Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

12 Oktober 2013

Giveaway October by Emas Putih


Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi



NYARIS MAUT TERKENA TEMBAKAN


KOTA BHARU 12/10/2013 - Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.


Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.

"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.

"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Bharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.

Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.

"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya. - Bernama

11 Oktober 2013

Dah Sampai! Hadiah dari Beautilicious E-shoppe

 
Related Post -->MURAH REZEKI
Menang Hadiah No. 2 dari Beautilicious E-shoppe
 Menang hadiah --> Set Rumpai Laut.. yeayyy!!

Barang dah sampai petang semalam.. fuh, nasib baik ada kat umah.. x budget 
pun hadiah sampai secepat ini! thanx yea kepada sponsor GA berkenaan! heee.. paling best 
bila sepatutnya dapat satu barang jea, tapi bila buka parcel tengok2 ada DUA barang.. 
hu2.. Pure Marine Collegen dan Bedak Tanaka..  yeay!! tQ yea! 
ni bedak Tanaka nya.. heee.. teman simpan dulu, sebab sekarang pun 
tengah pakai yang kaler hijau tu.. 

tQ sekali lagi kepada Sponsor GA
tQ jugak kepada Penganjur GA


dan semalam jugak teman dapat Topup Maxis RM10 dari Mysara Ab Rahman , 
tQ Mysara!! =) .. hari tu menang topup RM10 dalam Bravo Giveaway by Ieyra Ghani

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI 


Teman ini masih kekurangan ilmu, sebab tu bila jumpa sesuatu yang teman baru tahu, teman akan kongsikan disini.. Untuk simpanan dalam peti ingatan teman ni.. dan juga menjadi tatapan rakan2 yang sama seperti teman.. Yang terus belajar mengenali sesuatu..

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai 
tentang struktur Kaabah dari sudut sains : 

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina 
yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak 
sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan 
frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh 
bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, 
penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. 
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana
 tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran 
anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam 
walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib 
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang 
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara 
semulajadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam,

Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru 
dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan 
meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada
 di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka 
tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali 
pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan 
bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan
 terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula 
sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan 
nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan 
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan 
antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja 
akan diterima oleh tubuh.

Sains ini hanyalah sebagai platform kajian manusia bagi mengenal yang maha pencipta 

bahawa hanya ALLAH sahaja maha berkuasa. Sesetengah perkara yang ALLAH 
jadikan tidak akan terjangkau dari pemikiran manusia. Maka ketahuilah ALLAH maha 
berkuasa dalam setiap perkara "Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini 
dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
(Peringatan buat diri sendiri, dan rakan2 blogger lain.. Aminn..)


Segmen TeamFollowback Tanpa Blogwalking by FafaKyraa

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!
Segmen TeamFollowback Tanpa Blogwalking by FafaKyraa

Jom join Segmen ni jomm! Mudah dan senang jea!!
Syarat-syarat :
  • Buat satu entry "Segmen TeamFollowback Tanpa Blogwalking by FafaKyraa" -letak banner kat entry dan linkkan ke entry ni.-"
  • sertakan BLOG ID korang. Nak tahu macam mana nak ambik ? Tengok tuto INI
  • Letak jumlah followers korang * yang sekarang punye * Suka hati la nak printscreen ke, hape ke, janji letak sebijik kat situ. Bagitau target korang.
  • Letak link entry korang kat dalam kotak komen. Bukan link blog ! Tapi link entry yewww !!
  • Segmen ni tamat pada bila-bila masaYang pentingnya lepas PMR neh. Ok. Dalam bulan December or Jan :D So apa tunggu lagi ? Meh la join ! 
  • Jumlah Follower terkini..1426
    Target : 1500

    BLOG ID : =8052595482704628518#

10 Oktober 2013

MEMILIH CALON SUAMI

Buat yang sedang mencari calon suami.. Baca ni..  heeee...
Jangan mencari calon suami yang tampan wajahnya.Jangan mencari calon suami yang banyak hartanya.Jangan pula mencari calon suami yang selalu diperebutkan para wanita.

Akan tetapi carilah seorang calon suami yang benar-benar halus tutur katanya.

Yang begitu mulia budi pekerti dan tampan akhlaknya.

Yang bisa memuliakan kaum wanita.

Yang benar-benar telah siap menjadi pemimpinmu.

Yang dapat membimbingmu untuk semakin dekat kepadaNya.

Yang dapat menuntunmu ke jalan yang diredhaiNya.

Yang bisa mengingatkanmu ketika engkau telah lalai dalam
 melaksanakan dan menjalankan kewajibanNya.

Yang bisa menyedarkanmu ketika engkau telah berbuat khilaf.

Yang bisa meluruskan kesalahanmu dengan penuh kelembutan.

Yang bisa menegurmu ketika engkau telah berpaling pada tanggung jawab dan 
kewajibanmu sebagai seorang isteri yang wajib taat pada suami dan RabbNya.

Yang bisa memaafkanmu dengan penuh keikhlasan jika engkau telah telah menjadi 
seorang isteri yang kufur.

Ketika engkau salah bukannya dia marah.
Ketika engkau khilaf bukannya dia mengkeji.
Ketika engkau kufur bukannya dia meninggalkanmu.

Tapi sebaliknya,
Dia pantang menyerah untuk selalu membimbingmu,
Menuntunmu,
Mengajarimu,
Untuk kembali ke jalan yang benar.

09 Oktober 2013

PREDATOR MALAYSIA

DR Jim bersama sut lengkap Predator dan motosikalnya. 
Ha2.. tertarik nak meng'hupload' gambar dan citer pasal ni sebab teringat pernah ada customer hubby tanya2 pasal helmet Predator ni, tapi kami tak jual helmet Predator ni.. mahal kot kos nya.. sebiji tu pun berapa riban entah.. maybe dalam 4 ke 7k camtu harganya.. tu tak termasuk sut dia satu set.. perghh.. tapi helmet ni memang rare pun kat Malaysia, tak ramai yang pakai, tu pasai ramai yang cari.. Rela berhabis duit tu nak beli helmet nih! heee.. 

Ekceli la kann..Teman dapat citer ni dari hubby teman.. hu3.. saja suka2 nak share kat sini.. ha2.. kalau hubby teman nak pakai helmet ni.. mintak mahap lea yea.. teman idaklea berkenan.. hik3.. nanti rambut2 dia melayang ke muka teman lak... kui3

sape lum baca citer ni kat Harian Metro? Haa... jom kita usha2 dan terjah apakah citer disebalik gambo diatas.. hu3


Kuala Lumpur: “Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”. Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator  memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu. GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia. “Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas. 
  “Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam. .
ha2.. teman suka gambo ni... heee... 

Sumber : Harian Metro

MANA SATU YANG REAL?

Wordless Wednesday!
Teka Mana Satu Yang Real Punya..
No. Berapa? Sila Komen Dibawah..
takde hadiah.. teka jea.. Kekekekeke....

08 Oktober 2013

ALHAMDULILLAH, MURAH REZEKI BULAN OKTOBER NI.. HEEE..

(DAH TAMAT)
(klik BANNER atas kalau nak singgah blog fiena.. heee..)
Yeay! Menang jugak salah satu  hadiah Oh September 
Give Away by Safiena & Friends
Senarai Peserta Oh September Giveaway by Safiena $ Friends
heeee.... teman no. 65.. nampak x? heee..
i
i
i
V
Senarai Pemenang dan Hadiah
i
i
i
V
Menang Hadiah No. 2 dari Beautilicious E-shoppe
 Menang hadiah --> Set Rumpai Laut.. yeayyy!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~ Kata2 happy seorang Tengkubutang ~
Alhamdulillah, menang lagi.. heee.. hari tu menang topup RM10 dari sponsor Bravo Giveaway by Ieyra Ghani iaitu Mysara Ab Rahman ( masih belum terima sebab Mysara agak bz sikit sekarang ni.. dia baru start tempat koje baru.. tahniah!.. heee..) ada gak contact dan dapat respon dari dia melalui FB Mysara.. =) bagus orangnya.. tak sombong.. heee.. janji jawab kan.. jangan diam aje.. hu2..
 
Pastu dapat hadiah T.shirt lak  T.shirt I Love Blogging by Nabila Medan.. besttt! he2.. bestt sebab Nabila cepat anto adiahnya.. x sampai berapa minggu dah dapat adiahnya.. hari Jumaat lepas terimanya.. thanx yunk.. hu2.. seronok ada barang kenangan semasa berblogging ni kan.. hu3.. banyak jugak teman dapat dah.. semuanya masih dalam plastik.. sayang nak guna.. kecuali sarung lengan tu teman guna jugak lea.. he2..
takde apa nak cakap.. cuma nak cakap.. Alhamdulillah.. tQ Allah... aminn.. =)

4 Posisi Terbaik Di Depan Komputer

Korang selalu menaip depan komputer macam ni ke???
Assalammualaikum semua.. apakabo? hari ni bole tahan jugak banyak entri yang teman taip n simpan dalam draft, sampai sakit2 leher n pedih mata lah dok depan komputer tadi.. hu3.. bila dok picit2 leher tadi, teringat pulak dekat artikel pasal Posture depan komputer yang teman pernah baca dulu, tiba2 lak rasa nak buat entri dan share dengan kawan semua.. yelah, kita ni hari2 ngadap blog, hari2 sentuh keyboard untuk menaip entri terbaru kan.. hari2 pandang screen laptop/PC kan.. 

Posisi yang salah!

So, rasanya ramai jugak yang kadang2 amik x acuh tentang posisi ketika di depan komputer ni.. termasuk lea teman sendiri..  kalau dok depan PC hubby teman, memang lea betul kedudukannya, tapi kalau guna laptop teman, udah lari 'tune' .. tau jelea laptop macam mana kan.. boleh menaip sambil baring.. sambil terlangkup.. sambil duduk bersila, sambil bertimpuh.. huh? haaaaa.. macam2 gaya kan! termasuklea yang macam dalam gambo diatas nih kan.. hihi3.. sape selalu macam tu??? he3...

Jadi, elok sangat teman kongsikan dengan korang 4 Posisi Terbaik Di Depan Komputer, supaya pasni kita akan praktikkan cara yang betul agar x mendatangkan sakit2 lain berpunca dari salah posisi di depan komputer.. kannn.. Okeylah.. jom baca jommm...! moga korang faham.. heee..


4 Posisi Terbaik Di Depan Komputer
Periksalah posisi monitor jika Anda menghabiskan banyak waktu di depan komputer. Posisi yang kurang sesuai boleh menyebabkan tubuh lenguh. Posisi ideal iaitu screen monitor harus sejajar dengan pandangan lurus mata Anda.

Mata kita secara alamiah biasanya selalu turun. Itulah posisi terbaik merelaksasikan mata agar tidak tegang dan berujung pada sakit kepala. Demikian dikatakan Hope Ricciotti MD penulis buku bertajuk The Real Life Body Book.

Berdasarkan sebuah penelitian, posisi itu dikemukakan dapat meningkatkan produktiviti dan performant kerja. Adapun untuk posisi tubuh terbaik ketika berhadapan dengan komputer ialah :

Lengan
Letakkan lengan sejajar membentuk sudut 90 darjah ketika menaip. Ini dapat dilakukan dengan menyesuaikan tinggi kerusi Anda.

Bahu
Seboleh mungkin buat bahu Anda santai dengan menjatuhkannya. Bila posisi bahu membuat leher Anda meringkuk, berarti kerusi Anda terlalu rendah. Untuk itu, sesuaikanlah tinggi kerusi .

Kaki 
Buatlah kedua telapak kaki menjejak lantai ketika Anda duduk. Apabila tidak sampai ke lantai, letaklah buku atau kotak di lantai.

Punggung
Bersandar terlalu ke belakang dapat menimbulkan kesakitan pada punggung. Seharusnya, tulang punggung bahagian bawah menyentuh bahagian siku kerusi. Jika tidak sampai, letaklah bantal kecil dan letakkan di bahagian bawah punggung.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers