Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel didi & friends

Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia

  Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Selangor, 28 Februari 2022 - Selepas dilancarkan di Ekspo Dubai 2020 yang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa , sebuah s yarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo dengan rasminya telah mengumumkan pelancaran platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+ pada 18 Februari 2022 yang lepas. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 7 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Dur...