Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Oktober 2013

KALA JENGKING NERAKA

KALA JENGKING NERAKA

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari 5 orang:

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

P/S: Haiwan tidak dimasukkan ke dalam neraka tetapi Allah ciptakan haiwan yang khas untuk menyeksa ahli neraka yg degil.

Nota : Takut baca petikan diatas.. korang acane lak?

ASMAUL HUSNA - 99 NAMA ALLAH YANG SANGAT INDAH

Asmaul Husna / 99 Nama Allah

Salam Jumaat semua.. teman baru singgah blog seorang blogger semalam, dan melihat satu video yang agak merdu je suara pengalunnya.. haaa.. sebab tu hari ni teman nak share video dari Sharifah Khasif yang mengalunkan dengan merdu nama2 Allah.. amat menyentuh kalbu bila mendengarnya..  jom tengok video ni.. dan hayati setiap yang dialunkan.. dan jangan lupa baca kat bawah ni sekali yea.. moga dapat mengingati nama2 Allah selamanya.. thanx kepada blogger darimataazyma.blogspot (jangan lupa singgah)


Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
99 Nama Allah yang sangat indah..
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·

YA ALLAH

YA-RAHMAN-MAHA PEMURAH

YA-RAHIM-MAHA PENGASIH

YA-MALIK-MAHA AGUNG

YA-QUDDUS-MAHA SUCI

YA-SALAM-MAHA SELAMAT SEJAHTERA

YA-MUKMIN-MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN

YA-MUHAIMIN-MAHA PENGAWAL & PENGAWAS

YA-AZIZ-MAHA BERKUASA

YA-JABBAR-MAHA KUAT

YA-MUTAKABBIR-MAHA MEMILIKI KEBESARAN

YA-KHALIQ-MAHA PENCIPTA

YA-BARI'-MAHA MENJADIKAN

YA-MUSAWWIR-MAHA PEMBENTUK

YA-GHAFFAR-MAHA PENGAMPUN

YA-QAHHAR-MAHA MENENTUKAN

YA-WAHHAB-MAHA PEMBERI

YA-RAZZAQ-MAHA PEMBERI REZEKI

YA-FATTAH-MAHA PEMBUKA

YA-ALIM-MAHA MENGETAHUI

YA-QABIDH-MAHA PENGEKANG

YA-BASIT-MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT

YA-HAFIDD-MAHA MERENDAHKAN

YA-RAFI’-MAHA MENINGGIKAN

YA-MU’IZ-MAHA MEMULIAKAN

YA-MUZIL-MAHA MENGHINAKAN

YA-SAMI’-MAHA MENDENGAR

YA-BASIR-MAHA MELIHAT

YA-HAKAM-MAHA PENGHUKUM

YA-‘ADL-MAHA ADIL

YA-LATIF-MAHA LEMBUT

YA-KHABIR-MAHA MENGETAHUI

YA-HALIM-MAHA PENYANTUN/SABAR

YA-‘AZIM-MAHA AGUNG

YA-GHAFUR-MAHA PENGAMPUN

YA-SYAKUR-MAHA BERSYUKUR

YA-‘ALIY-MAHA TINGGI

YA-KABIR-MAHA BESAR

YA-HAFIZ-MAHA PEMELIHARA

YA-MUQIT-MAHA PENJAGA

YA-HASIB-MAHA PENGHITUNG

YA-JALIL-MAHA SEMPURNA

YA-KARIM-MAHA PEMURAH

YA-RAQIB-MAHA MENGAWASI

YA-MUJIB-MAHA MENGABULKAN

YA-WASI’-MAHA LUAS

YA-HAKIM-MAHA BIJAKSANA

YA-WADUD-MAHA MENGASIHANI

YA-MAJID-MAHA MULIA

YA-BA’ITS-MAHA MEMBANGKITKAN

YA-SYAHID-MAHA MENYAKSIKAN

YA-HAQ-MAHA BENAR

YA-WAKIL-MAHA PENTADBIR

YA-QAWIY-MAHA KUAT

YA-MATIN-MAHA TEGUH

YA-WALIY-MAHA PELINDUNG

YA-HAMID-MAHA TERPUJI

YA-MUHSI-MAHA PENGHITUNG

YA-MUBDI-MAHA MEMULAI

YA-MU’ID-MAHA MENGEMBALIKAN

YA-MUHYI-MAHA MENGHIDUPKAN

YA-MUMIT-MAHA MEMATIKAN

YA-HAYY-MAHA HIDUP

YA-QAYYUM-MAHA BERDIRI SENDIRI

YA-WAJID-MAHA PENEMU

YA-MAJID-MAHA MULIA

YA-WAHID-MAHA ESA

YA-SAMAD-TEMPAT BERGANTUNG

YA-QADIR-MAHA BERUPAYA

YA-MUKTADIR-MAHA BERKUASA

YA-MUKADDIM-MAHA MENYEGERAKAN

YA-MUAKHIR-MAHA MENGAKHIRKAN

YA-AWWAL-YANG PERTAMA

YA-AKHIR-YANG AKHIR

YA-ZAHIR-YANG ZAHIR

YA-BATIN-YANG BATIN

YA-WALI-YANG MEMERINTAH

YA-MUTA’ALI-MAHA TINGGI & MULIA

YA-BARR-MAHA BAIK

YA-TAWWAB-MAHA PENERIMA TAUBAT

YA-MUNTAQIM-MAHA PENGHUKUM

YA-‘AFUW-MAHA PEMAAF

YA-RAUF-MAHA BELAS KASIHAN

YA-AHAD-MAHA ESA (SATU)

YA-MALIKUL MULK-MAHA PEMILIK KERAJAAN

YA- DZUL JALALI-MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN

YA-MUQSIT-PEMILIK KEADILAN

YA-JAMI’-MAHA MENGUMPULKAN

YA-GHANIY-MAHA KAYA

YA-MUGHNI-YANG MAHA MEMAKMURKAN

YA-MANI’-MAHA PENCEGAH

YA-DARR-MAHA MENDATANGKAN

YA-NAFI’-YANG MEMBERI MANFAAT

YA-NUR-MAHA PEMBERI CAHAYA

YA-HADI-MAHA PEMBERI PETUNJUK

YA-BADI’-MAHA PENCIPTA KEINDAHAN

YA-BAQI-MAHA KEKAL

YA-WARITS-MAHA MEWARISI

YA-RASYID-MAHA PEMBERI PETUNJUK

YA-SABUR-MAHA PENYABAR

YA ALLAH YA RABBI..

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA RABBI

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA RABBI

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA RABBI

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA RABBI

YA ALLAH.....

03 Oktober 2013

KERANA KES AYAM MASAK MERAH, TAKUT NAK BERHADAPAN ORANG RAMAI


Keluarga pengantin minta masyarakat tidak pandang serong 

SUNGAI PETANI - Keluarga yang mengadakan kenduri kahwin di di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini yang berlaku kes keracunan makanan sehingga empat orang maut dan lebih 270 lagi menerima rawatan di hospital, berharap masyarakat tidak memandang serong kepada mereka berikutan kejadian itu.
Ibu pengantin perempuan, Fazliyaton Nawawi, 46, berkata peristiwa itu menyebabkan dia tidak berani keluar rumah walaupun jiran-jiran di sekeliling dilihat tidak menyalahkan mereka dalam kejadian itu. 

Katanya apa yang berlaku ketika ini, banyak pihak di media sosial, Facebook yang menyalahkan mereka berikutan kejadian itu sedangkan dia sendiri, serta anak sulung dan anak ketiganya turut keracunan makanan, dan menerima rawatan di Hospital Yan sejak Ahad hingga petang semalam.

"Takut nak berhadapan dengan orang ramai. Walaupun masa di wad saya lihat orang boleh terima apa yang berlaku, tapi rasa takut masih ada kerana rasa bersalah. Kepada tetamu saya mintak maaf banyak-banyak. 

"Apatah lagi yang meninggal tu adalah kawan-kawan dan anak saudara saya sendiri. Mintak tolong hentikan yang mengata di Facebook. Orang yang datang kenduri Sabtu lepas tak kata apa," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Katanya kesan kejadian itu, dia sendiri masih merasa takut untuk berkunjung ke rumah keluarga mangsa yang meninggal itu tetapi beliau tetap akan pergi mengunjungi keluarga mangsa.

Bapa pengantin perempuan, Yusof Ahmad, 52, berkata niatnya mengadakan kenduri itu hanya untuk meraikan majlis perkahwinan anak keduanya daripada tiga beradik, Hasliyana, 22, dengan pasangannya, Mohd Fauzan Zakaria, 26, 

"Tak sangka macam ni jadinya. Panggil kenduri ni untuk meriahkan majlis Ada juga yang dok kata bubuh racun. Takde niat macam tu," katanya. 

Katanya kerana fobia dengan kejadian itu, dia merancang untuk tidak mengadakan sebarang kenduri pada majlis perkahwinan anak sulungnya yang dijangka pada Mei tahun depan. 

Hasliyana pula berkata dia sendiri mahu majlis itu diadakan dan mengeluarkan belanjanya kerana ini kenduri kahwin yang pertama dalam keluarganya. 

Sumber
Bernama

MINYAK YANG DULU BUKAN LAH YANG SEKARANG

 MINYAK YANG DULU BUKAN LAH YANG SEKARANG


Minyak yang dulu bukan lah yang sekarang,
Dulu seringgit sembilan sekarang dua ringgit sekupang,
Dulu dulu dulu ku bahagia sekarang aku menderita,
Cita ciata ku nak pandu kereta mewah,
Dulu ku senang sekarangku jadi susah,
Terima Kasih lah pada perintah,
Membuat cita ciataku musnah,

Hidupku dulunya seorang bisnesman,
Pulang lewat selalu bawa wang berguni,
Bila minyak dah naik tak lagi begini,
semua habis bayar itu ini,
Sekolah dulu ku tak belajar tinggi,
Terpaksalah aku bekerja sendiri,
Bekerja siang malam cari rezeki,
Tak sangka pula jadi begini,

Hidupku dulunya seorang bisnesman,
Pulang lewat selalu bawa wang berguni,
Sejak minyak naik ku jadi begini,
Mungkinkah tahun ni dapat BR1M lagi?

lagu ni Blogger Jiwarosak.com suka.. nah ni untuk kamuu.. hak3!
jangan marah yea 
feroz ... dah asik lagu tu jea kamu nyanyi kat FB..
kikikiki.. (gelak bergulinggg).. 

KUNYIT RAWAT PSORIASIS

KUNYIT RAWAT PSORIASIS

Related Entri : APA ITU PSIORISIS?

Lagi citer pasal penyakit kulit Psiorisis  teman nak share dengan blogger yang ada anaknya hadapi Psiorisis  tapi teman tak ingat sape Blogger tu.. kalau lea teman ada terjumpa balik, nak jea teman backlink kan ke dia.. supaya leh sama2 kongsi info ni.. apa2 pun harap blogger tersebut jumpalah entri teman ni, sebab teman tahu blogger tersebut pasti akan terus mencari penawar untuk penyakit anaknya.. moga Allah bantu beliau..


Teman tahu ramai juga yang sedang mencari penawarnya. Hanya mereka yang mengalaminya penyakit ini sahaja yang tahu betapa sukarnya menghadapi hari-hari dalam hidup mereka. 

Kalau korang ada petua atau kaedah alternatif lain, boleh kongsikan kat sini, komen je bawah ni.. Teman lak pagi tadi terjumpa lak artikel ni, sebelum lupa teman pun gigih buat entri dan publish untuk tatapan mereka yang berkaitan.. korang yang tak berkaitan dengan sakit ni pun leh baca.. ilmu kan.. ne tau korang pun ada berhadapan dengan mereka yang menghidap Psiorisis ni.. Jangan takut dekati mereka sebab ia xkan berjangkit kat korang hokeh.. 

Artikel yang teman baca tu ialah merawat Psiorisis menggunakan KUNYIT. Selain itu apa saja masalah berkaitan kulit seperti gatal, panau, kurap, jerawat dan sebagainya, ia juga boleh diatasi dengan menggunakan kunyit. 

Caranya:
1. Dapatkan sepotong kunyit hidup. Tumbuk lumat dan tampalkan di tempat yang bermasalah. 
Pilihlah waktu yang sesuai seperti waktu malam atau hujung minggu. 

2. Lebihkan kunyit dalam masakan dan makanlah sekerap mungkin.

Ketahuilah bahawa di luar sana ramai yang amat memerlukan bantuan kita. 
Bantuan tidak semestinya dengan wang ringgit. Cukuplah sekadar SHARE maklumat ini. 


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers