Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 Mac 2017

TEMPOH BERPANTANG SUDAH TAMAT, ENTRI THROWBACK PREGNANT & BERSALINNYA MANA?

TEMPOH BERPANTANG SUDAH TAMAT,
ENTRI THROWBACK PREGNANT & BERSALINNYA MANA?

Amboi tajukk.. Panjang berjelaaa.. Haha.. Actually ni entri Wordless Wednesday la kengkonon yea tuan puan semua.. Huhuhu.. Seperti mana-mana rakan yang tahu bila TB bersalin, semua bertanyakan bila mengandungnya? Tak citer pun..  Bersalin macam mana? Ok ke? Baby ok tak? Berat baby berapa masa lahir? 

Huhuhu.. Memang ramai yang nak tahu perkembangannya.. TB pun tak larat nak cerita banyak kali, So.. TB akan buat satu blogpost tentang entri throwback pregnant dan bersalin dan dalam pantang.. InsyaAllah.  

Semua untuk kenangan TB dan family juga.. Almaklumlah..  masa bersalin, ada banyak urat putus, teman risau terlupa terus kenangan masa pregnant dan bersalin baby boy ni haa.. Nanti TB share juga dugaan yang TB hadapi semasa sehari sebelum bersalin.. K.. Tungguuu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

CARA NAK AKTIFKAN SIMCARD CELCOM YANG BARU DIBELI

CARA NAK AKTIFKAN SIMCARD CELCOM
YANG BARU DIBELI

Hai.. TB ada beli nombor Celcom yang baru. Dah lama beli dan dah masukkan simcard nya dalam fon pun.. Tapi hari ni baru perasan, fon tu macam bisu je tak berbunyi-bunyi start dari TB beli nombor tu sebulan yang lepas. 

Pelik jugak.. pastu TB try call out, tak dapat.. TB check baki pun tak dapat jugak.. pastu TB try call nombor celcom baru TB tu guna fon rumah, eh.. boleh pulak.. maknanya nombor TB tu  memang dah berjaya daftar hari tu.. Cuma kalau nak guna nak kena aktifkan dulu je.. then TB pun google kat internet kot ada penyelesaian untuk masalah TB ni.. apahal kalau dah beli nombor celcom tapi tak boleh guna, ye tak?? 

So, TB Google la.. dan jumpa penyelesaiannya. Rupa-rupanya nombor yang TB dail #118# untuk semak baki tu sebenarnya ialah nombor untuk check baki internet Celcom kuota

Sebenarnya boleh jugak nak check baki kredit kat situ, sebab ada option untuk semak baki akaun gak.. Tapi TB mana ada guna plan internet lagi buat apa masuk situ kan.. dan TB dah try gak check balance guna nombor tu.. enggak mau nya wehh.. 
Masa Google tadi baru tahu yang *124# adalah nombor yang betul untuk semak baki kredit. dan TB pun dail nombor *124# tu..TB nak check balance kredit tapi keluar arahan untuk hubungi 0193000910 untuk pengaktifan .

So, TB pun dail lah   0193000910 tu dan dengar operator tu bercakap... 

Tekan 1 - Untuk  Baki Kredit Anda 
Tekan 2 - Untuk Reload, 
Tekan 3 - Untuk Menukar Bahasa Pilihan Anda  
Tekan 4 - Untuk Servis Notifikasi Baki Kredit Menerusi SMS

TB pun tekan 3 dulu untuk Bahasa Pilihan. Lepas setkan bahasa pilihan tu maka aktiflah simcard celcom TB tu .. Lega.. hehehehe.. kalau tak.. membazir je beli simcard tak dapat nak guna kan.. kan..

So, ceritanya.. Kalau korang ada masalah nak aktifkan simcard korang yang korang baru beli tu.. try call terus no. 0193000910 dan setkan bahasa je.. (tekan 3) .. lepas tu gerenti dah boleh guna nombor celcom korang tu.. (ini untuk prepaid sahaja yea.. )  

Lagi satu TB ni cukup le susah nak ingat nombor-nombor nak dail untuk Celcom ni.. asyik tanya orang aje.. kalau time maxis dulu senang je, boleh pulak ingat. Bila dah tukar Celcom ni.. keberatan pulak nak mengingat.. kih3.. so, TB tepek sini untuk ingatan TB.. kui3..

Cara nak Check Balance/Topup/Internet
CELCOM XPax PREPAID

Dail 0193000910 dan tekan 3 untuk Pilihan Bahasa 
- Untuk Aktifkan Simcard Baru Beli 

Taip *124# 
- Untuk Check Balance

Taip #111# Untuk Reload
(dail *111* (14 Digit no topup) # )

Taip *118# 
-Untuk Check Balance Internet dan 
semua berkaitan Internet lah!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


21 Mac 2017

iPrice Blogger Competition | Online Shop Mana Jadi Pilihan?

iPrice Blogger Competition 

Haiii.. Assalammualaikum.. TB sedang free hari ni, so TB nak up lagi satu entri tentang satu laman web ni. Laman web ini dipanggil iPrice.my . Biasa dengar tak tentang iPrice? Haa.. kalau belum pernah dengar atau baru nak tahu, meh TB terangkan sikit tentang iPrice.my ni yea..

Sebelum tu TB nak beritahu korang yang Entri ini, adalah entri contest yang dianjurkan oleh https://iprice.my .

Search, Compare & Save

iPrice.my ialah sebuah laman web yang membantu kita membandingkan harga barangan yang kita hendak beli. TB dan hubby selalu akan compare dulu harga barang yang ingin dibeli, kalau dapat yang paling murah memang terus beli, tapi pastikan ye yang barang tersebut mendapat review yang bagus semuanya yea!

iPrice.my sangat membantu untuk kita membandingkan harga yang paling murah. Ok lah.. sebagai contoh, TB nak beli Laptop DELL Alienware 15'.. So, TB akan menggunakan iPrice.my untuk membandingkan harga yang paling murah, dan apabila kita taip produk yang kita mahukan di kotak search di iPrice.my yang bertulis search for products, coupon and brands


iPrice.my akan memaparkan beberapa laman shopping online yang menjual Laptop seperti yang TB mahukan dari beberapa website, (siap ada review lagi dari pembeli), siap ada spesifikasi laptop, brand apa dan ada waranty ke tak.. Haa.. best ke tidak? hehehehe.. best kan!

Pilih sebuah kedai e-dagang (online shop / website) pilihan anda :
Hemm.. TB ada 3 hingga 4 website online shop yang TB suka shopping. Tapi disebabkan nak kena pilih satu je, TB pilih LazadaMY lah ye sebagai website membeli belah pilihan TB dalam contest iPrice.my ni. Hehe.. Sebab apa  Lazada Malaysia? Sebab Lazada adalah antara online shop yang paling banyak TB shopping barang, beribu-ribu dah kot shopping dengan Lazada, yang ni termasuk hubby TB sekali la tau.. Kami memang suka shopping di Lazada pun. Kebanyakannya barang-barang letrik dan barang-barang Digital. Sekarang ni tiba time shopping barang-barang baby pulak.. heee.. 

Tak perlu nak cerita lebih-lebih sangat tentang Lazada ni sebab semestinya semua dah kenal Lazada ni kan.. Lazada sudah dikenali ramai sebagai platform membeli belah online yang dipercayai seluruh negara. Lazada menjadi laman web terbesar di Asia Tenggara dan setanding amazon.com yang tersenarai sebagai destinasi pilihan utama pembeli atas talian di negara ini.

Jelaskan masalah yang dihadapi oleh online shoppers

Masalah Penghantaran Barang oleh perkhidmatan Kurier yang dilantik Lazada.

Pada pendapat TB sepanjang TBmenggunakan khidmat Lazada, semua tak ada masalah kecuali masalah dengan curier aje.. ada masalah penghantaran dari sesetengah curier yang menghantar barang lewat, dikhuatiri nama baik Lazada pula yang masalah nanti. Oleh itu Lazada perlu berhati-hati memilih curier yang sesuai agar perkhidmatan Lazada semakin menjadi pilihan No.1 dikalangan kaki shopping.. hehehe... walauapa pun TB respect kalau beli secara Cash On Delivery (COD) sebab penghantar/runner dari Lazada sangat-sangat cepat,cekap dan ramah.. Terima kasih sangat-sangat.. Keep it up! Semoga lebih berjaya di masa hadapan.

COD (Cash-on-delivery) TERHAD
Kalau boleh nak COD je semua barang sebab kadang-kadang TB ada cash je, dalam bank duit takde sebab dah ter over shopping baju baby.. kih3.. TB suka COD sebab bila barang sampai baru bayar duitnya, senang macam tu.. takde lah rasa kena tipu ke apa bila barang lambat sampai kan.. sebab duitnya belum dibayar.. heheheh.. Tapi frust sangat-sangat bila Perkhidmatan COD di Lazada ni tersangat lah terhad. Hanya di beberapa kawasan sahaja dan bergantung kepada barang yang dibeli  aje boleh COD. So, yang ni harap Lazada permudahkan kami ye.. heee..

Mencadangkan penyelesaian anda dan bagaimana kedai online anda nyatakan boleh boleh menyelesaikan masalah yang anda nyatakan

1.) Sediakan Senarai Last Ordered Items 
Sebenarnya selain online shop seperti lazada ni, TB selalu juga shopping di website lain, dan ada satu website tu TB suka sangat shopping kat situ sebab TB boleh tengok balik apa yang TB dah beli sebelum ni dalam Last Ordered Items, dan TB rasa sangat mudah untuk TB nak buat review dalam blog semua produk yang TB dah shopping sebelum ni kerana Last Ordered Items yang tersenarai tu di link kan sekali ke produk/barangan tersebut. So.. mudah kalau TB nak repurchased atau re order barang/produk tu nanti.

2.) Wujudkan Live Chat
Kalau ada Live Chat mudah sangat bagi pelangan-pelanggan untuk bertanya secara direct. tak perlu nak tunggu jawapan balasan melalui email, sebab kadang-kadang pelnggan tu tiada masa nak menunggu depan komputer untuk jawapan balasan email tu. Sebab kebanyakan semua bekerja ataupun banyak hal perlu diuruskan.. So, dengan cara Live Chat ni.. boleh mempercepatkan lagi order dari pelanggan.. Kalau lambat-lambat nanti pelanggan pun bosan dan tak jadi membeli.. ye tak? heee.

3.) Perkhidmatan COD Secara Menyeluruh
Yang ni memang TB sarankan sangat-sangat sebab kebanyakannya memang suka guna perkhidmatan COD ni. kalau lah semua orang boleh merasai perkhidmatan ni pastinya Lazada lebih untung besar. hehehe.. produk yang kecil ke besar ke kalau boleh COD memang terbaik lah!

Ok lah.. apa-apa pun.. TB tetap sokong Lazada sebab TB suka sangat-sangat shopping dengan Lazada.. termasuklah hubby TB.. macam tak sangka hubby pun dah berjinak-jinak dengan Lazada... hihihi..

Akhir sekali TB ucapkan terima kasih jugak pada iPrice.my sebab buat contest ni.. TB saja join untuk cuba-cuba .. 

Entri ini, adalah entri contest yang dianjurkan oleh https://iprice.my . Jom LIKE Page iPrice Malaysia!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

20 Mac 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST | HADIAH LUMAYAN!!

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST HADIAH LUMAYAN!! 

Hai.. Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni pagi-pagi tadi lagi TB dah melangut depan PC semata-mata nak buat entri contest Lazada Birthday Blogger Contest sempena Ulangtahun yang ke-5 Lazada. Wah.. dah 5 tahun yea Lazada rupanya.. tapi terasa macam gahnya bertahun-tahun pengalaman di dunia online shop.. setuju tak? Tu yang Lazada buat Contest tu, dengar cerita ada hadiah untuk 30 orang Blogger. Siapakah yang bertuah itu ye? teringin sangat nak berada dalam list pemenang tu.. hahaha.. 'verangan' dulu yea! mana tau ada rezeki.. rezeki baby.. Aamiinn..
Apa-apa pun Tahniah Lazada sebab dah 5 tahun umur mu.. Happy Birthday !! Oh ya.. Lazada ada buat Birthday Sale pada 22 Mac hingga 24 Mac 2017 ini, Jangan terkejut kalau nampak sale sehingga 90% keatas barangan terpilih. Haa.. Kalau korang berminat nak membeli apa-apa di Lazada yang akan buat sale sempena Ulangtahun Lazada yang ke 5, Boleh lah terjah ke Lazada Birthday Sale (http://www.lazada.com.my/birthday-sale/) klik aje link ni ye..

Didalam contest ini terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab, So.. TB akan nyatakan jawapannya satu persatu.. silalah membacanya yea!

a.)Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?
Apa yang TB suka tentang Lazada ialah sebab Lazada ibarat gedung bermacam-macam barang didalamnya! Haa.. TB suka shopping kat Lazada sebab kebanyakan barang yang TB nak mesti ada dekat website Lazada tu. Kadang harganya jauh lebih murah dari beli diluar. TB pun dah banyak shopping kat Lazada, dari sekecil-kecil barang dapur, perabot, gadget hinggalah sebesar-besar barang seperti Oven Hamogen dan bermacam-macam lagi..

Kebanyakan barangan Lazada semuanya ada standard tersendiri. Ada yang dari Oversea dan ada yang dari dalam negara. Kalau kita membeli barang/produk dari oversea maka penghantarannya ambil masa jugak dalam 2 minggu (paling lewat). Kalau produk didalam Malaysia je, kita boleh dapat dalam 2-5 hari.. kadang ada juga hari ni order esok sampailah barangnya.. seriussss..

Yang paling best Lazada tak kedekut nak bagi Diskaun, asyik-asyik ada je Iklan Diskaun dekat wall page Lazada. Selalu jugak TB tengok Lazada buat Sale barangan-barangan tertentu.. Lepas tu ada pulak free postage untuk setiap belian mengikut had belian yang ditawarkan. Kan dah jimat kat situ ye tak?

Dan paling efisyen ialah, bila kita ada pertanyaan, tidak sampai 24 jam pertanyaan itu akan terus dijawab. dan kalau kita ada nak tukar barang ke apa.. semuanya takde masalah. hanya ikuti je arahan yang pihak Lazada beri.

b) Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran) 
Haaa.. yang ni paling TB tak suka.. tak suka sebab hanya 3 je nak kena senaraikan? huhuhu.. Tak cukupp.. kalau ikutkan nak senaraikan semua barang dalam Lazada tu yang TB nak dapatkan.. hahahaha.. TAMAK nya ye.. betul .. TB tak boleh lah tengok website Lazada.. Rambang mata tiba-tiba dibuatnya. Terasa macam nak borong semuanya.. Apa-apa pun TB senaraikan jugaklah 3 barang yang paling TB nak beli dekat Lazada.. hope dapatlah memiliknya.. InsyaAllah.. Produk tersebut ialah : 

1.) COWAY Korea AP-1510BH Korea No.1 Air Purifier
Rumah TB ada 3 ekor kucen.. Butang, Oyen dan Nyiau2.. Bila dah ada baby nj.. TB amat susah hati bila terfikir tentang bulu-bulu kucen dan kutu kucen semua.. TB memag berharap dapat beli Penapis Udara Coway ni.. Kalau ada rezeki baby, insyaAllah akan dapat jugak nanti.. Slow-slow kumpul duit.. 
-------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum ni mana-mana wishlist TB mesti ada sangkut paut dengan kucen.  Haaa.  Tapi yang ni memang terang-terang untuk kucen pun.. TB perlukan Cat Cage ni untuk letak kucen-kucen TB. Cage yang ada kecil sangat.. Muat seekor kucen aje.  Kalau dapat yang ni.. Elok sangat dah. 
-------------------------------------------------------------------------------------------
Ok.. Yang ni.. Punn.  Antara yang TB paling ingin miliki.. TB suka sofa bed ni sebab boleh menjimatkan ruang, dan 2 in 1. Sofa pun boleh.. Jadi katil pun boleh.  Jimat ruang dan praktikal sungguh..  Harap dapatlah sofa bed ni nanti..
-------------------------------------------------------------------------------------------

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST | HADIAH LUMAYAN!! 

Haaaa.. ni TB nak ajak Blogger-Blogger semua, jom join Contest ni sebab lagi ramai join lagi tinggi peluang nak menang sebab pemenangnya akan lebih ramai kalau penyertaannya ramai.. haaa.. apa lagi.. jom join .. untung-untung korang salah seorang pemenang tu kita mana tauu kann.. Sebelum tu.. Jom tengok senarai hadiah yang disediakan .


1. Less than 50 Participants (10 winners) 
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

3. More than 100 Participants (30 winners) 
1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 

Lebih ramai blogger yang join, lagi banyaklah hadiah dapat! lagi besar lah peluang untuk kita menang! Mudah-mudahan rezeki kita bersama :) semoga berjaya!

c) Apa pendapat anda supaya Lazada Malaysia dapat tingkatkan lagi perkhidmatannya? 

Pada pendapat saya sepanjang saya menggunakan khidmat Lazada, semua tak ada masalah kecuali masalah dengan curier aje.. ada masalah penghantaran dari sesetengah curier yang menghantar barang lewat, dikhuatiri nama baik Lazada pula yang masalah nanti. Oleh itu Lazada perlu berhati-hati memilih curier yang sesuai agar perkhidmatan Lazada semakin menjadi pilihan No.1 dikalangan kaki shopping.. hehehe... walauapa pun TB respect kalau beli secara Cash On Delivery (COD) sebab penghantar dari Lazada sangat-sangat cepat,cekap dan ramah.. Terima kasih sangat-sangat.. Keep it up! Semoga lebih berjaya di masa hadapan. 

d) Apakah ucapan birthday anda untuk Lazada Malaysia? 

Ucapan saya buat Lazada ialah.. Happy 5th Anniversary buat Lazada. Semoga semakin success dan semakin dikenalai ramai di seluruh pelosok dunia.. TB yakin online shop seperti Lazada bakal menjadi laman web yang paling ramai pengikutnya suatu hari nanti.. TB pun dah gatal tangan nak shopping something dari Lazada.. hehehehe.. Apa-apa pun hope Lazada akan terus maju dan jangan lupa selalulah buat sale lagi yea.. hehehehehe.. i likeee..


Happy 5th Birthday Lazada!!




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers