[Althea Box] Un-pore-gettable Box - Pore Solution To Remember

[Althea Box] Un-pore-gettable Box
- Pore Solution To Remember

Tadaaa.. Un-pore-gettable Box yang TB tunggu-tungu dah tiba dan TB happy sangat-sangat dengan box kali ni sebab TB memang sukakan produk-produk yang ada dalam box ni.. Kali ni box yang TB nak review ialah box yang bertemakan produk yang membantu merawat permasalahan liang pori terbuka .

Korang nak tak hilangkan masalah liang pori terbuka korang dengan segera? Haaa.. kalau nak.. jom kita shopping box terkini dari Althea yang didatangkan khas untuk mereka yang ada masalah liang pori terbuka.. 

Yaaa.. Inilah dia.. Althea's newest exclusive box #34 Un-pore-gettable Box khas untuk korang, dalam nya ada 7 full-size produk daripada jenama seperti Innisfree, Laneige, Common labs, Rire, Dear, Klairs, dan My Beauty . Haa..  bets kan! nanti gerenti masalah liang pori terbuka korang selesai lepas ni.. yeay!



Haa.. sebelum tu korang tahu ke apa penyebab masalah liang pori terbuka ni? haa.. antara faktor yang menyebabkan pori terbuka ni ialah apabila kulit kita terlalu terdedah kepada pancaran UVA dan UVB, Ada juga antara kita menghadapi masalah liang pori terbuka kerana disebabkan sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat (pemakanan). So, dengan apa yang terdapat dalam Un-Pore-Gettable Box ini semoga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah liang pori terbuka ini. 

Ok, jom kita lihat apa yang ada dalam box ini .

Dalam Un-pore-gettable Box yang berharga RM127 ini terdiri daripada 7 produk yang sangat-sangat TB teruja nak beli sebelum ni.. produk-produknya ialah :
  1. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask 
  2. Common Labs Mild Peeling Finger Pad 
  3. Laniege Powder Fit Cushion #23 Sand 
  4. Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear, 
  5. Klairs Supple Preparation Facial Toner 
  6. My Beauty Mask Pack 
  7. Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
dan tak lupa juga, Random Sample Kit. yang diberi secara rawak dari range brand K Beauty seperti Missha, Klair, Iope, My Beauty dan banyak lagi. So, bagi sesiapa yang selalu shopping di Althea korang pun sedia maklum kan.. Althea suka sangat bagi sample FREE.. thats why we all Love Althea tau! haha.. Thank You Althea!

My Beauty Mask Pack 
(Red Ginseng Gold Hydrogel Mask)

Haa.. ni dia, My Beauty Mask Pack (Red Ginseng Gold Hydrogel Mask) yang TB geram sangat tengok pembalutnya yang kaler gold gitu. Haa.. nak tahu khasiat dia pada wajah kita? Seperti sheetmask-sheetmask lain, Red Ginseng Gold Hydrogel Mask juga memberikan kesan kulit yang lembap, segar dan bertenaga dengan kandungannya yang natural. So, kulit akan nampak segar dan cerah kerana segala nutrient dalam sheetmask ini telah terserap dalam kulit wajah kita.. haa.. kan dah tak kusam lagi... heee..


Hydrogel Mask ni sangat fragile.. huhuhu..mudah koyak kalau kasar-kasar.. tengok TB pegang sikti pun dah terkoyak.. tak sempat nak shoot gambar cantik-cantik.. haha.. so, sila pegang dengan cermat ye! 


TB dah guna! yeay!!
Cuma satu je nak bagi tahu, TB tak berapa suka bau herba/ginseng yang agak kuat ketika pakai Mask ni, so.. bagi sesiapa yang tak sukakan bau macam ginseng tu, mungkin mask ini tak berapa sesuai dengan korang.. Bagi yang tidak kisah bau apa atau suka bau Ginseng.. boleh shopping banyak-banyak mask hydrogel ni ye.. hehe..


Jeju Volcanic Pore Care 
Sample Kit

Yang ini dari Innisfree iaitu Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit. Brand Innisfree pastinya dah dikenali ramai dan sememangnya produk-produk dari Innisfree ni antara produk yang dalam list pilihan TB juga. hehe.. Yang dalam gambar ni ialah dia Sample Kit yang comel serta mudah dibawa untuk travel.

Cakk.. kalau tertarik nak beli.. beli dua benda ni cukup dah! complete! hehe..

Haa.. dalam Innisfree Jeju Volcanic Pore Sample Kit ni ada 3 item yang bersaiz comel.. ala-ala travel friendly gitu kan! Bolehlah bawa untuk travel nanti. Mudah! dan jimat ruang .


3 Item yang ada dalam ni ialah Pad kapas muka, Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam dan Jeju Volcanic Pore Toner. Innisfree Jeju Volcanic Pore Sample Kit ni berfungsi untuk mengawal pengeluaran sebum atau minyak di kulit wajah, mengecilkan liang pori dan juga menanggalkan sel kulit mati.

Supple Preparation Facial Toner 
by Dear Klairs

Supple Preparation Facial Toner ini didatangkan dalam botol comel bersaiz 30ml, Ia adalah toner pelembab yang berbau seperti herba.. TB suka baunya yang menenangkan, bukan bau chemical tau!

Haa.. fungsi produk ini pada wajah kita ialah membuang minyak berlebihan, memberi kelembapan pada kulit kita selepas cuci muka dan sekaligus menyeimbangkan PH kulit untuk lebih penyerapan. Haa.. ia juga sesuai untuk kulit sensitif tau. TB suka sangat sebab botol kecil ni boleh juga dibawa travel.. mudah untuk disimpan..

Komponen kelembapannya juga telah di upgrade untuk hasil kelembapan kulit berpanjangan.. best giler!


Rire All Kill 
Pore Tightening Ice Stick Dear

Pore Tightening Ice Stick Dear yang berbentuk stick in mengandungi 'Glacial Milk Form' yang kaya dengan hydogen aktif dan mineral yang berfungsi untuk mengecilkan liang pori, mengurangkan 'water retention' dan boleh reduces suhu kulit kita . 




TB try sapu pada kawasan Zon - T , terasa selesa dan sejuk selepas apply benda ni.. berangin je kat area Zon - T tu.. Terasa segar sangat!  produk ni perlu ada untuk setiap orang kerana hanya dirumah je kita dah boleh perbaiki liang pori wajah kita.. Tak perlu susah-susah nak ke butik kecantikan lagi..

Terasa macam Lip Balm / Lipstick pulak bila TB pulas dan try sapu ke wajah.. hehehe..

Common Labs 
Mild Peeling Finger Pad

Seterusnya ialah Common Labs Mild Peeling Finger Pad yang lembut ni. Untuk pengetahuan semua, ia tidak dijual di Althea sekeping-sekeping tau, maksud TB ia hanya boleh dibeli sekotak, dan satu kotak ini mengandungi 7 sachets. Haa.. fungsi Mild Peeling Finger Pad ini ialah untuk memastikan pembersihan kulit wajah yang mendalam kerana ia membuang sel-sel kulit mati dan semua kesan solekan di wajah kita.


Tugas lain Mild Peeling Finger Pad ini juga adalah menjaga kebersihan rutin kecantikan harian kita dimana membantu membersihkan bahagian yang tertinggal ketika membersihkan wajah . Ia membantu kita dalam penjagaan liang pori, membuang kulit mati, memutihkan kulit, dan mencantikan tekstur kulit .

Haa.. kalau yang biasa makeup tu mesti tahu bahasa paling mudah untuk korang faham bagi produk ini iaitu Exfoliator.. Selain itu kita boleh menggunakan Mild Peeling Finger Pad  ini untuk mencuci makeup atau bahagian solekan yang comot di wajah kita.. ha.. banyak kan kegunaannya!


Innisfree 
Super Volcanic Pore Clay Mask 

TB suka sangat Clay Masks ni kerana ia sangat sesuai untuk pembersihan wajah yang mendalam. untuk pengetahuan korang Clay Masks yang dihasilkan dari Tanah Liat Gunung Berapi di Pulau Jeju ini mampu menghilangkan kekotoran/minyak/sebum di wajah, mencerahkan tona kulit, dan merawat bintik-bintik yang bermasalah di wajah kita kerana lava jeju ini mempunyai kuasa detoksifikasi kulit yang efektif tau..



Cara guna versi TB:
Bersihkan wajah kemudian biar kulit wajah masih lembab lagi, terus sapu Pore Clay Masks ini ke wajah korang. Korang akan berasa nyaman je tau.. sebab clay mask ni sejukkk je.. hehehe..

then lepas dah beberapa lama, ia akan mengering di wajah, masa tu akan rasa tegang je kulit muka kita tau.. So, boleh la cuci wajah korang dengan air suam/atau air biasa (mana-mana pun boleh, TB suka guna air suam).

Kesan :
Terasa muka smooth dan halus je kulit.. kulit wajah pun terasa segar dan anjal.. Korang patut cuba ni!

Tengoklah tekstur pore clay mask ni.. sangat-sangat menarik untuk disapu ke wajah.. kan.. tengok pun dah tau sejuk macam mana bila letak di muka kita.

Segar dan sejuk je bila sapu pada muka.. selepas cuci muka kulit terasa seperti anjal dan smooth je.. 
Laniege Powder Fit Cushion #23 Sand 
Cream To Powder Twist Cushion

Ini Cushion yang ketiga dalam koleksi TB dan ada kelainan sikit Laniege Powder Fit Cushion dengan 2 cushion TB yang lain dimana cushion nya kelihatan seperti kain (Mesh Net Cushion) dan bukan span seperti kebanyakan cushion dan TB cuba ratakan pada wajah TB, Teksturnya yang lembut, ringan dan sangat smooth berjaya menutupi noda-noda di kulit wajah TB.. TB suka sangat! Ditambah pula design casing Laniege Powder Fit Cushion yang kelihatan mewah. Nak tengok TB pakai? Haa.. Nantikan video review TB di Channel Youtube TB pula nanti yea!




Full coverage, mean bila pakai ni boleh cover semua parut-parut jerawat, kulit kusam dan bintik-bintik halus pun terlindung dengan Laniege Powder Fit Cushion ni. terbaikk lah!

Di seal dengan baik .. 


TB boleh katakan code sand 23 ini sesuai untuk tona kulit TB yang sekarang ni tak berapa nak cerah.. hehe.. Selalu TB akan pilih tone Natural.. So, tone sand 23 macam code Natural la jugak.. TB pakai rasa macam sesuai je.. tak putih melepak, tak gelap sangat.. So, natural je.. Apa yang best, kita akan rasa kulit bernafas dengan segar dan selesa dengan Laniege Powder Fit Cushion ni.   






Tidak menggunakan span seperti powder cushion yang lain tetapi menggunakan Mesh Net Cushion yang menjadikan ia mudah di apply pada wajah.. Makeup tahan lebih lama walaupun dalam keadaan berpeluh.. Korang patut cuba ni.. best!


Product for a random sample kit 

Dan akhir sekali,  tak lupa juga product for a random sample kit yang TB dapat ni.. ada 8 kesemuanya. Haa.. bagi yang tak tahu, buat mereka yang membeli Un-pore-gettable Box dari Althea ni, korang akan mendapat sampel rawak dari 20 produk yang tertera seperti gambar dibawah .


Antara brand yang tersenarai ialah Dear Klairs , IOPE, Skinmiso, CP-1, Laneige, Missha, Mamonde dan banyak lagi.

Hydrating Flower Essence Mask

Opss.. ada tertinggal satu lagi produk random sample kit yang TB dapat, iaitu Sheet Mask dari Mamonde. Mamonde Hydrating Essence Flower Mask di Narcissus ini sangat bagus tau! Sheet Mask yang mengandungi intipati bungaan ini pastinya menjadi pilihan TB di masa akan datang kerana ia mempunyai bau yang sangat segar dan sejuk apabila diletakkan dimuka kita. Didatangkan dengan saiz 22ml dan berfungsi untuk mencerahkan kulit, menyegarkan wajah serta mengawal kedutan di wajah kita juga . 

Ha.. itu saja review TB untuk kali ni.. TB akan up gambar TB dan juga video TB menggunakan produk ini nanti . dan sudi-sudikanlah yea jenguk dan subscribed Channel Tengkubutang di Youtube yea!

Bagi sesiapa yang belum pernah shopping di Althea Korea lagi, korang boleh lah cuba shopping di website Althea tu, sebab ada bermacam produk K-Beauty yang korang boleh dapatkan di Althea, dan korang nak tahu apa kelebihan-kelebihan shopping kosmetik, makeup tools mahupun skin care brand dari Korea, di Althea ni.. sila baca dibawha yea!
  • Free Shipping 2 item Above
  • 100% Authentic Product 
  • ( Ketulinan dan Keaslian Diakui )
  • 30 Days Return 
  • Best Price 
Haa.. Apa lagi.. jom terjah website Althea Korea, disana korang boleh jumpa macam-macam produk KBeauty.. Nak cari Box yang macam Un-pore-gettable Box ni pun ada.. lengkap satu set, senang dah mudah.. Harga pun berbaloi dna berpatutan sangat.. So.. Selamat bershopping! 

Haa.. bagi sesiapa yang berminat dengan Box yang TB review kali ni,
boleh lah terus ke link ini yea! ---> Un-pore-gettable Box 

Jom tengok Video TB Unboxing Un-Poregettable Box ni :





Maklumat lanjut boleh ke web Althea 
Althea Korea's Malaysia Website: 

Instagram: 



12 Ulasan

  1. thanks butang sbb share pasal Althea.. now zaza pun ada juga pakai produk Althea ni.. semua produk dia berkualiti.. sangat recommanded

    BalasPadam
  2. Packaging and contents are really nice! Want to try them

    BalasPadam
  3. The box looks amazing with all those products in it..

    BalasPadam
  4. Penuh kotak. Semua nampak best best je. 😍

    BalasPadam
  5. Bestnya.. tp x kesempatan nk reviewwww. Hihi

    BalasPadam
  6. Bestnya semua barang dia..suka barang althea

    BalasPadam
  7. Cantikkan diri bersama Althea Korea.. 😍

    BalasPadam
  8. Akak suka dengan semua produk althea. Dengan althea akak dapat pulihkan semula kulit muka akak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama