Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

25 September 2013

CPUV kedua NUFFNANG

CPUV kedua NUFFNANG

Baru ternampak tadi.. ada CPUV baru dari Nuffnang.. Tak reti nak cakap apa bila dapat CPUV ni.. sebab teman tak faham untuk apa dan macam mana earningnya, sebab sikit beno tertulis kat amount tu? walau apa2 pun.. thanx lagi sekali kat Nuffnang yea.. tapi yang kat atas tu dah Credited.. maksudnya??

24 September 2013

HAFIZH SYAHRIN LAGI... HU3

Ha2.. amacam? ada yang jemu dak baca entri teman yang asik citer pasal sukan berkaitan permotoran jea ni? hu3.. ekceli bukan sukan permotoran yang teman nak ceritakan.. teman just nak share rasa bangga teman kepada Pelumba Negara kita iaitu Hafizh Syahrin .. Penyebab kepada mengapa teman buat entri pasal Hafizh Syahrin  sebab teman pernah tengok beliau berlumba di Sepang International Circuit, Malaysia.pada perlumbaan Moto GP 2012 tahun lepas.. heeee..jangan x caya.. teman gi jugak tauuu.. teman ni memang giler motor.. kalau tengok motor asyik terliur aje.. xtau pasai apa.. hihihi.. suka tengok design2 motor yang pergh.. lazat gituu.. ha2..(mesti ada yang pelik,jelik, sakit mata baca ni kannn.. aishh.. im sorry 4 that yea!) Related Post-->HAFIZH MENANG!! DAN SIAPA HAFIZH SYAHRIN?
berbalik kepada cerita Hafizh Syahrin tadi, teman memang teruja tengok perlumbaan motor masa tu, nak plak dapat tempat Grandstand.. pergh.. bolat jea mata teman nengok motor2 berlumba.. Then perlumbaan pun bermula, sape yang teman paling nak nengok?? sape lagi.. dah tentu lea nak nengok pelumba Malaysia kita kann.. masa tu xtau pun muka dia rupa mana.. sebab pakai helmet kan.. tapi susuk tubuh kurus tinggi leh agak lea orangnya muda lagi..memang pun baru 19 tahun umurnya.. muda kan? Hafizh Syahrin  memakai no 86 masa perlumbaan hari tu.. lupa lak nak citer.. Sebenarnya perlumbaan pada hari MotoGP tu ada 3 kategori perlumbaan..  yang  Hafizh Syahrin  ni dalam kategori Moto2 .. sebelum tu.. pelumba kita bagi kategori Moto3 iaitu Zulfahmi Khairuddin berjaya mendapat tempat kedua dan bagi kelas MotoGP lak teman lupa lea sape yang menang, Casey Stoner ke Lorenzo yea? x ingatt sebab frust Rossi x menang.. hu2..

Sambung lik citer tadi.. 
Maka berdebor2 jugak lea setiap kali nengok Hafizh Syahrin melintas dihadapan track tu.. heee.. baca ni..
"Bermula di petak ke-27, pelumba berusia 19 tahun itu mempamer aksi berani apabila berjaya mendahului perlumbaan di pusingan ke sembilan, sepuluh dan sebelas sekaligus mendapat sorakan gemuruh hampir 70,000 peminat sukan permotoran."

teman pun bersorak jugak wehhh.. giler.. memang masa tu Hafizh Syahrin pecut laju memotong pelumba lain.. lumba punya lumba punya lumba Hafizh Syahrin yang sebelum 2 jauh di belakang, makin lama makin menunjukkan taring, memotong setiap pelumba satu demi satu.. pastu hinggalah bila tiba di tempat yang keempat, perlumbaan terpaksa dihentikan sebab hujan turun dengan lebatnya.. makanya x dapek lah nak nengok aksi Hafizh Syahrin yang pada pandangan teman kalau bukan faktor cuaca hujan lebat, maybe Hafizh Syahrin  boleh jadi juara sebab cara dia kejar pelumba yang lain tu memang ada potensi menang tempat pertama tu.. hu3.. tp nak wat cne.. mungkin masa tu belum rezeki dia lagi kann.. apa apa pun tahniah jugaklea dapat tempat ke-4 dari kelompok pelumba yang ramai tu.. Cayalah!
Ha2.. pastu kan.. lepas perlumbaan dihentikan, semua bersorak kuat giler tanda penghargaan buat Hafizh Syahrin .. dan secara spontan Hafizh Syahrin panjat pagar trek tu sebab nak lambai tangan kat para penyokongnya.. giler ah.. memang respect dengan dia yang tak sombong dengan gaya ala2 Rossi jugaklah.. mesra alam punya rider! tapi mula2 teman cakap gak dalam hati.. over acting nya dia.. hu2.. lama2 baru sedar yang memang itu cara dia nak balas sokongan peminat2 dia.. cayalah! masa tu meremang dengo sorakan orang-orang kat situ! yang pasti teman nampak Hafizh Syahrin dengan jelas.. yess!!
Ni gambo masa MotoGP tahun lepas.. 
Hafizh Syahrin  dalam kategori Moto 2  hanya berjaya 
menamatkan perlumbaan dengan tempat keempat terpantas,
tahniah diucapkan kepada Pasukan Petronas dan Hafizh Syahrin 
Meraikan kecemerlangan awal Hafizh Syahrin
 
Ni lea Hafizh Syahrin yang sporting dan kelakar tu.. heee.. teman suka gaya dia, memang sporting, mungkin sebab dia masih remaja lagi.. maka sikapnya yang spontan buat penyokong sukakannya.. mat saleh kat sepanyol tu pun suka dia tauu.. he2.. itu pendapat teman la kann.. pendapat org lain xtau lea pulak yewwww.. heee..
heee.. Opssss.. gambo atas ni saja teman masukkan sebagai kenangan dalam blog, dimana tahun ni teman x dapat tengok MotoGP 2013.. huk2.. hubby dah nak beli tiket hari tu, tengok2 clash pulak dengan hari Meeting dia, agak bz dia dengan persiapan Meeting tu makanya x dapeklea nak gi kali ni.. teman nengok kat TV jelah nampaknya,, nak tau sape pelumba kegemaran teman dalam gambo tu? heee.. sure lea Valentino Rossi (yang dok depan sekali pegang helmet kuning tu.. )

ok.. sini aje entri yg panjang berjela yang pastinya xde orang nak baca.. hi3.. xpelah.. untuk simpanan dalam dairi teman ni jea.. apa2 pun.. tahniah lagi sekali buat pelumba Malaysia kita Hafizh Syahrin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedikit info tentang perbezaan Moto2 / Moto3 / MotoGP
Moto3
Pada tahun lepas, kategori motor 125cc dua lejang dah ditukar kepada 250cc empat lejang dengan had berat maksimum 65 kg termasuk minyak, dan dikenali sebagai Moto3. Jumlah berat minimum bagi motosikal dan penunggang adalah 148kg. Penunggang bagi kategori ini mestilah tidak lebih dari 28 tahun.
Moto2
Sejak 2010, kategori 250cc dua lejang digantikan dengan 600cc empat lejang dan dikenali dengan kategori Moto2. Enjin dihasilkan oleh Honda dan tayar adalah dari pengeluar Dunlop.
kelas MotoGP
MotoGP menggunakan motosikal khas yang hanya digunakan dalam perlumbaan dan tidak terdapat di atas jalan raya; tidak seperti Kejohanan Superbike Dunia yang menggunakan model motosikal superbike yang sedia ada untuk kegunaan di atas jalan raya.

Sumber info : Wikipedia
Gambar : Extract from Google

SIAPA HAFIZH SYAHRIN?

SIAPA HAFIZH SYAHRIN?
Hafizh Syahrin Abdullah dilahirkan pada 5 Mei 1994, dan dibesarkan di Selangor. Beliau memulakan kerjaya pada usia 9 dalam sukan pocket bikes (motor ala superbike tapi kecik), dia akhirnya memperoleh nama samaran "King of Pocket Bikes apabila beliau telah ditemui oleh pengurus pasukan Barry Leong  secara kebetulan.Tidak lama selepas itu bakatnya mula terlihat selepas debut perlumbaan dalam pocket bikes tahun berikutnya. Beliau yang sering menndominasi kategori pocket bikes tidak lama selepas itu, bakatnya telah ditemui oleh Leong pada salah satu trek pocket bikes

Pada tahun 2007 pada usia 13 tahun, Hafizh Syahrin membuat kemunculan beliau dalam kejohanan Cub Prix dalam menguasai gaya penamat tahun pertama pada YAMAHA LC135 Piala kelas kedua keseluruhan.
Beliau terus melangkah ke tahun berikutnya sebagai pelumba termuda Petronas Sprinta Raceline pasukan itu selesai di podium mengambil 3 keseluruhan dalam YAMAHA GIVI Cup pada tahun 2008, proses itu juga membawa kejayaan melalui penyertaan dalam kategori Novice dengan keputusan yang menarik.

Hafizh Syahrin memulakan musim 2009 untuk kejayaan yang lebih besar memenangi perlumbaan pembukaan musim ini di Alor Setar dengan kemenangan dalam kategori Novis . Dengan 7 kemenangan dari 8 pusingan, dengan yang lain menjadi podium, dominasinya dalam kategori ini tak tertandingi bahawa ia memilih untuk mengorbankan dua pusingan. Anak muda ini beralih untuk bertanding dengan senior yang lebih terkenal dan berpengalaman di kategori Expert dengan keputusan podium.

Beliau menduduki tempat ketiga di Asia Road Racing Championship Underbone 115cc .
Bersemangat untuk terjun ke kategori expert pada tahun 2010 , segala dirancang berjalan lancar kerana Hafizh Syahrin berjaya memecah tembok halangan dan mendahului persaing lain. Walaupun besar rombakan dalam peraturan teknikal yang membawa kepada penamaan semula kategori expert untuk menjadi kategori CP130 , perubahan ini tidak banyak menganggu permainan Hafizh Syahrin ini.

Pada masa musim penutup tirai di Pulau Pinang Padang Kota LamaHafizh Syahrin yang berusia 16 tahun telah merubah carta pertandingan dimana beliau muncul sebagai racer termuda juara CP130 kejohanan itu , memadamkan rekod yang ditinggalkan oleh Norizman Ismail yang merupakan juara Expert pada tahun 2005 di umur 20.

2010 adalah juga penting bagi anak muda yang berusia 16 tahun ini melangkah sehingga ke liga yang lebih besar, Petronas Asia Road Racing Championship didalam kategori SuperSport bike. Berhadapan dengan perlawanan yang melibatkan pelumba yang lebih senior dan berpengalaman, dengan semangat ingin mengharumkan nama Malaysia berusaha cekal untuk menamatkan musim sulungnya dalam 12 yang dihormati daripada 39 pelumba. Beliau menduduki tempat keempat dalam siri yang sama pada tahun 2011. Beliau berpindah ke siri Moto2 Sepanyol di 2012, kemasan keenam.

Hafizh Syahrin Menang Tempat Pertama Pelumbaan di Sepanyol



Hafizh Syahrin Menang Tempat Pertama Pelumbaan di Sepanyol..
Keratan Akhbar Berita Kemenangan Hafizh Syahrin
Berita bertarikh 22 September 2013. Penunggang muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakar sejarah apabila meraih kemenangan pertama di Kejuaraan CEV Sepanyol selepas mengungguli perlumbaan pertama pusingan kelima kejuaraan di Litar Navarra, Sepanyol, semalam. 
Hafizh Syahrin sujud syukur.. 
Hafizh turut menamatkan saingan di kedudukan podium di tempat ketiga pada perlumbaan kedua dan kekal di kedudukan ketiga keseluruhan (110 mata), ketinggalan 12 mata di belakang Alejandro Marinelarena manakala Roman Ramos gah selaku pendahulu (146 mata). 
Berlumba di kelas Moto2, Hafizh yang berkelana ke Sepanyol bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia tampil begitu meyakinkan pada perlumbaan pertama sekalipun bermula di petak ketiga dan berdepan kesukaran di awal perlumbaan.
Usaha buahkan hasil
Situasi berubah ketika perlumbaan berbaki enam pusingan apabila Hafizh yang memacu jentera Kalex
berjaya memintas dua pencabar utamanya, Marinelerana dan Ramos seterusnya mengekalkan kedudukan
sehingga penamat perlumbaan.

“Ini adalah kejayaan paling membanggakan dalam kerjaya saya,” kata penunggang berusia 19 tahun yang
merekod masa 30 minit 50.823 saat untuk bergelar juara menafikan Alejandro, kedua ketinggalan 0.305s
diikuti Ramos ketiga 5.617s. 
Terima kasih Marinelarena, Roman Ramos, dan Jesko kerana menghormati pelumba muslim. Hafizh Syahrin beredar dari podium sebelum terkena champagne spray semalam
“Dan akhirnya saya memenangi perlumbaan di Kejuaraan Sepanyol. Saya sedikit gementar di grid perlumbaan. Segala usaha kami sebelum ini membuahkan hasil.” 
“Kemenangan didedikasikan kepada pasukan, penaja, keluarga dan semua orang di Malaysia. Tanpa mereka, terutama PETRONAS, saya tidak akan berjaya,” katanya. - 
Mari kita ke KLIA bagi menyambut kepulangan Wira Negara kita Hafizh Syahrin #55 pescao yang akan tiba di KLIA pada 24hb (hari ini) jam 3 petang waktu Malaysia.

23 September 2013

BUAT DUIT DENGAN 8SHARE!! JOM JOIN!!

Jom join 8Share! teman dah cecah angka leh cash out dah! heee.. tapi saja kumpul lagi banyak.. 
baru best sikit nengok duik kann.. hu2.. korang taknak join ke? 8Share ni kalau korang belum tau.. 
memberi peluang untuk korang kongsi benda baru dan "dapat ganjaran" dari setiap story yang korang share tuu tauu.. haa  apa lagi.. jom Dapatkan akaun PERCUMA di sini.. klik yea..>>>>> 8Share 

Cara nak Daftar.. ikut step bawah ni yea.. selamat buat duit.. he2.. =)
Mula2, nak Daftar--->Tekan sini---> SIGN UP
  • Pastu klik CREATE MY ACCOUNT.. 
  • Pastu KLIK 3MIN TOUR 
  • Pastu isi form SPECIAL PREFERENCES...dan SAVE
  • Pastu bila dah save, keluarlah iklan untuk di share.. 
  • korg share la dengan FACEBOOK atau TWITTER.. 
  • haaa.. Setiap per klik korg akan dapat RM 0.20.. 
  • tauu..kumpul lea byk2 hokeh! sikit2 lama2 jadi bukit kan!

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers