Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Oktober 2014

AWAL MUHARAM | DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN
Pada 25/10/2014 (Sabtu) ni bermulalah tahun baru Islam buat kita semua yang beragama Islam.. Pada tanggal 1 Muharam 1436 ini marilah kita sama2 berhijrah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.. menjadi insan yang disayangi Allah.. menjadi umat yang soleh dan taat kepada perintahNya.. Moga Awal Muharam kali ini disambut dengan diri kita yang baru dan bersih.. Aamiiinn.. Yarabbal Alamin.. Jom kita buat persediaan untuk menyambut Awal Muharam nanti.. 

PENGENALAN MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Mengingati diri sendiri untuk tidak ketinggalan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.. 
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 

Mama & Papa Butang Sembang




Senarai Barang & Perkhidmatan Yang Tiada GST

Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang 

Dikecualikan Cukai GST |

1. Barang makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, 

rempah ratus, ikan msain, cencalok, budu dan belacan.

2. Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik setiap bulan bagi pengguna

3. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti pengeluaran passport, perkhidmatan kesihatan dan pembelajaran di sekolah.

4. Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot dan tol lebuhraya.

5. Jual beli dan sewa rumah kediaman

6. Perkhidmatan kewangan terpilih



Sebenarnya teman pun antara sebilangan orang yang tidak memahami sebetul2 nya konsep GST tu dan apakah kebaikan GST itu.. Namun apabila membaca entri Aynora Nur, teman dapat sedikti gambaran yang sebenarnya tentang GST.. apa2 pun, meh teman kongsikan entri yang Aynora Nur kongsikan ini.. entri ini 100% pure dari blog http://www.aynorablogs.com/ .. Silalah singgah ke sana kerana ada bermacam2 lagi cerita hebat untuk korang tatapi dan baca.. Jom kita fahami apa itu GST, baca sampai habis untuk gambaran sebenarnya tentang GST.. 



Jadi, seperti yang anda baca, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.



Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini. Jom baca pandangan sesetengah pihak yang saya ambil dari sumber FB, internet dan bacaan umum yang lain:



1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.



2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).



Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.



3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.



Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.



4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.



Kini syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap memohon lesen mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.



5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membayar cukai.



Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi.



Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.



Sebagai kesimpulannya, GST bukanlah satu agenda kerajaan untuk meletakkan bebanan ke atas bahu pengguna semata-mata. Kita tidak perlu melenting jika tidak tahu pokok pangkal sesuatu polisi diperkenalkan. Dapatkan bahan bacaan dan penerangan daripada pihak yang arif. Ketika mula-mula kerajaan mahu mengenakan GST kepada barangan dan perkhidmatan yang kita gunakan, saya dan rakan-rakan sekelas (ketika MBA dahulu) pun ikut menentang. Kemudian kami diberikan penjelasan dan cara kiraan GST dilakukan, barulah hilang rasa kebimbangan tersebut.



GST adalah langkah jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan ekonomi serta memberikan persekitaran hidup yang lebih selesa kepada kita, rakyat Malaysia.

Entri sebelum ini ---> 

APA ITU GST?

Apa itu GST?
Dikenali di seluruh dunia dengan nama GST atau VAT (cukai nilai tambah), ia adalah penggunaan cukai yang meluas yang dikenakan ke atas perbelanjaan anda dimana ia memberi kesan kepada semua pihak dalam sistem cukai di pelbagai peringkat di seluruh rantaian nilai daripada sektor pembuatan hinggalah kepada jualan. Ia adalah berdasarkan konsep cukai atas nilai tambah untuk mengelakkan pertindihan cukai. Ini adalah berbeza dengan kedua-dua cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan di Malaysia sebelum ini yang hanya ditambah pada satu peringkat (Cukai Jualan di peringkat pengilang, dan Cukai Perkhidmatan di peringkat pengguna).
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan. 
Pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar  cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam invois atau resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia (GST) pada mulanya dicadangkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2011 untuk menggantikan cukai yang sedia ada (  cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan ) , tetapi telah mendapat tentangan  daripada banyak pihak kerana implikasi kenaikan harga yang jelas pada harga barangan dan perkhidmatan dan juga disebabkan oleh kekurangan maklumat dan penjelasan mengenai sistem penggunaan cukai di Malaysia.
Kadar GST yang dicadangkan
Kadar GST yang dicadangkan adalah sebanyak 6% yang bakal bermula pada 1 April 2015.
Bagaimana GST berfungsi?
Dalam rantaian cukai semasa, Cukai Jualan 10% ( pada pembuatan dan import ) dan Cukai Perkhidmatan 6% ( pada industri perkhidmatan F & B dan profesional) yang dikumpul oleh satu pihak (biasanya penjual ) dan disampaikan kepada pihak berkuasa cukai.
Sebagai contoh, dalam sistem  Cukai Perkhidmatan 6% sebelum ini , apabila anda membeli secawan kopi dari Starbucks yang berharga RM15 , anda membayar RM15.90 (termasuk Cukai Perkhidmatan semasa iaitu 6%). Starbucks akan menyimpan RM15 dan membayar RM0.90 kepada pihak berkuasa.
Dalam sistem percukaian GST (GST sebanyak 6%) :
1. Starbucks membeli biji kopi dari pemborong untuk membuat secawan kopi untuk RM10 (RM10 + 6% GST). Pemborong menyimpan RM10 dan dan membayar cukai RM0.60 terus kepada pihak berkuasa cukai tanpa melalui Starbucks.
2. Anda membeli secawan kopi dari Starbucks dan membayar RM15.90 (RM15 + 6% GST). Starbucks kini menyimpan RM15 dan membayar pada RM0.30 kepada pihak berkuasa cukai ( RM0.90 – RM0.60 ). Sebab mengapa Starbucks hanya membayar RM0.30 kepada pihak berkuasa cukai adalah kerana mereka telah membayar cukai awal RM0.60 pada RM10 pertama , dan hanya RM0.30 menjadi cukai yang tinggal dengan nilai tambahan RM5 pada harga secawan kopi tadi.
Mengapa adanya pelaksanaan GST? 
Ia merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan dan telus. Ia juga untuk mengelakkan :
Cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada  pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan.
Cukai bertindih
Cukai bertindih (double taxation) berlaku di dalam dua keadaan iaitu:-
1. Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
2. Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Impak GST :
Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami  penurunan sebanyak 0.10%. GST yang dikenakan pada kadar 6 % akan dapat mengurangkan harga bagi lapan (8) komponen IHP iaitu:-
  1. pelbagai barangan dan perkhidmatan;
  2. Restoran dan hotel
  3. komunikasi;
  4. pengangkutan;
  5. hiasan, perkakasan & penyelenggaraan;
  6. perumahan, air, elektrik, gas & bahan api;
  7. pakaian dan kasut; dan
  8. minuman alkohol dan tembakau.
Kebimbangan yang jelas di sini adalah untuk memastikan bahawa para peniaga tidak mengambil kesempatan apabila sistem GST telah diperkenalkan sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Untuk tujuan ini, Akta Anti-Pencatutan ( Anti-Profiteering Act) telah dibentangkan untuk membolehkan penguatkuasaan terhadap sistem tersebut.
Barang yang tidak dikenakan GST :



Sumber : KPKK , Savemoney

22 Oktober 2014

Happy Diwali/Deepavali Buat Rakan Berbangsa India



Hari ni tentu ramai yang happy sebab dapat cuti sehari kan.. time macam ni lah dapat rehatkan diri jap.. he2.. tapi teman tak coti pun.. still kena buka kedai.. mencari rezeki tambahan di hari coti2 begini.. buat kawan2 yang menyambut Deepavali tu, Happy Diwali buat korang semua yea.. semoga korang happy selalu yea.. =)

21 Oktober 2014

Pathway to Paradise Bora-Bora -- Memori Indah

Pathway to Paradise Bora-Bora -- Memori Indah | berjalan berpimpinan tangan menyusuri titi2 yang usang.. sambil menikmati udara nyaman yang tiada di ibukota.. Alangkah indahnya kenangan ini, takkan berulang kerana semuanya telah berjauhna.. hehehehe.. 
 
hehehehehehe.. kalaulah laut yang kat belakang tu sama dengan dalam gambo ni kan bestt.. hik3.. apa2 pun, diamna sahaja kenangan dan bersama siapa kita ketika itu, memang takkan teman lupakan memori ini.. didalam gambar ini ialah anak bongsu officemate kesayangan teman (k.has namanya) dan anak bongsu nya ini namanya Atiqah Dalila yang sweet dan manja budaknya.. hah? budak?? bukan budak lagi.. udah anak dara dah kot.. leh tawen dah.. hik3.. 



20 Oktober 2014

Sony Experia C3 | Hadiah Ter Istimewa!

Kalau sape2 yang pernah tengok post teman kat wall FB Tengkubutang Miaw tu kan.. Yang kerap sangat post bertanya henfon apa yang sesuai, yang OK, yang MURAH untuk teman yang suka online dan ber blog ni.. 

heeee.. pilihan teman memanglah Samsung Galaxy Note 3 pada mulanya.. tetapi disebabkan reganya yang mahe' maka teman redha ajelah beli henfon yang lain.. janji ada android yea! takmo yang biasa punyo.. hahahaha.. yelah.. kita mesti nak yang terkini .. ye dak??? alang2 tuko henfon baru... bior puas hati.. 

Masa tu teman ni asyik2 nak pilih Brand Samsung aje.. tak kira Samsung apa, janji Android, janji Samsung.. Samsung Grand tu pun dah OK bagi teman.. heee.. janji leh layari internet sudah.. 

Tapi kann.. my hubby asyik suruh pilih Sony aje.. dan pilihan  hubby untuk teman ialah Sony Experia C3, pada mulanya teman tak berapa berkenan sebab teman ingatkan kecik cenonet je fon nya... pastu ingatkan bukan android.. pastu lak memang tak pernah guna Sony, takut application dia lain dan canggung rasanya nak guna nanti.. 

Pastu hubby pun bawak teman gi tengok dulu kat Festival Mall City tu.. dapat tengok dan pegang.. peghhh.. beso rupanya.. terus senyum sampai ke telinga.. hehehehehe.. hati pun tak risau dah pilihan hubby tu.. ok lah.. teman suka..  

Tapi masa tu kami memang dah postpone beli henfon tu sebab fikirkan modal untuk beli barang bisnes lebih penting.. maka teman pun dengan rela hati bersabar.. kebetulan, henfon teman yang pada mulanya hampir rosak kena hujan masa balik raya ritu, dah OK.. dah kering sepenuhnya.. Alhamdulillah.. tu yang dah tak kisah sangat lambat ke cepat beli henfon baru.. yang penting dapat beli sesuatu untuk kembangkan bisnes dulu.. yang lain2 tu sabar dulu..

Tapi.... tiba2 hari Jumaat (17/10/2014) hubby buat surprise.. dia belikan jugak teman henfon ni.. dia kata itu bukan duit bisnes.. tu duit gaji dia.. dia kata sebab dia dah janji.. dia kena tunaikan.. nanti kalau tak tunaikan Rakyat Marah (teman la tuu) dan berkata "Janji Dicapati!" kah kah kah.. sempat jugak dalam ayat tu dia buat lawak.. kekekeke.. 
Siap dia belikan ni.. Premium Tempered Glass Screen Protection untuk elak screen pecah berderai kalau jatuh, kalis calar ni tau.. so, sesuai snagat utnuk teman yang ganas ni.,. kekekek.. henfon ni ada 3 kaler tau.. Putih, Hijau dan Hitam.. mula2 dulu, memang  teman suka putih, tapi hubby pandang teman atas bawah.. dia macam tau je teman ni lasak sangat.. tak sesuai guna kaler putih sebab putih senang kotor, senang kuning permukaannya bila dah lama guna, So, teman berkenan kat hijau lak.. tapi rasanya macam sama je dengan putih tu nanti.. baik teman pilih hitam ajelah.. senang jaga.. heee.. dengar cakap hubby.. hubby kata hitam OK, maka pilihlah hitam yeaa..

Hubby beli henfon ni di Sony Centre terus.. sebab nak kan harga RM999 tu.. kalau kat luar harga nya seribu lebih tau.. ada plak cas lain kot.. tu yang hubby cari kat Sony Centre terus.. tak risau dah, pasti Ori punya kan.. so, tambah RM50 untuk screen protection tu, jadilah RM1049.. tak tahulah murah ke mahal? kot ada yang beli lagi murah dari teman tu.. mintak jangan citer lah yea.. nanti teman mengamok kanggg.. kih3.. 

Buat yang tanya henfon ni macam mana.. Ok ke.. best tak.. laju ke tak.. ada hang ke tak.. bateri tahan lama ke tak.. ho2.. sabo.. sabo.. teman baru semalam guna henfon ni kot.. sebab bz sangat2 2-3 hari ni.. tak sempat nak explore sangat henfon baru ni.. bior teman guna seminggu dulu baru leh review.. hik3.. sekarang tengah terkial2 lagi.. tak biasa sebab lain sikit dari Samsung.. heee.. 


Buat my hubby tersayang.. tQ sebab belikan hadiah henfon ni.. sebenarnya teman memang ikhlas cakap, tak kisah dapat lambat pun henfon baru.. janji dua2 dapat baru.. baru adil.. heee.. ni idak.. teman je baru.. hubby pakai cap kucen aje.... alahai cian dia.. dia kata nanti dia belilah untuk dia sendiri.. kena sabo dulu.. bisnes lebih penting.. Apa-apa pun.. tQ cyg.. i like it.. sukaaaa sangat2.. heee.. pilihan cyg memang terbaek.. mekasih mekaseh.. suka suka.. heeeee... (^_^)..

Psssttt : Kalau menang hadiah iphone 5s Impian Setiap Blogger anjuran Tuan Denaihati tu kan besttt.. kih3.. (verangann!)... boleh teman hadiahkan pada hubby teman lak.. cian dia pakai henfon cap kucen je.. huuu.. serba salah je rasa ni.. 

Kemalangan Ngeri Melibatkan Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi di Karak

Takziah pada keluarga mangsa terlibat.sesungguhnya ajal itu atas kehendak Allah, tidak awal dan tidak lewat walaupun sesaat. Maha pencipta lebih mngetahui sesuatu. .. Pada pemandu kereta tersebut beringat la pada pengguna jalanraya yg lain. |

Gombak: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu.
Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
"Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 2:11 PM


انّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَاِÙ†ّا اِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَجِعُÙˆْÙ†َ 

بِسْــــــــمِ اٌللَّÙ‡ِ اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْـــــــــم

ِ
Ø£ٌلحَÙ…ْدُÙ„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِ اٌÙ„ْعَÙ„َÙ…ِينَ*

اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ*

Ù…َÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ اٌلدِّÙŠْÙ†ِ* Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُÙˆْدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِÙŠْÙ†ُ*

Ø¥ٌÙ‡ْدِÙ†َا الصِّرَØ·َ اٌÙ„ْÙ…ُسْتَÙ‚ِÙŠْÙ…ُ*

صِرَØ·َ اٌÙ„َّذِÙŠْÙ†َ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِّÙ…ْ غَÙŠْرِاٌÙ„ْÙ…َغْضُبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*

آمِـــــــــين*.

..آمِÙŠّÙ†ْ… آمِÙŠّÙ†ْ… ÙŠَ رَ بَّÙ„ْ عَÙ„َÙ…ِÙŠّÙ†


Allahuakbar.. serius.. masa teman dapat berita ni semalam.. terkejut dan menggigil sangat.. walaupun arwah tiada kena mengena pun dengan teman, malah kami tak mengenali antara satu sama lain pun, tetapi teman turut merasa hiba  mendapat perkabaran kemalangan ngeri semalam.. 

Seperti biasa, kalau berlaku kemalangan berkaitan Motor Berkuasa Tinggi (Superbike) ni, pasti adik beradik serta kenalan rapat akan pm / mesej / call bertanya keadaan teman dan hubby kerana mereka tahu kami memang menggunakan transport itu je kemana-mana.. kecuali kalau dekat-dekat pakai motor kecik aje.. 

Dan mereka menyatakan rasa risau mereka dengan keselamatan kami.. Tapi, bukan nak kata.. kalau Allah dah nak tarik nyawa kita.. kadang tengah baca surat khabar di ruang tamu pun boleh jadi... tahu2 dah tak bernafas.. kuasa Allah semua tu.. walau kita berjaga macam mana pun kalau dah ketentuan ajal kita disitu, terpaksa redha dengan takdir.. 

Namun, teman berasa amat kecewa dengan komen2 negatif segelintir pengguna jalan raya dan pengguna Facebook yang mengomen secara sukahati mereka.. tak pernah memikirkan hati keluarga arwah.. dan tak selidik dahulu cerita sebenar..terus menghukum mangsa kemalangan sebagai punca segalanya berlaku.. 

Teman bukan cakap2 kosong.. sepanjang teman balik kampung menaiki motor dengan hubby teman, pernah beberapa kali di himpit kereta ke tepi, pernah kereta tiba-tiba memasuki lorong kecemasan tanpa memberi signal.. pernah sepanjang lorong motor/kecemasan berderet kereta menggunakan lorong kecemasan itu.. dimana lagi selamat kami nak lalu? di tengah2 pun bahaya, di lorong motor pun tak kurang juga bahayanya.. 

Pengguna jalanraya lain seperti kereta dan lori juga perlu perihatin dengan keadaan sekeliling, jangan secara semberono sahaja membelok ke kiri atau ke kanan sesuka hati.. 

dan paling sedih bila berlakunya kemalangan, Masyarakat banyak menunding jari kepada penunggang motorsikal berkuasa tinggi (hanya kerana berpandukan kepada segelintir sahaja penunggang motorsikal yang kurang berhemah).. 

Sedangkan kebanyakan penunggang motorsikal seperti kami hanya menjadikan pengangkutan itu sebagai keperluan dan kemudahan kami untuk kemana-mana.. bukan tujuan untuk berlumba atau sebaliknya.. malah ada juga yang menubuhkan group motorsikal berkuasa tinggi untuk tujuan beramal.. mungkin ramai yang tidak tahu.. tetapi cubalah buka mata.. jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.. jangan kerana seorang penunggang motorsikal tak berhemah, habis semua kami di anggap pesalah pada setiap kejadian kemalangan.. sudah-sudahlah menghukum manusia kerana kita tidak layak pun untuk memberi hukuman.. 

Apa2 pun.. teman sekali lagi mengucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini.. semoga roh mangsa berada dalam ketenangan dan ditempatkan diantara golongan yang ebriman.. Aamiinn.. 

19 Oktober 2014

ROAST CHICKEN WITH CREAM SOURCE + BUKHARA CHICKEN BRIYANI

ROAST CHICKEN WITH CREAM SOURCE + BUKHARA CHICKEN BRIYANI | menu ni jadi pilihan masa teman n hubby fly hari tu.. hu3.. sorry lea.. teman tak up2 lagi entri yang kami fly amik stock barang bulan 9 hari tu.. hu3.. dah sebulan lebih kott.. barangnya pun dah turun kapal.. siap sampai ke pintu rumah dah pun.. dua kali trip lak tu.. hahahaha.. punya lemau nak buat entri.. 

Maleh bebeno nak up entri tu entah ngape.. kekeke.. maybe sebab banyak ruang rahsia bab bisnes kot sebab tu maleh nak story kat sini.. maybe boleh selit2 gambo kot takpelah yea? hu3.. menjaga manah bos, bos kata takleh share semua.. so, teman akur.. ok.. apapun.. teman nak share dengan korang, apa yang teman makan masa atas kapal trobang hari tu.. haaaa.. selalu order Nasi lemak Pak Naseer ajo, kali ni udoh jemu lak.. kami pun try lea dua jenis makanan ni.. sodap jugokk.. nyum2.. ehehehe.. itu je nak citer.. harga dia? 
Roast Chicken with Cream Sauce RM12.00 
   Bukhara Chicken Biryani on Air Asia ... RM12.00 
Heee.. ni gambo from Google.. saja nak letak harganya.. kini RM10 kata deme..

Sinopsis Filem Dendam Orang Mati

Wah.. ada Filem hantu baruuu.. Nak tengok! Nak tengok! ecececeh.. macam ler teman berani nak tengok.. Penakottt.. Eh! laaa...  ini bukan citer antu lahh.. tapi Filem "Dendam Orang Mati" terbitan KRU Studios ini adalah sebuah filem bergenre 'psycho thriller' yang diarahkan oleh Jason Chong dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana. Tapi nape macam seram je bila dengar iklan di radio? hehehehe.. tak jadi tengok lah.. takottt.. kekekek.. apa2 pun jom baca sinopsis Filem Dendam orang mati ni, mana le tau kot korang tergerak hati nak menonton wayang untuk tengok citer ni.. hehehehe.. dah nengok? nanti buat review yea.. 
Sinopsis Filem Dendam Orang Mati
Filem Dendam Orang Mati ini adalah filem terbaru terbitan KRU Studios yang bakal ditayangkan pada 23 Oktober 2014 ini. Mengisahkan Lena (Lisa Surihani), seorang gadis yang baru tersedar daripada koma dan menghidap amnesia. Bagaimanapun, Lena pada masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam. Ironinya, sepanjang tempoh koma, suaminya Shahrul (Fizz Fairuz) telah berkahwin dengan Min (Miera Liyana) dan tinggal di rumah peninggalan bapa Lena. Apakah makhluk yang sering membelenggu Lena di tingkat 4 rumahnya? Haa, kalau nak tahu, korang kenalah tengok sendiri.
Note : Eh, baru terperasan.. inilah citer yang lama dulu Lisa pernah potong rambut pendek sebab nak buat watak Perempuan PSiko tu kan? lama dah ni...

17 Oktober 2014

Afrena De Boutique | Meriah Dengan Tuala Yang Cantik2!!

Ingat tak Entri teman tentang mana nak dapat tuala cantik2 dan serap air di KL ni? haaa.. kalau tak ingat meh baca sini ---> Afrena De Boutique Towel Cantik2... 

Hari ni teman nak share lagi antara stok baru tuala yang cantik2 yang baru dibawa masuk ni.. kalau korang tengok gambo dah terus jatuh hati, baik korang gi Danau Kota malam ni jugak yea... sebab design yang cantik2 ni terhad aje tauu.. lambat nanti melopaih.. heeee.. kalau berminat.. ni teman share alamatnya.. dengan gambo2 sekali.. sila cuci mata dulu yea.. hehehehe.. tQ, jom support bisnes orang melayu!
~Afrena De Boutique~
Lot 7 &243 Danau Kota Uptown,
53300 Setapak,Kl.

Enquire/wassap/Wechat : 
0166308772 / 0162148720
~Afrena De Boutique~
Lot 7 &243 Danau Kota Uptown,
53300 Setapak,Kl.

Enquire/wassap/Wechat :
0166308772 / 0162148720
~Afrena De Boutique~
Lot 7 &243 Danau Kota Uptown,
53300 Setapak,Kl.

Enquire/wassap/Wechat : 0166308772 / 0162148720
~Afrena De Boutique~
Lot 7 &243 Danau Kota Uptown,
53300 Setapak,Kl.

Enquire/wassap/Wechat : 
0166308772 / 0162148720
 
~Afrena De Boutique~
Lot 7 &243 Danau Kota Uptown,
53300 Setapak,Kl.

Enquire/wassap/Wechat :
0166308772 / 0162148720
Taraaaaaa.. ada sesiapa yang minat Tuala ni takk? haaaa.. kalau minat nak beli untuk diri sendiri or anak perempuan kome, cepat2lah serbu Afrina De Boutique di Danau Kota malam ni!! jangan lambat2 tuala yang ni terhad yea!! ada 10 je kot rasanya.. hahaha.. lambat2 melepasss!!
~Afrena De Boutique~
Lot 7 &243 Danau Kota Uptown,
53300 Setapak,Kl.

Enquire/wassap/Wechat : 
0166308772 / 0162148720

Todiaaaaaaaa.... DIY Light Box Studio!!

Heeee.. Opss.. tetiba lak ada gambo helmet hijau kat atas ni yea.. Ha2.. Sambil menyelam, sambil minum air namanya ni.. sambil2 share DIY cara buat Light Box Studio sambil tu jugak Iklan sekali.. hehehehe,.,,Hari tu teman ada UP satu entri DIY Light Box Studio kan? haaa.. hari ni teman nak share lak hasilnya.. haaa.. nampak tak dalam gambar ni? kalau korang tengok gambar helmet tu kaler tu, macam tu lah korang tengok live punya.. heee.. tak beza sangat pun sebab gambarnya diambil cukup dengan pencahayaannya.. background putih menghasilkan tone yang cantik buat barangan/ produk yang kita shoot tampil menarik.. tak caya? cer korang try buat.. baru korang rasa puas hati dengan fotoshoot korang tu.. hihihihi.. maleh nak citer panjang2.. meh teman share gambo DIY Light Box Studio yang kawan2 kata nak nengok tu..

haa.. kiri kanan atas belakang semua kena letak 2 biji lampu kalimantang yang kecik dan comel tu (teman panggil lampu kurus) tapi cahayanya korang tengoklah.. terang kannnn?
 
haaa.. objek yang nak di shoot tu korang letak lea tengah2 macam dalam gambo ni, hubby teman guna kamera yang berkaki yang diletakkan depan objek ni.. pastu set kamera timer, then masa tekan punat snap tu.. dia tutup semua bahagian Light Box Studio ni termasuk kamera sekali untuk elak pantulan warna.. adeh.. tak reti nak terangkan.. tapi kalau korang masih ingat citer P.Ramlee 6 Jahanam tu kan.. kan Apek tu tangkap gambo pastu dia masuk kepala dia dalam kain hitam tu.. macam tu lea lebih kurang.. hahahaha.. tak reti nak terangkan.. paham2 sendiri jelah yea.. lalalalala.. K.. Byeee
Nah teman belanja lagi satu gambo yang di snap menggunakan Light Box Studio.. 
Opss.. ada yang berminat dengan helmet seperti dalam gambar ini? boleh pm teman di FB Tengkubutang Miaw yea.. 

Terdapat dalam 6 Model.. | 7 color pilihan | dan saiz dari XS sehingga XXL.. PM cepat kalau berminat kerana sekarang masih dalam Promosi, ada FREE GIFT berbaloi2.. nak tahu apa dia? just PM me okey!! ha2.. sempat lagi promote tu ye!

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers