DAPAT BABY KEMBAR? BESTNYAA...

DAPAT BABY KEMBAR? BESTNYAA..
(entri throwback) 

Hai.. Sorry lambat sangat nak sambung citer pasal throwback pregnant ni.. Entri yang lepas --> PENANTIAN SELAMA 4 TAHUN | ALHAMDULILLAH  heee.. Asik langkau-langkau aje yea.. Tapi kali ni TB up guna cara ibarat macam diari tu lagi senang dibaca kot.. TB pun malas nak taip panjang-panjang.. yang ada kat bawah ni semua TB copy dan paste dari Note TB dekat fon.. Jadilah buat kenang-kenangan pengalaman time pregnant kan.. 

24 April 2016 (Ahad)
Ada keluar cecair berwarna coklat cair.. Keluar sekejap je.. Sikit je.. Esok dah takde.. Ada terbaca kat blog Dr Zubaidi (Doktor Pakar Sakit Puan), yang cecair itu mungkin adalah proses penempekan embrio di dinding rahim ibu sewaktu awal kehamilan..  Nanti 30hb April ni nak gi scan balik, untuk tentukan kembar atau tak.. Boleh tanya terus kat doktor pasal ni..

30 April 2016 (Sabtu)
Hati berdebar-debar sangat nak tahu keputusan baby kembar atau tak.  Huhu.. Bila doktor panggil masuk bilik doktor, jantung Makin berdegup kencang..

Doktor check tekanan darah.. Ok.. Dan doktor timbang berat.. Masa check 2hb April hari tu berat 62, kali ni masa check tu naik 1 kg.. 63kg.. Bila tengok naik 63kg je, masa tu dah terasa macam bukan kembar sebab selalu nya setiap baby pasti Akan naik 1 kg setiap bulan, kalau ada 2 baby teman bajet mesti la 2 kg naik.. Tapi.. 1 kg je yg naik.. Hati dah mula ber tawakal dan redha kalau bukan kembar..


Dan terjawap sudah apabila scan nampak seorang je.. Huhu.. Masa mula2 agak frust sebab apa yang kami hajati tak menjadi kenyataan.. Kegembiraan nak merasa anak kembar tak seiras hampa..

Namun bila difikirkan balik, mungkin Allah tahu setakat mana je kemampuan teman untuk membawa rezeki ini (anak).. Mungkin Allah tahu teman tak mampu nak bawak carry 2 baby dengan kesihatan yang tak mengizinkan.. Mungkin.. Bersangka baik dan sentiasa percaya dengan hikmah yang pasti ada disebaliknya..

Dan kami berasa lega sangat-sangat sebab baby dah nampak bakal tangan, bakal kaki. Kepala pun dah terbentuk..yang paling kami happy sangat apabila dah ada denyutan jantung pada baby..subhanallah.. Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah atas Kurniaanmu kerana beri peluang Teman merasai pengalaman ini..

Tapi tarikh due macam tak boleh nak tentukan betul-betul lagi sebab TB pun not sure bila tarikh last period, Tapi melalui ukuran size baby dalam perut, doktor bagi tarikh due 6hb Disember 2016. masa tu memang suka la kalau baby lahir tarikh tu sebab bualn yang sama dengan papanya.. boleh la sambut besday sama-sama kann.. heee..

Oh ya.. kali ini doktor upgrade ubat.. Sebelum Ni makan acid folic je.. Kali Ni doktor bagi Obimin.. Semua vitamin ada didalamnya kata doktor..

Setelah selesai Semua bayaran (rm50 scan Dan Obimin) kami terus gerak gi kedai.. Masing-masing seolah-olah frust dengan keputusan tadi... Yelah.  Sebab dari awal Doktor dah bagi harapan konon nya kembar, rasa gembira tu tak terkata.. Walaupun belum confirm kami dah excited sangat-sangat dah.  Bila dapat tahu sebaliknya.. Memang la frust kan..

Tapi akhirnya Bila fikir balik kuasa Allah Dan Ada hikmah disebaliknya.  Kami redha  Mungkin baby dalam perut Ni belum bersedia nak berkongsi kasih sayang dengan baby lain, dia nak kami sayang dia je dulu.. Lepas ni tahun depan baru tambah adik. Hihihi...

Sejurus selepas memasuki fasa 2nd trimester kehamilan. Doktor dah start tukar Acid Folic kepada Obimin pulak. Apa fungsi obimin sebenarnya? Macam acid folic jugak, ia diperlukan diawal fasa kehamilan. Semakin besar baby, semakin banyak zat yang diperlukan dan tak tertanggung oleh acid folic semata. Sebab tu doctor akan suggest untuk kita amalkan makan obimin sebab dalam obimin dah terkandung semuanya iaitu Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B3, Vitamin B5, Folic Asid, Iron, Calcium, Copper, Iodine.

Ha.. kan.. Nampak tak.. Semua vitamin dah terkandung dalam obimin. Itu lah perbezaan antara obimin dan acid folic. Sebenarnya sama je cuma dengan obimin, kita dapat tambah lagi nutrien untuk penyerapan kepada baby itu sendiri

1 Mei 2016 (Ahad)
Dah start makan Obimin.. Pagi-pagi Sebelum sarapan Teman dah telan Obimin tu.. Rasa dia masa telan macam best je.. Sebab Teman suka bentuk ubat tu Dan teksturnya yang licin bewarna pink berkilat lak tu, Memang rasa macam telan coklat la kan.. Terfikir macam mana orang cakap susah benar nak makan Obimin Ni? Tak rasa apa pun Teman telan..?

Huhuhu.. Memang laaaa.. Tak rasa apa pun masa mula-mula tu.. Tapi... Lepas Dan start hadam...Teman dah rasa mual Dan loya giler.. Sendawa pun.. Masyaallah.... Haha ok.. Obimin Memang....  Tapi demi baby mama Ni, mama telan jugak ye sayang..

Malam Sebelum tu Teman minum ubat kencing Tak lawas, Sebab Ada bagi tahu doktor beberapa hari kencing kadang-kadang sakit.. Doktor kata Mungkin kencing kotor Dan doktor bagi ubat kencing Tak lawas tu..

Cara minum, campur 1 sudu dengan segelas air masak, kacau Dan minum.. Masyaallah..rasa dia. Payau.. Taktau nak kataaa.. Satu malam tekak loya Tak boleh nak tido.. Sampaikan hubby masak hotdog rebus Dan makan dekat Teman pun Teman rasa nak termuntah.  Bau macam busuk sangat.. Kesian hubby bawak pinggan makan jauh-jauh.. Alahai..

BERSAMBUNG NEXT ENTRI --->

25 Ulasan

  1. alhamdulillah... moga bby n emaknya sihat walafiat

    BalasPadam
  2. Aww getting a pair of twins? Congratulations! Must take care and always stay alert.

    BalasPadam
    Balasan
    1. No.. Just feeling excited getting twins, but the result is no..

      Padam
  3. although two is better than one, only one is still the best having all your loves for him/her =)

    BalasPadam
  4. kembar..semua expense berkembar hehehe

    BalasPadam
  5. always wanted to have twins, but maybe next time.. god bless!! but I am having a baby delivering this october ~congrats!

    BalasPadam
    Balasan
    1. That day I wait for twin baby in my belly but apparently not time yet.. huhu

      Padam
  6. Is rezeki from god and maybe next pregnancy you will twin baby. Is not easy to carry two baby. seem heavy when they grow bigger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah.. i hope so.. im scared if im pregnant twins but im become excited if i have a twin.. huhu

      Padam
  7. Alhamdulillah kak! Happy je baca entry ni, jangan lupa share gambar kembar nnti :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hee.. takde rezeki kembar.. maybe next pregnant la kot.. Aamiin..

      Padam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama