Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

21 Mac 2014

Segmen Kenali Sirah Rasulullah Saw



Rasulullah Saw ( Nabi Muhammad ) dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal ( 20 April 571 Masihi ) di Makkah. Nama bapa baginda ialah Abdullah Bin Abdul Muthalib manakala ibu baginda bernama Aminah Binti Wahab. Ibu susuan baginda pula bernama Halimatus Saadiah.
Baginda telah dijaga oelh Halimatus Saadiah selama 4 tahun. Semasa di dalam kandungan, bapa baginda telah meninggal dunia. kemudian ibu baginda pula meninggal dunia.
Baginda kemudian dijaga oleh datuknya. Apabila dewasa, baginda digelar Al - Amin kerana sentiasa berkata benar. Baginda kemudian berkahwin dengan Siti Khadijah.
Ketika baginda berusia 40 tahun, baginda sering pergi ke Gua Hira untuk menyendiri daripada kaumnya yang gemar menyembah berhala.
Atas perintah Allah SWT, pada 17 Ramadhan  malaikat Jibrail datang kepada baginda untuk mengajar baginda membaca dengan menyebut " bacalah " namun baginda tidak dapat membacanya. Baginda berasa takut dan segera pulang ke rumah.  
Selepas menyedari baginda merupakan seorang Rasul, akhirnya selama 3 tahun baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan sahabat terdekat. Kemudian, Allah SWT memerintahkan baginda berdakwah secara terang-terangan.
Pelbagai tentangan dihadapi dari kaum Quraisy. Ada yang merancang untuk membunuh baginda. Lalu kemudian Allah SWT telah mememrintahkan baginda berhijrah ke Kota Madinah.
Pada 12 rabiulawal 11 Hijriyah, Rasulullah Saw telah wafat ketika baginda berusia 63 tahun dan dimakamkan di Kota Madinah.
Sabda dan pesan baginda kepada seluruh umat manusia :
“Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak akan kamu sesat selamanya
dan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran)
dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

Segmen Kenali Sirah Rasulullah ini diilham dan dianjurkan oleh Blogger Nilam  dan disokong oleh Zaza Zehra. Tamat pada 30 Mac 2014.

16 Mac 2014

SENARAI HADIAH DAN PARA SPONSOR

NAK JOIN?? KLIK  SINI  CEPATTTTT!!! 
Just cuci2 mata.. heee.. ini adalah senarai Hadiah dan Sponsor yang akan support teman untuk 

GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME

Nama Sponsor : Nur Arina / Arina camaro
Brg sponsor  : wide shawl utk 2 pemenang
Syarat       : follow blog--> http://arinacamaro.blogspot.com/
             LIKE Fanpage--> https://www.facebook.com/ArinaCamaroShawl?ref=hl
 Nama Sponsor : Asha Alya/Sweety Cool
Brg sponsor  : sticker keyboard utk sorang pemenang
Syarat       : follow blog --> http://blogashalya.blogspot.com/
 Nama Sponsor : Hazirah Shah
Brg sponsor  : nrg herbalife
Syarat       : follow blog-->www.iuzira.com
 Nama Sponsor : Lilly Lolly
Brg sponsor  : 1pcs gelang handmade utk 1 pemenang
Syarat       : Follow Blog--->http://missqerieyal.blogspot.com

(gambar contoh)
 Nama Sponsor : Mazatul Azura Muhamad
Brg sponsor  : tudung bawal 2 pcs untuk 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://mazatulazura.blogspot.com
             : like fanpage maishoppe-->https://www.facebook.com/mazatulazuramuhamad?bookmark_t=page
Nama Sponsor : Nasrina Amarudin
Brg sponsor  : Shawl untuk 1 pemenang
Syarat : follow blog--> http://nashanim.blogspot.com/
: follow Instagram-->IG nuraisy_shoppe
 Nama Sponsor : Nur Farahain
Brg sponsor  : fridge magnet untuk 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://akuainkausiapa.blogspot.com/
               Add FB-->https://www.facebook.com/ain8291
Nama Sponsor : Nurul Faiz Drifter
Brg sponsor  : Fridge magnet x 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://cikgufaizcute.blogspot.com/
             : Follow Instagram-->http://instagram.com/faqihhakim
 Nama Sponsor : Raden Galoh Cendera Kirana
Brg sponsor  : 2pack Pore Strip for 2 winners
Syarat       : follow blog--->http://dia-honey.blogspot.com
             : Like Fanpage-->https://www.facebook.com/SyahoneyKittyShoppe
 Nama Sponsor : Syiera Shiera/Syiera Firdaus
Brg sponsor  : buku "mudahnya menjemput rezeki" x 1 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://sayasyiera.blogspot.com
             : follow Instagram-->instagram.com/syieraa_shieraa
Nama Sponsor : Wir Aida Aziz
Brg sponsor  : set sarung bantal kusyen n sarung kotak tisu untuk 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://pmbcinta.blogspot.com/
             : LIKE fanpage-->https://www.facebook.com/PermataHatiBuahCinta?ref=hl
 Nama Sponsor : Yana Aina/Yana Nazlyzan
Brg sponsor  : Lolipop keychain & Brooch utk seorang pemenang
Syarat       : Follow Blog : http://nazlyizan.blogspot.com/
             : Like page : https://www.facebook.com/NazlyizanCreation   
Nama Sponsor : Nasrina Amarudin
Brg sponsor  : Ephyra 2 Peket untuk  x 2 pemenang 
Syarat  : follow blog--> http://nashanim.blogspot.com/
Nama Sponsor : Cik Eymasu
Brg sponsor  : kain felt untuk seorang pemenang
             : Share gambar ini di wall FB korang--> https://www.facebook.com/EymasuAndWorldCraft/posts/463951123732174
Nama Sponsor : Sheila Salim
Brg sponsor  : topup rm10 x 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://sheilashahfiekry.blogspot.com/
Nama Sponsor : Cik Eymasu
Brg sponsor  : Starter kit felt untuk seorang pemenang
             : Share gambar ini di wall FB korang--> https://www.facebook.com/EymasuAndWorldCraft/posts/463951123732174
Nama Sponsor : Cik Amal
Brg sponsor  : Topup RM5 X 2 pemenang
Syarat  : follow blog --> http://www.cikamal.com
    : follow Instagram --> http://instagram.com/cik_amal1992
Nama Sponsor : Noorhasniza Khalid/Mamaniza.com
Brg sponsor  : Jam Dinding untuk 2 pemenang
Syarat       : follow blog -->http://www.mamaniza.com/

Nama Sponsor : Keyme Keymoo
Brg sponsor  : RM5 X 2 pemenang
Syarat       : follow blog--->http://keymekeymoo.blogspot.com/
Nama Sponsor : Ct Aman
Brg sponsor  : Cash RM30 untuk seorang pemenang
Syarat       : follow blog-->http://Ctamanaqim.blogspot.com/
Nama Sponsor : Syamimi Saad
Brg sponsor  : RM5 X 1 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://hanyadihatiku.blogspot.com/
Nama Sponsor : Afiqah Nu'aimi
Brg sponsor  : 1 mask, 1 eye mask untuk seorang pemenang
Syarat       : follow blog--> http://aimifiqa.blogspot.com/
Nama Sponsor : Yana Afi
Brg sponsor  : RM10 x 3 pemenang
Syarat       : follow blog--> http://yanapinkblossom.blogspot.com/
             : Like Fanpage-->https://www.facebook.com/yanapinkblossom
Nama Sponsor : Jaslina Murni
Brg sponsor  : Topup rm5 X 3 pemenang
Syarat       : follow blog-->  http://bilainginberbicara.blogspot.com/
(gambar contoh)
Nama Sponsor : Embun Beauty House
Brg sponsor  : Tudung Bawal Paesly untuk 2 pemenang
Nama Sponsor : Ainllah Abdullah
Brg sponsor  : eBook bertajuk '"Cara Buat Website Sendiri'
Syarat       : follow blog--> www.aehllah.blogspot.com
Nama Sponsor : Linda Lyn
Brg sponsor  : Topup RM5 x 2
Syarat : follow blog--> lindalyn2012.blogspot.com/

Dan......
Hadiah Misteri dari teman.. Gelang/Bangle AVON utnuk pemenang bertuah..

14 Mac 2014

LALUAN MANA PALING AFDAL?

Salam Jumaat semua.. teman bz lagi ni, hanya ini jea dapat ditempekkan kat entri hari ni, teman copy gambo ni dari FB hari tu.. cer korang nengok.. dan Komen dengan Nombor Sahaja.. sila tengok gambar tang bucu belah kiri tu.. dan tengok line yang ada kat gambo ni .. tulis Nombor yang mewakili laluan mana paling afdal mengikut pilihan korang.. hemm.. korang rasa camne? Laluan Mana Paling Afdal

13 Mac 2014

LIHAT, BACA DAN KOMEN #MH370

teman No Komen.. korang lak? nak komen apa yea? komen sikit... 

ENTRI PENGHARGAAN #2 -->MENANG HADIAH

Menang Top Refferal ke-2-->2nd Giveaway by Nina
Jom singgah Blog Nina
Menang hadiah 2nd Giveaway by Nina
iaitu pemenang bagi Top Refferal yang kedua.. 
hadiahnya 1x Novel & 1x Topup RM 5 by AlyaniMatshah
Topup diterima.. novel pun dah terima.. 
Thank You buat  Belog Alyanimatshah
 
Yang ni Tudung Bawal.. lum dapat lagi.. tengah Menunggu..
Hari tu menang hadiah Tudung Bawal by Nadiya Collections
apa2 pun jom singgah blog Nadia Musa
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· 

Menang Tasbih Digital By JOM Singgah Shoppe dari Big Giveaway by Iman Zakaria dan Huda
>http://komikfeeqry.blogspot.com/2014/02/pemenang-big-giveaway-by-iman-zakaria.html
blog penyertaan--> http://honeyoyeke.blogspot.com/2014/02/big-giveaway-by-iman-zakaria-huda.html
Tasbih Digital By JOM Singgah Shoppe

Camni ke cara guna nye yea.. ? heee..

Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· 
tahun lepas teman join Segmen ni
-->http://honeyoyeke.blogspot.com/2013/12/percuma-calender-2014-bergambar-sendiri.html
Pastu akhirnya dapat jugak Kalendar gambo sendiri..hihihi.. tQ adik SyazwaniMazlan..
 jom singgah blog SyazwaniMazlan
 
haaa.. yang ni lak.. hadiah keran jadi Top Comentator blog Zarena Heeney
wow.. tadi masa singgah blog Zarena Heeney ni ternampak nama teman tersenarai jugak untuk Top Comentator bulan Febuari.. waa.. best2.. heee.. teman suka singgah blog Zarena Heeney   ni sebab sukakan ke kreatifan (ayat apa ni? ha2) beliau dalam mengubahsuai makanan.. nampak menyelerakann.. hi3.. Haa.. kalau korang nak mengenali beliau.. leh je klik sisni-->Zarena Heeney

12 Mac 2014

5 PETUA WAJAH BERSERI #WORDLESSWEDNESDAY


11 Mac 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Jom Joinn jomm!! Ne tau rezeki korang dapat powerbank.. hope rezeki teman lea hendaknyaa.. teman xde powerbank lagi ni.. hu3.. asik fikir kedai jea.. gadget2 camni tak beli2.. hu3.. fuh! hope bertuah.. kekekek.. jom join ramai2.. Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

GENAP 2 TAHUN...

Hai.. Assalammualaikum.. huk2.. teman sepatutnya post pasal entri Anniversary teman semalam.. tapi apakan daya.. boleh plak terlupa Anniversary kali kedua ni.. sebab terlampau bz sangat pun.. pastu bole plak ingat tarikh Anniversary tu 13 Mac walhal yang tu tarikh bertunang dulu.. aiyaiyaii.. Acane lea leh lupa ni.. hu2.. so, dah petang baru teringat balik yang tarikh sebenar kami nikah ialah 10hb Mac .. bukan 13 Mac.. adoiii.. yang tak tahan tu, masing2 ingat tarikh 13 Mac tu.. bukan 10 Mac.. 

hemm.. so, takde lea sambut.. sedihnya.. ingat nak gak buat surprise.. hemm.. takde rezeki lea nampaknya.. takpelah.. cuma rasa sayu je hati ni.. ingatkan masa perasmian kedai boleh lea serentak dengan Anniversary kami ni.. tapi nampaknya tak jadi.. sebab kerja2 renovation pun tak siap2 lagi.. dan akhirnya terus terlupa tarikh Anniversary terus.. kann.. takpelah.. seperti yang kita tahu.. kita ni manusia biasa.. hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya.. teman sedih tapi takpelea.. nak wat cne.. dah lepas.. hubby pun bz nk celebrate.. so, buat mcm biasa jelah.. huwaaaaaaa...
Pesanan buat rakan2 blogger yang ada PM teman nak jadi sponsor Giveaway tu, haa.. inilah masanya.. korang nak jadi sponsor.. teman dah janji sebelum ni kan nak buat Giveaway sempena Anniversary kedua teman ni kan? haaa.. kalau ada yang berminant nak jadi sponsor sila pm teman di FB Tengkubutang Miaw

10 Mac 2014

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT #MH370 KINI MASUK HARI KETIGA

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu masuk hari ketiga hari ini.

Operasi mengesan pesawat MH370 dipergiatkan pada hari kedua dengan penglibatan lebih banyak pihak dan kawasan carian yang lebih luas serta kemunculan beberapa kemungkinan baru mengenai kehilangan pesawat itu.

Operasi pada Ahad yang diketuai oleh pasukan tentera Malaysia disertai oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan negara serantau termasuk Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, melibatkan gerakan dari udara dan laut.

Usaha mengesan pesawat itu juga dipandu oleh petunjuk baru yang membayangkan ada kemungkinan besar pesawat jenis Boeing 777-200 itu cuba berpatah balik dari laluan asal Kuala Lumpur ke Beijing.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata rekod radar tentera menunjuk tanda-tanda pesawat itu cuba berpatah balik dan petunjuk itu disokong oleh petunjuk daripada radar sivil.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang Isnin mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.

Walaubagaimanapun, Hishammuddin berkata tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan timbulnya tompokan minyak tersebut.

“Pada ketika ini, pesawat-pesawat Vietnam telah ke kawasan terbabit untuk mengenal pasti sama ada minyak itu datangnya dari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama di KLIA.

Berlaku sedikit kekeliruan pada Ahad kerana pada sebelah pagi diumumkan terdapat empat individu yang menaiki pesawat MH370 pasport yang dicuri.

Namun pada sebelah petangnya disahkan hanya terdapat dua penumpang pesawat MH370 menggunakan passport curi.

Hishammuddin memberitahu media selepas melawat keluarga penumpang MH370 di Hotel Everly, Putrajaya mengumumkan identiti dua penumpang misteri itu sudah dikenal pasti.

Butiran mereka juga telah dihantar kepada agensi perisikan dalam dan luar negara untuk siasatan lanjut.

Astro AWANI difahamkan menurut sumber yang mahir dengan tumpahan minyak, tompokan yang ditemui itu mungkin bukan dari MH370 kerana warna tompokan tersebut.

Sementara itu, pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna memberitahu Astro AWANI kebarangkalian untuk pesawat milik Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dirampas oleh pengganas amat rendah.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 10, 2014 07:00 (MYT) - Sumber Astro Awani

KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT #MH370 #PRAYFORMH370

KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT #MH370 
1- Pusat Kawalan Terputus Komunikasi Dengan Pesawat

2.40 am, DCA (Jabatan Penerbangan Awam) melaporkan kepada MAS #MH370 hilang dari radar.

2.41am, Pusat Kawalan Udara Subang cuba menghubungi #MH370, tetapi tiada signal dari 'transponder' dan 'Squawk Box'.

2.46am, ALERFA (Fasa Amaran/ Alert Phase) diaktifkan. Tiada signal kecemasan dari #MH370.

2.51am, Penerbangan Awam Vietnam mengaktifkan Fasa Kecemasan/ Distress Phase (DETRESFA)- keadaan di mana pesawat dipercayai memerlukan bantuan segera.

5.30am, Operasi Cari dan Menyelamat digerakkan. Negara-negara jiran dimaklumkan.

2- 239 Orang Di Dalam Pesawat
Daripada 239, 227 adalah penumpang dari 14 buah negara- 154 (China), 38 (Malaysia), 6 (Austrlia), 5 (India), 4 (Perancis) 3 (Amerika) dan 12 anak kapal kesemuanya dari Malaysia.

3- Operasi Mencari dan Menyelamat Besar-Besaran Dilancarkan
Setakat ini lebih 34 pesawat dan 40 kapal daripada 7 buah negara dikerahkan ke Laut China Selatan untuk mencari pesawat #MH370.

Terkini Australia dan Amerika Syarikat turut menghantar bantuan aset seperti 2 pesawat PC3 Orions yang dilengkapi pengesan Sonar untuk mengesan sebarang objek dari pesawat.

4- Cuaca Adalah Baik Dan Selamat Ketika Kejadian
Menurut Jabatan Meteorologi Negara, cuaca di perairan Laut China Selatan pada jam 12.30 am hingga 3.00 am adalah baik dan selamat. Malah berdasarkan imej satelit Agensi Meteorologi Jepun tiada keadaan yang menyebabkan ancaman kepada MH370.

5- 2 Penumpang Menggunakan Passport Palsu
2 penumpang yang menggunakan passport Austria dan Itali yang dilaporkan hilang didapati membeli tiket dari China Southern Airlines menggunakan Thai Baht.

FBI tiba di Malaysia bagi menyiasat sekiranya ada unsur pengganas tetapi kenyataan awal menafikan adanya unsur tersebut.

PM DS Najib mengumumkan sistem keselamatan di KLIA akan dikemas kini sekiranya perlu. 
6- Kemungkinan Pesawat Cuba Berpatah Balik
Menurut Panglima Tentera Udara, radar tentera mengesan ada usaha pesawat MH370 cuba berpatah balik tetapi tiada signal kecemasan yang diberikan.


7- Tompokan Minyak Besar Dijumpai
Agensi Perlaksanaan Meritim Malaysia mengesahkan tompokan minyak sepanjang 16km dijumpai di perairan Laut China Selatan iaitu 37km dari kawasan terakhir MH370 dikesan.

Sampel telah diambil bagi tujuan pengesahan.

8- Objek Misteri Yang DIjumpai Bukan MH370
Kedutaan AS di Vietnam melaporkan objek misteri yang dikesan pihak Singapura100km dari perairan Vietnam adalah tidak berkaitan dengan MH370.

9- MH370 Cuba Menghubungi Pesawat Lain Sebelum Hilang
Menurut juruterbang pesawat MAS yang terbang 30 minit awal menuju ke Tokyo, terdapat hubungan komunikasi yang dilakukan antara kedua pesawat namun tidak jelas.

Ini berikutan arahan kawalan udara Vietnam yang meminta pesawat itu menghubungi MH370 selepas hilang dari radar.

10- Teori Kehilangan Pesawat MH370 Misteri
Kebiasaannya, pesawat masih lagi mampu menghantar sebarang signal jika berlaku apa-apa kerosakan ataupun terhempas.

Malah, sistem pengesan radar akan mengeluarkan signal jika terhempas dan sistem ini adalah kalis air.

Antara teori (tetapi tidak rasmi) adalah pesawat tersebut mengalami keadaan 'mengejut secara tiba-tiba yang menyebabkan tiada masa untuk menghantar isyarat kepada menara kawalan.'

11- Mengapa MAS Tidak Mengesahkan Pesawat MH370 Terhempas?
Setiap orang boleh beranggapan dan membuat kesimpulan begitu tetapi jika MH370 terhempas, di manakah bangkai pesawat itu?

Malah ini selari dengan prosedur di mana sebelum pesawat dilaporkan terhempas, serpihan atau bahan bukti perlulah dijumpai terlebih dahulu.

12- Mengapa MAS dan Kerajaan Lambat Melaporkan?
MAS dan kerajaan bukanlah agensi berita yang berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama melaporkan.
Setiap maklumat perlu diperiksa kesahihannya berkali-kali kerana segala info daripada MAS dan kerajaan akan dianggap rasmi. Dan setiap kenyataan rasmi akan dipertanggungjawabkan oleh keluarga mangsa, kedutaan negara-negara dan orang ramai.

13- Mengapa Kerajaan Tidak Menggunakan Kapal Selam?

Kapal selam Scorpene Malaysia bukanlah bertujuan untuk operasi mencari dan menyelamat. 

Singapura menghantar 'submarine escape rescue vessel' yang berbeza dengan submarine Malaysia.

14- Mengapa MAS Tidak Menghantar Pegawai Tertinggi Ke Beijing?
MAS telah menghantar 'Go Team' diketuai CEO Firefly, Ignatius Ong dan juga 94 kakitangan dan sukalerawan ke Beijing bagi memaklum dan juga membantu keluarga mangsa.

MAS akan membawa ahli keluarga mangsa yang mahu ke Malaysia selewat-lewatnya hari Isnin- bergantung kepada passport dan visa. Mereka yang sudah mempunyai passport diberikan kelonggaran dari kerajaan Malaysia berkaitan dengan visa.

MAS juga akan membuka Pusat Arahan Darurat di Ho Chi Minh dan Kota Bharu selepas lokasi pesawat #MH370 ditentukan.
15- Mengapa MAS Tidak Menghentikan Penggunaan Pesawat Boeing 777?
Pesawat B777 adalah antara pesawat jarak jauh yang paling selamat dalam sejarah penerbangan dunia sejak dibina pada 1995. Tidak ada kejadian serius dalam masa 18 tahun kemudiannya. 

Hanya pada Julai 2013 berlaku kejadian pada Asiana Air yang mengorbankan 3 orang.

Pesawat MH370 telah diservis dan diperiksa selamat 10 hari sebelum penerbangan.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers