Nity

Nuff

11 Mac 2013

Terharu Tak Terkata.. Terima Kasih K.eida.. =')

Salam.. hari ni teman dapat surprise wish dari my kakak ipar.. terharu sgt2 dia sudi meluangkan masa dia untuk edit kan gambar ni untuk kami.. terharu sampai menitis air mata tengok gambar ni.. xtau nape hati tiba2 rasa sebak n terharu tersangat2.. x sangka k.eida sudi buatkan edit2 ni untuk kami.. argh.. nak nangesss.. terharu tull!! wlupepun u are the best kakak ku.. hik3.. nampak2 ada sekor kucen enterframe dlm foto ni? itulea Butang.. hik3.. teman saja gitau sebab ramai jugak yang tegur teman tanya nama nama TENGKUBUTANG? ada yg cakap nama teman pelik.. ada jugak yg cakap BUTANG BAJU AKU MANA PAH.. ha3.. bukan Butang itu lahh.. ini Butang haiwan kesayangan Nabi.. cumey sgt2.. hik3.. tengoklah.. k.eida pandai jea edit n x lupa nak selitkan foto Butang sekali.. suka sgt2 foto ni.. Hepi teramat sgt.. tQ buat k.eida.. semoga K.eida dikurniakan kebahgian n rezeki yang murah.. Aminnnn..

he2.. alaang2 dh upload gambo hasil gubahan k.eida nih.. teman uploadkan sekali gambo wish hepi besday yg k.eida buatkan untuk teman jugak ritu.. aduh.. rajinnya kakak iparku ni.. terharu sgt2.. tengoklah.. habes semua gambo butang dimasukkan sekali.. tapi yg musykilnya.. awat semua gambo tido? wahahaha,, sememangnya Butang memang suka tido jea kojenya.. hik3.. ni skrg pun dia tgh tido terlentang.. adoi.. mana x domok.. selain dari gambar2 ni.. k.eida pun rajin edit video.. hari 2 k.eida ada editkan video kawen kami.. aduh.. rajinnya kakakku ini.. terharu 200% sgt2.. pepe pun.. thanx a lot buat k.eida.. sayanggg k.eida ketat2.. muah2... lap u..
haaa.. inilah wajah k.eida.. yang betanggungjawab mengedit gambo2 special untuk hari specialku.. cantik kan dia? kulitnya licin mulus.. aduhh.. suka sgt tgk muka sweet dia.. orgnya pun lemah lembut jea.. sora pun lembut sgt.. pasal 2 kot hubby dia sayang sangat ngan dia.. heee.. ha, lagi satu nak share dgn korang.. k.edia n husband dia ni memang romantik giler.. sweet jea diorang ni.. walau ank dah besar2 romantik tetap romantik.. i likeee.. nak jadi macam diorg lah.. heeee.. romantik sampai bila2.. my hubby pun ada time dia romantik jugak.. cuma bkn selalu lea sebab dia kadang2 serius jugak orangnya.. hih3.. takottt,.. =P
Tak lupa juga nk masuk kan gambo ni.. heee.. yg cantik manis ni k.eida (tau dh lea kan.. ) yg cumeyn sweet sbelah ni lak Jiha.. cumey kan..! ehhh.. mestilahhhh..  like mother like daughter kann.. klu nak tau.. Jiha ni lah tuan punya Butang.. hih3.. tokeh kedai makan 2 kasi Butang dekat Jiha ni, tp d sebabkan mamanya (k.eida) takut kucen.. so tpaksa lea bagi kitorang.. mula2 kitorang xnk.. tp bila k.eida kata kucen ni macam muka kucen teman yg dh mati Mei 2012 tu, teman rasa mcm nak pulak.. tgk2 mmg betul.. rupanya kucen yg sama yg kitorg mintak kat tokeh kedai sebelum 2.. tp diorg x kasi.. hu2.. sedih.. mungkin diorg tgk muka kitog ni mcm muka pendera or pemakan kucen kot.. (huwarggghhh.. aku nk jd Tazmania japp.. ) last2.. Butang dapat ke kitorang lak.. dh membeso bagai johan pun sekarang.. hik3.. Opsssss... ni dh ke lain topik lak.. hik3.. nak dengo citer pasal kucen2 or info berkenaan kucen, sila ke KUCEN KUCEN BELOG .. banyak cerita kucen kat dalam ni.. jangan lupa follow sekali yea.. maceh.. =) 

10 Mac 2013

My 1st Anniversary -- 10 mAc 2012--->10 mAc 2013

CakkKKKKKK!!! 

Assalammualaikum.. syukur hari ni kita masih diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk meneruskan hidup dan beribadah kepadaNya.. teman bersyukur setiap apa yang dah teman lalui selama ini telah mematangkan teman.. Alhamdulillah.. 

Hari ni teman nak berkongsi story pulak tentang diri teman n en suami... he3.. opsss.. nampak x gambo atas ni..??? he2.. Saja teman nak bagi tau.. hari ni adalah 1st Anniversary kami tau! syukur Alhamdulillah.. selama 1 tahun kami menjalani hidup suami isteri.. banyak juga Rintangan dan Dugaan yg kami hadapi bersama.. daripada cerita happy sampailah ke cerita menyedihkan.. kami tempuh semuanya bersama.. semoga Allah memberkati hidup kami, memurahkan rezeki kami, memakbulkan permintaan kami dan memberi kami kesihatan yang baik.. Aminnn..

Actually itu je nak story dulu.. teman blur nak citer apa.. lagipun mata udah ngantok.. nak layankan bantal n katil jap lagi.. apa2 pun walau xde story.. hope gambar2 dibawah boleh menceritakan bagaimana happy n surprisednya teman ketika majlis perkahwinan kami pada 10 dan 11.3.2012 ..

10.3.2012 - 9.00 pagi
Nikah 




RESEPSI BELAH LELAKI DAN PEREMPUAN
10 & 11.3.2012



Bergambar bersama ahli keluarga en. suami.. eh.. muka teman tersorok.. hu3
Majlis Perkahwinan kami diiringi dengan konvoi Motorsikal group en. Hubby.. terima kasih sgt2 dekat diorg yg very the sporting.. sanggup tunggu lama tengah panas.. memang respect kat diorg.. bila ada konvoi ni buat teman lagi cuak masa 2.. yelah.. teman mana pernah naik superbike.. naik moto biasa adalah.. pulak 2 nak naik bersama en. hubby buat pertama kalinya.. hu3.. memang agak kekok.. gayat semua ada.. hi3.. 
Jadi perhatian masa majlis kenduri kami.. heee.. terbaek lah ini encikk.. he2..
he2.. cer cari mana teman? hih3..
Kenangan yang takkan teman lupakan...


Doakan kami Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat yea.. doakan kami sentiasa dilimpahi rahmat Allah dari dunia sampai akhirat.. Aminn..

Lariiii.. teman takut pacatttt..

he2.. sampai sini aje.. daaa...

08 Mac 2013

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!

Salam semua.. TERIMA KASIH kepada kawan2 yg dtg komen entri teman hari ni, insyaAllah teman akan cuba jawab semua n akan berblogwalking ke blog korang balik.. pelan2 kayuh na.. heee.. jgn risau.. teman pasti akn singgah balik blog korang.. sebab korang rajin singgah blog teman.. tq.. =) ok lah.. hari ni teman nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia.. err.. kalau x silap hari ni kan? 8 Mac 2013.. kalau tersalah info, mintak kawan2 tolong tegur yea.. teman cuma dengar di radio jea  ni.. Sempena Hari Wanita ni teman doakan semoga kita semua sentiasa menjadi wanita yg tabah, wanita yg cekal menghadapi kehidupan akan datang.. walau sesusah mana pun hope kita dapat memberikan yg terbaik buat mereka yg memerlukan.. jadikan kesilapan sebagai satu pengalaman.. jangan gentar hadapi setiap cabaran atau dugaan yg mendatang.. mudah-mudahan hidup ceria n hepi sampai akhir hayat yea.. Aminn.. 

07 Mac 2013

TIPS BAWA WARGA TUA MELANCONG..


Usia bukan peng­halang bercuti di destinasi 
yang diidamkan selama ini.
Warga tua samaada ibu bapa, nenek atau datuk juga teringin mengunjungi destinasi percutian bersama anak-anak serta cucu. Justeru, bagi meluang­kan masa berkualiti de­ngan melancong bersama mereka, ia pasti memberikan kegembiraan yang tidak akan dilupakan. 
Namun, disebabkan faktor usia dan kesihatan, ramai anak jarang membawa warga tua melancong bersama terutamanya jika tempat yang dikunjungi jauh atau de­ngan menaiki kapal terbang.Faktor usia dan kesihatan bukan menjadi masalah untuk warga tua melancong asal ada perancangan awal terutama kesihatan mereka.Tip melancong kali ini mungkin berguna bagi anda yang mahu bercuti bersama warga tua ke destinasi pilihan. 
Pemeriksaan kesihatan 
Sebelum memulakan perjalanan, lebih baik anda membawa ibu bapa, nenek atau datuk untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terutama jika mempunyai penyakit serius. 
Dengan melakukan pemeriksaan kesihatan itu, anda bukan saja boleh me­ngetahui tahap kesihatan mereka, tetapi mendapat tip berguna daripada doktor sepanjang bercuti. 
Bawa bekalan ubatan 
Dengan usia yang semakin meningkat, ketahanan badan sudah tidak sekuat dulu. Justeru, ketika pergi melancong, membawa bekalan ubat-ubatan adalah sangat penting dan satu keutamaan. 
Ia bukan sekadar membawa ubat, tetapi keperluan itu perlu mencukupi sepanjang tempoh bercuti bagi mengatasi masalah kesihatan. Ada kalanya, ubat yang digunakan ibu bapa, nenek atau datuk tidak sama dengan yang ada di tempat yang dilawati. jadi, persiapan awal amat penting. Ubatan yang dibawa juga biarlah lengkap dengan label bagi mengelak kekeliruan terutama apabila diserang sakit. 
Pakaian khas dan sesuai 
Ke mana pun destinasi percutian yang dikunjungi, pakaian adalah satu lagi perkara penting. 
Bawa pakaian khas yang selesa untuk persediaan terutama apabila berlakunya pertukaran cuaca di lokasi percutian. 
Ia bagi mengelak daripada terkena penyakit termasuk selesema kerana cuaca sejuk. 
Rehat secukupnya 
Apa pun yang dilakukan, warga tua memang mudah untuk merasa letih. 
Justeru, pastikan mereka mendapatkan rehat yang cukup di setiap perhentian. 
Warga tua memang memerlukan lebih banyak rehat berbanding individu lain. 
Ia amat penting supaya mereka segar semula dan mempunyai tenaga untuk ke 
lokasi-lokasi menarik seterusnya. 
Minum air secukupnya 
Dengan cuaca yang tidak menentu, pengambilan air secukupnya adalah penting. Warga tua juga 
perlu kerap minum air bagi mengelak berlaku penyahhidratan (dehydra­tion) apabila cuaca panas. 
Elak perut kosong Cuba pastikan perut tidak kosong sepanjang bercuti dan makan mengikut masa.
 Ia bagi mengelak perut masuk angin dan mengganggu kesihatan. 
Barang keperluan diri 
Jangan lupa untuk membawa barang keperluan diri yang sering digunakan mereka. Warga tua juga 
punya penjagaan diri mereka untuk kelihatan lebih segak dan bergaya selain menjaga keterampilan diri.
Krim pelembap juga adalah barangan yang harus dibawa supaya kulit tidak kering atau terutama 
kepada mereka yang mempunyai alahan kulit. 
Kurangkan pengambilan minuman beralkohol 
Sesetengah warga tua masih mengambil minuman beralkohol. Tetapi, ketika bercuti, kurangkan 
atau jangan mengambil terus minuman beralkohol bagi mengelak diserang penyakit yang tidak diduga.



Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

Taman Botani Putrajaya

Taman Botani Putrajaya adalah taman terbesar seumpamanya di negara ini meliputi kawasan seluas 92 hektar.
Taman itu terbahagi kepada tiga bahagian, bunga-bungaan, taman hiasan dan penyelidikan. 
Taman itu mempunyai lebih 700 spesies bunga dan tanaman termasuk dari Malaysia, Asia Pasifik dan Afrika. 

Kawasan itu juga menyediakan tempat untuk pusat penyelidikan untuk memberi peluang masyarakat melihat pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan.

Jika datang ke taman itu, jangan lupa membawa anak-anak kerana mereka pasti teruja melihat koleksi pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Ibu bapa juga boleh menggunakan tempat ini sebagai pusat rujukan dan pembelajaran kepada anak-anak mengenai tumbuh-tumbuhan. 

Taman Botani Putrajaya turut menyediakan pusat kepada pelawat selain pengunjung berpeluang meneroka pelbagai khazanah menarik di taman itu. 

Anda juga boleh membawa pulang koleksi untuk teman dan saudara mara di kedai cenderahati. 

INFO: 
Tempat-tempat menarik sekitar Taman Botani Putrajaya: 

1. Jambatan Putra 

Salah satu jambatan utama di Putrajaya dengan panjang 435 meter, ia menghubungkan pusat pentadbiran kerajaan dan kawasan komersial serta perumahan di Putrajaya. 

Jambatan itu turut mengambil idea daripada seni bina Islam iaitu Jambatan Khaju di Isfahan, Iran. 

Paling menarik di jambatan itu ialah menaranya yang lengkap dengan tempat untuk pelancong melihat kawasan sekitar Putrajaya. 

Jambatan itu turut menyediakan tempat untuk pejalan kaki, kenderaan dan monorel selain tempat untuk pendaratan bot. 

2. Masjid Putra 

Antara masjid tercantik di negara ini, pembinaannya yang menggunakan batu granit boleh memuatkan kira-kira 15,000 jemaah pada satu-satu masa. 

Ia turut mengambil idea daripada beberapa masjid terkenal di dunia antaranya Masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi. 

Masjid itu terbahagi kepada tiga fungsi iaitu dewan solat, dewan utama dan kemudahan pembelajaran. 

Bilik solatnya ringkas, tetapi menggambarkan seni bina Islam yang menarik dan tempat paling tinggi ialah kubah iaitu 60 meter daripada lantai. 

Menaranya turut dipengaruhi reka bentuk Masjid Sheikh Omar di Baghdad. 

Dengan ketinggian 116 meter, ia antara menara masjid paling tinggi di negara ini. 

Bagaimana ke sana 

Anda boleh menggunakan kenderaan seperti kereta, teksi, bas atau perkhidmatan keretapi laju, ERL. 

Taman Botani Putrajaya terletak kira-kira 25km dari Kuala Lumpur dan 20km di utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

WAWA ZAINAL risaukan Family di Sabah

WAWA ZAINAL risaukan Family di Sabah
Foto
Wawa Zainal (mcm Fasha Sandha lak sekali pndg.. )
Kuala Lumpur: “Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu, Jumaat lalu tercetus, saya runsing memikirkan keadaan keluarga di sana.
“Setiap hari saya menghubungi mereka untuk tahu keadaan semasa. Syukurlah semua adik-beradik dilaporkan selamat,” kata pelakon popular, Nur Hawa Zainal Abidin, 22 atau Wawa Zainal.
Itu nafas lega dilahirkan Wawa selepas mengetahui seluruh anggota keluarganya di Lahad Datu selamat sejak kemasukan kumpulan pengganas di daerah itu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu, Jumaat lalu.

Wawa yang berasal dari Kampung Muhibbah iaitu kira-kira 30 minit dari Kampung Tanduo yang menjadi sasaran utama pengganas berkata, dia terkejut dengan kehadiran kumpulan pengganas yang memasuki daerah terbabit tambahan pula Kampung Tanduo berhampiran tempat kelahirannya.
“Selepas mendapat tahu pencerobohan itu di media, saya menghubungi keluarga di sana (Lahad Datu), bimbang sesuatu yang buruk berlaku.                                                                                                      Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

Diseksa depan anak, isteri

Teluk Intan: “Saya tidak dapat bayangkan detik ngeri apabila arwah suami diseksa dan dicekik sekuat hati oleh perompak hingga mati di depan mata saya dan anak,” ujar isteri mangsa pembunuhan kejam, Mohd Suhaili Abd Salim, 27, Masitah Zamri, 26.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, mangsa seorang petani dibunuh ketika cuba melawan empat penjenayah yang menceroboh rumahnya di Kampung Sungai Badak, Ulu Dedap, Mukim Kota Setia, di sini. Masitah berkata, beberapa jam sebelum kejadian, suaminya sempat menghadiahkan ciuman tanda sayang sebelum dia dan anak perempuannya, Nor Farah Izzati Mohd Suhaili, 7, tidur.
“Kejadian berlaku ketika kami semua sedang nyenyak tidur di dalam bilik sebelum terkejut apabila pintu bilik ditendang hingga pecah.
“Empat lelaki bersenjata parang dan bertopeng muncul sebelum mengacukan senjata ke arah kami. Suhaili cuba melawan, namun dipukul sebelum tangannya diikat,” katanya.
Dia mendakwa tangannya diikat penjenayah bersama anak perempuannya itu.
“Penjenayah kemudian memukul semula suami bertubi-tubi dengan batang paip dan seterika hingga tidak bermaya. Malah, penjenayah turut menyumbat seluar ke dalam mulut arwah suami saya.
“Mereka turut memukul suami saya sekali lagi sebelum mencekik lehernya tanpa belas kasihan. Suami saya hanya dilepaskan selepas dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Masitah berkata, dia merayu supaya suaminya dilepaskan dan meminta penjenayah mengambil semua barang kemas dipakainya, namun tidak diendahkan.
“Penjenayah kemudian merampas semua barang kemas yang saya pakai termasuk rantai, subang, rantai kaki, cincin dan dua telefon bimbit sebelum melarikan diri menaiki kereta Proton Waja milik kami.
“Saya kemudian membuka ikatan sebelum meminta bantuan bapa mentua. Bagaimanapun, suami disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Nor Farah yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Renggam, Ulu Dedap, di sini, hanya mampu menangis ketika mengingati tindakan zalim penjenayah ke atas bapanya.
“Saya melihat sendiri penjenayah itu memukul bapa dengan batang paip selain menjerut lehernya dengan tali pinggang sehingga pengsan. Saya harap penjenayah terbabit mendapat hukuman setimpal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek memasuki rumah mangsa pada jam 3.30 pagi dengan menendang pintu sebelum mengikat mangsa dengan tali serta memukulnya dengan batang besi dan seterika.
“Sejurus ambulans tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah tidak bernyawa sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, siasatan mendapati, rumah mangsa terletak agak terpencil di dalam ladang kelapa sawit.
Mohd Shukri berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu termasuk memburu keempat-empat suspek.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

TATU BIJI MATA??

TATU BIJI MATA??

Foto
London: Kira-kira 80 peratus daripada badannya dipenuhi tatu dan dianggap orang paling banyak bertatu di Britain. Bagaimanapun, keunikan itu tidak menguntungkan Mathew Whelan apabila dia terpaksa bergelut mencari pekerjaan.
Kata Whelan, 33, keadaan tubuhnya menyukarkan dia diterima mana-mana majikan. Untuk mendapat tatu sebanyak itu, Whelan menghabiskan masa 300 jam di kerusi tukang tatu selain membelanjakan lebih RM100,000 mendapatkan rekaan diingini.
Kata Whelan, ketika ini dia menjadi sukarelawan di pejabat Ahli Parlimen Parti Demokrat Liberal di Yardley, Birmingham.
Dia juga menukar namanya menjadi King Body Art The Extreme Ink-ite, atau lebih mudah disebut, King Of Inkland. Whelan berkata, mengubah suai tubuh kini menjadi budaya dan diterima sebagai cara hidup yang istimewa. GAMBAR terbaru Whelan (kiri) dan gambar sebelumnya. “Ia diikuti hampir menyamai ketaatan beragama,” katanya. Whelan berkata, dia mahu mendidik orang ramai mengenai keyakinannya kepada tatu. Menurut Whelan, pengetahuannya yang mendalam mengenai sejarah tatu membolehkan dia dihormati ramai. “Tatu adalah seni dan budaya.
“Apabila ada kanak-kanak merenung saya, saya menegur serta menjelaskan sejarah tatu,” katanya. Mengenai sejarah tatu di badannya, Whelan berkata, dia berniat menghias tubuhnya sejak berusia sembilan tahun. Ketika itu, katanya, dia ternampak tatu pada badan bapa dan bapa saudaranya. “Tatu pertama saya ialah seekor anjing Bulldog yang dibuat ketika berusia 16 tahun,” katanya. Selain anjing, imej lain yang menghias badan Whelan ialah ular, kala jengking, biji mata dan pontianak. Membuktikan kecintaannya kepada Seni itu, Whelan turut mentatu satu daripada biji matanya. - Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

5 tahun perkosa ibu kandung


Yogyakarta: Seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama singkatnya, TG, ditangkap kerana memperkosa ibu kandung dan empat adik tirinya.  Peliknya perbuatan keji itu dilakukan sejak lima tahun lalu. “Saya melakukannya sambil baring ketika menonton televisyen bersama-sama,” 
kata TG ketika disoal polis, semalam. Pemuda berkenaan bagaimanapun tidak ingat berapa kali dia melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia mengaku lupa berapa kali melakukan tindakan senonoh itu kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun. Dia mengaku pernah memberi wang Rp5,000 kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun supaya bersetuju untuk melakukan seks. Selain ibu kandung, empat adik tirinya juga menjadi korban nafsu seksnya. “Saya tidak pernah mengancam atau mengajak mereka. Mereka yang menggoda dan mengajak saya melakukannya,” katanya. Seorang adiknya itu ialah lelaki berusia 16 tahun sementara yang lain, perempuan, berusia empat, 10 dan 12 tahun. Ketua Polis Yogyakarta, Dodo Hendro Kusumo berkata, TG ditangkap selepas pihaknya menerima aduan daripada sepupunya. - Lensa

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

06 Mac 2013

WORDLESS WEDNESDAY -->WORD VERIFICATION--> I HATE THIS!! BAGI 3 SEBAB!


Cara nak disable kan Word Verification ni sila ikut arahan dibawah yea..

gi kat setting > Post and Comments  > Show Word Verification > klik NO

Nota : kalau mengkome buang menatang ni, insyaAllah rajin jea orang datang nak ngomen 
kat entri mengkome tauu.. hihihi

04 Mac 2013

Abby Abadi Ialah Ustazah Jadian – Zed Zaidi

Monday, March 4, 2013


Menarik kenyataan daripada Zed Zaidi yang dikeluarkan di Utusan Malaysia semalam. Umum mengetahui yang Abby Abadi sering mengeluarkan kata-kata kontroversi menerusi akaun Twitternya. Zed Zaidi selaku Presiden Seniman menganggap yang Abby Abadi ialah ustazah jadian dan boleh memesongkan akidah orang Islam.
Kata Zed Zaidi:-
Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain. Jadi, bila seseorang ‘Ustazah Jadian’ ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya
Seharusnya Abby Abadi fokus kepada berkongsi mengenai cerita penghijrahannya dan bukannya mengeluarkan pendapat-pendapat yang boleh mengelirukan orang ramai. Abby Abadi mempunyai peminat yang ramai dan sedikit sebanyak kata-katanya boleh mempengaruhi mereka. Apa pula kata anda?

01 Mac 2013

En Suami Nyanyikan Lagu Hepi Besday.. tQ cyg..

28 FEBUARI 2013
Aaaaaaachummm! fuh.. lama nye teman tinggal blog ni.. almaklumlea.. baru lik dari ipoh.. tengok mak yg wat operation mata isnin baru ni.. (25.2.2013) .. Alhamdulillah operation berjaya.. risau jugak awat lama sgt dlm Operation Theatre 2.. tgk2 xde apa.. selesai dgn lancar semua.. Alhamdulillah..

heee.. disebabkan kat ipoh xde pc.. xde laptop.. so.. xdapek lea nk update entri.. maka bersawang n murung jea lea blog teman ni.. sabo jelah.. nk wat cne kan.. smlm baru teman sapai KL.. nk update blog pun x sempat sebab badan penat sgt kan.. so.. no mood nk menaip.. lg pun semalam besday teman.. heee.. nk lea meluangkan masa dgn cik abe teman.. huu.. korang pun xtau semalam besday teman kan! hee.. yelea.. mana nk tau.. teman x kabo pun kan..  semalam hepi sangat bila encik suami nyanyikan lagu Hepi Besday dekat teman.. he3.. muka siyes tp x sangka lak mahu lak dia nyanyikan lagu hepi besday kat teman.. hi3.. tQ cyg..

mekaceh jugak kat kawan2 yg wish hepi besday dekat FB.. terharu sgt2.. tq.. =)


GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2