Salam.. | buat kawan-kawan semua.. terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk teman.. didalam entri yang lepas.. iaitu entri Berdebar-debar teman ada mengatakan takut dan berdebar-debar kerana 10/12/2014 (Rabu) kelmarin teman kena hadiri appointment doktor yang telah tertangguh dari 18/9/2014 hari tu.. Pada 18/9/2014 tu teman tak dapat pergi kerana baru sahaja balik dari luar negara, restock barang untuk kedai.. dan disebabkan seminggu kedai ditutup, customer dah mula call dan tanya bila kedai buka? So, terpaksalah kami buka kedai dan teman terpaksa melupakan tentang appointment itu, tetapi meminta tolong adik lelaki teman di kg, supaya mohon tukarkan ke tarikh appointment yang baru.. Alhamdulillah dapatlah tarikh 10/12/2014 tu.. Kalau ikutkan, pada tarikh 10/12/2014 tu, teman perlu buat Skop (memasukkan kamera melalui mulut) untuk check apa punca sakit teman selama ni.. Teman yang penakot ni, mula-mula seperti nak lari-lari je d...
Website About Personal Life, Life Style ,Recipe,Beauty Tips, Health Tips, Product Review