Nuff

23 September 2014

LINDA RAFAR -- MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA

Linda kongsi pengalaman pahit |

Bukan niat mengambil untung daripada kisah sedih kehilangan anak, sebaliknya pelakon Linda Rafar hanya mahu berkongsi cerita  dan meluah rasa terhadap Allahyarham anaknya, dalam buku Menunggumu Di Pintu Syurga.
Sebelum ini banyak yang bertanya tentang perasaannya dan dia tidak dapat meluahkan dengan kata-kata. Linda harap buku tulisannya itu akan dapat memberi panduan kepada sesiapa yang melalui detik sukar yang sama.
Buku tersebut dilancarkan di Nu Sentral, Kuala Lumpur semalam (22/9/2014). Linda kelihatan sebak sehingga mengalirkan air mata semasa bercakap pasal anak keduanya, Memen (Rezaimen Kefli) yang Meninggal Dunia pada 5 Julai lalu kerana ketumbuhan dalam perut.
“Selepas Memen meninggal dunia, satu persatu kebaikannya diceritakan oleh orang yang mengenalinya. Saya sendiri terkejut mendengar cerita pasal kebaikannya,” kata Linda.
Pengalaman sepanjang menjaga anaknya terlantar sakit dan ketabahan anaknya sendiri yang dia mahu sebarkan kepada orang ramai dengan harapan boleh dijadikan iktibar dan inspirasi.
“Kekuatan saya juga timbul bila melihat ketabahan Memen menanggung kesakitan. Saya harap ketabahannya itu akan jadi inspirasi,” sambung Linda.
Linda Rafar, Redha dengan apa yang telah Allah aturkan.. 

Note : serius, teman terasa nak baca Buku ni, teman rasa nak tahu macam mana begitu tabah dan cekalnya anak Linda Rafar melawat sakitnya itu.. Semoga arwah anak Linda berada tenang di sana.. Aamiinnn.. Buat Linda Rafar, tabahkan hati yea.. Allah memang sayangkan Memen, sebab tu DIA ambil Memen dulu sebelum kita.. Redha kan pemergian Memen.. Semoga abadi di Syurga.. 

Sumber : Mangga Online

Related Posts

3 ulasan:

  1. as salam...

    sedih bila bc pasal enty ni..nanti nak bli lah buku ni cuma takut tak kuat nak membacanya...bila seorang ibu bercerita saat2 ketika menjaga anak tu memang tak sanggup nak dgr,bc mahupun melihatnya juga..sebab saya ada pgalaman mak saya yg menjaga arwah abg sy yg sakit..mak memang ada sakit asthma..tapi kuasa Allah dan semangat seorang ibu, sepanjang dia menjaga abg yang sakit tu, Allah kurniakan mak saya kesihatan yang baik...

    Selepas abg neninggal baru mak tersedar yang dia dah lama tak kena asthma...mungkin sebab kasih seorang ibu,semangat seorang ibu yg membuatkn mak saya jadi seorang yg kuat semangt..
    Semoga awrah tenang di sana...Al-Fatihah..

    Jom singgah blog saya..dan salam perkenalan :-)

    BalasPadam
  2. Moga setiap kesabaran itu Allah balasnya dengan ganjaran pahala yang melimpah ruah..amin..

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New