Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

29 September 2014

FREE SAMPLE GIVEAWAY/FREEBIES FROM DENTAL PRO

Hee.. hari tu ada isi form untuk request sample ni.. haa.. baru Jumaat lepas terima nya.. heee.. ada dua berus gigi.. Yang Hijau ni untuk hubby teman, saja request untuk hubby sekali (guna nama hubby la kann..).. saja kasi dia try gak, takkan nak share dengan teman lak kan? ada ke laki bini share berus gigi.. opssss.. euww.. menda lain boleh kot.. tapi berus gigi.. idak le yea? ini soal hygene kot.. heee.. So, disebabkan teman nak try berus gigi ni, teman pun terfikir nak bagi hubby pun try gak, kalau ok lain kali kami leh beli berus gigi ni.. dah try guna pun.. rasa macam OK.. lembut aje berus gigi ni.. 
Yang kaler biru ni teman punyo.. heee.. kalau ada oren.. memang pilih oren punnn.. 
macam ni berus dia.. ada berus kecik2 kat hujung berus ni.. nampak tak? 
 kaler lain yang ada.. pink gelap dan pink lembut
 step2 guna berus gigi.. comel je kad ni..
ni saja tayang.. baca sendiri 
haaa.. buat korang yang rasa nak try sampel macam ni, bolehlah layari Facebook Dental Pro ni.. ataupun.. nanti pm teman kat Tengkubutang Miaw.. teman akan bagi link Freebies dan sample Giveaway tu nanti yea.. heee.. K byee.. bz nihhh

Nak sampel Giveaway / FREEbies banyak macam teman tak??
Nah ambil link ni.. try tengok apa lagi new FREEbies yang diorang nak kasi..
kena rajin2 tengok update kat SINI dan SINI  tauuu

23 September 2014

Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??

Baca entri Review teman tentang Pixy disini-->PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion |
Ni entri yang last untuk hari ni.. Saja nak share dengan korang semua yang agak-agak tengah hampir2 kehabisan krim muka dan terfikir2 nak try produk lain ke, meh leh try Pixy ni.. teman yakin.. pasti korang suka punya.. puas hati tau produk Pixy ni.. apa-apa pun kalau korang takut nak beli dan pakai produk ni terus, apa kata korang try dulu sample yang Pixy bagi ni.. 

Tapi untuk dapatkan sample percuma tu korang kena isi form dulu, kalau tak camne Pixy nak anto sample tu ke korang, ye dakk?? heee.. lepas dah isi form semua baru Pixy akan post sample tu ke alamat yang korang bagi tu, dan lepas tu bolehlah korang guna PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion dan Pixy Radiant Finish tu kan..

Sebelum tu kita tengok dulu video cara penggunaannya yea 
Klik--->http://www.youtube.com/watch?v=VWdt_6kh3Do  
dan  

Gambo2 extract from Google
Untuk mendapatkan Sample Percuma korang perlu mengisi borang dibawah ni terlebih dahulu:

KLIK ---> Free Sample 

JANGAN LUPA!!! Bahagian kawan rujukan korang letak nama Tengkubutang Miaw yea.. nanti lagi senang lagi nak dapatnya.. ececece.. heeee.. 

Tarikh tamat adalah 30 September 2014

3 Pesakit dan Ceritanya...

Petang-petang ni saja check entri dalam draft yang bertimbun tu, sekali terjumpa entri yang tertangguh.. entri yang sepatutnya sambungan dari kes teman kena warded kat Hospital Ipoh pada hari raya ke-4 hari tu.. kalau nak citer panjang penat pulak nak menaip.. so..korang bacalah di entri yang ni ye.. Apa Citer Ni? | Pengalaman Masuk Wad 6 Hari | Penyakit Tak Dapat Dikesan

Dalam 6 hari teman dok kat wad tu, pesakit-pesakit bersilih ganti.. teman aje yang tak berubah tempat, masih disitu.. hu3.. tapi bukan teman aje yang tak keluar2 dari situ, ada sorang auntie lagi, dah nak dekat 3 minggu dia dalam wad tu.. masalah darah rasanya.. lupa nak tanya sebab masa tu tengah tension sebab lambat sangat Scan dan ultrasound nya.. (teman terpaksa berpuasa tersangat lama dan sampai naik gastrik jadinya, last2 doktor kata tak jadi ultrasound.. mana tak tension kann..). 

Tapi tak lama selepas tu teman cuba cool kan diri.. taknak stress2.. semakin redha duduk wad.. tahu kenapa? hemm.. nanti teman citer kenapa.. 

Pesakit Pertama : Leukimia
Korang tau, katil depan teman paling banyak bertukar pesakit, Masa mula2 teman masuk wad tu, pesakit depan teman tu auntie berbangsa cina, teman tanya apa sakit dia.. dia kata dia Leukimia.. teman dengar macam terkejut sangat2.. sebab dia tak nampak pun macam sakit.. dia sihat aje teman tengok.. aktif ajer bergerak ke sana kemari.. makan pun selera, sembang pun rancak.. tak macam sakit lah.. 

Tapi yang teman perasan rambut dia takde.. dah botak.. teman sangkakan sengaja dia botakkan.. rupa2nya auntie tu kata, kesan kimoterapi buat rambut dia gugur dan jadi botak terus.. teman tak sembang panjang pun dengan auntie tu sebab ada nurse datang kat dia dan bagitahu dia dah boleh keluar, rupanya dah seminggu auntie tu kat situ.. 

Masa nurse bagi tahu tu, auntie excited giler nak keluar wad, walaupun masa tu dah jam 12.00 malam kot.. hihihihi.. tak lalu dah dok spital la tuu.. sape yang nak dok spital lama2 kann.. last2 disebabkan tiada siapa nak ambil dia lewat malam camtu, auntie tu pun buat keputusan keluar wad pagi esoknya.. suka dan happy dia masa tu.. 

Pesakit Kedua : Suspect Apendiks tetapi bila Check ada angin pasang sekali (hernia)
Tak lama selepas tu, katil tu pun kosong... petang sikit datang pula pesakit baru.. Pesakit ni orang Melayu kita, ada jugak sembang dengan menantu makcik ni, saja tanya apa sakitnya.. sebab teman nampak tanagn makcik tu pegang tang pinggang belah kanan macam teman plak teman tengok.. tentu sakit macam teman kot.. pada fikiran teman confirm Apendiks tu.. 

bila doktor datang doktor tu kata nak scan dulu lepas tu boleh buat operate malam nanti.. aish.. masa tu teman pelik aje.. baru je masuk dah boleh scan, cepatnya.. teman ni tunggu nak scan pun sikit punya lama.. rupa2nya... anak makcik tu kakitangan hospital.. patutlah.. Ok.. No komen lah kan..

Selesai je operate malam tu, doktor bagitahu kat anak makcik ni yang doktor dah buang apendiks yang buat makcik tu selalu sakit tang belah kanan perut.. tetapi ada satu lagi yang doktor kenalpasti semasa pembedahan tu ialah angin pasang/hernia.. doktor kata terkejut bila dapati ada angin pasang jugak, kerana selalunya angin pasang berlaku kepada lelaki, hanya 1 dalam 100 sahaja wanita hadapi angin pasang ini.. memang doktor kata itu satu luarbiasa.. Tapi doktor kata jangan risau, semuanya dah Ok.. 

Maka esoknya, pagi2 lagi makcik tu dah dibenarkan keluar wad.. huwarghhh.. jelesnya teman nengok masa tu.. 

Pesakit Ketiga : Eksiden elak Anjing di Bulatan Taman Dr Seenivasagam
Lepas tu, katil tu kosong selama sehari.. esoknya masuk lagi sorang pesakit.. Makcik yang masuk wad kali ni teman tengok sedih sangat2.. luka sana sini, tang mulut (bawah hidung) pun luka jugak, kesian sangat2.. teman tanya kat anak makcik tu, apa yang jadi sebenarnya.. anaknya kata maknya eksiden, nak mengelak anjing kat Bulatan Seenivasagam tu (Tmn Dr), tu yang teruk tu.. 

Allahuakbar, tak lalu nak tengok makcik tu baring macam sakit sangat, nak bangun pun sakit, nak bergerak sikit pun sakit.. teman nampak anaknya sampai menangis tengok maknya.. 

Tapi apa yang teman nampak, makcik tu seorang yang kuat semangat.. alat untuk menguji pernafasan yang diberi oleh doktor tadi,dicubanya berkali-kali walaupun kelihatan macam terseksa je nak tarik/hembus nafas tu teman tengok. dari situ respect sangat kat makcik tu.. mungkin makcik tu seorang yang tahan lasak orangnya.. kuat semangat dan tabah.. bertuah anak-anak dia, makcik tu pun bertuah dapat anak-anak yang sudi jaga dia di wad tu.. 

haa.. dari situlah teman start cool dan redha duduk hospital, redha tunggu arahan doktor walaupun lambat giler tunggu turn... semua sebab terlihat ketabahan makcik tu, dalam hati berkata, "makcik tu yang sakit lebih teruk dari aku tapi dia diam aje, tak mengaduh ke apa.. dia tabah je, takde nak menangis macam aku ni.." adeh.. apalah teman ni kan.. apa2 pun.. sepanjang berada di Hospital memang macam2 pengalaman teman rasa.. 

Lirik Lagu Sembunyi Rahsia - Asmidar


Lirik Lagu Sembunyi Rahsia - Asmidar |
Pernahkan kau terfikir
Rindu ini hadir menghangatku
Hadir bicara cinta
Yang menyapa di lubuk hatiku

Dan kau tersenyum, mengerti
Menyahut hatiku yang menanti
Kenangan dulu, mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku, mimpi indah pasti bersatu
ohhhooo...

Pernahkan kau terfikir
Rindu ini hadir menghangatku
Dan kau tersenyum, mengerti
Menyahut hatiku yang menanti

*
Kenangan dulu, mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku, mimpi indah pasti bersatu

**
Di balik kata sembunyi rahsia
Tak ku jangka dirimu yang bertakhta

ulang *

Sering percaya
Betapa rasa indah yang tercipta
Mengajar diriku
Erti sebenar bahagia

ulang **

youtube - http://youtu.be/sZqHkGnYlZY

LINDA RAFAR -- MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA

Linda kongsi pengalaman pahit |

Bukan niat mengambil untung daripada kisah sedih kehilangan anak, sebaliknya pelakon Linda Rafar hanya mahu berkongsi cerita  dan meluah rasa terhadap Allahyarham anaknya, dalam buku Menunggumu Di Pintu Syurga.
Sebelum ini banyak yang bertanya tentang perasaannya dan dia tidak dapat meluahkan dengan kata-kata. Linda harap buku tulisannya itu akan dapat memberi panduan kepada sesiapa yang melalui detik sukar yang sama.
Buku tersebut dilancarkan di Nu Sentral, Kuala Lumpur semalam (22/9/2014). Linda kelihatan sebak sehingga mengalirkan air mata semasa bercakap pasal anak keduanya, Memen (Rezaimen Kefli) yang Meninggal Dunia pada 5 Julai lalu kerana ketumbuhan dalam perut.
“Selepas Memen meninggal dunia, satu persatu kebaikannya diceritakan oleh orang yang mengenalinya. Saya sendiri terkejut mendengar cerita pasal kebaikannya,” kata Linda.
Pengalaman sepanjang menjaga anaknya terlantar sakit dan ketabahan anaknya sendiri yang dia mahu sebarkan kepada orang ramai dengan harapan boleh dijadikan iktibar dan inspirasi.
“Kekuatan saya juga timbul bila melihat ketabahan Memen menanggung kesakitan. Saya harap ketabahannya itu akan jadi inspirasi,” sambung Linda.
Linda Rafar, Redha dengan apa yang telah Allah aturkan.. 

Note : serius, teman terasa nak baca Buku ni, teman rasa nak tahu macam mana begitu tabah dan cekalnya anak Linda Rafar melawat sakitnya itu.. Semoga arwah anak Linda berada tenang di sana.. Aamiinnn.. Buat Linda Rafar, tabahkan hati yea.. Allah memang sayangkan Memen, sebab tu DIA ambil Memen dulu sebelum kita.. Redha kan pemergian Memen.. Semoga abadi di Syurga.. 

Sumber : Mangga Online

Lirik Lagu Maafkan Aku - Asfan

Lirik Lagu Maafkan Aku - Asfan 

[Ost Rindu Awak 200%]



Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini

Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku

Tidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan semua dan kembalilah

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini

Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers