apa jenama, saya pakai dutchlady)
- Mozarella cheese parut (ikut suka nak ltk bape banyak)
- Blackpepper Aji-Shio
Bahan-bahan hiasan;
- Chilli Flakes McCormick
- Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai)
Cara-caranya;
1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Ltk tepi dulu.
2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih & holland sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan cendawan yg dah dihiris.
4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
5. Perasakan garam & secukup rasa.
6. Letak blackpepper.
7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
8. Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dgn chilli flakes & parsley leaves



Resepi Sotong Masak Ala Thai

 Resepi Sotong Masak Ala Thaiii

Resepi Sotong Masak Ala Thaiii


Bahan :
Sotong
Kacang Panjang
Cili Padi Merah
Bwg Merah-mayang
Serai-1 (hiris serong)
Daun Limau Purut -4/5 helai
Serbuk Lada Hitam- sikit
Sos Ikan -Renjis ikut suka
Serbuk Kunyit
Mushroom Seasoning- optional


Bahan Kisar:
4-5 btg cili merah
4-5 btg cili hijau
1 labu bwg merah
3 ulas bwg putih
Belacan
Sedikit air


Cara:

1) Panas minyak, tumis kan bahan kisar tadi. Tumis smpai pecah minyak sket.
2) Masuk sotong yg da dicuci bersih. Biar smpai sotong masak.
3) Masuk lada hitam, campak serbuk kunyit sket, mushroom seasoning (optional), sos ikan, gula, garam ke etc.
4) Lastly, masuk cili padi, serai,daun limau purut, kacang panjang.
5) Gaul smpai masak. Setel.
*Sy suka bau daun ketumbar, so apa2 masakan sy mmg tabur daun ketumbar hihi
*Klu nk sotong tu kekal gemok and x kecut, rebus dlu kejap 5 min dgn 3-4 keping asam keping. Sotong dlm pic ni sy rebus dlu cmtu. Sbb nk bg dia kekal gemok tanak kecut. Hihi.




Sumber : Wan Wani


Sotong Masak Ala Thai Sedapppppp

 sotong masak ala Thai

Sotong Masak Ala Thai Sedapppppp !!!

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bwng besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar


CARA MEMASAK:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba



Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed

11 September 2024

RESEPI KERABU SOTONG LIMAU NIPIS

 KERABU SOTONG LIMAU NIPIS

KERABU SOTONG LIMAU NIPIS



Bahan-bahan:

Sotong secukupnya
2 biji limau nipis (diperah airnya)
Sedikit daun ketumbar (dipotong halus jika suka)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
3-5 biji Cili padi (ikut pedas)
1 biji tomato (dipotong kecil)
1 batang serai (dihiris halus)
Sedikit lobak merah (carrot) sebagai hiasan (dipotong dadu)
Sedikit udang kering (ditumbuk, jika suka)

Cara Penyediaan:


Bersihkan sotong dan rebus sehingga masak. Jangan lama nanti isinya mengecil/mengecut . Sejat dan potong. Masukkan bawang besar , cili api, garam, air asam limau nipis, gula, serai , udang kering, sos ikan, daun ketumbar dan dikacau dalam mangkuk. Gaul rata-rata. Rasa masin tawar, masam …kalau dah secukup rasa masukkan sotong dan gaul semula. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba resipi ini.



Resepi Madeline Cake? Sedapnyaaa.

 Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang


Madeline Cake? Sedapnyaaa.


Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang


Bahan-bahan :
250 butter (marjerin pun boleh..dulu2 pun marjerin aje🤣)
1 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri
Esen vanilla
Jem strawberri
Kelapa kering
Ceri merah/hijau


Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang

Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang

Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang


Cara : 
Cara buat sama seperti buat kek..dah siap bancuh masukkan dalam paper cup dan bakar ikut suhu oven masing-masing.

Dah masak keluarkan sapu bahagian keliling kek dengan jem dan taburkan kelapa kering rata2..hiaslah dgn ceri di atasnya.

Selamat mencuba🤩


Credit resepi Aznor Aznora


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers