Nity

Nuff

06 November 2013

PRODUK MARINE ESSENCE TERBAIK!!

PRODUK MARINE ESSENCE 
LIKE FANPAGE : Embun Beauty House
Hai.. Salam petang buat semua.. entri kali ni teman just nak ajak korang yang banyak masa terluang tu untuk singgah ke Fanpage sahabat teman iaitu Cik Embun.. mohon klik LIKE sekali yea sebagai tanda sokongan kepada usahawan melayu kita yang berjiwa bisnes.. hehehehe.. ayattt.. saja teman nak promote page Cik Embun kat sini,kasi semangat sikit kat kengkawan yang sukakan perniagaan ni x kira kecik atau beso.. hu2..

Okeylah.. Cik Embun sekarang sedang bz dengan order customer yang datang bertalu2 disebabkan produk seperti dalam gambo diatas ni.. korang tau produk apa? haaa.. produk dari Marine Essence ni sangat sesuai untuk korang yang ada masalah kulit or nak bagi kulit lagi cunn, dari testimoni ramai yang mengatakan produk ni bagus dan benar2 berkesan.. korang x nak cuba ke? x cuba x tahu kan? hu2.. teman pun on the way nak order satu set dengan syampu nya sekali.. mana tau leh hilang kegatalan kepala teman ni haaa.. kan.

apa2 pun jom nengok gambo2nya yea.. kalau rajin singgah2 lea Embun Beauty House yea.. bila dah berminat tu boleh je terus pm Cik Embun kita di no. yang teman letakkan dibawahsetiap gambo tu yea.. =)
‘MARINE ESSENCE BEAUTY BAR‘
Masalah Kulit Selesai....

*ketiak hitam

*celah peha hitam
*kesan parut jerawat
*bintik hitam
*kulit gatal
*kulit mengelupas
*kulit kering


Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873

MUKA MASAM MACAM PELAMPUNG?

hihihi.. teman taktau nape bila tengok gambo ni teman tergelak sengsorang.. sampai sekarang masih xtau apa yang di marahkan sangat sampai camtu reaksi muka anak sedara teman ni.. hihihi.. apa lea yang dia marah sangat tu yeaaa.. dia marah teman snap gambo dia kotttt? ha3...gambo ni diambil tahun lepas (2012), masa tu kami gi berkelah kat Lata Chepor, Chemor Ipoh,Perak.. hu3.. full lagi teman bagi nama tempatnya yea.. kat kg teman lea apa lagi kan.. berkelah beramai2 sebelum teman pindah dok KL. Apa yang membuatkan teman lagi gelihati bila teman upload gambo ni dekat FB, kakak ipar teman leh plak bagi komen lawak "awat muka macam pelampung dia je tu? marah kat sape tu? adoii.. berdekah2 teman gelak baca ayat tu.. memang gelihati bila terkenangkan balik anak sedara teman ni buat muka camni.. sebab cute dan geram teman nengoknya.. tapi terlupa lak nak tanya mak dia nape anak dia wat muka masam cenggini.. hihihi.. tapi masam2 pun cute.. 
haaa.. ni gambo sebelum tu.. elok jea dia main2 n senyum2 dengan pelampung dolphin dia tu.. hu3.. cumey kann.. teman geram nengok dia sebab masa ni perutnya bolat jea.. cumeyy.. hihihi.. ramai yang cakap muka dia ikut muka teman.. ada arab2 sikit or mamak benggali semua adalah.. ha3.. aissshh..deme yang kata yea.. bukan teman.. hihihi.. tak kisahlea nak kata apa kan.. dah teman ni mak sedara dia, memang lea ada iras2 jugak sikit kan.. ker masa ngandung mak dia berkenan nengok teman x? ekekekekekekekkkkk.. kalau adik n adik ipor teman baca ni gerenti dia akan kata "hek elee... puiiiii"

04 November 2013

BISKUT SNOW ALMOND





BISKUT SNOW ALMOND


Bahan-Bahannya:
Bahan A:
260 gm mentega
150 gm gula kaster
1 sudu teh esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B:
300 gm tepung red rose
50 gm tepung kastad
40 gm tepung jagung

Hiasan:
- Coklat masakan
- Breadcrumb putih

Cara Membuatnya:
1- Pukul bahajm A hingga berkerim,masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.

2- Canai dan terapdengan acuan yang disukai.

3- Bakar pada suhu 140C selama 30minit.

4- Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang telah dicairkan secara double boilerbn golekkan biskut kedalam breadcrumb.

BISKUT DAHLIA NUTELLA




BISKUT DAHLIA NUTELLA


BAHAN-BAHAN :

½ cawan butter
¼ cawan susu pekat
Sedikit esen vanilla
1sb tepung kastard
2 cawan tepung jagung (anggaran)
2 sb nuttela
1 sb serbuk koko

CARA MEMBUAT :

1.Mix sebati butter, susu dan esen vanilla

2.Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Tepung jagung masuk sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan doh yang diingini.

3.Bahagi 2. Bahagian pertama biarkan plain. Bahagian doh kedua tambah nuttela dan serbuk koko. Kalau adunan lembik sangat boleh tambah sedikit tempung jangung

4.Cantumkan doh dan masuk dalam acuan samperit dahlia.

5.Panaskan oven pada suhu 170 lima minit. Kemudian bakar pada suhu 160 selama lebih kurang 20 – 25 minit. Tengok le oven masing-masing

BIHUN SINGAPORE




BIHUN SINGAPORE



Bahan-bahan :
1 bungkus bihun - direndam dulu
300g daging / ayam - dipotong kecil2
3-4 keping fish cake
sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
3 sudu makan cuka
6 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam / lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka
garam dan gula secukupnya
cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

Cara-cara :

1. Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3. Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
4. Masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6. Apabila bihun masak, tabur tomato
Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

RESEPI DAGING BLACK PEPPER




RESEPI DAGING BLACK PEPPER



Bahan ²:
-Daging
-Bwg putih 5-6 ulas (mayang or tumbuk)
-Bwg besar Bombay 2 biji
-Serai 1-2 btg (diketuk)
-Serbuk kunyit 1 sudu kcil
-Sos tiram
-Black pepper sauce
-Serbuk lada hitam (yg kasar)
-Sos cili
-Cili padi 2-3 biji
-Cili merah/hijau bsar 1 biji
-Carrot (xnk letak pun xpe)
-Garam, gula, maggi ckup rasa
-Minyak masak

Cara Masak:
-Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkn minyak masak, serbuk kunyit 1 sudu kcik, kcau then msukkn bwg putih n serai.

-Lpas tu msukkn sos tiram 2 sudu bsar, blackpepper sauce (agak ² lah eh byk mna), sos cili & serbuk lada hitam..kacau.

-Then masukkn garam, gula sckup rasa. Msukkn carrot. Dh masak carrot last skali msukkn bwg besar & cili.

Ok done! 😋

CARA NAK LETAK IKLAN CHURP2 TERGANTUNG KAT BLOG


Lum daftar Churp-Churp?? rugi woo.. meh daftar cepatt--->KLIK SINI!!! 
ha2.. gambo kucen gemok kat atas ni xde kena mengena dengan entri teman hokeh.. hi3.. saja tepek gambo ni, sebab cumey bebeno.. kannn.. betul ke tidaaaakkk?? haaaa.. kann..hari ni teman nak share cara2 nak buat iklan Churp2 tergantung macam blogger FAIS ISKANDAR buat kat blog dia.. heee.. teman rasa macam tertarik nak buat sebab alang2 nak mula kan share iklan Churp2 ni, baik teman mulakan dengan tepek iklan tergantung kat blog dulu..pastu baru share kat FB..betul ke tidaakk?

Tapi teman tak reti lagi nak share2 iklan churp2 ni wlupun depa kata senang macam kacang je buatnya.. sebenonya MALASssss.. itu kisahnya.. kikikiki.. pastu teman pun try lea buat ikut tutorial yang FAIS ISKANDAR bagi hari tu.. jadiii!! syukur Alhamdulillah.. hee.. korang rasa tertarik nak wat gak ke? haa.. ni teman share cara2 nya.. tapi bukan teman yang buat laa.. ni tutorial dari FAIS ISKANDAR tauu.. teman just nak simpan sini takut terlupa nanti.. jom tengok bawah... thanx to FAIS ISKANDAR 

1. Kat dashboard tu, klik Layout. 

2. Klik 'Add Your Gadget'. Yang tepi punya ya, supaya tergantung cantik di sebelah kiri. 

3. Cari HTML/JavaScript 

4. Then copy html code kat bawah ni. pastu paste kan dekat HTML/JavaScript tadi..

<div style=" line-height:16px; font-size:11px; color:#f9cb9c; top:30px; width:140px ; left:10px; position:fixed; padding:10px;-moz-border-radius-topleft: 15px;">
<center><img src="http://2.bp.blogspot.com/-vBZoWkgpu5U/Thf6Ldtf3YI/AAAAAAAAHXI/uJRegcHYVMQ/s1600/Untitled-2.png" /><a href="http://my.sharings.cc/p/5cEfW"><img height="55" src="http://my.churpchurp.com/images/campaign/my/cpc/16803/thumbnailSquare.jpg" width="55" /></a> <a href="http://my.sharings.cc/p/5csiE"><img height="55" src="http://my.churpchurp.com/images/campaign/my/cpc/16753/thumbnailSquare.png" width="55" /></a> <a href="http://my.sharings.cc/p/5csjC"><img height="55" src="http://my.churpchurp.com/images/campaign/my/cpc/16763/thumbnailSquare.png" width="55" /></a> <a href="http://my.sharings.cc/p/5cskK"><img height="55" src="http://my.churpchurp.com/images/campaign/my/cpc/16783/thumbnailSquare.png" width="55" /></a> <a href="http://my.sharings.cc/p/5cslS"><img height="55" src="http://my.churpchurp.com/images/campaign/my/cpc/571/thumbnailSquare.png" width="55" /></a> <a href="http://my.sharings.cc/p/5cEgq"><img height="55" src="http://my.churpchurp.com/images/campaign/my/cpc/16803/thumbnailSquare.jpg" width="55" /></a><center>TOLONG CLICK!!!</center></center></div>

5. Kat warna MERAH tu korang masukkan link iklan Churp2 korang, dan kat warna BIRU tu korang masukkan gambar iklan churp-churp..

6. Pastu tekan SAVE.. InsyaAllah iklan tu akan timbul. 


credit to :

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH | AWAL MUHARRAM 1435H/2013M

Selamat Menyambut Maal Hijrah/Awal Muharram 1435H  
Kita dah nak masuk tahun baru dah ni, moh kita bersiap sedia untuk sematkan dalam diri untuk behijrah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. jangan lupa baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun nanti yea.. 

Sedikit Info tentang Sambutan Maal Hijrah 1435h
sambutan  Maal Hijrah ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir  Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.

‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.
 
Berikut adalah Doa Awal Tahun:
Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supayaamal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.
‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.
 Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

ROTI JALA 1ST MAKING...

Cakkkk!! haaaaa..  nak tepek gak gambo ni.. even persembahan gambo tak berapa elok.. sebab memang hasil 1st time teman dalam arena buat Roti Jala ni memang agak kurang cantik sikit.. tapi nak jugok share dengan korang gambo ni.. ha2.. teman buat untuk makan malam sabtu baru2 ni.. biasalah.. kalau siang dah makan nasik, malam2 kami pakat takmo makan nasik.. so, cari lea Resepi Roti Jala dan masak kuah kari daging stail mamak untuk cicah dia.. heee.. dapat2 resepi terus buat.. almaklumlah.. bahan2 semua cukup.. 

hu2.. yang nak tergelak tu.. hubby teman leh plak cakap "leh jadi ke Roti Jala nya?" aishhhh.. hu3.. mentang2 le hari tu teman buat nasi daging x berapa nak jadiii (rasa dah ada, tapi nasi lak lembik).. dia pun ingat Roti Jala ni pun x jadi lak yea... huk2.. teman buat muka ala2 sentap bila dia cakap camtu.. pastu hubby teman gelak kecik.. suka dia nyakat teman yea!! ha2.. 

Akhirnya teman pun mulakan operasi buat Roti Jala yang very the senang tu.. hu3.. dah jadi.. kenyang pun kenyang.. hubby teman ada gak tolong tuang kat pan tu.. cantik pulak jala2 yang dia buat.. teman punya sememeh jea jala nya.. ekekekekekkk.. x berseni langsung.. tengok dalam gambo atas ni, yang buruk tu teman lea yang punya koje tauu.. ha2.. yang lawo tu hasil kerja tangan hubby miaw2.. cantik ke tidaaakkkk? ha2..Nak Resepi Roti Jala?? nanti teman share dalam entri terbaru okeh!

Mood Hepi bila Hubby makan bertambah.. hubby puji kari daging stail mamak sedap.. bergelek berjoget hepi teman dalam hati tauuu.. huk3.. syukur Alhamdulillah.. 

Nak Resepi Roti jala Sedap ni? klik bawah ni yea.. 


BEKAL SARAPAN HUBBY PAGI TADI


NAK RESEPI NI?? KLIK ---> 
Hai.. orang dah standby makan tengahari teman baru nak hupdate Sarapan pagi yea.. heee.. ni ha.. saja nak tayang bekal yang teman sediakan untuk hubby miaw2 teman pagi tadi.. memandangkan malam tadi kami tak makan nasi dan hubby teman pun tak lapo katanya sebab terlampau bz dengan koje sampai perut pun tak mintak diisi, makanya teman pasti pagi ni mesti dia akan rasa lapo sangat2.. so, teman bekalkan dia menu yang boleh mengenyangkan perut sampai ke tengahari ni.. hubby teman yang cakap tau.. bukan teman.. hubby kata makan ni dua ketul pun dah kenyang sangat2.. tambah kalau makan dengan sup cendawan.. pergh.. memang sampai ke petang lea kenyangnya.. 

heee.. CHEESE SOSEJ ROLL BERSALUT NESTUM ni memang kegemaran hubby teman masa start teman buat hari tu.. sampai sekarang dia x jemu2 lagi.. teman pun xtau nape.. hu3.. x ngapelah.. asal dia sudi makan kan.. kalau tak, nanti teman lak sentap.. kui3.. sup cendawan xde, so, teman taruk sebekas sos cili untuk jadi bahan untuk mencicah CHEESE SOSEJ ROLL BERSALUT NESTUM tadi..   
kalau cukup bahan2nya, ada bihun.. teman akan bekalkan hubby miaw2 teman bihun Singapore ni.. tapi udah bihun nya takdak.. x jadi lea nak buat bihun.. mujur ada roti makanya tu yang buat CHEESE SOSEJ ROLL BERSALUT NESTUM je.. senang n yang penting mengenyangkan hubby.. heeee.. bole diet gak tauu.. hubby teman sahur makan ni je masa bulan puasa hari tu.. berat badan turun.. ha2.. korang taknak try keee? hehehehehehe.. 

JUS TIMUN UBAT GASTRIK SEMULAJADI

JUS TIMUN UBAT GASTRIK SEMULAJADI

Hemm.. tengah bersiap nak tido ni, jam dah hampir pukul 2 pagi dah.. tapi sebelum nak tido tu teman nak tempek entri ni untuk perkongsian bersama semua dan untuk simpanan diri sendiri gak, sebab teman pun ada gastrik.. heeee... ni pun perut dah merut2 ni lambat makan punya pasal..  adehh.. jom baca sama2.. 

Berjuta-juta orang di seluruh dunia mengalami masalah ini. Sakit Gastrik adalah berkaitan kandungan asid yang berlebihan di dalam perut. Perut dibiarkan kosong dan makan tidak teratur adalah puncanya. Sebelum terjadi lebih baik jagalah jadual pemakanan anda. Dalam kes-kes tertentu boleh ke tahap kebocoran pada dinding perut. 

Timun adalah rawatan alternatif kepada sakit gastrik. Ia adalah bersifat alkali dan akan menstabilkan kandungan asid dalam perut.

Caranya amat mudah. Kisar timun dan jadikan jus. Tambahkan gula untuk lebih enak. Semasa mengisar, gunakan kelajuan paling rendah untuk mengelakkan zat-zat teroksida atau musnah disebabkan peningkatan suhu semasa mengisar. 

Amalkan minum jus hingga gastrik anda sembuh sepenuhnya. Selain merawat gastrik kebaikan lain adalah seperti mengubati sembelit, jerawat, kecantikan kulit dan sebagainya. 

01 November 2013

GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG

BismillahirRahmaniRahim..
Hai.. Assalammualaikum semua.. fuh.. Tengkubutang berdebar2 nak buat 1st GA ni tauu.. mujur ada sponsor nak tolong sponsor hadiah.. thanx buat korang yea.. terharu sangat2.. 23 November ini genaplea setahun Blog Tengkubutang ni.. So, sempena ulangtahun 1 tahun ni teman nak buat Giveaway sikit..heee.. just nak buat penghargaan buat korang yang sudi jenguk n singgah sini selalu.. jasa korang tetap teman kenang sampai bila2.. heee.. ok lah.. hope korang sudi-sudilah join yea.. 
hope dapat sambutan dari rakan blogger semua.. 

GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger. GIVEAWAY bermula pada hari ini,  1 November 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 Disember 2013 Semua Blogger Malaysia dijemput menyertainya. Para SPONSOR pun leh join gak.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lengkapkan 5 Syarat dibawah :

1.) Buat entri bertajuk "GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG" . 
TEMPEK BANNER atas ni ke entri korang, jangan lupa pastikan link ke entri GA teman ni yea.. dan Publish entri. jangan lupa Tinggalkan URL entri korang ke dalam ruangan komen INI.. kat tempat lain x dilayan.. harap maaf yea.. sila ikut arahan kalau taknak penyertaan terbatal..=)

TOLONG JUJUR YEA!



2.) Wajib Follow Blog (akan di check!) 


❤ Follow Blog Tengkubutang  | ❤ Follow Blog Syamimi  | ❤ Follow Blog Sheila Salim
❤ Follow Blog Linda  | ❤ Follow Blog Hakimie Inderaputra  | ❤ Follow G+ Cheq Eem 
❤ Follow Blog Nas Honey   |  ❤ Follow Blog KucenKucenBelog |  HoneyOyeke   
❤ Follow Blog Lienda Ramly | ❤ Follow Twitter  |  ❤ Follow Twitter
❤ add FB Gina Kojuji's House  |  ❤ add FB Tengkubutang Miaw

3.) Like Fanpage Sponsor (akan di check!) 


4.) ❤ Klik LIKE dan komen "LIKE" pada GAMBAR INI  kemudian SHARE di wall FB korang .

5.) ❤ add FB BUTIK MIZANA dan SHARE GAMBAR INI di wall FB korang (NEW!)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
- SENARAI HADIAH -
- SENARAI PESERTA (akan di update) -

 Pemenang akan ditentukan secara 
Top Refferal - Hadiah Utama❤ Top Refferal - Hadiah Kedua
❤ Random.org -Hadiah Awesome yang lain

NOTA :
Thank You buat semua peserta yang sudi join, teman mohon maaf kalau banyak sangat korang 
kena LIKE n FOLLOW.. moga kepenatan korang mendapat ganjarannya.. doa2 kan yea..
TQ sebab sudi join, rajin2 promote untuk jadi Top Referral yea!! 
Jom support GA TENGKUBUTANG ni!! =)

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2