Pizza Nasi Lemak Dari Pizza Hut Benar-Benar Ada Ciri Malaysia!

 

pizza nasi lemak

Pizza Nasi Lemak Dari Pizza Hut 
Benar-Benar Ada Ciri Malaysia!

Haa.. sebelum TB nak cerita tentang Pizza Nasi lemak Dari Pizza Hut ni, TB nak berceloteh sikit tentang Covic19 ni. Kerana disebabkan Covic19 lah TB start shopping online luar dari kebiasaan termasuklah order makanan pun guna online delivery jugak.. Itu nanti TB cerita yea.. dengar dulu TB nak luahkan pasal Covic19 ni dulu..

hem.. Seperti sangkaan TB sebelum ni, akhirnya Malaysia terpaksa juga melalui PKP yang kedua kalinya.. Melihatkan ramai yang seperti telah membiasakan diri dengan norma baru, seperti tidak risaukan sesuatu, melancong sana sini tak reti nak duduk diam diruumah, TB pun boleh agak kes covic ni takkan beransur kurang.. tapi akhirnya telahan TB benar, memang bertambah jugak kes sampai terpaksa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan kedua kalinya. 

Hai lah.. dulu TB tak terasa perbezaan pun bila PKP kali pertama tu sebab masa tu masih dalam pantang, memang dalam pantang dah semestinya lah tak perlu nak heran kalau tak dapat keluar rumah pun kan.. hahaha.. Tapi sekarang ni.. bila dah PKP kali kedua terjadi.. adoi.. lemau pulak rasa sebab terfikir satu keadaan yang TB tak berapa nak happy, iaitu pasal anak tak dapat nak pergi sekolah tadika. 

Frust betul yang ni. Ingatkan nak bagi Harraz merasa bersekolah, jumpa kawan-kawan, rasa sendiri suasana di kelas, tapi malangnya takde rezeki kali ni. Kalau dibenarkan buka sekolah pun TB tak berani nak benarkan harraz ke sekolah. Kes covic terlalu tinggi.. TB taknak ambil risiko.. So.. home schooling je lah buat masa ni.. Tapi Harraz dah mula pun kelas online dirumah, hahaha.. terlalu mencabar rasanya.. adoi.. penat nak control harraz yang tak boleh duduk diam tu.. hahaha.. 

Nak keluar makan diluar pun dah tak boleh time PKP ni, so asyik membeli online je la sekarang. order makan pun main order online jugak, sebab itu je yang mudah dalam masa pandemik ni... 

Eh terluah pasal hal PKP panjang lebar la pulak.. hihi.. Seperti yang TB nyatakan tadi, sebenarnya entri kali ni TB nak cerita tentang Pizza Nasi Lemak iaitu pizza yang menggabungkan Nasi Lemak bersama pizza kegemaran rakyat Malaysia!

Ketika kita semua sedang menyesuaikan diri dengan norma baru, tak sangka pandai pulak Pizza Hut keluarkan Pizza terbaru hari tu. melalui info yang TB baca, bermulanya tercipta Pizza Nasi lemak ni apabila Pizza Hut terinspirasi dari budaya unik orang Malaysia yang sukakan kepelbagaian dalam hidup mereka, baik melalui makanan, ucapan seharian, dan gaya hidup.

Haii.. macam-macam Pizza dah direka oleh Pizza Hut ni ye! dari Pizza Durian hinggalah yang pizza berbentuk hati, Pizza Hut memang telah membawa pizza klasik ke tahap yang baru. Agaknya beginilah caranya Malaysia  meraikan kepelbagaian kaum dan etnik melalui hidangan, dengan menggabungkan pelbagai budaya untuk menciptakan kombinasi yang unik dari cita rasa rakyat Malaysia.

Tapi Pizza Nasi Lemak ni memang lain dari yang lain, dimana topping nya dihiasi dengan sambal pedas, serta diletak juga potongan ayam garing, ikan bilis dan banyak lagi perasa Nasi Lemak, dan sudah semestinya keju tidak boleh dilupakan! kena letak juga barulah lengkap pizza nya kan! Keju pully yang membungkus ayam yang berperisa kelapa, pastinya mesti dicuba semua pencinta Nasi Lemak. 

Dengar cerita perisa ini terhad tau, bermula dari 15 Jun 2020, sekarang ni tak pasti ada lagi ke tak.. maybe dah habis tempoh promosi nanti dah tak ada lah keluar Pizza Nasi Lemak ni.. Orang kata bukan musim dia dah la ni, tapi sure atau mungkin la akan keluar balik musim ni nanti. so.. masa tu cepat-cepatlah pi merasa sebelum dah abes musim ye.. hehehe.. 


Sejujurnya TB pun belum pernah merasa lagi Pizza Nasi lemak dari Pizza Hut ni sebab mungkin tak perasan masa offer perisa ni hari tu. Selalu je order Pizza di Pizza Hut tapi tak perasan menu ni masa tu. Kalau tak.. nak juga TB mencuba .


pizza nasi lemak

Pizza Nasi lemak ni agak unik sebab campuran pada toppingnya yang semuanya terdiri daripada bahan-bahan yang digunakan untuk hidangan nasi lemak kita.. wah! unik kan! Budaya “campur” yang unik di Malaysia ini telah menginspirasikan penciptaan Pizza Nasi Lemak dan slogan kempennya “Rasa Campur, Lagi Bes Bersama”, selaku penghormatan khas kepada kepelbagaian budaya kita yang kaya dan rakyat yang hidup bersatu-padu.

“Rakyat Malaysia jadi lebih baik ketika kita “campur” bersama-sama dan piza Nasi Lemak ini adalah contoh bagaimana rakyat Malaysia gemar menggabungkan sesuatu dalam hidup mereka, dengan mencampurkan semuanya bersama-sama dan membentuk sebuah kesatuan, sama seperti piza Nasi lemak ini yang merupakan kombinasi harmoni antara piza dan Nasi Lemak,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

Apa yang menariknya, TB suka dengan cara Pizza Hut yang mana semasa pelancaran Pizza Hut turut memberi penghormatan kepada rakan-rakan pesaingnya yang juga telah menerapkan budaya ‘campur’ rakyat Malaysia dengan cara mereka tersendiri; sebagai contoh; McD dengan ciptaan “Burger Nasi Lemak” mereka, dan Marrybrown pula dengan “Ais Krim Nasi Lemak”, serta banyak lagi.

Seperti yang TB nyatakan tadi, Kempen ini berlangsung dari Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 bagi meraikan perpaduan kebudayaan rakyat Malaysia. haa sebab tu TB kata musim nya telah tamat tapi mungkin akan di promosi semula dalam tahun 2021 ni siapa tahu? hehe.. tunggu je.. 

pizza nasi lemak

Pizza Nasi Lemak


Pizza Nasi Lemak dicipta oleh bahagian Teknologi Inovasi Makanan Pizza Hut Malaysia, Pizza Nasi Lemak ini merupakan gabungan pizza kegemaran semua dipadankan dengan topping ayam rangup dan sambal enak serta elemen-elemen ‘perlu-ada’ dalam hidangan Nasi Lemak seperti ikan bilis, kacang tanah dan timun.


Apa yang pastinya.. Pizza ini terus menguja selera kita yang selalu lapar time PKP ni dengan poket keemasan dipenuhi dengan ayam perap santan dan limpahan keju. Fuh.. buat penggemar Nasi Lemak  pastinya korang pun teruja nak mencuba Pizza Nasi Lemak ni kan..


ok.. untuk info korang kalau nak order nanti, korang boleh menikmati piza Nasi Lemak Pizza secara ala carte pada harga RM38.90 dan juga melalui pelbagai hidangan kombo pada harga bermula dari RM40.90. Turut diperkenalkan untuk melengkapkan hidangan piza baru ini adalah minuman Soda Bandung yang merupakan olahan Sirap Bandung klasik dengan rasa soda.


Disebabkan sekarang dah PKP balik, tak payah la nak berangan keluar rumah dan nak makan di restoran Pizza Hut tu yea, order je dari rumah macam TB selalu buat sekarang.  senang sangat.. guna je servis PIZZA DELIVERY dan tunggu je makanan sampai depan rumah korang.. 



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama