SENARAI PESERTA TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY
Hai.. Assalammualaikum kepada para Sponsor dan para peserta Giveaway ini.. TB mintak maaf sangat-sangat sebab lambat sangat nak senaraikan peserta dan lambat juga nak umum pemenang, TB sedang sibuk sangat sekarang ni.. Sibuk dengan apa? adalah hal nya.. tak larat nak story panjang-panjang disini.. haa.. TB straight forward ajelah apa yang TB nak up kat blog hari ni ye!
Bismillahir rahman nirrahim... Assalammualaikum semua.. TB dah ready nak buat Giveaway dah sebab dah cukup sponsor yang baik hati sudi menaja hadiah-hadiah untuk pemenang kali ni.. Alhamdulillah.. terima kasih buat para penaja yea..
Giveaway kali ni TB adakan sempena pencapaian blog www.tengkubutang.com yang makin hampir mencecah 6 Juta Pageview, dan TB rasa insyaAllah target 6 juta tu akan sampai juga dalam bulan 8 ni.. InsyaAllah.. kalau tak pun mungkin di bulan 9 nanti.. doakan yea..
Haaa.. untuk menghargai semua yang rajin singgah dan jenguk blog TB ni.. TB nak buat Giveaway lah ye.. Korang just ikut syarat-syarat dibawah ni je.. Semoga Rezeki berpihak kepada korang ye! Good Luck buat semua peserta!
GIVEAWAYterbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia.GIVEAWAYbermula pada hari ini, 08hb Ogos 2017, iaitu tepat jam 01.20 tengahari sehingga 31hb Ogos 2017 (jam11.59 malam)..
Semua Blogger di Malaysia dijemput menyertainya.Para SPONSORpun leh join jugak yea..
1.) Buat entri bertajuk "TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY" . 2.)TEMPEK BANNERatas ni ke entri korang, jangan lupa letak backlink ke entri GA teman ni yea.. dan Publishentri. jangan lupa TinggalkanURL entrikorang ke dalam ruangan komen dibawah ni..
3.) FOLLOW / LIKE / ADD / KOMEN semua link dibawah ni ye! terima kasih semua..
Thank You buat semua peserta yang sudi join, teman mohon maaf kalau banyak sangat korang kena LIKE n FOLLOW.. moga kepenatan korang mendapat ganjarannya.. doa2 kan yea..TQ sebab sudi join,
Jom support GA TENGKUBUTANGni!! =)
Note : Sila cukupkan Syarat yea.. Kalau didapati Syarat tak cukup selepas pengumuman Hadiah sekalipun, Pemenang akan dibatalkan, dan dengan serta merta pemenang lain yang cukup syarat akan dipilih.. baru adil kan.. Bagi sesiapa yang tiada IG/Twitter/FB sila bagi nyatakan dibawah ni yea.. (jangan semua tak ada pulak yea.. 1 tu ok lagi)
HIJAB SHAMPOO BY NATURAL ELIXIRS YANG AMAT SESUAI UNTUK RAMBUT GUGUR, BERKELEMUMUR DAN BERMINYAK
Hai.. Assalammualaikum.. baru hari ni dapat bersiaran di Blog yang hampir berdebu ni haaa... TB sibuk sangat sekarang.. tambahan pula baby TB yang semakin membesar dah banyak akal.. haha.. kena lah mengekor aje si kecik tu nak explore satu rumah.. kui3.. tak boleh nak dibiarkan aje sebab risau tersembam muka ke lantai ke.. jatuh terbalik kepala ke belakang ke.. semua tu nak kena alert.. So, nak ber blog pun tengok time jugak la nampaknya..
Ok lah.. ni TB nak share tentang satu syampu yang TB rasa sangat sesuai untuk mereka yang sukakan produk yang semulajadi/natural iaitu tanpa bahan kimia yang kuat dan tanpa bau yang terlalu kuat.. ini dia Syampu yang TB maksudkan iaitu HIJAB SHAMPOO dari Natural ELIXIRS yang Naturally Organic, Syampu yang sesuai untuk semua jenis rambut, dan ia juga Syampu yang amat sesuai untuk mereka yang berhijab..
TB dah try guna dah.. dan komen TB tentang syampu ini ialah... TB sukakan bau syampu ni, sebab bau dia lembut, tak kuat sangat.. bau macam bunga chamomil tu.. harum je.. dan TB suka sebab Syampu ni 2 in 1.. disekalikan dengan Perapi/Conditioner.. So, bila pakai.. terasa lembut je rambut selepas bilas.. dah tak perlu pakai conditioner asing-asing lagi.. pakai syampu ni pun dah cukup. Botol pun tak besar sangat tak kecil sangat.. isi dalamnya 300 ml.. banyak juga.. tahan la sebulan lebih kalau TB yang guna.. heee..
Kalau nak baca selebihnya tentang HIJAB SHAMPOO dari Natural ELIXIRS ni.. boleh baca info nya dibawah ni yea..
HIJAB SHAMPOO dari Natural ELIXIRS Mengelakkan dan Mengawal - Keguguran Rambut, Kelemumur, Minyak Kelebihan
Formula Syampu Hijab mengandungi bahan-bahan organik yang kaya, minyak Nettle Oil, Chamomile Extract dan Oil Tea Tree untuk menguatkan, melindungi dan mencegah kerosakan rambut dan keguguran rambut. Rambut memerlukan pendedahan yang mencukupi untuk udara dan sinaran matahari agar ia sihat dan kuat. Apabila rambut sentiasa tertutup, kulit kepala tidak dapat bernafas, yang membawa kepada pembesaran sebum yang berlebihan daripada peluh. Pori juga menjadi tersumbat; Membawa kepada kulit kepala yang tidak sihat, kelemumur, penurunan rambut dan berfikir dan rambut yang tidak bermaya.
Kelebihan Syampu Hijab:
Membersihkan dan melembapkan rambut dan kulit kepala.
Mengatur pengelupasan semula jadi kulit kepala menjadikan ia segar dan segar.
Mengimbangi pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan.
Ciri-ciri antioksidan melindungi rambut daripada kerosakan dan penuaan pramatang.
Meningkatkan dan memulihkan akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat.
Menghalang rambut jatuh dan menghilangkan kelemumur.
Ia adalah sumber besi, potassium, mangan, kalsium, magnesium, fosforus, silika, iodin, silikon, sodium, dan belerang yang baik.
Ia mempunyai protein dan asid amino yang tinggi
Membantu dalam Pertumbuhan semula rambut
Membantu pertumbuhan semula rambut seperti daun jelatang kaya dengan silika dan sulfur yang menguatkan akar rambut, folikel, kulit kepala dan rambut membuat rambut berkilau dan sihat. Selain menghalang keguguran rambut. Ia juga membantu dalam memulihkan warna rambut asli. Ia adalah anti-radang dan rawatan yang sangat berkesan untuk kelemumur.
Ekstrak Chamomile
. Anti-radang
i. Anti-perengsa
ii. Anti-mikrob
Menenangkan dan Mengalakkan Pertumbuhan Rambut
Chamomile membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Ia membekalkan kulit kepala serta menyuburkan dan menguatkan folikel rambut, merangsang pertumbuhan helai rambut yang lebih kenyang, tebal dan sihat.
Minyak pokok teh
i. Anti-radang
ii. Anti-perengsa
iii. Anti-mikrob
iv. Anti-kulat
iV. Anti-bakteria
Vi. Antiseptik
Vii. Anti-virus
1. Secara semulajadi menenangkan kulit kepala gatal dan menghalang masalah rambut yang banyak seperti kelemumur, botak, psoriasis, dan kutu kepala. Ia mengurangkan keguguran rambut dan, sebaliknya, menggalakkan pertumbuhan rambut.
2. Tea Tree Oil boleh membuang sel-sel mati, menyekat folikel rambut, dan meningkatkan sistem imun yang kemudiannya dapat melawan jangkitan yang mengakibatkan keguguran rambut, dengan itu menghalang kutu dan kelemumur.
Melembutkan rambut dan mengekalkan kulit kepala bebas daripada jangkitan kulat dan bakteria, mencegah kulit kering dan gatal dan folikel rambut yang disekat.
Mengandungi kesan anti-androgenik yang menghalang hormon lelaki yang menyebabkan kehilangan rambut.
Membantu menghentikan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Ada Certified Halal * - Oleh Badan Pensijilan Turki.
Dibuat di Turki oleh Ekokimya
Ekokimya adalah pengilang yang sama dengan jenama penjagaan kulit organik yang disahkan premium Ecowell Organics; Pengilang sama ECOS3 detergen pembersihan rumah mesra alam - Label label bersertifikat
Bahan²: ●1 sudu besar biji ketumbar * ●1 sudu besar jintan manis* ●1 sudu besar jintan putih * ●1/2 sudu besar lada hitam* ●5 tangkai cili kering* ✔Sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je ✔Kisar kering smpai halus(ketepikan)
●1kg daging(potong nipis) ●5 ulas bwg merah kecik* ●4 ulas bwg putih* ●2 inci halia* ●2 inci kunyit hidup * ●4 btg serai* ●10 tangkai cili kering* ●3 sudu besar kerisik ●Minyak masak secukupnya ●Sekilo santan ●Garam ●Daun kunyit(hiris halus)
✔Kisar bahan2 bertanda * ✔Tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak ✔Masukkan rempah yg dikisar halus td..kacau sebati ✔Masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri ✔Bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk sampai pekat ✔Masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
Yeayy.. macam biasa.. Lazada buat contest lagi.. TB pun join macam biasa walaupun macam biasa.. Takde pun sekali menang kat Lazada ni.. TB Redha je cuba je lagi.. dan lagi.. sampai tahap nak merajok dah.. hahahaha.. Tapi still menyebokkan diri join gak.. haha..
Hari ni dah 28 Ogos.. Hanya tinggal beberapa hari je lagi Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan kali ke-60 (2017),Pelbagai persiapan telah semua aturkan.. pastinya macam biasa bunga-bunga api akan menghiasi malam sambutan 31 ogos tu nanti kan.. Haa.. korang nak tahu.. Lazada pun turut memeriahkan kemerdekaan negara kita dengan mengadakan jualan hebat Merdeka! Merdeka! Sale.
Jualan Mega Lazada ini akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017, dimana terdapat diskaun istimewa sehingga 80%. Pelbagai barangan dan alatan yang pilihan korang boleh didapati dari Lazada Malaysia dengan tawaran potongan harga sangat rendah. Jangan lepaskan peluang ini!
Haa. Macam TB katakan tadi.. Lazada juga ada menganjurkan Contest Merdeka! Merdeka! Blogger Contest yang sedang berlangsung mulai 21 Ogos hingga 31 Ogos 2017 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat penyertaan. Antara syarat penyertaan ialah.. perlu menjawap 2 soalan dibawah..
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
1. What do you love about being Malaysia?
TB gembira menjadi rakyat Malaysia kerana di Malaysia walaupun terdapat pelbagai kaum dan pelbagai bangsa iaitu Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Suku Kaum Asli dan Suku Etnik Sabah & Sarawak, namun kehidupan di Malaysia amat aman dan sentosa kerana masing-masing saling menghormati Agama dan Bangsa satu sama lain. Walaupun beza agama dan budaya namun mereka semua hidup serumpun dan bersatu padu dalam sama-sama menjalani kehidpan harmoni di Malaysia.
Dan yang paling TB suka ialah kepelbagaian
2. Choose your favourite local brand here.
Jenama tempatan dan jenama buatan Malaysia yang menjadi kegemaran TB selama shopping di Lazada ialah PENSONIC. Kerana ia adalah salah satu produk elektrik/elektronik terbaik yang terdapat di Malaysia.
3. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.
Jenama : Pensonic Pensonic AE-600N Electric Oven 60L
Haa.. ini lah dia 2 produk yang menjadi pilihan TB.. kedua-duanya dari jenama Pensonic.
Haa.. TB nak jemput kawan-kawan semua untuk sama-sama memeriahkan contest di hari Merdeka ini.. jom join cepat! Merdeka! Merdeka! Blogger Contest.
Hadiah ditawarkan kepada pemenang ;
1st Prize : 1 x RM600 LAZADA Shopping Voucher
2nd Prize : 2 x RM300 LAZADA Shopping Voucher
3rd Prize : 3 x RM200 LAZADA Shopping Voucher
Jangan lupa ye!! shopping online di Lazada cepat!! tengah jualan mega ni.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sales sedang berlansung bermula 25 Ogos ini hingga 31 Ogos 2017 dengan potongan discount sehingga 80%.cepat2 terjah website Lazada!