Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

02 Oktober 2013

GARA-GARA AYAM MASAK MERAH, 3 MAUT ..

klik untuk tumbesaran

GARA-GARA AYAM MASAK MERAH, 3 MAUT 

59 mangsa termasuk tiga kritikal dirawat di Hospital Yan dan HSAH. Ni berita hari Ahad ritu, teman baru terbaca tadi.. terkejut jugak baca berita ni.. takut pulak nak makan kenduri.. JOM BACA
ALOR SETAR, 30 SEPT – Tiga orang dipercayai keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Merbok, Sabtu lepas meninggal dunia pada Isnin.Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari; Mohammad Norraahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia 15 minit selepas itu.

Seorang lagi dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Sungai Petani kira-kira pukul 6.30 petang Isnin.
Nurshazana yang baru tamat latihan amali disahkan meninggal dunia di HSAH manakala Mohammad Norraahmad di Hospital Yan.

Pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar memberitahu wartawan yang menunggu di hospital itu, jenazah Nurshazana dan Mohammad Norraahmad dihantar ke HSB petang ini untuk bedah siasat.
Menurut Hairul Azahar Harun, 33, Nurshazana yang merupakan sepupunya mengadu sakit perut selepas pulang makan kenduri di rumah sepupu mereka di Tanjung Dawai tiga hari lepas.

Beliau yang ditemui di HSB berkata ibu tiri Nurshazana serta dua adiknya, lelaki berumur 8 tahun dan perempuan berumur 10 tahun juga keracunan tetapi tidak serius.

“Nurshazana ditemui anggota keluarganya tertiarap dalam bilik tidurnya pagi ini lalu terus dibawa ke HSAH untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia di hospital itu,” katanya.
Hairul Azahar berkata Nurshazana anak ketiga dari tujuh beradik berada dua hari lebih awal di rumah sepupu mereka sebelum kenduri berlangsung. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyak malam tadi.

Ibu Mohammad Norrahmad, Norma Khalid, 45, yang ditemui di HSB berkata anak bongsu dari lima beradik itu mengikuti suaminya, Yusof Arifin, 50 ke majlis kenduri tersebut Sabtu lepas.

“Mereka makan ayam masak merah di rumah kenduri.
” Malamnya mereka mengadu sakit perut. Apabila keadaan anak saya semakin teruk hari ini, kami bawa dia ke Hospital Yan. Dia tidak sedarkan diri sebaik tiba dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari ini,” kata Norma.

Beliau berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Singkir, pada Selasa. Sementara itu Bernama difahamkan keluarga Allahyarham Ibrahim membawa balik jenazahnya ke Besut petang ini untuk dikebumikan. 

hemm..  Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang maut dalam kes keracunan makanan di majlis kenduri kahwin sabtu lalu. Al-fatihah.


Sumber :bernama

CARA NAK ELAK EMAIL PENUH DENGAN NOTIFICATION DARI BLOG

CARA NAK ELAK EMAIL PENUH DENGAN NOTIFICATION DARI BLOG

thanx buat blogger Azman Ismail iaitu tuan punya blog http://www.azmanisma.com/ kerana sudi luang masa settle kan masalah teman.. Apa masalahnya? he2.. masalah email teman yang sarat merendat dengan notification macam2 yang datang dari comment2 blog n G+ .. bila inbox dah cecah 50k agak runsing lak nengok banyak2 notification tu.. sampaikan nak cari email2 penting pun payah.. makanya terpaksa cari jalaun ntuk stop kan notification tu semua.. tapi x reti lea pulok.. last2 post kat FB mintak rakan2 FB yang tahu tolong ajor kan.. heee.. maka berduyun2 lah insan baik hati komen n try bagi solution..KLIK SINI thanx yea kepada blogger2 tersebut yang baik hati bagi cara2 n solution untuk di cuba.. teman hargai sangat masa2 yang korang luangkan untuk bantu teman.. =) .. haaa.. lastly dapat gak solution dari blogger Azman Ismail ... bagi kawan2 yang hadapi masalah yang sama, jom tengok..
Mula-mula gi kat Design, klik settings, then klik Mobile and Email
pastu nampak tak anak panah kaler merah kat atas ni? kalau ada tertulis situ email address korang, korang delete email korang tu.. bio kosong.. 
Ha.. macam kat gambar atas ni.. dah kosong kan? selesai satu masalah.. 

Opsss... tapi jangan lupa tekan SAVE SETTING lak yea..  pastu try buka email, tengok ada tak notification baru? heeee.. xde kan? haa.. sekarang bole lea nak kasi cuci email yang penuh tu.. heee..

01 Oktober 2013

HEHEHE.. BEST KENA MARAH...

Heee.. selamat petang semua.. saja update entri petang2 sikit.. bagi kome baca citer antu teman semalam.. heee.. takot takkk?? pastu teman dah tak larat nak nengok gambo antu yang teman tepek kat entri HANTU tu.. teman pun publish lea entri yang ni pulok.. ingat nak publish pagi tadi.. tapi penyakit M tiba2 hinggap kat badan.. tapi x ngapelah yea.. asalkan entri ber hupdate sudah.. kan! kali ni nak citer apa lak eh.. 

hihihi.. xde idea lea nak citer apa, tapi pagi tadi ada lea insiden kena marah.. hihihi.. citernya begini.. tiap2 hari bila hubby teman nak gi koje, macam biasa lea salam n cium tangan hubby.. pastu hubby pun cium pipi kanan,kiri n dahi teman (macam husband n wife lain buat lea kan) dan lagi satu kebiasaan yang teman selalu buat ialah melambai tangan kat hubby bila time hubby nak kuo kat pintu guard tu.. tapi pagi tadi hubby x muncul2 kat pintu guard tu.. teman lak x pasan lansung kelibat hubby teman lalu.. last2 teman mesej tanya kat mana? motor x leh start ke? dia x jawab... teman pun call henfon dia.. then dia jawab.. kat atas motor ni.. kat jalan.. tadi tak tengok ke? pastu teman takot kena marah.. teman terus cakap.. x pasan, ok babaii.. terus cancel call.. hik3.. takottttt.. Kawan tu dah lea lambat masuk koje hari ni.. teman lak leh calling2 dia lak.. kikiki.. punya lea takot dia marah kita, laju jea letak.. hihihi.. jangan marah miaw.. 

Ekceli lea kann.. tiap2 pagi masa nak gi koje memang teman MESTI nak lambai kat hubby teman, dan teman MESTI nak pandang kelibat hubby teman sampai hilang dari pandangan.. tau pasal apa.. sebab setiap kali teman pandang hubby teman sampai hilang kelibat dia, teman berdoa agar Allah pelihara keselamatan hubby teman, pergi dan balik koje, dan kemana saja dia pergi, dimana saja dia berada.. moga Allah pelihara keselamatannya.. teman tahu Allah dengar doa teman tu.. maka tiap2 harilah teman berdiri kat balconi sambil lambai tangan kat hubby.. heee.. yang terharunya hubby kalau marah camne pun dia still lambai kat teman sebab dia xnk teman susah hati.. dia tahu teman memang xleh tengok dia x lambai teman.. huk3.. ngada2 kan! sila muntah hokeh! saja je nak citer kes pagi tadi.. x best pun kan! wekkkk..

opss.. lupa lak.. lepas sampai ofis, hubby teman pun sms teman..dia text "dia yang tengok teman lain tadi.." pastu teman gelakkk.. hihihihi.. x perasan lea cyg oitt.. x tahu apa benda yang teman nengok sampai x pasan hubby teman lalu depan balconi tadi.. hik3.. aishhh.. berangan kuat!

30 September 2013

SERAM! TERDENGAR DENGKURAN MENDENGUS DISEBELAH..

Pusing kiri tak lena, pusing kanan pun tak lena, terlentang lagi lea tak lena, aishhh.. bila lea nak tido ni.. mata rasa ngantok.. tapi bila dipejam2 masih tak leh nak lena.. apakehe' nyaa??

en. suami miaw2 udah lena diulit mimpi lama dah.. siap berdengkur dengan kuat lak tuu.. teman jugak yang tak tido2 lagi.. mata still bolat aje macam dah kena tahan dengan kayu mancis.. adehh.. 

Pusing punya pusing punya pusing badan.. akhirnya teman terlena jugok.. tak lama selepas tu hubby teman pun bangun dari tempat tido.. teman tanya nak ke mana? dia kata nak ke toilet.. perut dah meragam.. (nak cerry berry la tuu sebab siang tadi makan keli sambal.. pedassss!!).. terkulat2 hubby teman turun dari katil sambil pegang perut.. syian dia yeaa..!
Sambil dia bangun dan turun dari katil.. tak lama pastu teman terasa kePELIKan disitu.. teman pelik nape ada bunyi orang berdengkur lak sebelah teman? sedangkan hubby teman ada jea berdiri sebelah katil teman, sedang capai tuala yang tergantung kat belakang pintu bilik tido kami tu..??

then.. jantung teman tiba2 lajuu.. lajuu sangat2! dengan suara yang kuat teman cakap kat hubby teman yang baru nak melangkah keluar bilik, teman jerit " abg, siapa yang berdengkur sebelah org ni bang?? sape abg?? abggg.. takottttt.. sape ni abggg?? sambil jari menunjuk ke arah objek sebelah teman (dengan mata tertutup.. tak mau tengokk.. !! takottt..) kalo tengok kang jadi macam gambo kat bawah ni..

arghhh tidakkkk.. teman lebih rela totop mata!!! ni tepek gambo kat bawah ni pun dah rasa seram sejuk tau tak!! penakot tahap apa dah nih! huk2..
Dengkuran makin lama makin kuat, siap mendengus lagi tu.. teman dah peluk bantal erat2.. nak bangun tapi tak lepas.. badan seperti kaku.. terasa nafas objek sebelah teman makin kuat..

Argghhh teman  menjeritt.. Pastu teman pun terjaga dari tido, syukur.. semua tu hanya mimpi.. ingatkan betul2 tadi..  tercungap2 jugaklah teman masa tu menahan ketakutan wlupun cuma dalam mimpi.. mujur tak ganggu hubby teman tido, kalau tak nanti kesian dia plak susah nak tido (jenis yang kalau dah terjaga susah nak tido lik)

hemmm.. selepas terjaga tu teman blur2 sekejap.. pening.. n penat.. teman baring lik n cuba lelap mata.. esok pagi teman citer kat hubby pasal mimpi teman ni.. hubby teman gelakkan teman.. OOOO... gelak yeaaa.. xpe.. nanti turn dia siap laaa.. 
Tu laaaa.. Masa tido suka fikir bukan2.. patutnya jangan fikir apa2 dh.. tido je!

ni kalau teman dok ipoh lagi laa.. teman akan buat camni.. yang jadi mangsa my kakak & my mum lah! ha2.. dipaksa tido dekat ruang tamu sama2 dengan teman sebab teman takot nak tido dalam bilik.. hik3.. 

hemm.. korang tau ke nape teman leh ngigau n mimpi seram camtu? hemm.. semua gara2 hubby teman pasang citer HANTU hari tu lea.. teman yang penakot ni terus ter mimpi2 lea dibuatnya.. apa nak dikata kannn... hubby teman cakap "eleh, bukan dia tengok pun, baru pasang 5 minit dah tido"..

ha a.. memang benar ituu.. teman memang tido pun sebab ngantok sangat kan..

tapi malang jugak nasib teman, bila terdengar sound effect yang kuat teman terjaga n terpandang objek2 HANTU tu.. then pastu bermulalah mimpi ngeri sebab dah terpandang HANTU tu.. aishhh...  

huk2.. sape yang lum baca kisah sebelum ni, leh baca sini--> GARA-GARA HUBBY TENGOK THE CONJURING!!

29 September 2013

BLOG MASIH BERAT MACAM GAJAH!

Related Post BLOG BERAT MACAM GAJAH
ehemmm.. apo dibuek hari2 minggu ni wahai sahabat2 semua?? he2.. teman xde buat ape pun.. nak kuo berjalan pun hubby koje lea plak.. OT sebab isnin ni ada meeting beso.. dia n rakan2 taulannya terpaksa lea gigih menyiapkan koje bagi memastikan semuanya berjalan lancar.. huhu.. 

Yang teman ni lak, buat lea apa yang patut kat umah ni.. sambil2 tu tinjau2 blog Tengkubutang.blogspot.com ni.. kot2 ada apa2 yang nak dibuat disini.. pastu baru teringat dari sehari ke sehari teman nak timbang blog teman ni, tapi asyik terlupa jea.. hari tu blog teman berat gilerr.. atas nasihat kawan2, teman pun buanglea apa yang patut kat blog ni..

Benda2 yang x patut tu teman maksudkan ialah Bunga2 berguguran dan Lagu background yang Blogger Mieza Jha suka tu.. huk3.. sedey tau!! Lepas dah buang bunga2 berguguran n lagu background  Be Mine Forever (lagu ksygn teman) hari tu, lupa pulak nak timbang n check dah lost weight ke lum blog ni.. hu2.. 

Then tadi teman terus lea timbang, tengok2.. dia kuo yang kat atas ni.. huk3.. masih atas 100 tuuu.. ingatkan dah kurang.. sebab ramai yang cakap kalau nak blog ringan seeloknya 100 ke bawah.. hemm.. abes tu teman nak wat lagu mana lagi ni?? apa lagi teman nak kena buang ni?? cer kome citer?? 

SILA KOMEN DI BAWAH yea.. nak tau apa pendapat korang lak.. 

OPSS.. JAP.. NAK TIMBANG BLOG KORANG TAK?
KLIK--> SINI

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers