Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

03 Oktober 2013

APA ITU PSORIASIS?

Kenali apa itu psoriasis
Hai.. Salam petang buat semua, tadi masa nak godeh2 FB, teman ternampak satu info tentang Psoriasis .. Rasa tergerak hati lak nak simpan dalam entri teman ni.. bukan untuk siapa tapi untuk diri teman sendiri.. 2 tahun lepas teman pernah jugak hadapi simpstom2 macam dalam artikel ni, tapi x seteruk mereka.. dan apa yang pasti teman sendiri confiuse yang teman ni sakit kulit ke apa.. bila jumpa doktor, doktor kata Psiorisis, dan bila jumpa doktor lain lak dia kata Ekzema.. teman pun xtau mana satu.. malas nak fikir sebab gejala kulit kering tu x berlaku selalu dan kini dah hilang sedikit demi sedikit.. maybe start makan vit C kot.. 
wallahualam.. apa2 pun teman nak jugak buat entri ni just untuk korang Kenali apa itu psoriasis. Supaya korang dapat menilai dan tahu punca2 serta cara untuk elakkan.. entri ini juga teman buatkan untuk seorang blogger ( x ingat nama blog dia) yang juga menghadapi masalah yang sama yang berlaku pada anaknya.. moga blogger tersebut jumpa jalan penyelesaian dan ubat yang sesuai untuk anaknya.. sama2 kita doakan yea.. hemm.. tak mau citer panjang.. jom baca ni.. BACA SAMPAI HABIS YEA.. ILMU nii..
Kenali apa itu psoriasis
Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.
Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).
Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.
Contoh keadaan kulit psoriasis yang jelas dipermukaan kulit
Pesakit yang mengalami Psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:
*Infeksi
*Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
*Kecederaan pada kulit
*Tekanan
*Cuaca
*Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.

Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian
Psoriasis boleh terdapat di mana-mana permukaan kulit
Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.
Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.
Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan Psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.
Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap Psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi Psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.
Rawatan dan Sokongan
Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan Psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda Psoriasis.
Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.
Persatuan Dermatologi Malaysia baru-baru ini melancarkan KULIT – Kempen PDM 2007 Hidup bersama Psoriasis bagi memberi penerangan dan informasi tentang penyakit ini kepada orang ramai.
KULIT membawa makna yang lebih mendalam iaitu:
K - knowledge ataupun pengetahuan yang amat penting tentang penyakit ini
U - singkatan you atau anda yang mengalami psoriasis
L - living atau hidup dengan penyakit ini dan menghadapi cabaran seharian
I - Interaction atau interaksi dengan orang lain 
T - treatment atau rawatan adalah perlu.

Pesakit-pesakit psoriasis juga boleh mendapat bantuan sokongan daripada Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hubungi Eugene Cross di 03 - 8948 4335 untuk keterangan lanjut.
Rujukan:  

Segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

Segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013
Haiiii.. tengah watpe tu?? korang dah lunch ke? teman dah lunch tadi.. makan roti jea sebab masih kekenyangan dimana semalam teman dah makan nasi goreng satu kuali kann..
 hak3.. logik ke tidaaaakkk?Sekarang teman xde buat apa, so, nak ngajak kome join segmen ni.. nak takk?? kalau nak tekan banner atas ni.. owner segmen ni suka bunga ros.. hemm.. nama dia sedap lea.. Ayuinsyirah.. hemm.. kan.. sedap nama dia..  apa2 pun, jom join jomm!

CARA NAK LETAK ICON COMEL PADA URL BLOG

How to Add Your Favicon to Blogger / Cara nak letak icon comel pada URL Blog
Oklah, sebelum teman teruskan mengajak kome baca step2 cara nak buat icon cumey kat URL korang, teman nak citer sikit apa itu Favicon.. oklah.. pada mana2 yang belum tahu, di awal URL blog kita hanya akan ada simbol  B  dengan background oren kan.. cer korang tengok gambo kat atas ni.. nampak tak ada blogger2 yang guna icon lain yg cumey disitu? haaa.. pasti korang pun pernah nampak kan? korang nak tau tak cara2 camne nak buat? sekarang dah x susah, xyah main coding2 dah..senang sangat2.. 

ni pun teman google tadi.. dah buat pun..cumey jea tauu.. malas teman nak translate, korang baca n faham2 sendiri lah yea.. rasanya blogger2 kita paham english kot kan.. mudah je! tapi xpelah, teman letak jugak lea yang bahasa Melayu gak.. teman main hantam jea translate ni, harap faham la yea! hu2! sama2 boleh baca kan.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TUTORIAL IN ENGLISH
To add your favicon to your blog is now a simple three step process.
Step 1: 
Go to your layout 
Step 2: 
Click Edit on the box that show words Favicon. A new window will open.
Step 3: 
In the new window that opened up select your image for your favicon and click save
Upload your image and use it as your favicon.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TUTORIAL IN BAHASA
Cara nak letak icon comel pada URL Blog
Untuk menambah icon cumey ke blog URL korang kini hanya tiga langkah yang mudah.
Langkah 1:
pergi kat Layout/Susun atur
Langkah 2:
Klik Edit pada kotak tertulis Favicon. Akan keluar Satu tetingkap baru (popup)
Langkah 3:
Di tetingkap baru, pilih imej yang korang nak letak kat Favicon tu.. dan klik simpan.
Upload image tu dan dah bolehlah digunakan sebagai favicon korang.. senang tak?? selamat mencuba!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Note : dari sumber yang teman baca.. 
Blogger has improved considerably and those code or instructions are no longer needed.
Nice to see how Blogger has improved adding their own custom favicon to their sites. 
No need to edit code anymore.

Kesan Air putih Selepas Tidur

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. 
Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur.  Oleh itu tiap pagi kita perlu 'paksa diri' untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:
  
Seimbangkan sistem buah pinggang 
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.
  
Kulit lebih berseri 
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri.  Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.
  
Langsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur.  Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.

Tambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi.  Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.
  
Membersihkan usus
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kem

02 Oktober 2013

MAKAN NASI GORENG SATU KUALI

haha.. tajukkk.. dasyat kann.. percaya ke tidakkk? apasal tak percaya lak?? memang teman makan nasi goreng satu kuali pun hari ni.. jangan tak percaya yea.. hu3.. Opssssss.. sape mulut cumey yang cakap teman membela' tu??? ha2.. gurau jerkk.. ekceli teman hari ni terbangun lewat weh.. hubby teman pun gi koje lambat hari ni.. semua gara2 teman tido lewat malam tadi, bukan saja2 tido lewat tapi xleh nak tido pasai hidung ni selsema, asyik melehleh jea air hidung ni.. pastu tengah malam tersumbat plak.. bernafas ikut mulut lea teman malam tadi.. adehh.. cuaca agak panas sekarang ni kan.. teman demam sebab tu kot.. hemm..
Celik2 mata tengok hari dah cerah, terdengar plak sora cina kat pasar tu sebut "satu barang 2 ringgit, 3 barang 5 ringgit.. selalunya kalau dengar jea sora tu maknanya jam dah pukul 8 lebih camtu.. Pastu teman terkejut dan kelam kabut bangun dari katil.. masyaAllah.. udah kul 8.10 minit!!! aduii.. hubby teman pun terlajak tido gak.. sebab malam tadi dia bz dengan koje ofis yang dia bawak lik umah.. Apa lagi.. teman pun gerak my miaw tu soh bangun mandi n siap gi koje.. masuk kul 8.30 patutnya.. ni nak gerak lagi.. nak start motor lagi tempuh jam lagi.. alahai.. kesian dia, kelam kabut dia hari ni.. 
Teman lak dah kalut xtau nak buat apa, nak masak takut x sempat dah.. (memang x sempat pun!) goreng telur sebiji sempat lea kot.. huk2..(telor nak buat apeee??) ekceli plan malam tadi sebelum tido memang nak buatkan hubby nasi goreng pagi ni.. buat bekal makan kat ofis.. tapi udah terlajak ni kesian hari ni x bawak bekal apa2 pun dia.. nak wat cne.. kalau masak pun x sempat kan.. nak potong2 lagi, nak macam2 lagi..
Last2.. nasi yang satu periuk tu teman buat nasi goreng gak sebab risau lak basi kalau bio sampai petang kang, malam tadi teman tenggek nasi tu.. opss..(tenggek tu maksudnya masak nasi okeh!) mak teman suka sebut tenggek.. ha3.. xtau nape.. teman pun terikut gak.. hemm.. lepas dah masak nasi goreng yang SATU KUALI tuuu.. teman dengan gigih menghabiskannya.. dah rupa PANDA kat atas ni teman makan tadi tauu.. sib baik teman suka nasi goreng..nasi goreng kali ni teman buat kering n x berminyak lansung.. teringat kat emak n abah kat kg yg suka nasi goreng teman stail kering ni.. bila makan teringat kat diorang.. kalau kat KL ni teman selalu masak nasi goreng yang ala2 basah sikit.. hubby teman suka stail tu.. selera dia kat situ lak.. heee.. lain org lain citarasa kan!
Burppppp.. Opsss.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah.. sib baik larat abeskan semua nasik.. x mo membazir, Allah marah.. nanti menangis nasi tu..Pulak tu beras makin mahal sekarang, beras siam lak tu.. (opssssss.. ) 
Hihihi.. dah makan Nasi Goreng Satu Kuali terasa kekenyangan melampau lea pulok.. 
(maunya x kenyang?? satu kuali kottt..) hihihi.. nape bantal tu macam menari2 jea panggil teman yea? korang tau x nape? cer citer... cer citer... cer citer.. cer citer.. cer citer.. cer citer.. Kroh.. Kroh.. Kroh.. Zzzzzz

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers