Nity

Nuff

22 September 2016

CARA TIDUR YANG BETUL BAGI IBU DALAM PANTANG

CARA TIDUR YANG BETUL 

BAGI IBU DALAM PANTANG

Hai.. saja nak share tentang Cara Tidur Yang Betul Bagi Ibu Dalam Pantang ni, sebab baru-baru ni saja sembang-sembang dengan adik ipar.. Dia suka bercerita dan teman lak suka je dengar sebab kadang-kadang ilmu tu boleh di share dengan rakan-rakan yang memerlukan.. betul tak? ni teman terjumpa info tentang cara tidur yang betul ni, terus up dalam blog.. semoga bermanfaat buat semua yea.. Sharing Is caring . jemput baca yea..

Cerita tentang pakai bengkung, bertungku, minum air kunyit, makan jamu selepas bersalin memang ramai tahu. Tahukah anda tentang cara tidur yang betul bagi ibu dalam pantang?

Jangan pandang remeh perkara ini ya. Silap cara tidur peranakan lambat sembuh dan kepala selalu sakit. Selain cara tidur ada lagi perkara yang sebaiknya dibuat tapi selalu diabaikan ibu sewaktu dalam pantang.

1. Cara tidur ibu bersalin
Tidur dengan bantal yang tinggi supaya darah kotor tak naik atas kepala dan jauhkan diri dari sakit kepala. Kemudian kaki rapat dan lurus supaya peranakan cepat pulih dan vagina jadi sempit semula dan luka cepat sembuh.

2. Pakaian dalam pantang
Pakai baju lengan panjang terutama waktu pagi dan malam supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang di usia tua. Sentiasa berstoking supaya kaki sentiasa panas dan badan tidak masuk angin.

3. Dandanan Rambut
Rambut kena ikat tinggi dan ketat supaya angin meroyan tak naik ke kepala. Jika tidak jaga, ibu akan mendapat sakit gila meroyan atau mata cepat rabun. Boleh juga sapukan minyak zaitun untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening.

4. Berbedak
Bukan bedak kompak ya. Ini bedak bedak sejuk yang dicampur ragi tapai. Cara membuatnya ambil sebuku ragi tapai,hancurkan dengan sedikit bedak sejuk, kemudian campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada seluruh badan,jangan terlalu tebal atau terlalu nipis selepas mandi pagi atau sebelum sarapan. Tujuan berbedak untuk mengelak angin masuk badan dan menegangkan semula kulit.

5. Pilis
Nak berbedak pun malas inikan pula meletakkan pilis di dahi. Ramai yang rasa rimas menggunakan pilis walhal ia baik untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan masalah gelap mata yang biasanya dialami ibu yang lepas bersalin. 

Melihat senarai pantang ibu bersalin memang rasa remeh untuk dibuat, apatah lagi kalau berpantang sendiri yang pada masa sama kena jaga bayi. Tapi cuba untuk ikut aturan ini kerana ia untuk kebaikan dan kesihatan diri ibu juga.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

21 September 2016

KATA-KATA MOTIVASI PILIHAN TENGKUBUTANG #1



If you live long enough, you'll make mistakes. But if you learn from them, you'll be a better person. It's how you handle adversity, not how it affects you. The main thing is never quit, never quit, never quit. 

- William J. Clinton


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

19 September 2016

PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU KINI BERWAJAH BARU!


PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU KINI BERWAJAH BARU!

Keharmoniaan rumahtangga perlu diberi perhatian khusus, seperti juga bahagian keintiman wanita, justeru sabun bukanlah pilihan yang tepat, gunalah Pembersih Kewanitaan Daun Sirih daripada jenama SUMBER AYU untuk membersih dan menyegarkan bahagian intim wanita, Hindari bau , selesa sentiasa.. wahhh.. macam iklan la pulak yea.. hehehe.. 

Packaging baru.. cantik kan! ada bentuk curve body awek gitu!
Oklah, hari ni teman nak berkongsi cerita tentang produk penjagaan keintiman wanita ni, yang dihasilkan dengan Ekstrak Daun Sirih yang telah dipertingkatkan formulasinya dan kini lebih menawan dan menarik dengan wajah baru! 
Nak tayang gak gambar packaging lama.. 
Penjagaan bahagian intim wanita amat perlu tau, selain untuk mengelakkan bakteria yang berbahaya untuk kawasan intim kita, ia juga dapat membuatkan si pemakai berasa segar, bersih dan selesa dengan penggunaan yang teratur.. 
Baunya wangi.. tengok.. nyiau2 pun suka bau dia.. heeee... 
Jikalau kawasan intim tidak bersih, maka bakteria akan mendekati.. dan apabila terjadi infeksi pada alat sulit, pastinya amat menganggu aktiviti seharian kita kerana bakteria tersebut boleh menyebabkan kegatalan, miss V berbau dan keluar cecair keputihan yang kurang menyenangkan.. Sekiranya dibiarkan.. pasti boleh menyebabkan jangkitan lain yang lebih berbahaya.. dan ini juga boleh menganggu hubungan dan keharmonian rumahtangga. 

So, untuk mengelak terjadinya situasi yang kurang menyenangkan seperti diatas, maka kita perlu mengambil langkah menjaga Miss V kita agar sentiasa bersih, segar dan sihat.. haa.. apa kata, korang ambil masa sedikit baca tentang kebaikan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini.. Kalau tengah mencari atau sedang mencari produk ni, suka teman nak bagi tahu Produk-produk SUMBER AYU ini boleh didapati di semua pasaraya utama, dan farmasi. 

Haaaa.. dan untuk pengetahuan semua rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan oleh WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD.. jom baca info lebih lanjut tentang kelebihan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih daripada jenama SUMBER AYU ini.. 


SUMBER AYU -- Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat .


MEMPERKENALKAN PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
DENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT & BERWAJAH BAHARU!

~ Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat~
Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan. 

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar.

Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar /Rose
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral  
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir 
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk  
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity 
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Sorry.. tak boleh nak elak.. itu nyiau2 mesti nak menempek gak dalam frame.. 

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga 
RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml)

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.

Psstttt : komen dari teman, teman suka kesemua baunya... wangi dan segar tau.. tak perlu nak pilih mana yang ok.. sebab memenag kesemuanya OK.. hehehehe.. tak percaya? try la cari dan bau kesemuanya.. mesti teragak-agak nak pilih yang mana.. hehehehe.. walau apa-apaun, pilihlah mengikut kesesuaian dan kondisi Miss V korang yea.. K.. itu sahaj utnuk review kali ni.. semoga  info diatas bermanfaat buat semua.. Assalammualaikum.. 

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga 
RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). 

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. 
Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


06 September 2016

RESEPI BERGEDIL DAGING SEDAP DAN MUDAH!

RESEPI BERGEDIL DAGING SEDAP DAN MUDAH!

hemm.. rasa nak buat bergedil daging je hari ni sebab bahan-bahannya ada tu.. ubi kentang pun ada.. daging kisar pun ada, bawang semua, cili, daun sup n daun bawang pun ada balance buat sup tulang hari tu, hemm.. sebelum ni dah pernah buat.. tapi cari-cari balik resepi yang teman guna dan gambar bergedil teman buat tu, rupanya takde dalam entri teman lagi.. So, hari ni tepek la entrinya.. nanti dah siap bergedil versi teman, leh la tepek gambonya kat sini ye! Jom tengok Resepi Bergedil Daging Sedap dan Mudah ni.. 

Resepi : Begedil Daging

Bahan-Bahan:
500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar, didadu
2 biji cili merah, dihiris halus
2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
2 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur ayam
sedikit garam

Cara Penyediaan:
Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.

Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.

Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak

Tips:
Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

RESEPI PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM PALING SEDAP!!

RESEPI  PULUT KUNING &  RENDANG AYAM PALING SEDAP!!

Teringat masa di hari persandingan teman, emak buatkan Pulut Kuning dan rendang, lalu disuapkan ke mulut semasa di atas pelamin kerana emak telah berniat lama dah nak buat macam tu sebab memang tertunggu-tunggu anaknya yang sorang ni kahwin... heee.. bukan memilih tetapi jodoh tak sampei-sampei lagi mana nak membuatnya.. hahahaha.. Masa terjumpa gambar ni, terasa macam nak makan pulut kuning lak..

Tepek dulu resepi ni kat sini.. kalau ada masa nak try buat.. tapi periuk kukus lak takde.. ada tak cara nak buat pulut kuning ni tanpa menggunakan periuk kukus? boleh share kan tak cara? heee.. tq.. apa-apa pun jom kita tengok resepi yang berjaya memikit hati teman ni..

Resepi Pulut Kuning dan Rendang Ayam  Paling Sedap!

Bahan :
Seekor ayam potong kecil
bersihkan/toskan air - lumur ngan halia.
Goreng ayam separuh masak @ kekuningan & ketepikan.

Bahan untuk kisar :
– 3 biji bwg besar @ 15 biji bwg merah
– 5 biji bwg putih
– 1 inci halia
– 1 inci lengkuas
– 1 inci kunyit 
– 1 helai daun kunyit
– 5 helai daun limau purut
– 2 batang serai
– 15 biji cili kering - ikut kepedasan masing2
– 5 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
–1 sudu kecil jintan manis }
– 1 sudu kecil jintan putih } jika suka - x letak pun x per
– 1 sudu kecil ketumbar }

Bahan untuk menumis :
– 1 senduk minyak utk menumis
– 2 kotak kecil santan ayam brand (kotak biru) 
– 1 senduk kerisik (saljuputih guna kelapa kering & goreng tanpa myk smpi jd perang & blend)
– 2 helai daun kunyit (hiris halus)
– Bahan perasa (garam, gula pasir & gula melaka)

Cara penyediaan :
● Panas minyak & tumis bahan blend hinga naik minyak.
● Mskkan santan & kacau hingga sebati lebih kurang 10 minit, masukkan bahan2 perasa.
● Kemudian masukkan ayam & biarkan kuah jd pekat & barulah letak kerisik.
● Last sekali masukkan daun kunyit yg di hiris halus & kacau sebati.
● Suaikan rasa & boleh angkat. 
● Tapi pada sape yg penah tgk chef wan buat rendang,ada dia letak perahan limau,jika suka boleh mskkan.

PULUT KUNING :
● Beras Pulut rendam dgn serbuk kunyit & asam keping selama 1/2 jam & toskan.
● Kemudian mskkan beras pulut,serbuk kunyit (sikit je),daun pandan,secubit garam & air dlm rice cooker.
● Air sikit je agak melepasi pulut & mskkan/tanak pulut mcm msk nasi.
● Jika suka boleh letak santan.

CREDIT :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

02 September 2016

PERKEMBANGAN JANIN DAN IBU KETIKA TRIMESTER KETIGA

PERKEMBANGAN JANIN DAN IBU KETIKA 

TRIMESTER KETIGA


Nak tahu info tentang Perkembangan Janin Semasa Trimester Ketiga? meh baca info ni.. teman share aje.. Moga bermanfaat buat semua kawan-kawan yang sedang menunggu masa tu.. Semoga kawan-kawan bersalin dengan lancar nanti yea.. doa teman sentiasa untuk semua.. Aamiinn.. Apa lagi.. jom baca untuk persediaaan korang di trimester ketiga kehamilan..

Kini tidak terasa sudah memasuki trimester akhir kehamilan . Persiapan persalinan semakin dekat . Berat badan ataupun panjang tubuh janin akan bertambah dengan cepat sehingga anda yang kini memberi perhatian kepada keadaan tubuh fizikal yang semakin membesar . Perkembangan janin di trimester ketiga akan dibincangkan pada artikel ini yang berkaitan dengan perkembangan janin selama trimestre akhir dan perubahan fizikal selama kehamilan.

Berikut ini adalah proses pertumbuhan dan perubahan kehamilan di trimester ketiga . Perkembangan janin pada trimester ketiga terdiri dari bulan ke 7 , bulan ke 8 dan bulan ke 9 kehamilan . Berikut adalah perkembangan janin sesuai dengan usia kehamilan di trimester ketiga :


Perkembangan Janin Pada Usia 7 Bulan
Pada usia kehamilan di awal 7 bulan ditandai dengan perubahan saiz, misalnya saja pada saiz kepala janin sudah bersesuaian dengan tubuhnya. Bahkan dahi dan kening sudah mulai tumbuh dengan sempurna, bahkan bulu halus pada tubuh bayi sudah mulai tumbuh dengan sempurna.

Di pertengahan usia kehamilan 7 bulan iaitu usia kehamilan 30-31 minggu di mana bayi sudah dapat menendang-nendang, tulang janin yang masih lembut akan tetapi seiring berjalan waktu akan semakin keras dan membuat janin lebih sempurna. Latihan proses bernafas sudah dialami oleh bayi pada minggu-minggu ini .

Saraf otak akan terus menerus berkembang dengan pesat Diakhir perkembangan janin di bulan ke 7 adalah lapisan pelindung bayi yang mula menghilang dan paru paru semakin berkembang. Pupil berfungsi akan mengenyit dan Melepar pada saat mengunjungi kawasan dengan cahaya atau kegelapan.Bahkan pada 32 akan merangkumi berat badan yang bertambah semakin cepat dan menambah lemak di dalam tubuh untuk persiapan menghadapi persalinan di dunia luar. 

Perkembangan Janin Pada Usia 8 bulan
Bulan Diawal usia kehamilan 8 bulan dahi dan bulu mata janin semakin berkembang, malah kini sudah mula berkelip dan apabila bila janin laki-laki, testikalnya mulai terbentuk dengan sempurna pada minggu awal trimester ketiga.

Memasuki minggu pertengahan bayi yang terus berkembang, gerakan bayi semakin terhad kerana ruang gerak dan perkembangan berat badan janin di minggu ini sudah memasuki paru-paru yang semakin berkembang.Terakhir adalah pada usia kehamilan di 8 bulan,

Bayi yang janin tepat waktu akan mengalami perkembangan di minggu 36 di mana kepala di bawah sehingga siap menjelang persalinan. Bahkan selaras dengan bertambahnya usia kandungan kehamilan dari minggu-ke minggu berat janin akan semakin bertambah dan tubuh janin semakin kuat. Bahkan gerakan janin akan semakin berkurang kerana saiz tubuhnya yang semakin berkurang.


Perkembangan janin pada usia 9 bulan
Bulan yang menegangkan yang dinanti-nantikan oleh semua ibu hamil, pada bulan ke 9 di awal minggu pertama 37 minggu. Kali ini bayi mula mengeluarkan salah satu hormon iaitu cortisone yang dapat membantu untuk mematangkan fungsi pernafasan bayi, bahkan tempoh ini sudah siap kerana tubuh matang dan boleh bekerja sendiri.

Seterusnya pada perkembangan usia di minggu-minggu pertengahan maka kulit janin sudah kelihatan berwarna merah jambu dan sistem saraf sudah semakin berkembang. Bahkan di usia kehamilan 9 bulan minggu pertengahan inilah yang menyebabkan sudah menyimpan lemak yang cukup di dalam tubuhnya dan bertahan stabil sehingga dilahirkan.

Antibodi yang dimiliki oleh tubuh bayi akan membantu dalam menjaga kesihatan di awal kelahirannya. Sedangkan memasuki trimester akhir di bulan 9, kemungkinan bayi lahir pada HPL hanya berlaku 5% dari kehamilan dengan kata lain boleh berlaku lebih awal ataupun lebih akhir.

Penting untuk anda melakukan konsultasi dengan doktor anda untuk mengetahui keadaan janin dan sehingga terhindar dari risiko yang membahayakan. Selain perkembangan janin. perubahan fizikal dan psikologi ibu hamil di trimester ketiga harus diperhatikan.

Salah satunya adalah perubahan yang berlaku ketika trimester ketiga ditandai dengan perubahan tubuh, dimana perut ibu hamil semakin membesar. Selain itu tidak menutup kemungkinan ibu hamil kini mengalami keadaan perubahan emosi dalam mempersiapkan persalinan sehingg memerlukan sokongan daripada suami dan keluarga terdekat.

Untuk itu, kali ini ibu hamil boleh mengetahui perubahan tubuh ibu hamil yang berkaitan dengan trimester ketiga kehamilan.

Berikut ini perubahan yang terjadi pada saat ibu hamil memasuki kehamilan di minggu ke 29-40, menjelang persalinan:

Sakit Punggung 
Keluhan yang dialami oleh ibu hamil pertama adalah mengalami sakit belakang, sakit punggung pada ibu hamil di trimester akhir kerana beban berat yang dibawa oleh ibu hamil di dalam kandungan. Walaupun tidak membahayakan akan tetapi boleh menganggu keselesaan ibu hamil, sehingga disarankan untuk mengelakkan menggunakan sepatu tinggi, elakkan juga untuk mengangkat berat badan yang berat. Bahkan untuk berdiri dan berjalan maka badan ibu harus dengan posisi punggung dan bahu tegak akan dapat mengurangkan keadaan sakit belakang.

SesakNafas 
Keluhan yang semakin terasa di trimester akhir kehamilan adalah susah bernafas dimana ibu mengalami diafragma yang menekan paru-paru ibu. Akan tetapi setelah kepala bayi turun dari rongga panggul pada usia 2-3 minggu maka akan mengalami keadaan yang lebih baik.

Sesak nafas pada ibu hamil di trimester ketiga boleh dikategorikan keadaan normal, anda hanya memerlukan masa untuk berehat, sedangkan apabila setelah berehat dan tidak mengalami keadaan yang membaik sebaiknya segera berunding dengan doktor kandungan dan bidan untuk mengetahui yang terjadi.

Beberapa yang berkaitan dengan pernafasan ibu hamil juga kerana adanya keadaan heart burn yang merasa dada panas serasa terbakar, walaupun akan hilang dengan sendirinya apabila tekanan pada bahagian badan bayi di bawah tulang rusuk.

Sesak nafas ini dapat diatasi/dikurangkan dengan sukan yang rutin sesuai dengan keadaan fizikal ibu hamil, salah satunya adalah dengan mengikuti senam hamil untuk mengurangi keluhan sesak nafas selama kehamilan khususnya di trimester ketiga kehamilan. Adapun jenis sukan yang dipilih oleh ibu hamil boleh disesuaikan dengan keadaan fizikal dan keperluan ibu hamil, setiap ibu hamil akan mempunyai keadaan yang berbeza beza.


Penguncupan dan Masalah Tidur Selanjutnya yang berkaitan dengan perubahan yang berlaku pada trimester ketiga kehamilan adalah di mana ibu mengalami keadaan kontraksi palsu atau dikenal dengan istilah Braxton Hicks yang ditandai dengan rasa sakit ringan, hilang pada masa rehat dan mengalami keadaan yang tidak teratur. Ini seringkali dikenali oleh sebahagian ibu hamil sebagai tanda persalinan padahal pada kenyataannya tidak demikian, ini hanya sebuah kontraksi yang akan reda selepas anda berehat seketika berbeza dengan penguncupan menjelang persalinan.

Masalah tidur lain yang berkaitan dengan perut yang semakin membesar dan menendang di malam hari sehingga membuat ibu kesukaran untuk tidur nyenyak. Bagi ibu yang mengalami keadaan ini sebaiknya dapat mengelakkan dengan pelbagai alternatif, misalnya dengan menggunakan aroma terapi atau muzik klasik yang akan membantu anda untuk tidur nyenyak ketika malam hari.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


01 September 2016

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA | VIRGIN COCONUT OIL (VCO)

MINYAK KELAPA DARA | VIRGIN COCONUT OIL (VCO

Khasiat Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)

Assalamualaikum, salam sejahtera semua... Hari ni teman nak share something terutama buat ibu-ibu mengandung khasnya ye... korang tahu tak.. Virgin Coconut Oil (VCO) ini sangat berkhasiat diamalkan oleh semua, namun jangan tak tahu yea.. VCO ini juga sangat baik diambil oleh ibu-ibu mengandung, ibu yang menyusukan (BF), ibu yang sedang berpantang... juga sangat bermanfaat untuk bayi/anak...


Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran Halagel semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk ini adalah 100% asli tanpa sebarang bahan kimia atau pewarna tiruan. 

HALAGEL juga adalah Syarikat Bumiputera Islam dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL JAKIM.

Antara kebaikan VCO untuk ibu-ibu mengandung:-

- Menghilangkan jerawat/parut, bintik hitam & putih, kulit berminyak, kulit kering

- Menghilangkan strechmark.

- Tiada masalah keputihan ketika hamil.

- Membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk

- Membantu mengurangkan 'morning sickness' iaitu loya dan muntah di awal pagi atau alahan yang teruk (ibu hamil)

- Berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

- Mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.

- Proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar.

- Mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).

- Mengurangkan sembelit/buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.

- Mengawal kandungan gula dalam darah sepanjang kehamilan.

- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil.

-Meningkatkan kualiti persekitaran rahim & susu ibu

- Kulit bayi lebih lembut & mengurangkan masalah juandise/demam kuning pada bayi.

- Sebagai minyak urut bagi rawatan ibu-ibu dalam pantang.

- Dapat mengelakkan kekejangan dan rasa tegang semasa hamil (sapu pada betis dan peha)

- Sapuan pada luka bersalin juga akan mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan parut.Selain bagus untuk kulit..kesihatan dalaman dan luaran...


haa.. Ada sape2 yang mengamalkan VCO ni tak? Kalau baca kat atas ni, memang banyak kelebihan-kelebihannya kan! Elok untuk kecantikan kulit, baik untuk sistem imun badan.. Tambahan pula Ibu hamil pun sesuai amalkan sebab boleh buat hb ibu2 cantik je.. InsyaAllah boleh juga melegakan sembelit jugak tauu.. 

Nak beli harga murah tak.. Ha ni ada brand Halagel.. Asli.. Tulen.. Pure punya VCO, teman nak letgo.. Ada 3 botol je.. Teman tengah try minyak zaitun ni untuk masalah kulit Psoriasis, So.. Takmau campur-campur makan kan.. 

Yang ni nak letgo murah2 je kepada sesiapa yang memang amalkan VCO ni.. Dalamnya ada 120 biji softgel, sebotol ni untuk 2 bulan yea.. Jimat sangattt.. Haaa.. kalau ada yang berminat, boleh whatsapp 0196783724 ye.



Dalamnya ada 120 biji softgel, sebotol ni untuk 2 bulan yea.. Jimat sangattt.. Haaa.. kalau ada yang berminat, boleh whatsapp 0196783724 ye.

1 botol rm50 termasuk post
3 botol rm130 termasuk post

1 botol ada 120 softgel
(untuk stok 2 bulan)
BERBALOI-BALOI NI TAUUU!! Brand HALAGEL

Berminat sila whatsapp 0196783724
#vco #virgincoconutoil #halagel #minyakkelapadara  #minyakkelapadaramurah #minyakkelapadarahalagel #vcohalagel 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2