HAFIZH SYAHRIN LAGI... HU3

Ha2.. amacam? ada yang jemu dak baca entri teman yang asik citer pasal sukan berkaitan permotoran jea ni? hu3.. ekceli bukan sukan permotoran yang teman nak ceritakan.. teman just nak share rasa bangga teman kepada Pelumba Negara kita iaitu Hafizh Syahrin .. Penyebab kepada mengapa teman buat entri pasal Hafizh Syahrin  sebab teman pernah tengok beliau berlumba di Sepang International Circuit, Malaysia.pada perlumbaan Moto GP 2012 tahun lepas.. heeee..jangan x caya.. teman gi jugak tauuu.. teman ni memang giler motor.. kalau tengok motor asyik terliur aje.. xtau pasai apa.. hihihi.. suka tengok design2 motor yang pergh.. lazat gituu.. ha2..(mesti ada yang pelik,jelik, sakit mata baca ni kannn.. aishh.. im sorry 4 that yea!) Related Post-->HAFIZH MENANG!! DAN SIAPA HAFIZH SYAHRIN?
berbalik kepada cerita Hafizh Syahrin tadi, teman memang teruja tengok perlumbaan motor masa tu, nak plak dapat tempat Grandstand.. pergh.. bolat jea mata teman nengok motor2 berlumba.. Then perlumbaan pun bermula, sape yang teman paling nak nengok?? sape lagi.. dah tentu lea nak nengok pelumba Malaysia kita kann.. masa tu xtau pun muka dia rupa mana.. sebab pakai helmet kan.. tapi susuk tubuh kurus tinggi leh agak lea orangnya muda lagi..memang pun baru 19 tahun umurnya.. muda kan? Hafizh Syahrin  memakai no 86 masa perlumbaan hari tu.. lupa lak nak citer.. Sebenarnya perlumbaan pada hari MotoGP tu ada 3 kategori perlumbaan..  yang  Hafizh Syahrin  ni dalam kategori Moto2 .. sebelum tu.. pelumba kita bagi kategori Moto3 iaitu Zulfahmi Khairuddin berjaya mendapat tempat kedua dan bagi kelas MotoGP lak teman lupa lea sape yang menang, Casey Stoner ke Lorenzo yea? x ingatt sebab frust Rossi x menang.. hu2..

Sambung lik citer tadi.. 
Maka berdebor2 jugak lea setiap kali nengok Hafizh Syahrin melintas dihadapan track tu.. heee.. baca ni..
"Bermula di petak ke-27, pelumba berusia 19 tahun itu mempamer aksi berani apabila berjaya mendahului perlumbaan di pusingan ke sembilan, sepuluh dan sebelas sekaligus mendapat sorakan gemuruh hampir 70,000 peminat sukan permotoran."

teman pun bersorak jugak wehhh.. giler.. memang masa tu Hafizh Syahrin pecut laju memotong pelumba lain.. lumba punya lumba punya lumba Hafizh Syahrin yang sebelum 2 jauh di belakang, makin lama makin menunjukkan taring, memotong setiap pelumba satu demi satu.. pastu hinggalah bila tiba di tempat yang keempat, perlumbaan terpaksa dihentikan sebab hujan turun dengan lebatnya.. makanya x dapek lah nak nengok aksi Hafizh Syahrin yang pada pandangan teman kalau bukan faktor cuaca hujan lebat, maybe Hafizh Syahrin  boleh jadi juara sebab cara dia kejar pelumba yang lain tu memang ada potensi menang tempat pertama tu.. hu3.. tp nak wat cne.. mungkin masa tu belum rezeki dia lagi kann.. apa apa pun tahniah jugaklea dapat tempat ke-4 dari kelompok pelumba yang ramai tu.. Cayalah!
Ha2.. pastu kan.. lepas perlumbaan dihentikan, semua bersorak kuat giler tanda penghargaan buat Hafizh Syahrin .. dan secara spontan Hafizh Syahrin panjat pagar trek tu sebab nak lambai tangan kat para penyokongnya.. giler ah.. memang respect dengan dia yang tak sombong dengan gaya ala2 Rossi jugaklah.. mesra alam punya rider! tapi mula2 teman cakap gak dalam hati.. over acting nya dia.. hu2.. lama2 baru sedar yang memang itu cara dia nak balas sokongan peminat2 dia.. cayalah! masa tu meremang dengo sorakan orang-orang kat situ! yang pasti teman nampak Hafizh Syahrin dengan jelas.. yess!!
Ni gambo masa MotoGP tahun lepas.. 
Hafizh Syahrin  dalam kategori Moto 2  hanya berjaya 
menamatkan perlumbaan dengan tempat keempat terpantas,
tahniah diucapkan kepada Pasukan Petronas dan Hafizh Syahrin 
Meraikan kecemerlangan awal Hafizh Syahrin
 
Ni lea Hafizh Syahrin yang sporting dan kelakar tu.. heee.. teman suka gaya dia, memang sporting, mungkin sebab dia masih remaja lagi.. maka sikapnya yang spontan buat penyokong sukakannya.. mat saleh kat sepanyol tu pun suka dia tauu.. he2.. itu pendapat teman la kann.. pendapat org lain xtau lea pulak yewwww.. heee..
heee.. Opssss.. gambo atas ni saja teman masukkan sebagai kenangan dalam blog, dimana tahun ni teman x dapat tengok MotoGP 2013.. huk2.. hubby dah nak beli tiket hari tu, tengok2 clash pulak dengan hari Meeting dia, agak bz dia dengan persiapan Meeting tu makanya x dapeklea nak gi kali ni.. teman nengok kat TV jelah nampaknya,, nak tau sape pelumba kegemaran teman dalam gambo tu? heee.. sure lea Valentino Rossi (yang dok depan sekali pegang helmet kuning tu.. )

ok.. sini aje entri yg panjang berjela yang pastinya xde orang nak baca.. hi3.. xpelah.. untuk simpanan dalam dairi teman ni jea.. apa2 pun.. tahniah lagi sekali buat pelumba Malaysia kita Hafizh Syahrin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedikit info tentang perbezaan Moto2 / Moto3 / MotoGP
Moto3
Pada tahun lepas, kategori motor 125cc dua lejang dah ditukar kepada 250cc empat lejang dengan had berat maksimum 65 kg termasuk minyak, dan dikenali sebagai Moto3. Jumlah berat minimum bagi motosikal dan penunggang adalah 148kg. Penunggang bagi kategori ini mestilah tidak lebih dari 28 tahun.
Moto2
Sejak 2010, kategori 250cc dua lejang digantikan dengan 600cc empat lejang dan dikenali dengan kategori Moto2. Enjin dihasilkan oleh Honda dan tayar adalah dari pengeluar Dunlop.
kelas MotoGP
MotoGP menggunakan motosikal khas yang hanya digunakan dalam perlumbaan dan tidak terdapat di atas jalan raya; tidak seperti Kejohanan Superbike Dunia yang menggunakan model motosikal superbike yang sedia ada untuk kegunaan di atas jalan raya.

Sumber info : Wikipedia
Gambar : Extract from Google

15 Ulasan

  1. Best to. Tapi dah tak boleh berlumba. Takut... hahaha

    BalasPadam
  2. he3.. nak berlumba bole, tapi pastikan dalam trek yang betul.. pastu pakai racing suit dan segala macam yang ada untuk protect badan dari cedera teruk if terjatuh..

    BalasPadam
  3. memang dia buatkan kita rasa bangga dengan pencapaian beliau kan?

    BalasPadam
  4. Kalau dulu-dulu, minat juga dengan sukan perlumbaan motor, tapi maybe disebabkan dah jarang menghupdatekan diri dengan berita-berita cenggini, so minat tu semakin lama semakin pudar.

    BalasPadam
  5. salam TB ..
    aby tengok aksi hafidz masa motogp 2012 thn lps tu ..
    cukup bergaya dia beraksi dalam hujan ..
    ni link dia..
    saje aby masuk kan ke blog meow ..

    http://dorobeescattery.blogspot.com/2012/10/bila-tiada-kucing-pada-mata-mama-meow.html

    BalasPadam
  6. link ke motogp 2010 ..

    http://satuperlumbaan.blogspot.com/2010/10/motogp-sepang-catatan-lensa-ku.html

    klu kt entri lepas2 banyak juga aby crita psl motogp ni

    BalasPadam
  7. hebat dia ni.. Bagga ada pelumba malaysia macam ni.

    BalasPadam
  8. Semoga kariernya bersinar lama..jgn muncul seketika je

    BalasPadam
  9. paling takut tgk sukan lumba2 ni.... apa2 pun tahniah buat dia

    BalasPadam
  10. seriously nk cakap ..kalau lumba2 nih xminat..haha..tp pencapaian yg beliau nih memang membanggakan :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama