Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

16 Oktober 2014

HUKUM MEMBUNUH CICAK

HUKUM MEMBUNUH CICAK | 
ho2.. sorry lah.. cicak dalam gambo diatas tak cicak le sangat2.. hee.. memang bukan real punya cicak.. memang sengaja letak gambo cicak tiruan tu.. hihihi.. teman geli nak letak yang real punyo.. kang terasa macam cicak tu nengok teman lak kang.. hihihihi.. ada saja teman ni yea.. Ok lah, yang benonya teman nak share pasal info berkenaan bunuh cicak dapat pahala ke tak.. tu yang buat entri ni.. kebetulan malam ni malam Jumaat lea katakan kann.. sesuai sangat la puunn.. moh kita baca.. hukum membunuh cicak.. 

Soalan :
A'kum ustaz.. saya selalu dengar orang tua2 cakap bunuh cicak dapat pahala. betol ka ustaz. boleh ustaz terangkan & huraikan. terima kasih .. 

Jawapan: 
Benar, membunuh cicak hukumnya adalah SUNAT. Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim meletakkan bab “Sunat Membunuh Cicak.” Ini berdasarkan beberapa hadith yang sahih dari Nabi S.A.W. antaranya, di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Sa’id bin al-Musayyib (سعيد بن المسيب) yang Umm Syareek (أم شريك) menceritakan kepadanyabahawa Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk membunuh cicak-cicak (الأوزاغ). Di dalam riwayat al-Imam al-Bukhari ada dinyatakan:

كان ينفخ على إبراهيم عليه السلام

Maksudnya: “Cicak itu meniup (utk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S.”

Di dalam sahih Muslim dari jalan Abdul Razzak, katanya menceritakan kepada kami Ma’mar (معمر) daripada al-Zuhriy (الزهري) daripada ‘Amir bin Sa’ad (عامر بن سعد), daripada bapanya, bahawa Nabi S.A.W. menyuruh membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai (فُوَيْسِقٌ) yang bermaksud Pembuat Kerosakan.

Di dalam hadith yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadith di dalam sahih Muslim daripada Abu Hurairah R.A. katanya: Nabi S.A.W. bersabda:

من قتل وزَغة في أول ضربة فله كذا وكذا حسنة . ومن قتلها في الضربة الثانية فله كذا وكذا حسنة لدون الأولى وإن قتلها في الضربة الثالثة فله كذا وكذا حسنة لدون الثانية

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesuapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua.”

Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:

عَنْ سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ أَنَّهَا دَخَلَتْ عَلَى عَائِشَةَ فَرَأَتْ فِي بَيْتِهَا رُمْحًا مَوْضُوعًا فَقَالَتْ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا تَصْنَعِينَ بِهَذَا قَالَتْ نَقْتُلُ بِهِ هَذِهِ الأَوْزَاغَ فَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَنَا أَنَّ إِبْرَاهِيمَ لَمَّا أُلْقِيَ فِي النَّارِ لَمْ تَكُنْ فِي الأَرْضِ دَابَّةٌ إِلا أَطْفَأَتْ النَّارَ غَيْرَ الْوَزَغِ فَإِنَّهَا كَانَتْ تَنْفُخُ عَلَيْهِ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِه

Maksudnya: “daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah (سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ) yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertenya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)

Wallahu a’lam. bs

RESEPI JAGUNG CUP


٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·
BAHAN-BAHAN:-
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·
Jagung (teman beli yang dalam plastik tu)
Mentega
Susu
Garam
Gula

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·
CARA MENYEDIAKAN:-
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·
Rebus Jagung sampai lembut untuk digigit..
bancuh susu dengan air panas (sikit je tau..)
Bila Jagung dah lembut, angkat panas2.. tos kan..
masukkan dalam mangkuk..
masukkan mentega ikut kesesuaian kacau rata,
letak gula dan garam sikit, kacau lagi
letak susu tadi sikit demi sikit.. kacau.. tapi
takmau banyak sangat, kang cair tak sedap!
Kacau2 bagi sebati.. pehtu bolehlah makann.. nyum2.. lemakk

15 Oktober 2014

BAPA YANG BAIK IALAH BAPA YANG BUNCIT

ehehehehe.. betul la kannn.. betul takkk?? =) haa.. lepas ni takyah nak sorok2 sangat kalau perut tu tak berapa nak kecik.. sebab rupa2nya disebalik perut yang berbonjol itu, ada kebaikan disebaliknya.. cer tengok gambo atas ni haaa.. heeee... 

ROJAK PASEMBOQ YANG SEDAP!

Nyum2.. bukan nak kata lah.. memang rojak mamak ni sedap2 belaka.. haaa.. yang ni teman paling suka lah.. walaupun orang yang jualnya takde kedai/restoran.. hanya berjual dengan motor buruknya saja.. tetapi teman respek sebab pelanggannya tak pernah putus.. sebab? sebab apa lagi, sebab rojek pasemboq dia yang sedap tu lah.. Nak tau lokasinya kat mana? haaa.. dekat tepi jalan aje.. tapi jangan risau.. kebersihan terjamin.. dah benyak kali teman beli ngan dia, tak pernah lak kami keracunan makanan makan rojak dia.. 

Kalau ada sape2 yang tak tau tu.. meh teman gitau mana lokasinya.. tau tak Sekolah Agama Rakyat Sg Mulia Gombak? haa.. daripada Maybank Gombak tu menghala ke Balai Polis Setapak tu kan ada Sekolah Sg. Mulia kat situ? ada satu traffic light sebalah sekolah tu, haaa.. korang masuk kiri.. jangan straight.. pastu jalan straight aje.. lepas bonggol korang tengok belah kanan (seberang jalan) ada motorsikal jual rojak pasemboq.. haa.. itulah dia.. heee.. dia sorang je niaga rojak kat situ.. nak cendol pun ada dia jual gak.. nak makan kat situ pun bole.. itu je nak share.. asal update blog namanya ni.. keh3.. entri dalam draft dah lama dah ni.. hari ni baru nak publish.. kekekeke
Meh teman belanja satu lagi gambo Rojak Pasemboq yang sedap tu.. Nyum2!!

PROJEK 1 ::: DIY LIGHT BOX STUDIO

diy lightbox

PROJEK 1 ::: DIY LIGHT BOX STUDIO


Misi DIY Light Box Studio Guna paip PVC aje.. 
pilih yang beso sikit.. tegap dan stabil .. 

diy lightbox

Menda n teman taktau apa ke nama nya.. sape tau sila komen.. 

DIY LIGHT BOX STUDIO

Hubby kreatif, tak jumpa apa yang dicari.. pandai dia adjust menda jadi cenggini.. 

DIY LIGHT BOX STUDIO

 apo nama kau?? teman taktau nak sebut..

DIY LIGHT BOX STUDIO

Haaa.. inilah hasil separuh siap.. belum siap sepenuhnya lagi.. ada barang tak cukup.. kena beli hari ni.. malam kang baru sambung siapkan..Beso ni, orang pun boleh masuk ni.. hahahahaha.. nanti teman up gambo yang dah siap yea.. kreatif betuli teman ni kann.. Opsss.. bukan teman yang buat.. my hubby maiw2 yang buat.. hehehehe.. 

Bagi yang taktau apa itu Light Box Studio tu, meh teman  terangkan sikit.. (sikit je..banyak tak reti..ehehehe) Light Box Studio ni adalah untuk mereka yang nak shoot gambar yang cantik dan detail.. kalau korang nak gambar produk tu clear dan cukup pencahayaannya, korang kenalah guna light box ni.. ada jual dipasaran.. tapi.. humaiyahhh.. manyak mahal lorrrr... tu pasai kitorang mau buat sendiri aje.. kos tak lea mahal sangat untuk size yang beso cenggini.. 

hehehehe.. apa2 pun.. layan gambo dulu.. tutorial nanti teman ajo.. eh.. teman taip.. kena tanya sifu dulu.. keh3.. tak sabo nak fotoshoot dengan butang n oyen kat dalam tu.. kekekeke

KENA BERSYUKUR...

360 hari kau sihat..
5 hari kau sakit, perlu ubat..
Tiba-tiba kau seru, "Tuhan, sakit apakah ini? Aku dah tak larat"

29 hari kau bersukaria, Sehari kau dirundung duka,
Tiba-tiba kau mengeluh,
"Tuhan, takdir apakah ini?"

20 jam perut kau kenyang penuh inti,
4 jam tiada isi, tiba-tiba kau tangisi,
"Tuhan, aku lapar Nasiii"

Apa ko tak malu ke pada Tuhan yang memberi?

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers