Nuff

16 Oktober 2014

HUKUM MEMBUNUH CICAK

HUKUM MEMBUNUH CICAK | 
ho2.. sorry lah.. cicak dalam gambo diatas tak cicak le sangat2.. hee.. memang bukan real punya cicak.. memang sengaja letak gambo cicak tiruan tu.. hihihi.. teman geli nak letak yang real punyo.. kang terasa macam cicak tu nengok teman lak kang.. hihihihi.. ada saja teman ni yea.. Ok lah, yang benonya teman nak share pasal info berkenaan bunuh cicak dapat pahala ke tak.. tu yang buat entri ni.. kebetulan malam ni malam Jumaat lea katakan kann.. sesuai sangat la puunn.. moh kita baca.. hukum membunuh cicak.. 

Soalan :
A'kum ustaz.. saya selalu dengar orang tua2 cakap bunuh cicak dapat pahala. betol ka ustaz. boleh ustaz terangkan & huraikan. terima kasih .. 

Jawapan: 
Benar, membunuh cicak hukumnya adalah SUNAT. Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim meletakkan bab “Sunat Membunuh Cicak.” Ini berdasarkan beberapa hadith yang sahih dari Nabi S.A.W. antaranya, di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Sa’id bin al-Musayyib (سعيد بن المسيب) yang Umm Syareek (أم شريك) menceritakan kepadanyabahawa Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk membunuh cicak-cicak (الأوزاغ). Di dalam riwayat al-Imam al-Bukhari ada dinyatakan:

كان ينفخ على إبراهيم عليه السلام

Maksudnya: “Cicak itu meniup (utk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S.”

Di dalam sahih Muslim dari jalan Abdul Razzak, katanya menceritakan kepada kami Ma’mar (معمر) daripada al-Zuhriy (الزهري) daripada ‘Amir bin Sa’ad (عامر بن سعد), daripada bapanya, bahawa Nabi S.A.W. menyuruh membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai (فُوَيْسِقٌ) yang bermaksud Pembuat Kerosakan.

Di dalam hadith yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadith di dalam sahih Muslim daripada Abu Hurairah R.A. katanya: Nabi S.A.W. bersabda:

من قتل وزَغة في أول ضربة فله كذا وكذا حسنة . ومن قتلها في الضربة الثانية فله كذا وكذا حسنة لدون الأولى وإن قتلها في الضربة الثالثة فله كذا وكذا حسنة لدون الثانية

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesuapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua.”

Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:

عَنْ سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ أَنَّهَا دَخَلَتْ عَلَى عَائِشَةَ فَرَأَتْ فِي بَيْتِهَا رُمْحًا مَوْضُوعًا فَقَالَتْ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا تَصْنَعِينَ بِهَذَا قَالَتْ نَقْتُلُ بِهِ هَذِهِ الأَوْزَاغَ فَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَنَا أَنَّ إِبْرَاهِيمَ لَمَّا أُلْقِيَ فِي النَّارِ لَمْ تَكُنْ فِي الأَرْضِ دَابَّةٌ إِلا أَطْفَأَتْ النَّارَ غَيْرَ الْوَزَغِ فَإِنَّهَا كَانَتْ تَنْفُخُ عَلَيْهِ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِه

Maksudnya: “daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah (سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ) yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertenya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)

Wallahu a’lam. bs

Related Posts

11 ulasan:

  1. Tak sanggup nak bunuh cicak..bukan kesian tapi geli tahap meremang bulu roma ni if nampak cicak..hehe

    BalasPadam
  2. Jemput Join Ya : http://sayasukala.blogspot.com/2014/10/segmen-review-blog-1.html

    BalasPadam
  3. betul sangat2 anum n hubby sellau bunuh cicak

    BalasPadam
  4. saya sempat merasa pengalaman melastik cicak guna getah masa kecik2 dulu.
    tapi, kami sekadar tengok dan lari bertempiaran la...tukang lastik tu pakcik kami.

    BalasPadam
  5. Mmg sunat bunuh cicak... Binatang lain kena tgk keadaan dulu sblm bunuh..

    BalasPadam
  6. pernah zaman kecil kena gigit dgn cicak....sakit sebab dia ada gigi....

    BalasPadam
  7. aku slau tangkap dan flush dlm jamban je .. har har har
    dedulu tangkap jdkan santapan kpd kucen2 kesygan aku ... har har har
    kejam tak

    BalasPadam
  8. cicak kecik xpe . cicak besar , geli ooo nak pegang

    BalasPadam
  9. Masa kecil dulu selalu abang saya selalu bunuh cicak tapi berhenti bila lastik dia terkena pipi saya..hehehe

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Oh sunat rupanya bunuh cicak. Tapi saya ni tengokkan cicak je pun dah geli. Halau je lah.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New