Himpunan Surah-Surah Amalan Ketika Mengandung 

Buat Ibu-Ibu yang sedang menantikan kelahiran zuriat tak lama lagi.. TB nak kongsikan sedikit Surah-Surah Amalan yang sesuai diamalkan oleh ibu mengandung.. Jom baca sama-sama .. Moga bermanfaat buat semua.. 


1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan




2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

1) Ayat 26, Surah Maryam


maryam 26
“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.”



3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat



4. Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.



5. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati



6. Surah Luqman (1-34)
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati



7. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya



8. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi



9. Surah Al-A’raf (Ayat 189)


Terjemahan
Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".



10. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin





Terjemahan
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


11. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah

Terjemahan
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".



12. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat

Al-Imran Ayat 8

Terjemahan
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


Al-Imran Ayat 9

Terjemahan
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


13. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah



Terjemahan
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;



Terjemahan
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;


Terjemahan
Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".


14. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat


رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ


IBRAHIM:40

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ

IBRAHIM:41

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.


15. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah


Terjemahan
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;


16. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati


Terjemahan

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Ketika membaca Surah Yusuf dan Surah Luqman, suami boleh letakkan tangan di perut isteri bila kandungan berusia 7 bulan sebab pada masa ini otak bayi sedang membesar dan bayi cepat menangkap bunyi yang didengari daripada luar perut.

Lagi bagus memperbanyakkan membaca Al-Quran daripada sebelum hamil dan diteruskan walaupun sudah melahirkan. Bukan hanya fokus pada surah-surah tertentu saja dan terus berhenti baca Al-Quran bila dah bersalin. Sebab setiap ayat dalam Al-Quran mengandungi pelbagai fadhilat oleh itu, adalah baik membaca Al-Quran secara istiqomah.

Bukan tu saja, ibu juga boleh tambahkan amalan rohani lain seperti memperbanyakkan zikir, solat hajat, solat taubat,berdoa dan sebagainya. Setiap amalan yang baik dapat membantu membentuk peribadi yang baik terhadap anak dalam kandungan.

Dibawah ini dikongsikan juga doa agar kandungan sihat dan selamat dilahirkan, doa hilangkan sakit semasa hampir bersalin, doa agar dimudahkan proses bersalin dan sebagainya. 

Surah-surah ini boleh diamalkan oleh bakal-bakal ibu selepas menunaikan solat. Anda juga boleh mengamalkan beberapa zikir zikir ini semasa hamil:

Doa mudah bersalin: Zikir yang juga boleh diamalkan si ibu




“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”




“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.



“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Zikir-zikir ini pula anda boleh amalkan semasa sedang sakit bersalin:




“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”


Maha Suci Allah


Aku memohon ampun kepada Allah

Ayatul kursi juga antara doa dipermudahkan bersalin yang boleh diamalkan semasa anda sedang sakit bersalin.

Ayat 11, Surah Fatiir
fatir 11
Terjemahan : 
“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”


Ayat 8, Surah ar-Ra’d
Ar-Ra'd 8“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna, dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan setiap sesuatu ada kadar ukuran di sisi-Nya.”
Ayat 87, Surah Anbiya
anbiya 87
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.”


Ayat 1-2, Surah al-Zalzalah
1-2 zalzalah
“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya.”
Doa mudah bersalin yang boleh diamalkan oleh para suami juga
Untuk suami, anda juga boleh amalkan zikir-zikir di atas, dan ketika anda menemani isteri anda semasa bersalin, anda boleh mengamalkan zikir ini bagi memudahkan proses bersalin isteri anda.

Allahumma yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khoir

“Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”



Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New