Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pengalaman

PERKONGSIAN PERJALANAN SEORANG IBU MENGANDUNG YANG DIJANGKITI COVID19 STAGE 5

PERKONGSIAN PERJALANAN SEORANG IBU MENGANDUNG YANG DIJANGKITI COVID19 STAGE 5 Saya tidak (lagi) menulis tentang kisah keluarga kami sejak isteri dan anak keluar ICU & NICU Hospital Sg.Buloh serentak. Saya sendiri seakan tidak dapat menyusun kata dan rasa untuk menulis kisah sendiri. Hinggakan pernah isteri bertanya, apa pandangan saya jika beliau menulis “kisah sepanjang puluhan hari di Hospital Sg.Buloh?”, saya katakan ringkas, “Tak payahlah”. Adalah sebab-sebab tersendiri yang saya kongsikan. Namun kadang setelah mendengar dari mulut beliau sendiri beberapa insiden-insiden atau kisah-kisah di ICU, sokongan dan usaha frontliners yang hebat dan terpuji, pandangan saya sedikit berubah – untuk dikongsikan sahajalah, biar orang ramai tahu dan mungkin boleh diambil pelajaran. Pelajaran tentang apa itu ‘Ujian/Musibah’?  Tentang apa itu ‘Nikmat’?  Tentang sejauh mana itu ‘Tawakkal?’  Tentang bagaimana mengimbangi  Khauf (takut) dan Raja' (mengharap) pada Tuhan?  S...

PENGALAMAN PERTAMA TERIMA BARANG SALAH KETIKA SHOPPING ONLINE DI LAZADA

  PENGALAMAN PERTAMA TERIMA BARANG SALAH KETIKA SHOPPING ONLINE DI LAZADA Hemm.. Konon taknak beli last minutes, beli la awal-awal hadiah untuk birthday Harraz.. Tiba-tiba ada juga masalah pulak, barang lain yang kita order, barang lain yang sampai.. Taktau nak ekpres perasaan ni macam mana.. Nak marah tak boleh sebab seller tu sopan sangat... Siap mintak maaf bagai..  Respon pun cepat.  Masa mula-mula terima tu tipu lah kalau takde rasa marah, rasa sedih, rasa nak maki semua ada. Tapi bila lama-lama fikir, mungkin ada hikmahnya kot..  Mungkin apa yang TB beli untuk harraz tu tak berfaedah ke.. Kita tak tau kan.. Sebab hati TB pun berbelah bahagi sebenarnya semasa nak order barang tu..  Sebab fikir toys kan.. Rasa macam membazir beli.  TB kalau beli pun, suka education toys, atau berkaitan dengan motor halus ke sensori ke.. Tapi kali ni ter order toys yang merepek pulak dah sebab konon nak bagi harraz merasa..  Dan boleh la adiknya join sekali cuci mat...

My 2nd Pregnancy Journey Story

  My 2nd Pregnancy Journey Story  TB belum pernah lagi ada masa nak bercerita tentang pengalaman kedua mengandung tapi kali ni tergerak hati nak bercerita sebab nak simpan moment-moment indah semasa mengandungkan INAARA . Untuk kedua kalinya TB merasai pengalaman mengandung 9 bulan. Pengalaman yang sangat berharga buat ibu-ibu semua. TB dan suami memang berharap dapat menambah zuriat seorang lagi untuk dijadikan kawan kepada anak sulung kami, HARRAZ.  Bersalin C-Section (Emergency C-Sect)  Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana TB bersalin melalui pembedahan (CZER) semasa anak pertama, dan doktor telah sarankan TB menjarakkan masa untuk mengandung kali kedua, dan sehinggalah Harraz berumur 2 tahun lebih barulah TB berani untuk cuba mengandung lagi.. Disebabkan faktor umur, TB berfikir berulang kali untuk mengandung lagi tetapi disebabkan kasihan melihat Harraz membesar seorang diri je dalam keluarga, TB dan suami pun berhasrat nak hadiahkan Harraz adik.  ...