Abby Abadi Ialah Ustazah Jadian – Zed Zaidi

Monday, March 4, 2013


Menarik kenyataan daripada Zed Zaidi yang dikeluarkan di Utusan Malaysia semalam. Umum mengetahui yang Abby Abadi sering mengeluarkan kata-kata kontroversi menerusi akaun Twitternya. Zed Zaidi selaku Presiden Seniman menganggap yang Abby Abadi ialah ustazah jadian dan boleh memesongkan akidah orang Islam.
Kata Zed Zaidi:-
Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain. Jadi, bila seseorang ‘Ustazah Jadian’ ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya
Seharusnya Abby Abadi fokus kepada berkongsi mengenai cerita penghijrahannya dan bukannya mengeluarkan pendapat-pendapat yang boleh mengelirukan orang ramai. Abby Abadi mempunyai peminat yang ramai dan sedikit sebanyak kata-katanya boleh mempengaruhi mereka. Apa pula kata anda?

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama