Nuff

05 Julai 2019

Peringkat Kehamilan dan Tips Kehamilan


Peringkat Kehamilan dan Tips Kehamilan


Semasa TB mula-mula dapat tahu TB pregnant tu TB memang tak sangka sangat TB pregnant masa tu sebab pada masa TB dapat tahu TB pregnant tu, TB dan suami masih bersedih dengan kehilangan kucing kesayangan kami, iaitu Adik .. Selalunya orang kata kalau kita selalu bersedih atau stress susah nak lekat, sebab tu TB memang terkejut sangat-sangat secara tiba-tiba je dapat tahu TB mengandung sebab dah lewat period..

TB terlupa, kalau Allah nak bagi rezeki tu.. bila-bila masa pun boleh.. tak kira kita sedih ke gembira ke.. kalau Allah dah tetapkan itu masanya.. maka terjadilah ia.. dan Apabila TB mengandung masa tu.. TB memang bersyukur sangat-sangat dan rasa macam semua ini adalah sebagai gantian diatas kesedihan yang kami lalui selepas kehilangan Adik..

Masa tu kami masih bersedih lagi.. nak pulak terkenang video-video dan gambar lama adik.. hati jadi sebak.. Kami tetap berulang pergi kubur adik.. seolah-olah bercakap dengan adik.. memang rasa agak pelik bagi korang kan, tapi.. itu je cara kami nak buktikan kami sayang dia..

Tapi lepas tu kami tak dapat nak pergi kubur adik dah sebab kawasan tu dah ditutup dengan pagar, mungkin diorang nak bangunkan bangunan atas tanah tu.. Namun ingatan kami kepada Adik tetap mekar hingga kini..
Sepanjang TB di awal kandungan, TB dah start baca macam-macam info tentang pregnant ni, tambah-tambah ini kali pertama TB pregnant setelah 4 tahun menunggu.. dan berita baik yang dinanti-nantikan itu tiba juga akhirnya betul-betul pada bulan 3, iaitu bulan Anniversary kami yang ke 4 .. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat..

dan TB pun memulakan hari sebagai mak buyung dengan perasaan yang gembira tak terkata.. first entri yang TB dah up masa mula-mula cerita tentang kehamilan TB ni ada dikeat SINI dan SINI .. Ada 2 entri je TB dapat abadikan kat blog ni sebab sebelum ni rasa macam taknak share kat blog..tapi bila terfikir diri ni dah makin pelupa.. rasa nak up sebagai kenangan.. biar TB ingat balik apa yang TB alami time tengah pregnant sehinggalah saat TB melahirkan harraz.. 

Ok lah.. TB ni sebenarnya nak share dengan korang tentang entri yang TB suka baca time pregnant dulu.. iaitu Peringkat Kehamilan dan Tip-Tip Kehamilan untuk TB amalkan untuk kekal sihat ketika hamil.. 



Kehamilan adalah anugerah yang indah. Sepanjang 40 minggu dalam kalendar kehamilan, tubuh kita mengalami perubahan yang ketara. Jom kita sama-sama baca lebih lanjut untuk mengetahui apa yang bakal berlaku semasa tiga peringkat kehamilan (trimester), malah ketahui tip-tip untuk memastikan diri kita dan bayi kita sihat sepanjang kehamilan .

Jika tidak pasti sejauh mana peringkat kehamilan kita, try lah muat turun Kiraan Kehamilan sekarang. Senang nak tahu berapa usia kandungan dan bila jangkaan bersalin kita..


Trimester Pertama (minggu 1-12)

Banyak yang sedang berlaku di dalam tubuh anda sekarang. Setiap sudut tubuh anda mula mengalami erti sebenar kehamilan. Ini termasuklah:

  • Keletihan yang melampau 
  • Mabuk hamil 
  • Buah dada yang bengkak atau lembut 
  • Keinginan terhadap makanan 
  • Berubah perasaan 
  • Naik berat badan

Trimester Kedua (minggu 13-28)

Mungkin anda dapati trimester ini lebih mudah daripada yang pertama kerana mabuk hamil makin berkurangan walaupun perut anda pula semakin membesar. Tak lama kemudian, anda akan merasai bayi anda bergerak. Anda juga akan mengalami:

  • Sakit di bahagian belakang, perut dan kemaluan 
  • Tanda regangan
  • Tangan kebas atau menggigil 
  • Sedikit bengkak di bahagian buku lali, jari dan muka


Trimester Ketiga (minggu 29-40)

Kini perut anda pasti sebesar bola sepak. Anda akan berasa kurang selesa kerana bayi anda menekan organ anda. Anda juga akan kerap ke tandas, malah anda juga akan mengalami:

  • Rasa mengah 
  • Buku lali, jari dan muka yang lebih bengkak (Jika ia bertambah teruk, jumpalah pakar penjagaan perubatan anda dengan segera) 
  • Buah dada yang lembut dan mendorong pengeluaran susu terlebih awal 
  • Susah untuk tidur
  • Tip-tip termuka untuk mencegah penyakit ketika kehamilan

Jangan hiraukan perubahan badan anda – ini kerana ada si kecil yang sedang membesar di dalam. 

Gunakanlah tip-tip kehamilan berikut untuk membuat beberapa perubahan:
  • Masuk tidur awal dan tidur lebih lama (sementara boleh!) Makan makanan yang sihat 
  • Elakkan produk tenusu tidak dipasteurkan, keju berkulat, daging sejuk dan telur separuh masak yang mungkin membawa bakteria. Minta nasihat doktor untuk senarai penuh makanan yang perlu dielak. 
  • Ambil penambahan makanan seperti asid folik sehingga minggu ke-12 kehamilan anda untuk mencegah bayi daripada lahir dengan keadaan seperti spina bifida. 
  • Elakkan najis kucing kerana ia mengandungi organisma yang menyebabkan toxoplasmosis (jangkitan yang memberi kerosakan mata dan otak kepada bayi). 
  • Bersih dan basmi kuman kawasan-kawasan yang kerap disentuh di rumah dengan Dettol Surface Cleansing Trigger or Dettol Surface Cleansing Wipes yang membunuh 99.9% kuman. 
  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air

Walau di mana anda status anda di dalam kalendar kehamilan, berseronoklah kerana masa akan berlalu begitu saja.

credit to :






04 Julai 2019

Perkembangan Janin Dalam Rahim Minggu Demi Minggu


Perkembangan Janin Dalam Rahim
Minggu Demi Minggu 

Hai.. Tiba-tiba ada rasa nak share tentang pengalaman masa mengandungkan harraz dulu.. Almaklumlah.. penyakit pelupa makin menjadi-jadi.. risau TB kalau-kalau terlupa moment indah masa mengandungkan harraz dulu.. So, nak tepek sini lah.. even dah 2 tahun 6 bulan dah usia harraz.. TB ON je lah tulis entri kenangan tu untuk bacaan TB sendiri..

Sebelum tu TB up dulu entri yang ni haaa.. untuk bakal-bakal ibu lain.. ini antara artikel yang TB suka baca tau.. sebab apa.. sebab bila tengok ciri-ciri perkembangan bayi tiap-tiap minggu.. TB akan bayangkan harraz macam mana dalam perut.. hehehehe..

Masa mula-mula dulu.. terasa macam ada kupu-kupu bergerak dekat bahagian perut dekat ari-ari tu tau.. Ya Allah.. rindu nak rasa semua tu.. Moga ada rezeki lagi dipermudahkan untuk dapatkan adik beradik untuk harraz nanti.. Jom baca Perkembangan Janin Dalam Rahim Minggu Demi Minggu ni untuk bakal-bakal ibu dan ibu-ibu sekalian.. 

Persenyawaan
Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya memasuki ovum. Telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan terus membesar di situ.

Minggu 1
8 hari selepas persenyawaan, badan anda akan mula mengeluarkan hormon yang menjadi signal bahawa anda sudah mengandung.

Minggu 2
Telur yang disenyawakan akan mula mengalami proses pembahagian sel. Jantina bayi anda sudah diketahui pada saat ini.

Minggu 3
Pada minggu ketiga, saiz janin anda ialah 2mm. Sangat kecil. Sel organ badan mula terbentuk

Minggu 4
Sekiranya anda melakukan ujian kehamilan pada minggu ini, kemungkinan besar anda akan mendapat keputusan positif. Pada tahap ini, embrio bersaiz 6 mm. Struktur badan akan mula terbentuk. Pembentukan otak, jantung, tulang belakang, saluran darah, muka, leher, paru-paru, perut dan hati juga akan bermula.

Minggu 5
Mata mula kelihatan pada embrio. Otaknya juga mula berkembang. Haid anda sudah lewat, pada masa ini mungkin anda akan membuat ujian kehamilan dan mendapat keputusan positif.perkembangan janin

Minggu 6
Embrio semakin membesar ke saiz jari kelingking. Sekiranya anda melakukan ujian ultrasound, embrio akan jelas kelihatan. Tali pusat dan saluran darah mula terbentuk. Jantung juga mula berdenyut dan mengepam darah ke dalam paru-paru.

Minggu 7
Anda akan mula mengalami morning sickness dan merasakan perubahan seperti kulit menjadi sedikit gelap. Pada minggu ketujuh, embrio telah menjadi fetus. Saiznya lebih kurang 1.3 cm. Lubang hidung, bibir, lidah dan gigi mula terbentuk. Otak, usus dan tulang belakang hampir terbentuk sepenuhnya.

Minggu 8
Fetus akan terus membesar, dan pada minggu kelapan ia sebesar satu inci.Muka, hidung, mulut da lidah mula kelihatan. Jantung dan organ dalaman yang lain mula berfungsi. Jari kaki dan tangan semakin memanjang dan akan jelas kelihatan dalam ultrasound.

Minggu 9
Fetus berukuran 3 inci. Jari tangan dan kaki semakin memanjang.

Minggu 10
Pada minggu kesepuluh, saiz fetus ialah sudah menjadi 4.5 cm dengan anggaran berat 5 gram. Telinga akan semakin jelas kelihatan. Sebarang kecacatan pada janin akan berlaku pada minggu ini.

Minggu 11
Pada minggu kesebelas, fetus telah membesar menjadi 5.5 cm dan beratnya adalah satu kali ganda berbanding minggu lepas. Pada tahap ini, fetus sudah selamat daripada sebarang kecacatan.

Minggu 12
Pada minggu kedua belas, saiz bayi ialah lebih kurang 2 inci dengan berat hampir 20 gram. Jantungnya akan berdegup kencang & bayi mula bernafas menggunakan paru-paru. Doktor anda boleh mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan peralatan khas. Jantina bayi akan menjadi semakin jelas. Bayi juga akan mula bergerak.

Bentuk tubuh badan bayi hampir sempurna. Jari-jemari dan kuku bayi sudah terbentuk dengan sempurna, malah bayi mula menghisap jarinya pada minggu ini. Semasa menghisap jari, bayi akan tertelan air ketuban. air ketuban yang ditelan akan diproses menjadi air kencing oleh sistem perkumuhan bayi.perkembangan janin

Sumber: Starberita

Minggu 13
Pada minggu ketiga belas, saiz fetus mencecah 7.5 sm dengan berat 30 gram. Tulang dan gigi bayi semakin berkembang. Pada minggu ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk menyusu.

Minggu 14
Kini anda sudah memasuki trimester kedua. PAda minggu keempat belas, saiz bayi ialah 9 sm ddan beratnya lebih kurang 60 gram. Organ dalaman bayi sudah mulai matang. Bentuk dagu, dahi dan hidung semakin sempurna. Bayi anda juga sudah pandai menggerakkan kepala dan mengerutkan keningnya.

Minggu 15
Bayi anda kini bersaiz 12 sm dengan berat kebih kurang 100 gramm. Tulang rangka bayi sedang aktif berkembang. Pada minggu kelima belas, kaki bayi lebih panjang daripada tangan. Rambut, kening, dan bulu mata semakin menebal. Apa yang paling menarik, pada minggu ini, bayi anda mula mendengar bunyi denyutan jantung dan suara anda.

Minggu 16
Pada minggu keenam belas, saiz bayi membesar menjadi 4.5 inci dengan berat 100 gram. Jantung dan saluran darah telah membentuk dengan sempurna. Cap jari bayi sudah terbentuk. Malah bayi anda sudah pandai mengerdipkan mata comelnya.

Bayi anda semakin aktif bergerak. Rambut-rambut halus akan mula tumbuh pada bayi. Jika anda melakukan ujian ultrasound, jantina bayi mungkin dapat dilihat.

Minggu 20
Vernis mula menyeliputi bayi anda. Bayi anda sudah pandai menguap, menggeliat dan tersenyum. Gerakan bayi juga akan semakin terasa kuat.perkembangan janin

Sumber: Firsteatright

Minggu 24
Bayi anda semakin aktif bergerak dan memberikan tindak balas terhadap bunyi. Bayi anda mula mengalami sesedu akibat terlalu banyak menelan air ketuban. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar melalui steteskop biasa.

Minggu 28
Pada minggu kedua puluh lapan, bayi anda sudah sempurna sifat dan jika terpaksa dilahirkan sekarang, akan dianggap sebagai bayi pramatang dengan peluang yang tinggi untuk terus hidup.

Minggu 32
Bayi anda semakin aktif bergerak dan mulai minggu ini, berat bayi akan naik secara mendadak. Kolostrum akan mula keluar dari payudara anda. Kepala bayi berada di pintu serviks sebagai persediaan untuk bersalin.

Minggu 36
Anda akan mula merasakan braxton hicks. Pada minggu ke36, bayi anda sudah pandai bernafas dengan betul.

Minggu 37
Bulu halus di seluruh badan bayi anda akan mulai berkurangan. Tubuh badan bayi juga akan mula mengeluarkan sejenis hormon yang dinamakan cortisone. Fungsi cartisone ialah untuk mematangkan paru-paru bayi anda.

Minggu 38
Lemak mula terbentuk dalam badan bayi anda. Kuku dan rambutnya akan mula memanjang.

Minggu 39
Bayi anda sudah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan pada bila-bila masa.

Minggu 40
Biasanya pada minggu ke40, bayi anda sudah selamat dilahirkan.






02 Julai 2019

LULLABY SONGS FOR BABY AND KIDS


LULLABY SONGS FOR BABY AND KIDS


“Twinkle, Twinkle, Little Star”
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When he nothing shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, all the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

Then the traveler in the dark,
Thanks you for your tiny spark;
He could not see which way to go,
If you did not twinkle so.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky you keep,
While you thro’ my window peep,
And you never shut your eye,
Till the sun is in the sky,
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

Listen to this lullaby!



“Rock-a-Bye Baby”
Rock-a-bye, baby
In the treetop.
When the wind blows,
The cradle will rock.
When the bough breaks,
The cradle will fall.
And down will come baby,
Cradle and all.

Baby is drowsing,
Cozy and fair.
Mother sits near,
In her rocking chair.
Forward and back,
The cradle she swings.
And though baby sleeps,
He hears what she sings.

Rock-a-bye baby,
Do not you fear.
Never mind baby,
Mother is near.
Wee little fingers,
Eyes are shut tight.
Now sound asleep,
Until morning light.

Listen to this lullaby!


“Hush, Little Baby”


Hush, little baby, don’t say a word,
Papa’s/Mama’s gonna buy you a mockingbird.
And if that mockingbird don’t sing,
Papa’s/Mama’s gonna buy you a diamond ring.

And if that diamond ring turns brass,
Papa’s/Mama’s gonna buy you a looking glass.
And if that looking glass gets broke,
Papa’s/Mama’s gonna buy you a billy goat.

And if that billy goat don’t pull,
Papa’s/Mama’s gonna buy you a cart and bull.
And if that cart and bull turn over,
Papa’s/Mama’s gonna buy you a dog named Rover.

And if that dog named Rover won’t bark.
Papa’s/Mama’s gonna to buy you and horse and cart.
And if that horse and cart fall down,
Well, you’ll still be the sweetest little baby in town.




“Are You Sleeping?” 
Are you sleeping, are you sleeping?
Brother John, Brother John?
Morning bells are ringing, Morning bells are ringing,
Ding Ding Dong, Ding Ding Dong.

Listen to this lullaby!


I'm a Little Teapot
Short and stout.
Here is my handle,
Here is my spout.
When I get all steamed up
Hear me shout:
Tip me over
And pour me out!

I’m a very special pot
This is true.
Here’s an example
Of what I can do.
I can change my handle
And my spout.
Tip me over
And pour me out!


Row Your BoatRow, row, row your boat,
Gently down the stream,
Merrily merrily, merrily, merrily,
Life is but a dream.

Pat A Cake
Pat a cake, pat-a-cake, baker’s man,
(Clap your hands together to the words, or help your baby clap his)
Bake me a cake as fast as you can.
Pat it and prick it and mark it with a B,
(Pat the palm of your hand, prick your palm with one finger; Trace a B on your baby’s hand or tummy.)
And put it in the oven for Baby and me
(Slide the pretend cake on your hands into a pretend oven)

5 Little Ducks
Five little ducks went out one day
(Hold up five fingers)
Over the hills and far away
(Wave bye-bye)
Mother duck said “Quack, quack, quack, quack”
But only four little ducks came back.
(Hold up four fingers)

Four little ducks went out one day…
(Hold up four fingers)
Over the hills and far away
(Wave bye-bye)
Mother duck said “Quack, quack, quack, quack”
But only three little ducks came back.
(Hold up three fingers)

Three little ducks went out one day…
(Hold up three fingers)
Over the hills and far away
(Wave bye-bye)
Mother duck said “Quack, quack, quack, quack”
But only two little ducks came back.
(Hold up two fingers)

Two little ducks went out one day…
(Hold up two fingers)
Over the hills and far away
(Wave bye-bye)
Mother duck said “Quack, quack, quack, quack”
But only one little duck came back.
(Hold up one finger)

One little duck went out one day…
(Hold up one fingers)
Over the hills and far away
(Wave bye-bye)
Mother duck said “Quack, quack, quack, quack”
But none of the five little ducks came back
(open hands in an ‘empty’ gesture)

Sad mother duck went out one day…
(Sing it sadly and slowly)
Over the hills and far away
Mother duck said “QUACK! QUACK! QUACK! QUACK!”
And all of the five little ducks came back.
(Wave hand with all five fingers!)


Do You Know The Muffin man
O do you know the muffin man,
The muffin man, the muffin man.
O do you know the muffin man,
Who lives in Drury Lane?
O yes I know the muffin man,
The muffin man, the muffin man,
O yes I know the muffin man,
Who lives in Drury Lane.
Hickory Dickory dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck one
The mouse ran down,
Hickory Dickory dock.

Hickory Dickory dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck two
And down he flew,
Hickory Dickory dock.

Hickory Dickory dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck three
And he did flee,
Hickory Dickory dock.

Hickory Dickory dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck four,
He hit the floor,
Hickory Dickory dock.

Hickory Dickory dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck five,
The mouse took a dive,
Hickory Dickory dock.

Hickory Dickory dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck six,
That mouse, he split,
Hickory Dickory dock.

Hickory Dickory dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck seven,
8, 9, 10, 11,
Hickory Dickory dock.

Hickory Dickory dock,
The mouse ran up the clock,
As twelve bells rang,
The mousie sprang,
Hickory Dickory dock.

Hickory Dickory dock,
"Why scamper?" asked the clock,
"You scare me so
I have to go!
Hickory Dickory dock."

Ten In The Bed
There were ten in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over and
one fell out

There were nine in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over
And one fell out

There were eight in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over and one fell out

There were seven in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over and one fell out

There were six in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over and one fell out

There were five in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over and one fell out

There were four in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over and one fell out

There were three in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over and one fell out

There were two in the bed
And the little one said,
"Roll over! Roll over!"
So they all rolled over and one fell out

There was one in the bed
And the little one said,
"Alone at last!"

Five little monkeys jumping on the bed
Five little monkeys jumping on the bed
One fell off and bumped his head
Mama called the doctor
And the doctor said
No more monkeys jumping on the bed

Four little monkeys jumping on the bed
One fell off and bumped his head
Mama called the doctor
And the doctor said,
No more monkeys jumping on the bed

Three little monkeys jumping on the bed
One fell off and bumped his head
Mama called the doctor
And the doctor said,
No more monkeys jumping on the bed

Two little monkeys jumping on the bed
One fell off and bumped his head
Mama called the doctor
And the doctor said,
No more monkeys jumping on the bed

One little monkey jumping on the bed
One fell off and bumped his head
Mama called the doctor
And the doctor said,
Put those monkeys right to bed

Lagu dari Youtube Channel - Super Simple - Harraz Sukaaa!!


Sweet Dream

Good night to you.
Good night to me.
Now close your eyes and go to sleep.
Good night. Sleep tight. Sweet dreams tonight.
Good night. I love you.


Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.

Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.
Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.
And eyes and ears and mouth and nose.
Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.

One more time!

Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.
Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.
And eyes and ears and mouth and nose.
Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.


Open shut them
Open shut them, open shut them.
Give a little clap, clap, clap.
Open shut them, open shut them.
Put them in your lap, lap, lap.

Big and small.
Big and small. Big and small.
Big, big, big, big. Small, small, small.
Big and small. Big and small.
Big, big, big, big. Small, small, small.

Please. No, thank you.
Please. No, thank you. Please. No, thank you.
Please, please, please, please. No, thank you.
Please. No, thank you. Please. No, thank you.
Please, please, please, please. No, thank you.

Fast and slow.
Fast and slow. Fast and slow.
Fast, fast, fast, fast. Slow, slow, slow.
Fast and slow. Fast and slow.
Fast, fast, fast, fast. Slow, slow, slow.

Loud and quiet.
Loud and quiet. Loud and quiet.
Loud, loud, loud, loud. Shh…quiet.
Loud and quiet. Loud and quiet.
Loud, loud, loud, loud. Shh…quiet.

Peek-a-boo.
Peek-a-boo. Peek-a-boo.
Peek-a, peek-a, peek-a-boo!
Peek-a-boo. Peek-a-boo.
Peek-a, peek-a, peek-a-boo!



28 Jun 2019

SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING - HYDRATING LOTION | PENYEGAR & PELEMBAP 2 IN 1

                                                                          

SAFI BALQIS OXYWHITE
WHITENING - HYDRATING LOTION
| PENYEGAR & PELEMBAP 2 IN 1


Yeahh .. syoknya bila tengah asyik mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah.. Akhirnya berjumpa juga dengan produk yang sesuai dengan kulit.. Almaklumlah..kulit TB ni ngada-ngada sikit.. sensitif.. kalau nak pakai apa-apa product mesti kena tengok sesuai ke tak time test sapu pada kulit.. kalau panas je rasa kat kulit tu, maknanya tak OK dan kalau rasa pedih-pedih je kat kulit sampai memerahkan kulit lagi la tak sesuai..

Ada sekali tu TB pernah pakai produk yang bila letak kat muka TB jadi merah muka dan ada rasa pening-pening tau lepas sapu krim tu.. haaa.. yang tu pun satu masalah gak.. tak sesuai dengan kulit wajah TB.. so TB kena tinggalkan produk tu walaupun baru sekali dua guna.. Sebab kalau teruskan guna.. tak ke naya je muka kau jadi macam udang kena bakar merahnya tuuu .. uiii.. jangan di bior kata orang perak.. hahahaha..

So, TB pun kena berhati-hati dalam memilih produk untuk wajah ni.. Haaa.. ni TB nak cerita.. baru-baru ni TB sajalah nak try produk terbaru dari Safi tu.. Sebut je Safi semua orang dah kenal kan.. Safi ni jenama yang dah lama bertapak di pasaran.. Dan dah bermacam-macam produk diorang keluarkan.. Ada je yang terbaru.. lagi terbaru.. lagii terbaru.. Dasyat kan..

Haa.. Tapi kali ni TB nak share tentang Penyegar dan Pelembap dua dalam satu ni.. SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING - HYDRATING LOTION namanya .. dibotolkan dalam packaging yang menarik dan berbentuk cecair yang mudah meresap ke dalam kulit.. tak melekit dan tak berminyak.. TB dah cuba.. serius best sangat guna.. muka rasa lembap je.. dan kulit rasa fresh..








Yeaaazaaa.. Nin diaa... Produk terbaru dari @safimalaysia iaitu : SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni adalah Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit kita yang ringkas tetapi beri kesan lembapan yang optimum. . . Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni tugasnya: . πŸ’– Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran hanya dengan satu penggunaan. . πŸ’– Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari . . πŸ‘‰dengan 5 jenis Hyaluronic Acid : πŸ’– Macro Hyaluronic Acid πŸ’– Nano Hyaluronic Acid πŸ’– Bio-Hyaluronate πŸ’– Oligo-Hyaluronic Acid πŸ’– Super Nano Hyaluronic Acid . . πŸ€—πŸ’– Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit πŸ€—πŸ’– Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE . . 🧚‍♀️Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri . . 🧚‍♀️Manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna. . . Nak tahu story selanjutnya.. boleh baca di blog TB nanti yea.. www.tengkubutang com . . #SafiBalqis #SafiMy #safi #safihydrationlotion #SAFIBALQIS #OXYWHITE #HYDRATINGLOTION #SAFIBALQISOXYWHITEHYDRATINGLOTION #safiBALQISOXYWHITE
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘αƒ¦) (@tengkubutang) on


Bila kulit lembap.. wajah kita secara automatik akan nampak fresh dan nampak remaja sikit tau.. jangan taktau yang tu.. perhatikan kalau wajah korang kering dan nampak macam tak bermaya je.. pasti korang akan nampak kulit macam gelap sikit dan tak ceria.. kan?

Haaa.. TB pun baru tahu yang tu tau.. selama ni tak ambil berat pun pasal masalah kulit wajah.. TB biar je.. walhal kena pakai penyegar dan pelembap untuk rutin kecantikan harian kita sebagai wanita ni kan..

Haaa.. cakap pasal rutin kecantikan.. Selalu orang akan cuci muka kemudia letak toner/penyegar kemudian baru letak pelembap wajah kan? Haaa.. Tapi dengan Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion ni koranggg.. Lepas cuci muka, sapu dengan lotion ni pun dah cukup korang wehh.. tak perlu lagi nak tempek toner/penyegar kat muka dah.. terus sapu je lotion ni kat wajah tu.. dah selesai rejim kecantikan untuk harian.. kann..

Ok lah.. jom baca info sama-sama tentang produk terbaru dari Safi Balqis ni..


SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION 100ML

Haa.. Kalau korang nak tahu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni adalah Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. 

Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak:

•  Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.
• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid :

  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate
  • Oligo-Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE


Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Haa.. Amacam.. tertarik tak baca tentang info kandungan dan effect dia? Haaa.. kalau korang nak try lotion ni boleh la beli kat mana-mana farmasi dan hypermarket yang berdekatan dengan korang ye...


 #SafiBalqis #safiMY #safihydrationlotion







27 Jun 2019

Bidadari.my | Website Yang Mengandungi Pelbagai Artikel Ber Informasi



Bidadari.my | Website Yang Mengandungi
Pelbagai Artikel Ber Informasi


Hai.. pagi-pagi gini TB terasa nak share something tentang satu blog yang sangat bagus untuk dijadikan panduan dan rujukan.. TB ni memang kalau dah jumpa satu blog best tu.. mulalah rasa nak tengok je info terbaru dia.. Sebab banyak tips-tips dan artikel meanrik untuk dibaca di website tu..

Haaa.. website yang TB sebut-sebutkan ni namanya BIDADARI MY . Bidadari.My telah diwujudkan sejak tahun 2013 lagi. Apa yang menariknya.. Bidadari My ni selalu menaikkan artikel Motivasi dengan diselitkan beberapa potong ayat suci al-Quran dan hadis baginda Rasulullah s.a.w.

Kewujudan website ini sangat dialu-alukan kerana ia antara website yang turut menyampaikan ilmu kekeluargaan di alam maya ini... Bukan sahaja wanita yang tertarik membaca website ini tau.. malah kaum bapa-bapa ni pun rajin melihat artikel menarik di website ini..

Dalam Website ini terdapat pelbagai artikel-artikel yang berinformasi dan antara Topik-Topik yang sering dipaparkan di setiap artikel dalam website ini ialah tentang :


Keluarga
Artikel berkisarkan tips keluarga, tips ibu bapa, tips anak, hubungan suami isteri dalam mencipta keluarga bahagia.

Kesihatan
Tips Diet Sihat Tubuh Badan dan Kesihatan Diri

Petua & Tips
Berkongsikan tips dan petua seharian

Resepi
Artikel menarik tentang resepi sedap, meanrik dan viral seluruh Malaysia. Mudah dan senang dibuat.
Visi Bidadari.my:

Motivasi & Santapan Rohani 
Tips Motivasi Diri, Motivasi kerja, Petua Harian dan renungan


Haa..Bagus kan topik-topik yang disenaraikan kat atas ni? Topik-topik inilah yang akan menjadi rangkuman kepada artikel-artikel yang ditulis nanti.. TB sampai bookmark tau artikel-artkel yang TB tak sempat baca kat website Bidadary my ni.. sebab banyak sangat info-info menarik kat website bidadari.my ni.. antara nya yang TB dah baca, dan TB suka artikel tu ialah :


KELUARGA

32 Ayat Pickup Line Untuk Suami Terbaik Weh!

Mainan Bayi Yang Sesuai Mengikut Umur (3 Bulan, 6 Bulan, 1 Tahun)

15 Idea Bilik Tidur Anak Lelaki Menarik Dan Awesome

10 Tips Cepat Hamil Dr Hamid Arshat (Pakar Bidang Kehamilan)

7 Kebaikan Terapi Mewarna Untuk Penyembuhan Emosi (Menarik Tahu)

Panduan Urutan Bayi: Petua Dan Teknik Yang Perlu Ibu Tahu

5 Makanan Terbaik Yang Kena Ada Di Dapur Untuk Tingkatkan Prestasi Otak Anak?


KESIHATAN

7 Makanan Untuk Darah Tinggi Dan Kolesterol (Petua Boleh Amal)

Punca Toksin Dalam Badan Dan Cara Menyahtoksik Boleh Amal

10 Sebab Period Lambat Yang Ramai Wanita Tak Perasan

9 Cara Penjagaan Buah Pinggang Mudah Wajib Anda Tahu!

15 Makanan Diproses Harus Anda Elakkan
https://www.bidadari.my/makanan-diproses/


PETUA & TIPS

5 Kolagen Terbaik Untuk Kekal Awet Muda (Ketahui Khasiat, Fakta Dan Kesan)

5 Krim Jeragat Terbaik Boleh Beli : Cara Betul Hilangkan Jeragat Yang Ada


RESEPI

Resepi Ayam Kam Heong Chinese Style (Mengancam Wanginya)

Khasiat Belangkas Dan 6 Cara Makan Belangkas Yang Betul

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Simple (Mudah Sangat)

Resepi Mee Rebus Utara (Menarik dan sedap)

Resepi Kurma Masak Telur (Lazat dan Mudah!)

Resepi Kek Cheese Leleh (Pasti Mahu Lagi)

Resepi Puding Kastard Jagung (Pencuci Mulut Dikala Panas)


MOTIVASI & SANTAPAN ROHANI

8 Jenis Rezeki (Bentuk Rezeki Dari Allah Kita Tidak Sedar)

Apakah Penyakit Ain, Kisahnya Dan Cara Rawat? Hati-Hati Dengan Penyakit Ain!

16 Doa Murah Rezeki Mujarab Dan Berkesan Dengan Izinnya

Hukum Ibu Bapa Menyakiti Hati Anak – Wujudkah Ibu Bapa Derhaka?

49 Kata-Kata Semangat Dan Motivasi Diri Untuk Kehidupan Dan Kerjaya

9 Kelebihan Surah Al-Waqiah Menjemput Rezeki Dan Memudahkan Urusan


Haa.. diatas ni antara artikel-artikel yang TB bookmark dulu.. nanti nak baca.. ada yang TB dah baca tapi TB letak juga kat sini sebab nanti kot terlupa nak baca balik boleh klik je link kat sini kan.. Haa.. apa kata korang pun terjah je website Bidadari.my ni.. mana tahu ada info atau artikel yang korang cari selama ni terjumpa di website ber informasi ni? 


Kalau nak tengok info lain dan update lain.. boleh follow/like link2 dibawah ni ye.. :

Website :

Facebook :


Youtube :
BIDADARI.MY







26 Jun 2019

DASHING DEO + PERFUME BADAN UNTUK LELAKI


DASHING DEO + PERFUME BADAN UNTUK LELAKI


Uiiiiiiii lahhh... Baru Pegang.. Belum Spray Lagi.. Tapi Bau Wangi Dia.. Fuhhh.. Fresh gituu.. TB Memang Dari Dulu Suka Bau Perfume Dashing Lelaki Ni. Sampaikan Pernah Lah Try Sembur Kat Diri Sendiri.. Wangii.. Tapi Udah Bau JANTAN la pulak teman ni.. kih3.. So, sebenarnya Dashing ni  Hubby TB yang pakai.. wangi je bauuu.. aishh.. .

Haaa.. Yang ni jenis deodoran + perfume.. Kalau korang nak tahu.. ada 4 jenis variasi bau dalam rangkaian penjagaan diri @dashing_my 2 in 1 Deo + Perfume untuk lelaki.


Semua bau best.. botolnya transparent gitu


Kali ni ia didatangkan dalam botol transparent. so boleh nampak isi dalam dia.. ringan pun ringan.. senang nak bawak travel..

Untuk Lelaki yang ingin kekal wangi & aktif sepanjang hari boleh lah cuba Dashing 2 in 1 Deo + Perfume ni. .


Boleh nampak kan tiub dalam tu.. haaa.. transparent gituuu..

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.



Lawa box nya kannn.. 

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Yelah.. mana nak bawak deodoran lagi.. pastu nak spray minyak wangi lagi.. dah 2 botol pulak nak bawak.. Lagipun agak mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. Kalau tak match baunya kang jadi bau lain pulak kan.. dah minyak wangi lain, bercampur pulak dengan bau deodoran.. bukan setakat oarang yang pakai pening.. orang yang cium bau tu pun pening uiii..

Haaa.. Lagi pun orang lelaki ni bukan suka pakai banyak-banyak bau.. Kalau beli minyak wangi.. minyak wangi je.. deodoran tak perlu.. sebab minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Haaa.. Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING ni memang memahami sepenuhnya keperluan lelaki kan! dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi


Kalau hubby sembur sikit je dah berbau harumm satu rumah .. 


DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY 
HADIR DALAM VARIASI :

HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.



Untuk maklumat lanjut:

Facebook: 

Instagram: 

21 Jun 2019

SAJI.MY MEMAPARKAN SENARAI TEMPAT MAKAN SEDAP, BEST DAN MENARIK DI MALAYSIA


SAJI.MY MEMAPARKAN SENARAI TEMPAT MAKAN
SEDAP, BEST DAN MENARIK DI MALAYSIA


Baru-baru ni TB dan suami ada la plan nak Jalan-Jalan Cari Makan kat satu tempat tu tapi plan kami tu belum jadi lagi.. Cuma TB saja la jenguk-jenguk tempat makan menarik dan murah di lokasi yang kami nak pergi nanti..

Dan terjumpalah satu website.. yang memaparkan tempat makanan sedap, best, menarik di Malaysia ni. Website ni sangat bagus sebab ia diwujudkan untuk berkongsi ilmu dengan golongan pembaca dalam memperolehi tips dan maklumat mengenai tempat makanan terbaik dan wajib dicuba. TB suka sebab selain review yang menarik, ia juga disertakan gambar-gambar menu yang menyelerakan.. Meleleh airliur sambil baca sambil lihat gambar.. adoii..

Haaa.. Website yang berkongsi tentang tempat makan dan menu menarik ni namanya Saji.My . Seperti yang TB nyatakan tadi Di Saji.My ni korang boleh dapati artikel berkualiti tentang tempat makanan mahupun tips, informasi kedai, cadangan dan pelbagai lagi. So, tak susah lah nak mencari tempat makan yang sedap-sedap lepas ni sebab kat website Saji.my ni dah tersenarai lokasi-lokasi tempat makan menarik untuk korang cuba.. 

Haaa.. Dalam Website tersebut.. Korang boleh nampak koleksi artikel tempat makan menarik yang boleh korang terjah dan cuba. Semuanya pasti membuat korang tersenyum.



Just pilih je lokasi mana yang korang nak tuju.. dan dekat situ ada tertera tempat-tempat makan yang sedap dan murah untuk korang singgah dan cuba ..

Contoh macam dalam gambar atas ni TB pilih Lokasi tempat makan di PERAK , So.. TB klik lah Perak tu kan.. dan automatik kita akan dibawakan ke Perak.. eh.. hahahha.. tak.. maksud TB kita akan terus dibawa ke senarai / list tempat-tempat makan best di Perak (Jangan taktauu.. kampung teman ni yewww!)

Haaa.. dah sampai ke laman ni.. korang akan nampak Tajuk .. PERAK - Berkongsikan tempat makan menarik, sedap, best di Perak. Penuh tempat-tempat makan rahsia... Betuii.. banyak tempat makan rahsia yang TB sendiri baru tau lepas tengok website saji.my ni tau kome weh!

Haa.. Nanti korang akan nampak senarai artikel tempat-tempat makan menarik di Perak yang korang patut cuba..heheheh.. adoi.. Banyak dalam senarai kat Perak tu TB tak pernah try lagi.. huhu.. baru tahuu.. thank you pada saji.my sebab wujudkan website ni.. heheh..




Haa.. selain dari Lokasi tempat makan sedap di Perak ni ada juga disenaraikan list tempat makan menarik, sedap dan murah di semua negeri yang lain.. malah luar negara pun ada tau.. untung sangat kalau korang dah sampai ke website saji.my ni..

Haaa.. dibawah ni lokasi yang boleh korang pilih di website saji.my tu nanti..



  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Penang
  • Perak
  • Perlis
  • Putrajaya
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
  • Sabah
  • Luar Negara
Oh ya.. selain tu, TB suka juga baca artikel-artikel lain berkenaan info-info kesihatan.. macam artikel kat bawah ni.. TB rasa tertarik  nak baca sampai habis.. nak tahu tentang apa.. ?

Imej via hellosehat

7 Nutrisi Makanan Yang Diperlukan oleh Tubuh Setiap Hari

Tentang cara pengambilan makanan yang bernutrisi dalam setiap diet kita.. penting tau untuk kita mengetahui setiap khasiat dalam setiap menu yang kita hadap... hehehehe.. So.. Lepas ni nak makan pun dah kuantiti yang diperlukan .. 


Imej via Fousquare

Makanan Barat TERSEDAP, Hanya di Pak Mat Western Cafe

Yang ni pulak antara favourite TB .. haha.. ala-ala western gitu.. Memang dalam setahun memang mesti nak makan jugak sekali dua .. atau berkali-kali.. hehehe.. Dan Bila terbaca artikel tentang western food yang boleh didapati di Pak Mat Western Cafe terus terasa nak mencuba pulak.. nyum-nyum.. Korang nak cuba jugak? klik je link atas ni.. baca dan bookmark nak pi tempat ni nanti..


Imej via Foursquare

Masakan Kampung TERBAIK di 
Restoran Hassan AyamKampung

Haaa.. satu lagi artikel yang TB suka sangat baca.. haaaaaa,, Masakan Kampungggg.. memang kegemaran TB.. walau pun dah berjinak-jinak dengan western food tapi masakan kampung jugak lah menjadi pilihan hati kuuu... Korang tengoklah dari gambar tu tu pun dah buat kita terliur kan.. haa.. semua ni boleh didapati di Restoran Hassan Ayam Kampung.. nak tahu lebih lanjut.. korang klik je kat link yang TB dah sertakan kat atas tu ye..

Imej via Foursquare

Nikmati Cendol Terlampau SEDAP di Cendol Kampung Hulu!

Satu lagi menu yang TB rasa tertarik sangat-sangat semasa singgah di website saji.my ni ialah.. review yang mereka tulis tentang Cendol Sedap nii.. adoii.. Please lahhh.. TB dan suami pun peminat cendol jugakkk niii.. huhuhu.. Haaa.. kalau korang nak tahu lebih lanjtu pasal Cendol Kampung hulu ni.. jom baca kat link atas ni.. TB dah tepek siap-siap.. 



Untuk Info Lebih, Boleh La Follow :

WEBSITE


YOUTUBE

INSTAGRAM

TWITTER


nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New