Allâhummaj’al sa’yî fîhi masykûran wa dzanbî fîhi maghfûran wa ‘amalî fîhi maqbûlan wa ‘aybî fîhi mastûran yâ asma’as sâmi’îna
Artinya :
”Ya Allah, jadikanlah setiap lampah usahaku di bulan ini sebagai ungkapan rasa syukur dan dosa-dosaku terampuni, amal-amalku diterima dan seluruh aib kejelekanku ditutupi. Wahai Yang Maha mendengar dari semua yang mendengar”.
SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG PILIHAN TENGKUBUTANG!
Hai.. Assalammualaikum semua.. tengah buat apa tu? tido kaaa? eh.. jangan tido.. makruh puasa tu.. huhuhu.. kalau tido berlebihan la maksud TB, kalau terlelap kejap-kejap tu tak ada hal... hehehehe.. ni TB tengah garu-garu kepala ni, gatal plak kulit kepala petang-petang ni.. hehehehe.. malam nanti nak syampu rambutlah.. Semalam TB tak syampu rambut pun sebab tak nak syampu kerap sangat nanti kulit kepala jadi kering orang cakap.. wallahualam..
Ok lah.. TB nak cerita pasal syampu yang TB suka pakai. iaitu syampu Safi Shayla ni ha.. TB selalu guna yang warna turquoise tu.. yang untuk anti kelemumur satu..dan satu lagi yang icth control tu.. yang bertindak mengawal kulit kepala dari berkeruping dan menyamankan kulit kepala selepas memakainya.. wangi pulak tu.. rasa segar je rambut selepas cuci dengan syampu ni.. terasa seperti satu badan wangi.. hihihi..
TB suka pek refill tu, ala pek yang mcm tiub tu.. orang panggil pekFleksi Syampu Safi Shayla tu sebab lepas guna leh terus buang.. kalau botol, alamatnya mengumpul botol2 syampu lah TB sebab banyak sangat botol syampu yang dah habis guna.. huhuhu..
Ok lah.. ada sesiapa yang tak tahu tentang syampu Safi Shayla ni? hemm.. walaupun agak mustahil dan rasa tak nak percaya je ada orang tak tahu dan tak pernah dengar tentang syampu safi shayla ni, TB tetap gak nak share untuk mereka yang berkenaan tu, supaya korang kenal syampu yang amat berbaloi dibeli ni.. dah la wangi.. tahan lama bau wanginya.. rasa segar je kulit kepala lepas cuci rambut guna syampu Safi Shayla ni, lepas tu yang paling best.. ada plak pek fleksi untuk mereka yang nak berjimat.. haa.. untung tak?? huh.. tak nak cerita panjang.. jemputlah baca info tentang Safi Shayla dibawah ni yea!
SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.
Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.
“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil. kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”,Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.
Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya
= PEK FLEKSI SAFI SHAYLA =
Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayladi dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.
“Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh menggunakan terus, atau gunakan ia sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.
Haa.. macam mana? tertarik tak mencuba? TB boleh katakan melalui pengalaman TB menggunakan sendiri syampu SAFI SHAYLA ni, TB suka sangat dengan baunya.. dan juga conditioner dia wangi sangat-sangat tau.. TB suka.. semua color TB suka.. sebab semuanya wangi.. korang pun cubalah.. try mana yang sesuai utnuk korang, pastinya masalah kulit kepala berkuwap tiada lagi pasni.. hehehehe..
JOM KITA TENGOK GAMBAR-GAMBAR
SYAMPU SAFI SHAYLA YANG LAIN
Yang ni untuk kawalan minyak..
ini untuk itch kontrol
yang ni untuk kawalan rambut rosak
Untuk merapi rambut.. conditioner ni yang TB guna..
Meh tengok video yang TB rakamkan untuk korang.. ecececeh.. video TB unboxing kotak syampu Safi Shayla ni ha.. jemput tengok ye! jangan lupa subscribe sekali yea..
dan untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari
Hai.. TB lupa nak update pasal resepi yang ni, hari tu TB pernah buat dah lama dah.. tapi masa tu sebab ingatkan tak jadi.. huhuhu.. almaklumlah.. baru 1st time buat.. so, tak bajet pun menjadi.. TB buat guna foil gak.. konon nak buat sebijik macam Portugese Grill tu.. hehehe.. letak bendi, petai, udang sotong semua tu.. tapi bahan tak cukup, letak ikan jelaaa.. kih3.. Tapi kalau letak udang memang sedpa woo.. lagi2 kalau janggut dan kepala udang tu tak dibuang.. gerenti sedap woo.. ish.. meleh pulak air liur TB ... kih3.. Ok lah.. jom kita tengok resepi dibawah ni yea!
PES IKAN BAKAR PALING SEDAP!
Nak guna untuk siakap ke pari ke semua boleh. Kena plak dgn air asam.😋
RESEPI PES IKAN BAKAR
2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji Bawang merah
1 biji bawang holland
1 sudu udang kering @ jika takde guna belacan
8 biji cili padi (dependsnak letak berapa)
3 biji cili merah
3 helai daunlimau purut
Cara-caranya :
1. Blender semua sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg Agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .Tumis sampai pecah minyak.siapp.!
4. Masa nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dalam aluminium foil. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur. Teman letak dalam Pemanggang Ajaib je.. huhuhu.. senang nak terbalik balik kan..
5. Udang dan Sotong pun sesuai gak.. lagi sedap wooo...
6. Pes ni tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.
Nanti kalau TB buat lagi teman up gambo nya yea.. yang ni takde gambo siap masak.. gambo n resepi semua bukan TB punya macam biasa.. TB akan up entri lain untuk yang TB dah masak sendiri ye! Apap-pun selamat mencuba..
Hai.. hari ni TB nak kongsikan cara / alternatif lain untuk membayar zakat kalau dah betul-betul tiada masa atau risau terlupa nak buat dan belum ada masa nak berjumpa atau terserempak dengan amil yang mengutip zakat fitrah, sekiranya masih sempat lagi nak bayar zakat, boleh lah try bayar melalui online aje.. sekarang ni macam-macam kemudahan dah ada.. untuk mempermudahkan lagi urusan kita semua.. Cuma mungkin sesetengah orang tidak suka dengan cara ini kerana lebih selesa berjumpa dan bersalam akad sendiri dengan Amil yang mengutip zakat fitrah.
Apa yang korang boleh lakukan adalah awal minggu pertama atau kedua bulan Ramadan, korang buat dahulu bayaran zakat fitrah online . Lembaga Zakat Selangor mempunyai kemudahan ini. Negeri-negeri lain korang cek dahulu ye . Ini lebih mudah kerana berada di hujung jari kita. Ibarat macam korang back up dahulu dengan online ni sebelum korang terlanjur terlupa sehingga akhirnya menjelang Syawal Baru teringat tidak berbayar lagi zakat fitrah. Maklum la kita ni biasanya "Nanti dulu la, banyak masa lagi". "Ala ramai la orang beratur , nanti-Nanti la bayar". Akhirnya mimpi atau perasaan jer dah bayar . Hakikatnya belum bayar lagi.
Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u
1. Login id M2u anda
2. Pilih bahagian ‘Bill Payment’
3. Klik ‘Make a one-off payment’
4. Ambil bahagian All Payee 'Category’
pilih ‘Zakat & Charity’
5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki. (Contoh Lembaga Zakat Selangor )
6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar
Akad Zakat Fitrah
"Inilah wang yang menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diriku/tanggunganku sebanyak RM...... pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"
Rujuk pada jumlah bayaran
yang ditetapkan setiap negeri
Selesai
Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan.
Alhamdulillah hubby TB dah selesai bayar zakat kami bertiga pada minggu pertama Ramadhan lagi.. Risau terlupa tu yang dia buat awal2.. kadar untuk setiap seorang rm7..
Allâhummaj’alnî fîhi muhibban li awliyâika wa mu’âdiyan lia’dâika mustanan bisunnati khâtami anbiyâika yâ ‘âsima qulûbinnabiyyîn
Artinya :
”Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini lebih mencintai para wali-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah Nabi penutup-Mu. Wahai yang menjaga hati para nabi”.
Allâhumma innî asaluka fîhi mâ yurdhîka wa a’ûdzu bika mimmâ yu’dzîka wa asalukat taufîqa fîhi lian utî’aka wa lâ a’shîka yâ ajwadas sâilîn
Artinya :
”Ya Allah aku memohon pada-Mu di bulan yang suci ini dengan segala sesuatu yang medatangkan keridhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta”