vaksin covic19

Hadapi Alergi Teruk Antara Kesan Selepas Suntikan Vaksin COVID-19

Isu Covic19 ni kita tidak tahu lagi bila akan berakhir dan kelihatan semua orang pun dah seperti terbiasa dengan hidup dalam suasana norma baru. Namun ada juga yang masih menganggap Covic19 ni perkara remeh dan setelah terkena pada ahli keluarga mereka sendiri barulah mereka faham bagaimana situasi sebenar apabila tidak mengamalkan SOP. Tubuh badan kita tak sekuat mana pun untuk tepis wabak covic19 ni.. so, berjaga-jaga lah ye. Ikut SOP yang ditetapkan. Kita jaga kita. jangan terlalu taksub berasa diri kita kebal dari seranagn virus. Selagi tak jumpa penawar untuk virus ini, tolonglah jaga diri demi untuk keluarga dan insan tersayang serta orang lain yang tak bersalah. 

Sembilan juta dos vaksin Covid-19 telah disuntik di China

Oh ya, cerita pasal vaksin, TB ada terbaca berita tentang Vaksin Covic-19. Dengar cerita di BEIJING- China sudah selamat menyelesaikan pemvaksinan melibatkan lebih sembilan juta dos vaksin Covid-19 di seluruh negara. jom baca info seterusnya TB kongsikan disini untuk korang yang belum tahu tentang ni.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Zeng Yixin berkata, jumlah itu termasuk 1.6 juta dos terhadap golongan berisiko tinggi, serta 7.5 juta dos kepada kumpulan sasar, bermula 15 Disember lalu. Menurutnya, sistem dan prosedur suntikan yang lengkap sudah disediakan termasuk latihan kepada kakitangan perubatan yang menjalankan suntikan, pemantauan terhadap penerima vaksin, rawatan kecemasan dan lain-lain.

"Ia bagi menjamin kelancaran proses pemvaksinan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu. Ujar Zeng jumlah dos yang telah disuntik itu membuktikan keselamatan vaksin dihasilkan China. Seiring dengan peningkatan daya pengeluaran vaksin berkenaan, pemvaksinan akan terus dijalankan terhadap golongan berisiko tinggi dan mudah dijangkiti wabak serta tidak ketinggalan rakyat biasa. Katanya, semua rakyat China akan menerima suntikan vaksin Covid-19 secara percuma. - Bernama

Artikel Penuh : 
https://www.sinarharian.com.my/article/118428/KHAS/Covid-19/Sembilan-juta-dos-vaksin-Covid-19-disuntik-di-China 


Sejenis Yang Takut Pada Jarum


takut jarum


Hemm.. Bila dah ada vaksin ni, TB pulak tak tahu nak ambil vaksin ni ke tak. Wajib ke? Takut lah pulak rasa. Sebab TB memang penakut jarum. Susahnya lah kan. Kalau diberi pilihan memang tak nak ambil vaksin tu.. Boleh ke macam tu ye? 

Sebab baru-baru ni TB terbaca artikel tentang kesan yang dialami selepas suntikan vaksin Covic19. So TB terasa macam takut nak ambil vaksin tu tambahan pula kondisi TB ni dengan Psoriasis lagi, Terasa macam takut ada effect lain pulak. Moga ada doktor baca entri TB ni dan jelaskan apa yang TB risaukan ni.. adakah vaksin itu sesuai untuk mereka yang ada penyakit-penmyakit lain, tak kira la psoriasis ke atau penyakit-penyakit lain.

Jom baca kesan-kesan yang bakal dihadapi setelah suntikan vaksin, moga yang mana dah sedia nak ambil tu dah tahu dan dah bersedia dengan simptom-simptom ni.. 

Hadapi Alergi Teruk Antara Kesan Selepas Suntikan Vaksin COVID-19 Ini Yang Anda Perlu Tahu


Baru-baru ini, isu berkenaan dengan vaksin virus korona baharu hangat diperbincangkan di laman media sosial.

Pada Disember 2020, kerajaan United Kingdom (UK) telah memberikan vaksin secara berperingkat kepada rakyat mengikut kepada prioriti.

Pekerja kesihatan merupakan antara golongan awal yang menerima vaksin memandangkan mereka berada di barisan hadapan merawat wabak pandemik tersebut.

Walau bagaimanapun, kecoh juga apabila ada berita yang tersebar mengenai kesan alergi yang dialami mereka selepas menerima vaksin.

Keadaan ini memaksa kerajaan UK untuk menangguhkan pemberian vaksin kepada mereka yang mempunyai sejarah tindak balas alergi.

Apa yang terjadi sebenarnya? Baca artikel ini untuk memahaminya dengan lebih lanjut.


Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia


covic19

Bukan di UK sahaja, pekerja di Amerika Syarikat juga mengalami masalah sama .


vaksin covic19

Kurang dari seminggu selepas kecoh berita berkenaan dengan dua orang pekerja di UK mengalami tindak balas alergi, dua orang pekerja di Alaska turut berhadapan perkara yang sama.

Mereka menerima vaksin daripada syarikat yang sama dan mengalami tindak balas anafilaksis beberapa minit selepas disuntik.

Salah seorang daripada mereka terpaksa ditolak masuk ke dalam unit penjagaan rapi (ICU) memandangkan dia mengalami simptom teruk dan memerlukan pemantauan berterusan.


Setakat ini, kandungan vaksin yang menyebabkan tindak balas anafilaksis masih belum dikenal pasti.

Namun dua suspek utama adalah:

Polyethylene glycol: 
Bahan kimia yang boleh dijumpai dalam pelbagai jenis makanan, bahan kosmetik dan ubat.

Partikel nano lipid: 
Bahan yang menyaluti maklumat genetik RNA.

Kandungan vaksin polyethylene glycol pernah dikaitkan dengan banyak kes anafilaksis sebelum ini.

Walaupun kesan sampingan yang bakal dialami oleh mereka yang alergi boleh jadi teruk, namun penggunaan vaksin masih akan terus digalakkan oleh pakar perubatan.

Ia berikutan komplikasi serius (alergi dan bukan alergi) sangat jarang berlaku dan jika ditimbang tara, kesan baik yang boleh dinikmati pengguna jauh lebih banyak berbanding kesan buruk.

Ujian klinikal yang dijalankan oleh pengeluar vaksin tidak menunjukkan sebarang tindak balas serius yang disebabkan oleh vaksin tersebut.

Meskipun begitu, terdapat segelintir pesakit yang mengalami simptom seperti sengal, demam dan kesan sampingan tidak serius lain.

Oleh sebab tindak balas anafilaksis yang dialami oleh dua pekerja Alaska berlaku beberapa minit selepas suntikan vaksin, jadi memang ia sudah disahkan berpunca daripada vaksin.

Penemuan ini membolehkan pihak berkuasa untuk menyusun protokol mengikut keperluan dan memastikan pusat suntikan mempunyai kelengkapan untuk merawat kesan sampingan jika perlu.
Kandungan vaksin virus korona punca pengguna alami kesan sampingan?

Pada tahun 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan ‘keraguan pengambilan vaksin’ sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan sedunia.

Antara punca kepada keraguan tersebut adalah tindak balas alergi dan kesan sampingan teruk vaksin.

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu adalah, kebarangkalian untuk anda mengalami tindak balas tersebut tersangatlah jarang.

Malah, jika hendak dibuat perbandingan, anda lebih cenderung untuk disambar petir (1 dalam 700,000) daripada mendapat kesan sampingan teruk vaksin (1 dalam 760,000).

Sudah tentulah, peratusan risiko kelihatan tidak bermakna sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang mengalami kesan sampingan teruk.

Namun, ia tidak seharusnya menjadi sebab mengapa anda tidak mendapatkan vaksin memandangkan ia boleh mencegah penyakit yang boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk.


covic19



Jika anda mengalami simptom seperti demam, seram sejuk, sakit otot dan pening kepala, itu bukan tanda anda alergi terhadap vaksin.

Ia merupakan petanda bahawa badan anda sedang membentuk tindak balas imun untuk melawan penyakit.

Vaksin adalah satu medium yang mengandungi maklumat penyakit (sama ada maklumat genetik, virus mati atau yang telah dilemahkan) bagi merangsang tubuh badan untuk menghasilkan antibodi.

Ia membantu badan untuk mempersiapkan sistem imun supaya apabila agen sebenar cuba memasuki badan, antibodi sudah tersedia dan ia boleh menghindarkan proses penyakit daripada berlaku.

Kesan sampingan yang boleh dialami oleh pengguna adalah demam, sakit pada kaJika anda mengalami simptom seperti demam, seram sejuk, sakit otot dan pening kepala, itu bukan tanda anda alergi terhadap vaksin.

Ia merupakan petanda bahawa badan anda sedang membentuk tindak balas imun untuk melawan penyakit.

Vaksin adalah satu medium yang mengandungi maklumat penyakit (sama ada maklumat genetik, virus mati atau yang telah dilemahkan) bagi merangsang tubuh badan untuk menghasilkan antibodi.

Ia membantu badan untuk mempersiapkan sistem imun supaya apabila agen sebenar cuba memasuki badan, antibodi sudah tersedia dan ia boleh menghindarkan proses penyakit daripada berlaku.

Kesan sampingan yang boleh dialami oleh pengguna adalah demam, sakit pada kawasan yang disuntik dan kebengkakan.

Oleh sebab bahan yang digunakan untuk membuat vaksin itu bukanlah agen penyakit yang sempurna (maklumat genetik atau virus lemah), jadi suntikan vaksin tidak boleh menyebabkan penyakit.wasan yang disuntik dan kebengkakan.



Konklusi

Walaupun segelintir pengambil vaksin mengalami kesan alergi teruk, ia tidak mengubah fakta bahawa vaksin adalah cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan virus korona baharu.

Apa yang pihak berkuasa perlu lakukan adalah membuat pemantauan dengan lebih agresif serta mewujudkan protokol pengambilan vaksin dan pelan tindakan sekiranya pengguna mengalami kesan alergi.

Saintis di seluruh dunia sedang giat membuat siasatan bagi mengenal pasti punca alergi untuk menambah baik fungsi vaksin.

Diharapkan pembaca akan terus peka dengan liputan semasa dan ajukan soalan kepada doktor yang bertauliah jika terdapat keraguan berkenaan dengannya.arapkan pembaca akan terus peka dengan liputan semasa dan ajukan soalan kepada doktor yang bertauliah jika terdapat keraguan berkenaan dengannya.

Oh.. sekarang TB dah tau jawapan untuk soalan TB tu. Semua info ada disini.. Haa.. korang macam mana pula? masih takut untuk ambil vaksin? Kalau memang ada kesan sampingan tu, atleast korang dah bersiap sedia kan.. TB pula, hehehe.. tunggu TB fikir dulu yea.. hehe (penakot jarum tak habis lagi)

2 Ulasan

  1. tu la risiko nye kan TB kalau ada alergi ni..huhu..semoga dipermudahkan pemberian vaksin untuk mereka yg selayaknya ..dan dapat membendung penularan wabak covid..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New