Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

18 Mac 2015

Lirik Lagu Mimpi – Aisyah AF2013

Lirik Lagu Mimpi – Aisyah AF2013 |

Ceritakan padaku
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku

Ceritakan semua
Cerita kita cita bersama
Kisah terindah pernah ku rasa
Selama pernah jantungku bernyawa
Berdua hanya kau dan aku

Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini
Biar terus ku lena
Sampai kau tiba

Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini

Ceritakan padaku
Ceritakan padaku selalu
Kisah yang tak mungkin pergi lalu
Selama akan hidupku denganmu
Bersama mengharungi semua

Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini
Oh, biar terus ku lena
Sampai kau tiba

Bawa daku ke angkasa
Memetik bulan bintang
Bawaku terbang bersama
Jangan kau lepaskan
Jangan kau tinggalkan semua

Oh, biar sahaja begini
Oh, biar terus ku lena
Sampai kau tiba

Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini

Andai semuanya mimpi
Bia sahaja ku terus begini
Ku mahu terus kisah cinta kita
Terus sampai hujung masa



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


16 Mac 2015

Happy 8th Birthday to Nuffnang!


Haiii.. Happy Birthday untuk tahun ke 8 buat Nuffnang, Syarikat Blog Pengiklanan terkemuka dan terbesar di Malaysia! Semoga u all terus success dan maju.. dan bolehlah naikkan earning Nuffnang kami yeaa... ehehehehe.. kasi bonus la sikit.. sempena Birhtday Nuffnang kali ni.. Ok.. Ok.. just kidding..

Baiklah.. sebenarnya teman dah kira, teman dah bersama Nuffnang start dari mula berblogging lagi.. iaitu pada Disember 2012 kalau tak silap teman la kan.. itupun selepas sebulan buat blog.. terfikir gak.. kalau buat blog tak letak iklan.. tak best plak.. kalau letak iklan.. leh jugak jana pendapatan walaupun sikit, ada la jugak kan.. tak le buang masa berblogging ni.. 

So, belajar masukkan iklan Nuffnang dekat Blogger mimi pastu step by step masukkan link iklan.. sampailah sekarang.. masih setia lagi dengan Nuffnang.. hehehehe.. dah dua kali cashout dah.. tapi cashout yang kedua ni tengah otw.. cashout pertama dah merasa dah duit Nuffnang.. pasni nak cashout yang ketiga lak.. wahh.. rezeki.. Alhamdulillah.. 

Ok lah.. dah terlanjur wish Happy Birthday kat Nuffnang ni.. teman nak share jugak pasal invitation dari Nuffnang untuk ke Majlis Sambutan 


Wah.. No.8 tu kalau orang cina mesti suka sangat-sangat kan.. sebab ada Ong kata dioarang.. heee.. No.8 tu bermaksud KAYA.. dan semoga Nuffnang semakin berjaya dan semakin berdiri gah di mata dunia.. yeah.. sebut Nuffnang pun orang dah tau kan.. 

Ok lah.. sesiapa Blogger yang berbangsa cina/india/kristian kalau ada masa dan FREE pada 21/3/2015 (Sabtu ni) boleh la datang ke Zouk Club Main Room Kuala Lumpur untuk event sambutan Birthday Nuffnang ke 8 ni ha.. Register pada jam 9am to 10 am, majlis bermula pada jam 10am-2pm.. 
Untuk orang islam.. macam tak sesuai je ke tempat tu.. tadi teman Google.. tempat tu Night Club rupanya.. tak sesuai untuk yang beragama Islam.. so.. entri jemputan ni khas untuk yang beragama lain je ye.. ok tq.. 
Opsss.. udah kosong Tabung Butang ni haaa.. huhuhuhu.. tak sabo nak tunggu cheque sampai.. hari tu ter cashout awal.. SALAH TIME.. terpaksa tunggu 2 bulan.. huwarghhh.. tapi sekarang dah tau bila time yang sesuai Cashout.. tunggu entri teman seterusnya.. heheheheh..



Siapa nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


CONNECT TM WIFI GUNA LOGIN ID UNIFI | TM NET

Ok.. mula-mula, pastikan korang ada akaun TM Net ya! dan WAJIB ada apply Streamyx atau Unifi sudah semestinya ok! Bila register Unifi, secara automatik korang memang akan dapat 1 ID.. haaa.. ID ni boleh digunakan untuk korang connect internet guna TM Wifi (dimana sahaja yang senang dapat liputan la yea.. tak semua tempat hado.. hu2)..

Tapi.. nak connect TM Wifi tu.. korang kena daftar/login dulu.. caranya ialah, gi website TM Net (klik), pastu First screen, login, then register device dengan email address untuk activation..

Lepas register device, so dah boleh guna dah... ini halalan Toyyiban punya tau.. bukan curik line wifi orang okeh.. hehehehe.. 
Haa.. lepas korang login tu.. mula-mula screen akan keluar macam dalam gambo atas tu.. Authentication in Progress... hee.. TM Net tengah baca la tu kot.. 

Kalau nak mudah akan datang setting la auto connected.. senang sikit bila ada je line TM Wifi, akan terus connect je takyah nak login login dah.. tapi teman udah lupa cara nak set auto connect tu.. carilah sendiri ye.. huwahahahah.. 
Haaa.. lepas keluar macam kat atas ni.. Success!! maka bolehlah start melayari internet yeee.. hehehehehe.. harap ia bermanfaat.. 

Klik SINI untuk Daftar/Login dan start guna TM Wifi dengan ID Unifi korang.. diingatkan lagi sekali.. perlu ada akaun Unifi/Streamyx dari TM Net yea.. Pastu ingat ye.. kalau tak keluar screen macam kat bawah ni.. takyah le nak try connect internet ye.. sebab takde liputan le maksudnya tu.. ehehe.. ehehehehe.. 


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



15 Mac 2015

LIRIK LAGU HILANG - ADIRA (OST SUAMIKU ENCIK SOTONG)


LIRIK LAGU HILANG - ADIRA |

Hari ini sunyi sekali
Tidak seperti yang lalu
Bermula diri aku sendiri
Tiada lagi kau di sisi

Hilang semua bayanganmu
Yang tinggal hanya kenangan bersamamu
Aku hilang

Tuhan tolong ampunkan dosanya
Pada hambamu yang lemah
Bekalkan ia keberkatan
Agar dia bahagia

Di sana tempatmu selamanya
Di sini hanya menanti
Itulah kita manusia
Takkan kekal kasih selamanya
Selamanya
Selamanya

Hilang semua bayanganmu
Yang tinggal hanya kenangan bersamamu
Aku hilang

Tuhan tolong ampunkan dosanya
Pada hambamu yang lemah
Bekalkan ia keberkatan
Agar dia bahagia
Di sana tempatmu selamanya
Di sini hanya menanti
Itulah kita manusia
Takkan kekal kasih selamanya
Takkan kekal selamanya
Selamanya



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


14 Mac 2015

BAHAYA UBAT YANG MENGANDUNGI STEROID

Sharing Is Caring.. petang ni teman saja mencari cari artikel berkaitan ubat-ubatan dan krim-krim yang mengandungi Steroid.. kemudian terserempak pulak dengan Blog yang satu ni.. 

Apabila membaca tentang Kesan sampingan ubat yang mengandungi Steroid tu, teman jadi takut.. sedangkan teman dah bertahun-tahun guna ubat sapu (krim) untuk kulit teman yang alergik ni.. (Ekzema atau Psoriasis teman pun tak pasti, sebab doktor pun tak pasti.. ) 

Gambar : Doktor suruh pantang makan benda gatal.. 
Baru-baru ni badan teman ditumbuhi bintik-bintik merah seperti Denggi.. dah gi Klinik buat checkup.. Doktor kata sebab alahan kucen.. hama dan kutu kucen.. tapi pelik nape teman sorang je yang kena.. rupa-rupanya baru teman faham.. maybe sebab teman ni kulit jenis alergik.. so, teman la dapat dulu apa2 penyakit pun... sistem imun dah lemah le katakan.. dah tuooo.. opsss..

Sampai sekarang tak baik lagi ni ha.. dah sapu ber tiub-tiub krim dah.. dah taktau berapa banyak steroid masuk dalam badan.. sedihnya.. baru tau rupanya krim2 tu ada steroid.. patutlah bila sapu cepat LEGA.. apa-apa pun.. moh baca info bawah ni ha.. moga bermanfaat buat semua.. ilmu tu kan..

Bahaya Ubat Yang Mengandungi Steroid
Rampasan ubat atau suplemen berkaitan kesihatan oleh pihak berkuasa bukan perkara baru. Biasanya ia melibatkan ubat tiruan atau yang mengandungi steroid berbahaya termasuk untuk rawatan sendi tulang.


Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, masih ramai pengusaha yang tidak mengambil iktibar demi keuntungan semata-mata. Mereka selalu selalunya berselindung dan mendakwa produk yang dijual mengandungi herba semula jadi untuk melegakan kesakitan.

Terbaru rampasan melibatkan satu jenama produk tempatan yang kononnya dicipta oleh seorang kanak-kanak genius.
Pakar Perunding Rheumatologi, Hospital KPJ Pakar Pulau Pinang, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan steroid dalam ubat rawatan sendi.

Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?
Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).

Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?
Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.

Adakah kanak-kanak juga mendapat kesan daripada pengambilan bahan ini?
Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil ubat mengandungi steroid akan terbantut tumbesaran. Sesetengah penyakit yang menyerang kanak-kanak seperti artritis memaksa kanak-kanak terbabit mengambil steroid untuk melegakan kesakitan kerana ia menjejaskan kualiti hidup mereka. Tetapi dos yang diberi adalah kecil.

Pesakit yang biasa diberi steroid?
Penyakit berkaitan rheumatologi seperti rheumatik, asma dan sebagainya. Steroid penting dalam ubatan atau bahasa paling mudah, semua jenis ubat mengandungi steroid yang dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Adakah herba yang terkandung dalam ubat atau suplemen boleh membantu melegakan sakit sendi?

Sehingga kini ia belum terbukti secara saintifik. Cuma ia sekadar suplemen yang boleh membantu mengelak atau mengawal sedikit masalah sendi seperti pengambilan minyak ikan kod, halia dan minyak evening primrose.

Namakan antara jenis steroid berbahaya dalam ubat sendi?
Prednisolone - hanya dibenarkan pengambilan sebanyak 15 miligram setiap hari. Sekurang-kurangnya hanya dua minggu pengambilan dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan lain.
Dexamethazone - paling kuat. Berpotensi menyebabkan kesan sampingan dalam masa yang cukup singkat. Selalunya digunakan untuk mengecutkan tumor dalam otak, mengecutkan ketumbuhan tulang belakang dan sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan kelegaan segera?
* Tuaman panas (menggunakan botol mengandungi air panas) atau rendam tempat bermasalah dalam air suam untuk kesakitan ringan. Ia berfungsi dengan memperbanyakkan pengaliran sekali gus melancarkan darah ke kawasan bermasalah.* Tuaman sejuk. Meletakkan ais di tempat bermasalah. Paling efektif kerana kulit memberhentikan penghantaran isyarat ke otak dan pesakit tidak terasa kesakitan.* Para doktor juga biasanya menggalakkan pesakit mengambil paracetamol kerana ia memberi kelegaan segera. Namun, kebanyakan pesakit enggan kerana menganggap tidak berkesan.

* Cahaya matahari pun dapat digunakan untuk memanaskan anggota persendian yang sakit terutamanya sakit belakang. Untuk menggunakan cara ini, diperlukan alas tidur yang dapat menyerap kepanasan dan haba. Jemur alas ini di bawah sinar cahaya matahari sampai beberapa lama, kemudian berbaring di atas alas tersebut.


Vitamin Shaklee boleh.. hehehehehehe.. 
Gambar :
Extract from Google



13 Mac 2015

HASRUL HASSAN SUMBER INSPIRASI BLOG TENGKUBUTANG

Entri berkaitan : SIFU HASRUL HASSAN |
Tiada Hadiah.. but Ucapan Terima kasih buat para Pengomen Gojes yang sudi singgah di blog Tengkubutang ni.. heee..

Sifu Hasrul Hassan Sumber Inspirasi Blog Tengkubutang
Opss.. lupa nak citer.. Salah seorang Blogger diatas ni adalah sumber Inspirasi teman tau dalam dunia blog ni..

Teman selalu skodeng blog beliau untuk curik-curik (eh bukan curik..tapi baca dan try buat sendiri kat blog), suka baca tips dan macam-macam yang beliau kongsikan tentang blog.. 

Terus terang teman katakan.. blog teman jadi macam sekarang ni pun adalah atas sebab teman selalu skodeng blog beliau.. 

haaaa.. sapekah dia?? dialah.. sape lagi.. yang gambo tengah lompat tinggi tu.. ehehehehe.. 

Sifu Hasrul Hassan la sape lagi.. Hoh? nape teman panggil dia sifu? sebab dia memang layak pun.. Banyak dah Tips yang dia kongsikan bersama untuk menjadikan blog kita semakin mantop dan blog berfungsi memberi pulangan sampingan buat kita walaupun tak keluar bekerja.. Haaa.. blogger pun boleh buat duit what? Beliau ajar kita berbisnes.. dan macam-macam info kita boleh dapat kat blog beliau..
(Jom Baca ni.. Bisnes Online Tanpa Modal ).. 


TQ sifu HH, teman memang berterima kasih dekat sifu HH kerana melalui Blog sifu teman belajo macam2.. dalam diam.. hahahaha.. Tolong jangan Claim apa-apa royalti atau imbuhan dari teman ye sifu HH! haha!

Ok.. nak citer tu je.. takmo citer panjang-panjang.. kang ada orang cop teman bodek ke langit lak.. jangan kata teman nak ngorat Sifu HH atau apa-apa jelah yea.. tak sukaaa.. tak baik tauu.. kita dah kawenn.. ada somi dah.. haha..

Tapi memang teman respek dan salute dengan kejayaan beliau.. hope nanti peluang beliau untuk meraih apa-apa award dalam dunia blogger tercapai.. Ikhlas dari hati ni ye sifu HH.. 

Note : jeles sifu HH dapat iklan Innity.. grrrrr...



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers