Nuff

23 September 2014

3 Pesakit dan Ceritanya...

Petang-petang ni saja check entri dalam draft yang bertimbun tu, sekali terjumpa entri yang tertangguh.. entri yang sepatutnya sambungan dari kes teman kena warded kat Hospital Ipoh pada hari raya ke-4 hari tu.. kalau nak citer panjang penat pulak nak menaip.. so..korang bacalah di entri yang ni ye.. Apa Citer Ni? | Pengalaman Masuk Wad 6 Hari | Penyakit Tak Dapat Dikesan

Dalam 6 hari teman dok kat wad tu, pesakit-pesakit bersilih ganti.. teman aje yang tak berubah tempat, masih disitu.. hu3.. tapi bukan teman aje yang tak keluar2 dari situ, ada sorang auntie lagi, dah nak dekat 3 minggu dia dalam wad tu.. masalah darah rasanya.. lupa nak tanya sebab masa tu tengah tension sebab lambat sangat Scan dan ultrasound nya.. (teman terpaksa berpuasa tersangat lama dan sampai naik gastrik jadinya, last2 doktor kata tak jadi ultrasound.. mana tak tension kann..). 

Tapi tak lama selepas tu teman cuba cool kan diri.. taknak stress2.. semakin redha duduk wad.. tahu kenapa? hemm.. nanti teman citer kenapa.. 

Pesakit Pertama : Leukimia
Korang tau, katil depan teman paling banyak bertukar pesakit, Masa mula2 teman masuk wad tu, pesakit depan teman tu auntie berbangsa cina, teman tanya apa sakit dia.. dia kata dia Leukimia.. teman dengar macam terkejut sangat2.. sebab dia tak nampak pun macam sakit.. dia sihat aje teman tengok.. aktif ajer bergerak ke sana kemari.. makan pun selera, sembang pun rancak.. tak macam sakit lah.. 

Tapi yang teman perasan rambut dia takde.. dah botak.. teman sangkakan sengaja dia botakkan.. rupa2nya auntie tu kata, kesan kimoterapi buat rambut dia gugur dan jadi botak terus.. teman tak sembang panjang pun dengan auntie tu sebab ada nurse datang kat dia dan bagitahu dia dah boleh keluar, rupanya dah seminggu auntie tu kat situ.. 

Masa nurse bagi tahu tu, auntie excited giler nak keluar wad, walaupun masa tu dah jam 12.00 malam kot.. hihihihi.. tak lalu dah dok spital la tuu.. sape yang nak dok spital lama2 kann.. last2 disebabkan tiada siapa nak ambil dia lewat malam camtu, auntie tu pun buat keputusan keluar wad pagi esoknya.. suka dan happy dia masa tu.. 

Pesakit Kedua : Suspect Apendiks tetapi bila Check ada angin pasang sekali (hernia)
Tak lama selepas tu, katil tu pun kosong... petang sikit datang pula pesakit baru.. Pesakit ni orang Melayu kita, ada jugak sembang dengan menantu makcik ni, saja tanya apa sakitnya.. sebab teman nampak tanagn makcik tu pegang tang pinggang belah kanan macam teman plak teman tengok.. tentu sakit macam teman kot.. pada fikiran teman confirm Apendiks tu.. 

bila doktor datang doktor tu kata nak scan dulu lepas tu boleh buat operate malam nanti.. aish.. masa tu teman pelik aje.. baru je masuk dah boleh scan, cepatnya.. teman ni tunggu nak scan pun sikit punya lama.. rupa2nya... anak makcik tu kakitangan hospital.. patutlah.. Ok.. No komen lah kan..

Selesai je operate malam tu, doktor bagitahu kat anak makcik ni yang doktor dah buang apendiks yang buat makcik tu selalu sakit tang belah kanan perut.. tetapi ada satu lagi yang doktor kenalpasti semasa pembedahan tu ialah angin pasang/hernia.. doktor kata terkejut bila dapati ada angin pasang jugak, kerana selalunya angin pasang berlaku kepada lelaki, hanya 1 dalam 100 sahaja wanita hadapi angin pasang ini.. memang doktor kata itu satu luarbiasa.. Tapi doktor kata jangan risau, semuanya dah Ok.. 

Maka esoknya, pagi2 lagi makcik tu dah dibenarkan keluar wad.. huwarghhh.. jelesnya teman nengok masa tu.. 

Pesakit Ketiga : Eksiden elak Anjing di Bulatan Taman Dr Seenivasagam
Lepas tu, katil tu kosong selama sehari.. esoknya masuk lagi sorang pesakit.. Makcik yang masuk wad kali ni teman tengok sedih sangat2.. luka sana sini, tang mulut (bawah hidung) pun luka jugak, kesian sangat2.. teman tanya kat anak makcik tu, apa yang jadi sebenarnya.. anaknya kata maknya eksiden, nak mengelak anjing kat Bulatan Seenivasagam tu (Tmn Dr), tu yang teruk tu.. 

Allahuakbar, tak lalu nak tengok makcik tu baring macam sakit sangat, nak bangun pun sakit, nak bergerak sikit pun sakit.. teman nampak anaknya sampai menangis tengok maknya.. 

Tapi apa yang teman nampak, makcik tu seorang yang kuat semangat.. alat untuk menguji pernafasan yang diberi oleh doktor tadi,dicubanya berkali-kali walaupun kelihatan macam terseksa je nak tarik/hembus nafas tu teman tengok. dari situ respect sangat kat makcik tu.. mungkin makcik tu seorang yang tahan lasak orangnya.. kuat semangat dan tabah.. bertuah anak-anak dia, makcik tu pun bertuah dapat anak-anak yang sudi jaga dia di wad tu.. 

haa.. dari situlah teman start cool dan redha duduk hospital, redha tunggu arahan doktor walaupun lambat giler tunggu turn... semua sebab terlihat ketabahan makcik tu, dalam hati berkata, "makcik tu yang sakit lebih teruk dari aku tapi dia diam aje, tak mengaduh ke apa.. dia tabah je, takde nak menangis macam aku ni.." adeh.. apalah teman ni kan.. apa2 pun.. sepanjang berada di Hospital memang macam2 pengalaman teman rasa.. 

Related Posts

10 ulasan:

  1. sebenarnya kalau kat dalam wad, macam2 jenis penyakit dan cerita boleh kita jumpa..Alhamdulillah saya setakat nie belum pernah masuk wad untuk tempoh masa yang lama tapi berdasarkan pengalaman menjaga arwah ayah/mak kat hospital tu saya boleh bayangkan apa yg TB lalui..hehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. sampai sekarang masih teringat-ingat lagi pengalaman tu.. huhu..

      Padam
  2. kak mieja paling takut pergi hospital...insaf sangat sebab pelbagai penyakit yg pesakit hadapi....dugaan setiap org tak sama.....semoga kita dikurniakan kesihatan yg baik dan dlm lindungannya, amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. betul tu mieja.. sape yang nak masuk hospital dan duduk dalam wad kan..

      Padam
  3. Sha dari kecik duduk dalam ward, macam2 pesakit jumpa.. duduk bukan sehari dua kat ward... berbulan rasanya dulu... orang sekitar kita la buat kita kuat sebenarnya kan kak butang.... semoga kak butang sihat selalu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tQ Sha.. yea.. tahu.. Sha kuat macam Dayang Deno.. teman respect both of u..

      Padam
  4. kena kuat semangat,mental n emosi.sy pn pernah mgalaminyer.melihat insan tsayang terbaring lemah kt katil.tanpa suara tanpa reaksi menakutkn sy.sebln dkt ward...icu 2 mlm.syukur dpt mgharunginyer berkat motivasi staff hosp,nurse n doktor

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. semua kerana teman ni penakut jarum.. takut dok lama-lama kat hospital taktau mana dah nak dicucuk nya bila semua tempat asyik bengkak aje.. teringat 3 tempat dicucuk untuk masuk air dan antibiotik je.. tak kira lagi yang nurse pelatih tersalah cari urat.. etrghh.. hahahaha.. tu yg nak keluar wad cepat2 tu.. kih3

      Padam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2