Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

15 Jun 2014

4 Cara Bangun Awal!

Tahukah korang ada beberapa tip yang lain untuk bangun awal dan mengelakkan terlajak tidur selain mengunci jam / alarm...

Tak tahu lah sama ada korang pernah cuba atau tidak, tapi kalau belum mungkin korang boleh ikut cara ini...Teman ada buat semua, cuma tidur tak pakai selimut ni.. err.. tak biasa lea pulak tido tak berselimut... kecuali kalau cuaca panas sangat2.. ehehehehe.. 

1- JANGAN TIDUR PAKAI SELIMUT
Ini kerana selimut akan menyebabkan kita selesa dan rasa nyaman ketika tidur. Oleh itu, jika kita perlu bangun awal cuba elakkan daripada memakai selimut yang boleh membuatkan kita lena di buai mimpi.
hee.. lenanya tido.. aipp.. jangan pakai selimuttt

2- BUAT 'TIMING' PADA KIPAS / AIRCOND
Nampak seperti tidak masuk akal namun ia sangat berkesan.Tetapkan masa pada kipas dan aircond untuk tutup Jika ia tidak boleh di tetapkan, minta bantuan emak, atau kawan sebilik yang bangun awal. Bila ia terpadam pasti kita akan rasa panas secara tidak langsung kita pasti akan terjaga dan tidur menjadi ‘terencat’. Pasti selepas itu kita akan bangun dan terus mandi kerana berpeluh bukan ?
Aishh.. bukan main suara bergetar dekat kipas yea... 

3- TIDUR MENGHADAP TINGKAP
Bila kita tidur menghadap tingkap, kita pasti akan mudah terjaga bila ada cahaya yang memancar.
Bukan tido dekat tingkap yea.. adeh... 

4-  TEPUK BANTAL
Ini petua orang tua-tua. Sebelum kita baring dan pejamkan mata, pasang niat dalam hati dan nyatakan jam berapa kita perlu bangun. Kemudian tepuk kan bantal itu sebanyak jam yang kita maksudkan. Contoh jika kita mahu bangun jam 7 pagi, tepuk bantal sebanyak 7 kali.
Ni lagi sekor.. Tepuk Bantal lah! bukan Tido atas Bantal.. aigooo...

Ha2.. apa2 pun.. selamat mencuba yea.. kikikikiki...
saja nak share kartun Ankel Jonni ni.. he2... 
Gambar2 lain dan sumber : Google

13 Jun 2014

UCAPAN SELAMAT HARI BAPA



Selamat Hari Bapa diucapkan kepada kaum lelaki yang sudah bergelar seorang Ayah/Bapa/Abah/Dad/Bapak/Papa/Abi atau apa2 jua panggilan lah.. heee.. janji Bapa.. Tahniah kerana telah menjadi Bapa yang penuh tanggungjawab, ensem, kacak, baik hati, tegas, garang, penyayang... haa.. semua yang teman sebut tu ada pada Abah teman.. hu3.. nak tau abah teman tu camne orangnya? cer klik sini-->UCAPAN SELAMAT HARI BAPA

Info : Hari bapa diraikan pada minggu ketiga ahad pada bulan Jun 2014. Oleh itu, tarikh rasmi Hari Bapa 2014 di negara ini jatuh pada 15 Jun 2014. Pengorbanan, jasa dan kasih sayang seorang bapa juga adalah sangat penting dan perlu dihargai oleh setiap insan yang bergelar anak.

Tertarik nak letak Puisi kat entri kali ni.. ditujukan buat abah tersayang.. heee.. I love U Abah.. Selamat Hari Bapa.. tQ sebab jadi bapa yang torbaekk!

Ayah..
Beribu kata telah kau ucapkan..
Beribu cinta tlah kau berikan ..
Beribu kasih telah kau curahkan..
Hanya untuk anak mu..

Ayah..
Kau ajarkan ku tentang kebaikan..
Kau tunjukan ku tentang arti cinta..
Kau jelaskan ku tentang makna kehidupan..
Dan kau mendidik ku dengan sungguh kasih sayang..

Ayah..
Betapa mulianya hati mu..
Kau korbankan segalanya demi anak mu..
Kau banting tulang hanya untuk anak mu..

Kini ku berjanji untuk semua kerja keras mu..
Ku berjanji untuk semua kasih sayang mu..
Dan ku berjanji untuk ketulusan hati mu..
Bahawa aku akan selalu menjaga mu..
Aku akan selalu menyayangi mu hingga akhir hiup ku..

Terima kasih ayah untuk semua kasih sayang mu..

Syuhada Baharudin Cepatlah Bangun!

Mari sama2 doakan yang terbaik buat Blogger Syuhada Baharudin (empunya Blog Motivasi dan Tips berguna iaitu syuhadabaharudin.com ), yang kini masih dalam keadaan tidak sedar selepas pengsan kelmarin.. Semoga Syue cepat sedar, dan sembuh seperti sediakala.. Nak sangat tengok dia sihat dan aktif macam dulu.. 

Walaupun teman tak kenal dia secara rapat tapi teman kagum dengan kejayaan Syue dalam bisnesnya.. dan suka ikuti perkembangan Syue ni sejak mula2 terjumpa blog Syue ni.. Very hardworking woman..!! yea..teman respect kat Syue ni.. apa2 pun mari kita sama2 doakan semoga Syue cepat sedar dari tidurnya.. Semoga Syue bangun dengan ceria dan sihat sepenuhnya.. Aamiiinn.. 

Inilah dia semangat setiakawan antara Blogger2.. Semua rakan Blogger turut sama2 mendoakan Syue.. Walau kita tak kenal rapat namun rasa kasih tu tetap ada..
Get Well soon Syue..

JAWAPAN UNTUK EMOJI GAME : APO BONDO EH NI? BAGI EPISOD 3

JAWAPAN UNTUK APO BONDO EH NI?BAGI EPISOD 3

JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 1 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 2 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 3 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 4 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 5: KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 6 : KLIK SINI




1. KORBAN
2. PULUT PANGGANG
3. BAJU RAYA
4. ROMBONGAN KAHWIN
5. CUCUK DUIT
6. GURUN
7. AIR MATA KUCING
8. BUKIT MERAH
9. DOA BUAT KEKASIH
10. CELIK
11. ASTRONOMI
12. BUJUR
13. IBU SUSUAN
14. AWAN YANG TERPILU
15. TERUNG TELUNJUK
16. SABUNG AYAM
17. PAPAN KEKUNCI
18. LAMPU JALAN
19. KETUK KETAMPI
20. ANUGERAH PLATINUM
21. BURGER RAMLI
22. TUNJUK AJAR
23. TEPATI MASA
24. ENJET ENJET SEMUT
25. UDANG HARIMAU
26. KAIN BASAHAN
27. PUTIH MATA
28. SOGOK
29. BURUNG RAJAWALI
30. TELUR MATA KERBAU
31. BISKUT RAYA
32. JURUTERA BUNYI
33. PANDANG KE TIMUR
34. TIADA RANGKAIAN
35. KATA KUNCI
36. KUDA BELANG
37. EKSPRESI WAJAH
38. PELANGI SENJA
39. NASIB BAIK
40. WANG JAJAN
41. BEBOLA KAYA
42. KERETAPI PELURU
43. BURUNG KELICAP
44. AIR MUKA
45. SURAT KHABAR LAMA
46. BANK PERTANIAN
47. BAGASI
48. HIDROPONIK
49. HATI KE HATI
50. MALAM BUTA
51. BERDUA BERSATU
52. ULAR AIR
53. POP KUIZ
54. AISKRIM POTONG
55. MEASAT
56. BULUH PERINDU
57. AHMAD ALBAB
58. MINYAK MASAK
59. PUSINGAN U
60. PUSARAN AIR
61. BOMBASTIK
62. POKOK API API
63. PENYULUH HATI
64. LANGKAH SERIBU
65. KUDA KUDA
66. ROKOK GULUNG
67. POTONG RUMPUT
68. SEROMBONG KAPAL
69. LOMPAT BINTANG
70. HATI HATI
71. PAPARAN
72.ULAR DAUN
73. BURUNG RAJA UDANG
74. MASAK ASAM PEDAS
75. SASARAN PENJENAYA
76. KENDERAAN BERAT
77. ANJING POLIS
78. DAULAT TUANKU
79. KUDA LAUT
80. BENCANA ALAM
81. TUNJUK BELANG
82. BERITA BAIK
83. SEGAN SILU
84. PUDINA
85. PANDU PERLAHAN
86. MUDAH PECAH
87. ALAT MUZIK BERTALI
88. KAKI AYAM
89. MYKAD
90. KAMBING HITAM
91. RAJA BERSIONG
92. BUKIT BINTANG
93. KUAT HARIMAU
94. SILAU
95. LARANGAN
96. GENIUS
97. KOKO JELLY
98. IKAN LAGA
99. SILAP MATA
100. RANTAI MAKANAN
101. ROTI KAYA
102. JURUTERA KOMPUTER
103. LIDAH BUAYA
104. SUPERMOKH
105. BONGKAK
106. IKAN BUNTAL
107. BURUNG KAKAK TUA
108. FASA
109. CERAH MASA DEPAN
110. UNGU
111. MERAH MENYALA
112. KOBOI
113. MATAWANG JEPUN
114. LAPORAN PRESTASI
115. GARISAN
116. SUNTING VIDEO
117. BERPELUH
118. KILAUAN EMAS
119. MINUM PETANG
120. TINGGI MELANGIR
121. BURUNG HANTU
122. GAJI BUTA
123. BISKUT TAT
124. CERMIN
125. TAPAU
126. TELADAN
127. EMPAT SEGI
128.KERETA SAPU
129. DAM HAJI
130. PEMBESAR SUARA
131. MULUT MASIN
132. ROTI PITA
133. PAKU PAYUNG
134. KACAU DAUN
135. MAKANAN SEGERA
136. PANAS
137. NAIK GAJI
138. KENTANG PUTAR
139. KOTAK HITAM
140. KASUT TUMIT TINGG
141. PUTIH TULANG
142. MELARAM
143. ARAH
144. BUAH HATI BETA
145. MAN LAKSA
146. PERIUK KERA
147. CABUTAN BERTUAH
148. KEDAI BUNGA
149. PANJANG TANGAN
150. MEE BANDUNG
151. BUNGA KERTAS
152. BUNGA TERATAI
153. TERUNG PIPIT
154. NAIK ANGIN
155. TAUGEH
156. PURNAMA MENGAMBANG
157. TETIKUS
158. SEBULAT SUARA
159. OPERATOR PENGELUAR
160. PIALA PUSINGAN
161. NASI KUKUS AYAM DARA
162. JALAN RAJA LAUT
163. SENI KREATIF
164. BURUJ
165. GITAR ELEKTRIK
166. TUNAS
167. HONEY STARS
168. NAFAS NAGA
169. KAD KAWIN
170. KASUT BERKILAT
171. POTONGAN HARGA
172. KUIH KERIA
173. SHALIN ZULKIFLI
174. KOKO KRUNCH
175. BUAH NAGA
176. MATRIK
177. MENARA GADING
178. SELSEMA BURUNG
179. TELUR BUNGKUS
180. SEPAHTU
181. SEPANTAS KILAT
182. DEDAK
183. TEH HERBA
184. DAM ULAR
185. KERETA HYBRID
186. TUTUP LAMPU
187. SERANGGA
188. LOKOMOTIF
189. TIGA ABDUL
190. IMAM MUDA
191. TIDUR AYAM
192. MARAH TERPENDAM
193. DARAH MANIS
194. SHELL
195. P RAMLEE
196. CINTA ITU BUTA
197. BUAH BERANGAN
199. KELAPA LAUT
200. SEPANTAS KILAT
201. PERIUK API

12 Jun 2014

Jadual Waktu Imsak & Waktu Berbuka Puasa Tahun 2014/1435H

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Tahun 2014/1435H | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan tahun 2014 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik judul pautan url mengikut negeri masing-masing sepertimana yang tertera pada lampiran dibawah

23 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN SEPANJANG RAMADHAN

Fuhh.. berdebar2 kot menantikan Ramadhan yang bakal tiba ni, semakin hari semakin hampir.. dalam hati kadang tertanya-tanya adakah sudah bersedia mental dan fizikal untuk menempuh satu lagi Ramadhan untuk tahun ini.. 

Moga Ramadhan kali ini kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan lancar dan mendapat Pahala yang barakah.. Aamiinn.. untuk menuju ke arah itu, mari kita sama-sama kumpul ilmu lakukan yang terbaik dan kurangkan kesilapan sebelum melangkah memasuki Ramadhan yang bakal tiba 29 Jun 2014 ni.. hujung bulan ni je.. dah dekat ni.. okeh, BACA yea..

Terdapat sekurang-kurangnya 23 kesilapan yang selalu dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan. Sedarkah kita bahawa terdapat banyak kesilapan yang mungkin tidak disedari, terlepas pandang atau mungkin telah diketahui di sepanjang bulan Ramadhan ini. Antara kesilapannya ialah:
1) Memasuki Ramadhan Dengan Hati Kotor
Memasuki bulan Ramadhan, bergelumang dengan maksiat dan keadaan hati yang penuh kotor, hasad dengki dan bermusuhan. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat besar kepada kualiti ibadah Ramadhan kerana status orang yang terlibat dengan kemungkaran adalah seolah-olah berperang dengan Allah سبحانه وتعالى dan RasulNya..
Dari Abu Darda’ Radliyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah murka kepada orang yang berperangai jahat dan berkata keji.” dan dari Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu pula, Rasulullah ﷺ bersabda, “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
2) Tidak Membersihkan Harta
Memasuki Ramadhan dengan harta yang tidak bersih seperti menyimpan barangan curi, megekalkan harta riba dan tidak mengeluarkan zakat pendapatan dan harta serta tidak pula berazam untuk mensucikannya.
Firman Allah سبحانه وتعالى: “Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada segala akhlak yang buruk)…”  (Surah at-Taubah, Ayat 103)
Rasulullah ﷺ bersabda : “Islam diasaskan atas lima perkara, kesaksian bahawa tiada tuhan selain daripada Allah dan Muhammad Pesuruh Allah, mendirikan solat,mengeluarkan zakat, menunaikan fardu haji dan berpuasa pada Ramadhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Firman Allah سبحانه وتعالى:

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan dirinya.” 
(Surah Al-Syams: Ayat 9).
3) Tidur Berlebihan
Banyak tidur terutama di siang hari dengan alasan, daripada melakukan maksiat lebih baik tidur saja’ atau konon ianya adalah satu ibadah. Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah. Sedangkan Rasulullah ﷺ mengurangkan waktu tidurnya yang memang sangat sedikit itu untuk memperbanyak ibadah.
Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan  “Sekiranya kamu tidur (banyak) siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat (masyarakat); jika kamu tidur (banyak) malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (Qailullah) bukan sepanjang hari.
4) Kurang Berdoa Ketika Berpuasa

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, maka (jawablah), bahwasanya Daku adalah dekat. Daku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah; Ayat 186)
Ramai umat Islam kerap mengabaikan dan tidak memperbanyakkan selawat, istighfar dan doa ketika berpuasa. Rasulullah ﷺ telah bersabda : Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
5) Bebas Makan Minum
Ramai yang makan dan minum secara terang-terangan di hadapan orang lain tanpa menjaga adab sebagai orang yang tidak puasa. Atau makan dan minum tanpa rasa malu selepas sengaja batalkan puasa seperti mengeluarkan mani, merokok, makan dan minum tanpa uzur yang dibenarkan Islam. Hakikatnya mereka ini dikenakan denda dengan dilarang melakukan segala perkara yang membatalkan puasa termasuk makan dan minum di sepanjang hari itu.
Sabda Rasulullah ﷺ: “Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
6)  Berbelanja Berbuka Secara Berlebihan
Ramai yang menjadikan bulan puasa sebagai pesta makanan dengan membeli pelbagai jenis makanan sehingga penuh meja atau berbelanja mewah dengan berbuka di restoran-restoran ekslusif dan hotel-hotel sehingga mencecah ratusan ringgit. Lebih malang jika mereka tidak mengambil berat kehalalan makanan tersebut. Kebiasaan inilah yang melanda kebanyakan umat Islam yang tidak kunjung padam ketika menghadapi puasa Ramadhan.
Sewajarnya setiap mukmin bermujahadah dan belajar berbuka secara amat sederhana dan lebihan wang tersebut boleh menjamu orang lain dan disedekahkan kepada fakir miskin.“Allah akan mengurniakan balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa atau seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa.”
7) Hanya Membaca Doa Berbuka
Sewaktu iftar hanya membaca doa berbuka sahaja tanpa penambahan doa-doa yang lain. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Sedangkan doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka), adalah waktu doa yang tidak akan ditolak.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)
8)  Makan Berlebihan Ketika Sahur Dan Iftar
Walaupun telah melakukan berpuluh-puluh kali puasa, kebiasaan berbuka puasa secara berlebihan dan menjadikannya sebagai acara ‘balas dendam’ atau ‘lepas geram’ tetap sukar diubah. Adalah suatu yang amat dikesali dan merugikan, setelah dapat menahan lapar dan dahaga selama lebih kurang 14 jam hikmah berpuasa sebenarnya tidak dapat dihayati.
Ikutlah sunnah Rasulullah ﷺ, hanya berbuka dengan 3 butir kurma dan segelas air dan boleh ditambah dengan makanan lain setelah mendahulukan solat Maghrib. “Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, Baginda meminum beberapa teguk air.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)
Cara inilah yang sepatutnya diamalkan supaya tidak berlaku kejutan pada organ perut dan seterusnya akan terpelihara kesihatan yang berpanjangan.
9) Makan Sahur Sebelum Tidur
Ramai yang makan sahur sebelum tidur kerana malas untuk bangun di akhir malam. ‘Sahur’dari sudut bahasanya ialah ‘Aslah’ (waktu terakhir di hujung malam) dan para Ulama juga menyebut waktu afdalnya adalah 1/6 terakhir malam. Manakala Imam Ibnu Hajar menegaskan, “Melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Rasulullah .” (Fathul-Bari,4/138)
10) Bersahur Sahaja Tanpa Melakukan Ibadah
Adalah suatu kesilapan besar melepaskan bersahur sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain kerana pada waktu sahur dan 10 malam terakhir Ramadan inilah di antara waktu terbaik untuk beribadah, beristighfar dan menunaikan solat malam serta salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى.
Firman Allah سبحانه وتعالى ketika memuji orang mukmin:

وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“..dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar.”
(Surah Az-Zariyyat : Ayat 18)
11) Salah Anggap Waktu Imsak Sebagai Penamat Sahur
Menganggap waktu imsak sebagai ‘Lampu Merah’ bagi sahur. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘Amaran Lampu Oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk ‘Fajar Sadiq’ (Subuh).
12) Tidak Menunaikan Solat Fardhu Ketika Berpuasa
Diakui atau tidak, inilah penyakit dan suatu kesilapan yang amat besar yang diderita umat Islam kini. Walaupun solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya, ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Dan jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang daripada solat fardunya sesuatu, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai solat sunat untuk menampungkan solat fardhunya?”Demikianlah keadaan amalnya yang lain.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
13) Bermalasan Dan Tidak Aktif
Puasa di bulan Ramadhan kerap dijadikan alasan untuk berehat dan malas melakukan aktiviti dan kerja-kerja di siang hari sehingga membawa kesan tidak produktif. Sedangkan, kerja yang dilakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala dan sewajarnya umat Islam kini mempertingkatkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya. Hakikatnya puasa membuat kita mudah berfikir, mempunyai daya tahan diri yang kuat dan mendidik kita untuk mampu hidup.
Sejarah mencatat bahawa banyak kemenangan besar dalam ‘Futuhaat’ (pembebasan wilayah melalui peperangan) yang diharungi oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat, berlaku di tengah bulan Ramadhan.
14) Mengabaikan Solat Subuh Berjemaah
Tidak sebagaimana semangat bertarawih, ramai umat Islam yang terlupa dan mengabaikan kelebihan besar pada semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya Solat Subuh berjemaah yang disebut oleh Rasulullah ﷺ: “Bagi orang yang mendirikan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.”
Rasulullah ﷺ bersabda, ”Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.”           (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
15)  Meninggalkan Solat Tarawih
Walaupun Solat Tarawih adalah suatu sunnah tetapi apabila dikaji secara lebih mendalam, nescaya kita akan dapati bahawa berpuasa Ramadhan tanpa Solat Tarawih atau meninggalkan solat ini tanpa sebarang keuzuran dan halangan adalah suatu kerugian dan amat sayang untuk ditinggalkan, disebabkan amalan sunnah di bulan ini ganjarannya sama dengan pahala amalan wajib.
16)  Terpesong Niat Bertarawih
Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkan meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha Allah سبحانه وتعالى sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulullah ﷺ di dalam hadis: “Sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat.” (Riwayat Bukhari)
17)  Meninggalkan Solat Witir Berjemaah
Dalam bulan Ramadhan ini umat Islam digalak melakukan ibadah yang mana segala ibadah sunat akan digandakan ganjaran pahalanya menjadi ibadah wajib. Maka bagi meraih pahala berjemaah adalah suatu yang amat merugikan jika tidak ikut serta imam menunaikan Solat Witir selepas tarawih di surau atau masjid. Jika antum berkemampuan untuk bangun beribadah dan bersahur bolehlah melakukan Solat Witir 2 rakaat lagi sebagai penutup di akhir malam. Solat ini hendaklah diniatkan sebagai sebahagian daripada Solat Witir tadi yang mana jumlahnya menjadi 5 rakaat dan tidaklah ia dikira sebagai dua solat.
18)  Tidak Berniat Iktikaf
Ramai yang mengabaikan berniat Iktikaf ketika bertarawih di masjid, surau atau mushalla. Iktikaf bermaksud berhenti dalam masjid pada suatu masa yang tertentu untuk mengerjakan amal ibadah sunat yang dituntut oleh Allah سبحانه وتعالى. Selama kita beriktikaf dan menanti ke solat seterusnya, ia dikira sebagai suatu ibadat dan didoakan oleh para malaikat.
Hukum beriktikaf adalah sunat muakkad, terutama pada 10 terakhir Ramadhan. Ibadah iktikaf adalah tidak sah melainkan dengan niat.
Niat Iktikaf:
niat iktikaf
19)  Masih Tidak Merasa Malu Membuka Aurat
Malangnya telah ada yang berani menentang hukum dan jabatan agama bagi membuka aurat. Sudah jelas diperintahkan untuk umat Islam menutup aurat mereka, khusus kaum perempuan. Seharusnya semua kembali kepada ketetapan dan kerendahan hati dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini bagi melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًۭا رَّحِيمًۭا

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab: Ayat 59)
20) Wanita Ke Masjid Tanpa Menjaga Aurat
Walaupun ramai wanita siap bertelekung berterawih ke masjid, malangnya aurat dan kaki mereka kerap terdedah dan didedahkan ketika berjalan dan naik tangga masjid. Lebih buruk, jika mereka masih menggunakan telekng lama atau nipis tanpa disedari telah memdedahkan tubuh di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
21) Berpuasa Tapi Melakukan Maksiat
“Yang penting kan puasa!” Nampaknya ayat ini perlu difahami dengan lebih jelas kerana, seolah-olah terhad untuk ibadah lain dan menjadikan ibadah wajib yang lain dipinggirkan. Inilah yang menyebabkan ramai melakukan maksiat di bulan Ramadhan. Syaitan memang terbelenggu, tapi syaitan dalam hati yang harus kita belenggu. Maka dari itu perlu diingat bahawa yang paling penting adalah menjaga hawa nafsu dalam diri kita. Masa yang penuh ujian selama sebulan inilah akan mendidik, menahan pandangan liar dan menahan lisan yang tidak kurang terlepas dari kawalan.
22) Tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah
Ramai yang berada dalam bulan Ramadhan, tidak membersihkan diri dengan mengeluarkanzakat fitrah. Zakat ini diwajibkan ke atas insan yang merasai hidup pada sekurang-kurangnya sehari Ramadhan atau sehingga selepas terbit awal fajar 1 Syawal. Zakat Fitrahbertujuan menyucikan setiap individu Islam supaya dirinya bersih seperti baru dilahirkan.
Kadar zakat fitrah tiap seorang hanyalah kira-kira 2 sen sehari iaitu cuma RM 7 atau 2.67 kg makanan asasi. Ramai yang sanggup berbelanja kepada perkara remeh dan sia-sia seperti ‘top up’ telefon, kerosang dan rokok tetapi sangat kedekut bayaran fitrah sekali setahun itu.
Daripada Jabir, Rasulullah ﷺ bersabda: “Puasa Ramadhan tergantung antara langit dan bumi (tidak diangkat) melainkan selepas mengeluarkan zakat fitrah.”
23)  Sibuk Memikirkan Persiapan Hari Raya
Ramadhan belum sampai ke penghujung dan Aidil Fitri masih jauh lagi tetapi kebanyakan umat Islam sibuk melakukan persiapan Aidil Fitri dengan menghias rumah, membuat kuih-muih dan pakaian serta membeli-belah. Bahkan tidak kurang mempertaruhkan keimanannya dengan tidak puasa kerana aktivitinya.  Walaupun Hari Raya Aidil Fitri adalah hari kemenangan seluruh umat Islam selepas sebulan menahan belenggu nafsu pada dirinya, ia perlu dirayakan tetapi tidaklah secara berlebihan.
Penutup
Ini adalah antara beberapa kesalahan atau keterlanjuran yang biasa dilakukan umat Islam ketika menjalani ibadat puasa yang boleh merendahkan martabat Ramadhan.
Oleh itu, kita perlu menghindarkannya demi menjamin pahala berganda pada bulan ini berdasarkan sabda Rasulullah ﷺ: “Sesiapa berpuasa pada Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ganjaran amat besar bagi orang yang berpuasa dengan penuh keinsafan, ketakwaan dan ikhlas bagi mendapatkan keredaan Allah سبحانه وتعالى.
“Inilah bulan yang Allah fardukan puasa pada siang hari dan menjadikansolat Tarawih sebagai sunnah pada malam hari. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى (taqarrub) melalui amalan baik pada bulan itu, akan dibalas kepadanya ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardhu pada bulan lain.”
Selain, diberikan balasan pahala berlipat ganda, Allah سبحانه وتعالى turut menjanjikan balasan syurga untuk mereka.
Rasulullah ﷺ bersabda, ”Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya!
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Nota : keseluruhan info dan maklumat ini adalah dari blog yang paling teman suka baca.. shafiqolbu ... di re-post untuk rujukan n peringatan diri teman sendiri.. 

Jemput Baca :

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers