Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

19 November 2013

SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE


SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE..
Ha2.. hari ni teman nak join Segmen Mak Dara.. perghhh.. nyaris2 tak terlepass.. terlupa sangat2.. heeeee.. dah janji dengan Mak Dara nak join hari tu, tiba2 tak join lak.. kang kecik hati Mak Dara tu kang.. kesian pulak meroyan kang..ekekekekek.. opsss..teman gurau je yea Mak Dara.. hee.. Nah, teman tepek kan gambo kegemaran teman.. heee.. dalam gambo tu teman n hubby teman tau.. bukan orang lain okey..
2) Dah follow Blog Meroyan Mak Dara lama dahh.. heee
3) Dah Tepek header Mak Dara dan linkkan ke blog Mak Dara
4) Dah letak Gambo.. heee.. 
5) Dah siap tinggalkan url link di ruang komen entri Mak Dara dah.. 
Opsss.. lupa.. nak gambo mata yea.. heeee... DONE! =P

REMAJA HILANG DITEMUI BUKAN DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)

REMAJA HILANG DITEMUI 

BUKAN DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)


Hoh?? Akhirnyaaaa ini kisahnyaaa... betul ke?

Sumber dari Blog MAZIDUL AKMAL SIDIK

Selasa, November 19, 2013


REMAJA HILANG DITEMUI BUKAN DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)
Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, 
Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai 
Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai.

Tiada media lain bersama kami.


Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti.


Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.

KISAH DISEBALIK VILLA NABILA YANG MISTIK


KISAH DISEBALIK VILLA NABILA

Entri berkaitan-->VILLA NABILA YANG MISTERI
Entri berkaitan-->MANGSA DISOROK MAHKLUK GHAIB

fuhh.. sana sini cerita pasal Villa Nabila ni kan.. Agak2 ada tak Produser filem nak buat filem tentang kisah Villa Nabila ni nanti? macam ada je.. macam ada je.. mesti ada punyalah! tengoklea nanti.. ekceli pada mulanya teman malas nak amik pot sangat sebab teman serammm dengo menda2 mistik camni.. apatah lagi nak buat entri pasal ni, tapi bila terbaca satu blog tentang Villa Nabila ni, teman jadi tertarik untuk mengikuti perkembangan kes ni.. yelah.. nak tahu jugak citer pasal budak yang hilang tu.. moga2 budak tersebut dijumpai dalam keadaan selamat lea hendaknya kan.. kita doakan sama2 yea.. 

hemm.. berbalik kepada cerita tentang apa yang teman terbaca dekat satu blog tu, teman amat tertarik nak share kat sini, yelah.. mungkin ada antara korang yang betul2 baru nak mengikuti pasal kisah Villa Nabila Yang Misteri ni, maka moh lea kita baca sama2 yea.. teman malas nak komen apa2 pasal kehilangan bebudak tu, yang kononnya desas desus mengatakan seramai 30 orang yang hilang, pastu 20 orang hilang, pastu ada jugak yang cakap 7 orang yang hilang.. adeh.. memang mulut ke mulut ni payah bebeno nak percaya.. xtau citer tapi pi buat citer.. maka tersebar lea citer2 yang x betul.. kita yang baca ni yang pening..

apa2 pun.. jom baca citer yang ditulis oleh Blogger ini didalam blog khas 
Villa Nabila di SINI 

ok..nak share tentang haunted banglo kat strait view (depen Danga Bay) sebenarnya bnyk version cite ni..so tak tahulea mane 1 yang betul @ yang palsu. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya.aku pon jdi pelik kenapa tempat tu jadik famous sangat dengan cerita misteri.
Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie.Menurut cerita apa yang aku tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). 

Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yang orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak.Tpi blom smpat lgi nk terjah ksana.
Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila.
Memang aku perasan di kawasan perumahan elit itu terdapat banyak rumah-rumah jenis lama. Memang ada beberapa buah rumah berhadapan Pantai Lido (Danga Bay) yang sudah lama ditinggalkan dan penuh dengan semak samun.

Jika difikirkan secara logik, sudah tentu rumah-rumah yang terbiar ini sudah lama ada pembelinya kerana mempunyai nilai hartanah yang cukup baik disebabkan lokasinya yang amat strategik. Tidak jauh dari Bandar Johor Bahru dan menghadap Pantai Lido (Danga Bay).

Secara peribadi, jika dikatakan Villa Nabila ini berhantu memang aku tak dapat nak nafikan. Ini kerana villa itu sudah lama ditinggalkan sejak sekian lamanya. Tempat-tempat yang kosong seperti ini biasanya menjadi tempat tinggal mahluk halus yang akan senantiasa mengganggu manusia.
Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang.. 
Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. 

Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. 

Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.

Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.
Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.

Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.

fuh.. seram sejuk teman baca kisah2 diatas ni.. namun pada pendapat teman.. kita seharusnya percaya menda2 ghaib ni memang wujud.. kalau teman jadi diorang lah kan.. teman akan elakkan diri dari pergi ke tempat2 macam tu.. ni teman nengok orang kat situ pun taknak lepaskan peluang untuk menghampiri kawasan Villa Nabila yang menjadi perhatian ramai berikutan misteri yang baru berlaku di kawasan tu.

Terdapat Kajian paranormal dari pengkaji Paranormal iaitu Afeyza Arshad yang mengatakan kumpulan para normalnya pernah menjejaki misteri di villa itu dua tahun lalu dan mendapati kawasan itu memang ‘keras’.

“Biasalah, kawasan rumah tinggal.

"Apabila dibiarkan lama, sudah pasti ada makhluk lain yang mendiaminya.

“Saya nasihatkan mereka yang tidak ada pendinding diri jangan cuba menghampiri kawasan itu. Kami aktivis paranormal bukan datang kerana saja-saja, tetapi perlu mempersiapkan diri secara keseluruhannya,” katanya.

Ditanya apakah yang membuatkan kumpulan remaja berminat menjejaki kawasan villa itu, Afeyza berkata, rasa ingin tahu dan pengaruh media sosial dan elektronik menjadi faktornya.

"Budak muda, bila tengok cerita, mereka pun mahu tahu juga, tetapi hakikatnya mereka tidak ada asas.

“Sukar untuk dijelaskan perkara ini kerana gangguan yang datang itu secara batin, bukan zahir,” katanya.

Huh.. teman ni penakot.. sedangkan umah arwah atok teman kat kg yang ditinggal beberapa tahun tak berpenghuni tu pun teman x berani nak jejak masuk ke dalam.. inikan pula umah yang ditinggalkan berpuluh tahun yang lalu.. 

VILLA NABILA : MANGSA MUNGKIN DISOROK MAKHLUK GHAIB

Mungkin disorok makhluk halus
Gambar kecil diatas: Shamsuri
Orang ramai turut mengunjungi kawasan berhampiran Villa Nabila berikutan berita di laman sosial mengenai kehilangan remaja di kediaman itu di Jalan Skudai, Johor.

Entri berkaitan-->VILLA NABILA YANG MISTERI

SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul.

“Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan.

Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu,” katanya.

Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa.

“Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun.

“Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar,” katanya.

VILLA NABILA YANG MISTERI


Villa Nabila Yang Misteri
Gambar : Seorang anggota polis memasang pita bagi menghalang orang ramai dari memasuki kawasan villa di Jalan Skudai, semalam . Gambar kecil, remaja hilang seperti disiarkan dalam Facebook Polis Johor.


JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian, sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, di sini, dikerumuni orang ramai setelah tersebar berita yang mendakwa sekumpulan 30 remaja dilaporkan hilang selepas memasuki rumah agam itu, awal pagi kelmarin.

Tujuh daripada mereka didakwa ditemui, manakala baki 23 lagi masih hilang.Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.Selepas mendapati anaknya itu belum pulang, wanita tersebut bertindak menghubungi rakan anaknya.

“Pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam, ibu remaja itu dihubungi seorang kenalan anaknya yang memberitahu remaja itu bersama rakan-rakannya telah masuk ke Villa Nabila,” katanya.

Abdul Samad berkata, gerakan mencari dilancarkan, melibatkan anggota polis, bomba dan penyelamat serta Unit Pengesan Anjing (K9), tetapi mereka gagal menemui sesiapa pun di kawasan itu.

Mengulas pelbagai spekulasi dan versi cerita berkaitan di laman sosial, Abdul Samad menegaskan, individu terlibat diminta tidak menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumber dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai ia secara melulu.

“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Usaha mendapatkan ibu Mohamad Izzat gagal kerana dia difahamkan enggan ditemu bual sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Pelbagai versi kehilangan
Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan mendapatkan dua daripada tujuh remaja yang dikatakan berjaya keluar dari villa yang ditinggalkan hampir 70 tahun lalu.

Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia menyertai rakan lain memasuki villa itu pada jam 12.30 tengah malam (hari Sabtu malam Ahad) untuk melepak.Menurutnya, ketika di villa itu, beberapa rakan diserang histeria dan mereka bergegas turun kira-kira 20 minit kemudian.

“Kami seramai 30 orang sempat berkumpul dan bersama-sama ke Masjid Kolam Air, untuk mendapatkan bantuan, kemudian bersurai,” katanya.Dia berkata, dia tidak kenal mangsa yang dilaporkan hilang.

Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, berkata, ada dua kumpulan ke villa itu pada malam tersebut.Jelasnya, dia bersama lapan orang lagi berkumpul di luar dan ketika itu satu kumpulan lain sudah pun masuk.

“Kami masuk sekitar jam 12.30 tengah malam, untuk merakam video (tentang) apa yang ada di kawasan itu sebelum salah seorang rakan perempuan jatuh dan dirasuk.

“Selepas itu, kami semua keluar dan dimaklumkan ada rakan lelaki yang keciciran, tapi saya tak pasti (siapa),” katanya.

Villa Nabila lokasi misteri
Kawasan Villa Nabila yang terletak di atas bukit berkeluasan lebih kurang empat padang bola, mempunyai tiga rumah tinggal, dikelilingi hutan dan belukar serta muka bumi cerun.Ia disenaraikan sebagai lokasi misteri berdasarkan satu kes pembunuhan yang berlaku 70 tahun lalu di sebuah daripada villa itu. Kisah pembunuhan itu dikatakan menghantui setengah penduduk.

Barangkali disebabkan itu kawasan tersebut ditinggalkan meskipun kedudukannya strategik, iaitu menghadap Selat Tebrau.Pesara tentera, Subhi Saad, 52, berkata, dia pernah pergi ke kawasan itu bersama rakannya, tiga tahun lalu dan percaya tempat itu ada kaitan dengan fenomena paranormal.

“Saya naik hingga ke tingkat tiga untuk meninjau, tapi tak jumpa sebarang perkara pelik.

“Cuma, ketika turun anak tangga, saya dan rakan terbau sesuatu yang sangat harum. Teringat pesan orang tua, kita tidak perlu menegur. Saya dan rakan pun keluar tanpa mencari punca bau itu,” katanya.

Orang ramai teruja tinjau lokasi

Misteri kehilangan remaja itu yang menjadi topik hangat di laman sosial, mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat sekitar.

Berita itu yang mula tersebar sejak awal pagi semalam, semakin hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kesesakan.

Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama ke pusat bandar raya Johor Bahru dan ke Villa Nabila sesak dengan orang ramai yang mahu tahu apa yang berlaku di lokasi itu.

Tindakan setengah pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan meletakkan kenderaan di sisi jalan memburukkan lagi keadaan kesesakan.

Tinjauan jam 3 petang semalam, masih ramai berdiri dan masuk ke kawasan villa itu, meskipun polis memasang pita melarang orang awam masuk.

sumber : Sinar harian

18 November 2013

LAZADA punya Pemanggang Ajaib!! #Takada Double Grill Pan


Cakkkkkk!!! haaaaaaaaaaaaaa.. korang nampak tak kat atas tu?? ho2.. bagi surirumah yang suka masak memasak ni, mesti akan meleleh air liuq kan nengok "gadget2" masakan ni.. ha2.. ekceli teman saja buat entri ni untuk sahabat teman yang asyik tanya jea mana nak beli.. mana nak beli.. bila teman cakap teman beli kat Langkawi, dia kata Jauh bebenooo.. dekat takde ke?? udah teman kabo dikatanya jauh pulak.. hu3.. So, teman pun gugli (google) le tengok kat mana nak dapatkan gadget masakan ni.. hi2.. gadget lea sangat yeaaa..  pastu terjumpa lea kat LAZADA.COM.MY   nih.. haaa.. terus laju2 print screen dan buat entri.. pastu kabor jea kat dia soh baca entri teman ni, senang.. takyah nak explain2 dah kan..  ate, maleh bebno nak gugli apekehe'nya?? ha3.. terkeluor dah loghat Perak teman yang pekat melikat tu kangg.. 
Haaa.. Pemanggang Ajaib atau lebih dikenali sebagai Magic Pan ni (jenama from product LAZADA) walaupun nampak sama dengan Pemanggang Ajaib teman yang ni--> KLIK tapi yang bebenonya lain tauu.. yang ni ada kelebihan sikit..yang teman punya takleh bukak2 macam ni, tapi yang LAZADA punya leh bukak kalau rasa nak pakai sebelah jea.. senang kan? hu2.. senang nak membasuh, dan ringan sikit.. walauapapun kegunaan dan Spesifikasinya masih sama lea dengan yang teman punya yea! cuma kelebihan tang situ aje.. haaaa.. so, kawanku.. apa lagi..kalau berminat order jea kat laman web LAZADA ni..xyah nak gi sampai Langkawi bagai.. hu3.. kalau beli online pun, tunggu 3 hari hari bekerja jea, barang akan sampai dengan selamat.. takyah risau yea.. teman udah giler nengok barang2 lain kat LAZADA  tu.. adeh.. pingsan! semuanya amat menggeramkan! x caya?? kalau tak caya cer klik tulisan LAZADA kaler OREN tu!
baca atas ni kalau rajin.. kalau malas gi tido!

bagi yang terlebih rajin, Jom singgah baca entri lain
yang berkaitan Pemanggang Ajaib teman ni yea.. =)

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers